Categories
NASIONAL SELANGOR

Payung Eksklusif Kepada Pembayar Cukai Taksiran MBSA

logo mbsa

SHAH ALAM 15 JAN : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan memberikan payung eksklusif kepada 10,000 pembayar cukai taksiran terawal sebagai insentif bagi pembayaran untuk tempoh setahun ke atas pegangan harta milik mereka.

Timbalan Pengarah Korporatnya, Sharin Ahmad berkata, insentif yang mula diperkenalkan sejak 2005 diteruskan memandangkan sambutan diterima amat menggalakkan daripada pemilik harta yang menyahut seruan MBSA untuk berbuat demikian.

Menurutnya, insentif itu berkonsepkan ‘siapa cepat, dia dapat’ dan MBSA menyeru pemilik harta di kawasannya melaksanakan tanggungjawab menjelaskan cukai taksiran secepat mungkin.

“Bagi memiliki payung eksklusif ini, pemegang harta perlu menjelaskan bayaran cukai dan taksiran setahun dengan syarat jumlah cukai setahun tidak kurang RM100 dan tidak mempunyai tunggakkan.

“Sebagai makluman, cukai taksiran perlu dijelaskan dua kali setahun iaitu pada penggal pertama yang mana bayaran dibuat sebelum atau pada 28 Februari manakala penggal kedua dibayar sebelum atau pada 31 Ogos pada tahun tersebut,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, insentif MBSA menerusi Jabatan Pengurusan Hasil dan Pelaburan (JPHP) boleh dituntut di kaunter utama MBSA atau kaunter JPHP di tingkat 21 Wisma MBSA serta juga pejabat cawangan di Sungai Buloh dan Kota Kemuning dengan mengemukakan resit bayaran untuk pengesahan.

Bagi memudahkan pemilik harta membuat bayaran, Shahrin berkata, MBSA menyediakan pelbagai kemudahan seperti melalui kaunter bank.

“Antara bank yang bekerjasama dengan MBSA adalah Bank Simpanan Nasional, EON Bank, Affin Bank, Agro Bank dan Bank Islam.

“Selain itu, bayaran juga boleh dibuat secara atas talian dengan melayari www.mbsa.gov.my, www.maybank2u.com.my, www.eonbank.com.my, www.bankislam.com.my, www.hsbc.com.my, www.rhbbank.com.my, www.cimbclicks.com.my, www.citibank.com.my, www.mbfcards.com, www.payonline.com.my dan www.ambg.com.my,” ujarnya.

Shahrin menambah, pemilik yang menjelaskan bayaran di kaunter bank boleh menuntut insentif itu dengan membawa resit bayaran dan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai hadiah insentif atau cukai taksiran, orang ramai boleh menghubungi JPHP MBSA di talian 03 – 5522 2882.

Katanya, pemilik harta diharap membayar cukai taksiran mengikut jadual bagi membantu MBSA mempertingkatkan lagi perkhidmatan kepada masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.