Categories
NASIONAL

Rafizi, Nurul Izzah Dibunuh, Mirzan Dijunjung

KUALA LUMPUR, 14 NOV : Fitnah dan sekatan terhadap pemimpin muda PKR, Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli adalah usaha Umno-BN untuk mematikan karier politik politik mereka dan menutup pembongkaran kepincangan mentadbir Umno-BN.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu juga untuk menafikan kebangkitan golongan generasi muda yang berkebolehan memimpin negara dengan lebih gemilang.

Beliau berkata, Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai kini difitnah sebagai pemimpin yang menggalakkan umat Islam untuk bebas memilih agama dan murtad.

Manakala Pengarah Strategi PKR, Rafizi, tegasnya, disekat mengadakan sidang media di Parlimen berikutan kelantangannya membongkar penyelewengan Umno-BN seperti projek bermasalah National Feedlot Corporation (NFC) membabitkan lebih RM 250 juta.

“Orang macam ini kita patut bagi galakan, jadi sasaran mereka (Umno-BN) nak matikan karier politk Rafizi dan Nurul Izzah.

?Mereka nampak anak-anak muda ini cemerlang maka mesti dipukul habis-habisan. Mereka difitnah.

“Jangan biarkan menteri Umno-BN menjahanamkan anak-anak kita. Apa salah Rafizi bongkar cerita lembu, fitnahkah RM 250 juta?

?Pemimpin Umno-BN semua dia sapu, elektrik dan kontrak besar semua sapu.

“Fitnah sekarang Nurul Izzah suruh Melayu murtad. Dia bagi penjelasan tapi semua mereka tak peduli.

?Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hina nabi, mereka tak ambil kisah,” katanya sambil mencabar ulama pro Umno-BN untuk menyatakan kebenaran.

Anwar berkata demikian dalam ucapan ceramah perdana Pakatan Rakyat (PR) di Setapak di sini malam tadi. Ia dihadiri lebih 3,000 orang dan turut disertai Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan barisan pimpinan PR yang lain.

Anwar juga menyindir Umno-BN kerana melahirkan seorang tokoh perniagaan Melayu yang ?berjaya? kerana menerajui syarikat arak San Miguel, Datuk Mirzan Mahathir dengan duit dari Petronas bernilai RM 2 bilion.

Katanya, anugerah yang diberikan Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur dengan gelaran Pengusaha Melayu Terulung kepada anak Mahathir itu adalah penghinaan kepada golongan muda yang baru menceburi bidang perniagaan.

“Dewan Perniagaan Melayu raikan Tokoh Melayu dalam perniagaan. Lihat betapa korup dan betapa rosak dalam isu ini.

?Saya nak beritahu apa maknanya kepada anak-ank muda yang mula berniaga, siapa tokoh dan idola kamu, Mirzan, syarikat apa, syarikat arak. Wang dari mana?

?Wang billout RM 2 bilion yang diambil bapanya dari Petronas. Saya tahu dan sebab itu saya tidak boleh terima ini semua,” kata Anwar sambil menyindir dengan laungan “Hidup Melayu”.

Menurutnya, rakyat perlu bertindak segera dengan menyingkirkan Umno-BN dalam Pilhanraya Umum ke 13 jika mahukan perubahan dalam pentadbiran negara serta menikmati kehidupan lebih baik dengan pembelaan adil dan saksama.

“Lawan tetap lawan. Mana boleh macam ini, kamu (Mirzan) ambil RM2 bilion duit rakyat, anak muda yang menganggur nak dapat RM20,000 pinjamanpun tak dapat.

?Anak Perdana Menteri RM 2 bilion dapat beli syarikat arak. Hidup Melayu… Melayu ini yang akan menjahanamkan masa depan orang Melayu,” akhirinya dengan mendapat sokongan orang ramai yang hadir dalam ceramah berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.