Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.1830/1890 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 19 OKT: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pagi ini disebabkan permintaan tinggi terhadap unit domestik itu, kata pedagang.

Pada jam 9.25 pagi, ringgit disebut pada 4.1830/1890 berbanding dolar pada penutup Selasa 4.1925/1975.

Pedagang berkata, lantunan ringgit disebabkan harga minyak didagangkan kukuh waktu Asia, manakala penguncupan dolar AS adalah disebabkan penyiaran data AS yang kurang memberangsangkan.

“Penerbitan terkini harga pengguna AS menunjukkan inflasi sedikit sederhana, dan pemain mengurangkan pertaruhan ke atas kemungkinan kenaikan kadar faedah pada hujung tahun ini,” katanya lapor BERNAMA.

Ringgit menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0183/0245 daripada 3.0240/0281 semalam dan mengukuh berbanding yen kepada 4.0303/0380 daripada 4.0332/0388.

Ringgit juga didagangkan lebih tinggi berbanding pound British pada 5.1443/1529 berbanding 5.1517/1600 dan menokok berbanding euro kepada 4.5975/6045 daripada 4.6201/6261.

EZY

Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.2070/2120 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 18 OKT: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), pagi ini berikutan sentimen yang bertambah baik dan pembetulan teknikal dalam dolar AS, kata seorang peniaga mata wang.

Pada jam 9.30 pagi, ringgit didagangkan pada 4.2070/2120 berbanding dolar pada penutup Isnin lalu iaitu pada 4.2150/2200, lapor BERNAMA.

Beliau berkata, dolar lebih rendah selepas mencecah paras tujuh bulan tinggi semalam dan sokongan belian bagi unit tempatan itu mungkin disebabkan oleh harga minyak yang diniagakan kukuh dalam pasaran Asia.

Ringgit bagaimanapun, dibuka rendah berbanding mata wang utama lain. Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0323/0379 dari Isnin 3.0315/0371 dan jatuh berbanding yen kepada 4.0495/0555 daripada 4.0478/0530.

Ringgit juga susut berbanding pound British kepada 5.1473/1555 dari 5.1297/1362 dan lemah berbanding euro kepada 4.6344/6404 dari 4.6314/6386.

EZY

Categories
EKONOMI

Ringgit dijangka pulih ke paras 4.10 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 16 OKT: Ringgit dijangka pulih minggu depan ke paras 4.10 berbanding dolar AS minggu depan, dipacu keyakinan menjelang pembentangan Bajet 2017.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan RuncitAffin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata bajet itu dijangka menawarkan pelbagai langkah menarik bagi merangsang ekonomi, termasuk menarik pelaburan asing.

“Dagangan ringgit minggu depan akan dipengaruhi jangkaan kesan daripada bajet,” katanya lapor BERNAMA.

Bajet 2017 akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada Jumaat.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, mata wang tempatan itu menyusut berbanding dolar AS kepada 4.1980/2050 daripada 4.1535/1585 berikutan pengeluaran data Bank Negara yang menunjukkan jualan besar-besaran bon Malaysia oleh pelabur asing pada September.

Ringgit juga ditutup lebih rendah berbanding beberapa mata wang utama lain. Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0247/0302 daripada 3.0214/0252 Jumaat lalu dan merosot berbanding yen kepada 4.0230/0301 daripada 3.9999/9066.

Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.1249/1339 daripada 5.1142/1220 minggu lepas dan berkurang berbanding euro kepada 4.6245/6331 daripada 4.6199/6267.

EZY

Categories
BERITA UTAMA EKONOMI SELANGOR

Selangor terima RM3.03 bilion pelaburan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 13 OKT: Selangor menerima sejumlah RM3.03 bilion pelaburan modal bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim.

teng-chang-kim-1Beliau berkata, ia meletakkan Selangor di tempat kedua di belakang Johor, manakala negeri itu berada di kedudukan teratas dengan 130 projek dalam tempoh sama berbanding negeri lain di Malaysia daripada segi bilangan projek.

