Categories
NASIONAL

Najib utamakan peluang bergambar bertemu Trump

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 31 OKT: Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat bertemu Presiden Donald Trump hanya mengutamakan peluang untuk bergambar sahaja.

Beliau mendakwa, Najib tidak peduli untuk memperjuangkan isu penindasan terhadap etnik Rohingya.

“Layanan terhadap Perdana Menteri kita amat kurang berbanding Perdana Menteri negeri kecil di sebelah Selatan (Singapura).

“Dia bukan peduli pasal tu (Rohingya), dia cuma nak ambil gambar. Untuk itu dia ‘membayar’ USD20 bilion untuk peluang bergambar,” katanya.

Semalam, Najib ketika menjawab soalan pada sesi Dewan Rakyat berkata negara mempunyai pengaruh terhadap Amerika Syarikat dan kuasa dunia lain.

Katanya, perkara itu terbukti apabila berjaya memasukkan isu Rohingya dalam agenda perbincangan bersama Trump.

=EZY=