Categories
NASIONAL SELANGOR

Upacara Pembubaran Dewan Negeri Selangor Esok

MB pc kuning couch 01

SHAH ALAM, 3 APR:  DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk mengadakan satu upacara pembubaran Dewan Negeri Selangor (DNS) esok di Istana Alam Shah, Klang pada jam 2.30 petang.

Majlis tersebut berikutan pengumuman pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Dalam satu kenyataan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah mengadap DYMM Sultan Selangor di Istana Alam Shah pada 1.30 petang tadi bagi memaklumkan Parlimen telah dibubarkan.

Kenderaan yang dinaiki Abdul Khalid dilihat keluar daripada istana pada jam 2.30 petang hari ini setelah pertemuan selama sejam itu.

Dalam satu kenyataannya, upacara pembubaran ini juga akan disaksikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor serta Ahli Majlis Dewan Di Raja.

Pembubaran Parlimen akan membuka jalan kepada pilihanraya umum ke ? 13, dalam masa 60 hari.

Sebelum ini Abdul Khalid berkata DNS akan dibubarkan pada 22 April, sekiranya parlimen tidak dibubarkan sebelum itu.

Difahamkan bahawa Kerajaan Selangor mahu pilihanraya untuk 56 kerusi dewan undangan negeri berjalan serentak dengan pilihanraya untuk kerusi parlimen.

Pada pilihanraya ke-12 lima tahun lepas, Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 36 kerusi Dun.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.