Categories
SELANGOR

Kuala Selangor Akan Menjadi Destinasi Pendidikan Teknikal

KUALA SELANGOR 14 JULAI : Kerajaan Negeri negeri berkata usaha tersebut bagi mengisi keperluan ekonomi Selangor untuk pekerja berkemahiran.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata penubuhan itu akan memberikan kemahiran dan lebih peluang pendidikan kepada anak muda Selangor.

“Kita rasa salah satu daripada usaha supaya anak muda mendapat pendapatan yang lebih ialah dengan menambah baik kemahiran mereka.

“Sebagai contoh, baru-baru ini, seorang anak muda dari Kolej Antarabangsa INPENS mendapat anugerah sebagai Pereka Fesyen terbaik di Malaysia.

?Itu sudah pasti masa depan beliau akan terjamin dan mempunyai pendapatan yang meningkat pada masa akan datang,” katanya.

Beliau memberitahu demikian dalam ucapannya di jamuan makan malam bagi Program Mesra Khas Terima Kasih Rakyat Daerah Kuala Selangor.

Abdul Khalid menambah rancangan itu juga akan menjadikan Kuala Selangor sebagai tempat pilihan utama golongan pemuda yang gagal atau tidak mahu memasuki Universiti.

“Sekiranya anak muda tidak dapat memasuki Universiti, mereka boleh memilih Pusat Pendidikan Teknikal ini supaya mereka mampu belajar sesuatu dan boleh memberikan pendapatan kepada mereka.

“Ini program yang terbaik supaya tiada keluarga yang mempunyai pendapatan kurang RM 500 sebulan dan supaya dapat meningkatkan pendapatan,” katanya.

Kira-kira 1,000 penduduk hadir di jamuan makan malam itu yang diadakan di Dewan Orang Ramai Sungai Buloh, Jeram.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar ; Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri, Ronnie Liu Tian Khiew dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor, Noraini Roslan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.