Categories
NASIONAL SELANGOR

MPKj Serah Ganjaran RM 500 Kepada Pemberi Maklumat Sampah Haram

Pemengang RM 500 MPKj Sampah Haram 01

BALAKONG, 3 APR : Lima lagi penduduk di kawasan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) hari ini menerima ganjaran RM 500 kerana memberi maklumat yang membolehkan MPKj mengambil tindakan terhadap pihak yang membuang sampah secara haram.

Mereka yang menerima ganjaran itu berjaya mengambil gambar atau rakaman video dan memperolehi nombor kenderaan pihak yang sedang membuang sampah pukal secara haram di kawasan MPKj.

Menurut Ahli Majlis MPKj, Lai Wai Chong, sebelum ini, seramai 13 orang telah menerima ganjaran sama.

“(Usaha) ini dimulakan pada 2010 dengan ganjaran RM 200 setiap maklumat, tetapi hanya dua orang tampil memberi maklumat.

“Tahun lepas kami menaikan kepada RM 500 satu kes dan selepas itu MPKj menrima 20 permohonan (pemberi maklumat) dari Oktober tahun lepas hingga Januari antaranya 13 telah menerima ganjaran masing-masing,” kata Wai Chong.

Menurut Wai Chong lagi, ganjaran tersebut diberikan bagi menggalakkan orang awam mengambil bahagian dalam menjaga kebersihan persekitaran.

Katanya lagi, pada tahun lalu seramai 123 orang telah membayar kompaun RM 1,000 apabila didapati bersalah membuang sampah secara haram.

Manakala lima orang membayar saman RM 2,000 setelah kalah kes di mahkamah. Sementara 89 orang masih tidak menjelaskan kompaun mereka.

Selain itu MPKj turut berjaya mengambil tindakan menyita 39 buah kenderaan yang ditangkap ketika sedang membuang sampah secara haram.

Salah seorang penerima ganjaran, Michael Yew, 41, berkata beliau tidak mengharap apa-apa ganjaran semasa menyalurkan maklumat kepada MPKj.

“Ini adalah tanggungjawab bersama dan saya sebagai anggota masyarakat yang pentingkan kebersihan harus mengambil peranan ini,” kata Michael.

Leave a Reply

Your email address will not be published.