“Pencapaian ini menunjukkan Kerajaan Negeri berada di landasan tepat bagi menepati sasaran RM6 bilion menjelang akhir 2016.

“Dengan ketidaktentuan ekonomi global, kita berbangga dengan perkembangan ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pra Pelancaran Selangor International Expo 2016 di Bangunan SUK, di sini, hari ini.

Chang Khim berkata, Selangor juga terus kekal sebagai penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dengan 22.6 peratus.

“Ia menunjukkan peningkatan berbanding sumbangan KDNK pada 2014 dengan catatan 22.4 peratus.

“Kerajaan Negeri percaya Selangor akan menerajui senarai penyumbang KDNK untuk tahun mendatang,” katanya.

-NFN-

Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka lebih rendah 4.1900/1950 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 12 OKT: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam sesi awal hari ini, menjejaki prestasi mata wang pasaran sedang pesat membangun Asia.

Pada jam 9.01 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1900/1950 berbanding dolar AS daripada 4.1700/1750 pada penutup semalam, lapor BERNAMA.

Seorang peniaga berkata, prestasi renminbi yang diniagakan pada paras terendah enam tahun, ditambah dengan pengukuhan dolar menanti kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS Disember ini, menjejaskan mata wang Asia.

Sementara itu, nota tempatan diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali euro.

Ringgit jatuh berbanding yen kepada 4.0456/0516 daripada 4.0135/0198 semalam dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0382/0432 daripada 3.0235/0273.

Ia menokok berbanding euro kepada 4.6274/6346 daripada 4.6320/6380, namun menjadi lemah berbanding pound Britain kepada 5.1378/1452, daripada penutup semalam 5.1283/1369.

EZY

Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.1460/1510 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 11 OKT: Ringgit melanjutkan aliran meningkatnya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal sesi hari ini berikutan pengukuhan harga minyak, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada paras 4.1460/1510 berbanding dolar AS daripada paras 4.1510/1560 yang dicatatkan semalam, lapor BERNAMA.

Peniaga berkata, harga minyak mentah Brent semalaman mencecah paras tinggi dalam tempoh setahun selepas Presiden Russia, Vladimir Putin menzahirkan sokongannya terhadap cadangan untuk mengehadkan keluaran.

Sementara itu, mata wang tempatan juga didagangkan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit meningkat berbanding yen kepada 3.9881/9948 daripada 4.0215/0267 yang dicatatkan semalam dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0109/0147 daripada 3.0209/0258.

Ia juga tinggi berbanding euro kepada 4.6153/6213 daripada 4.6358/6418 dan mengukuh berbanding pound kepada 5.1137/1223 daripada penutup semalam 5.1535/1613.

EZY

Categories
EKONOMI

Ringgit dijangka pada paras 4.10 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 9 OKT: Ringgit dijangka didagangkan sekitar paras 4.10 berbanding dolar AS minggu depan, didorong oleh faktor luaran yang baik, susulan pemulihan harga minyak mentah.

Seorang peniaga berkata, data gaji bukan ladang AS yang rendah berbanding unjuran, akan mendorong Rizab Persekutuan supaya lebih berhati-hati terhadap keputusan untuk menaikkan kadar faedah, lapor BERNAMA.

Data gaji bukan ladang yang disiarkan oleh Jabatan Buruh AS pada Jumaat menunjukkan 156,000 pekerjaan diwujudkan pada September, susut berbanding 167,000 pekerjaan pada Ogos.

“Ia tidak menepati unjuran pasaran sebanyak 175,000 pekerjaan. Data itu menunjukkan pertumbuhan pekerjaan semakin perlahan, dan jika Rizab Persekutuan tidak menaikkan kadar dalam jangka terdekat, ini akan memberi manfaat kepada ringgit dan mata wang ekonomi Asia yang lain,” kata peniaga berkenaan.

Mengikut asas Selasa ke Jumaat, nota tempatan rendah berbanding dolar kepada 4.1535/1585 berbanding 4.1320/1390 minggu lalu.

Ringgit juga ditutup bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama lain. Ia tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0214/0252 daripada 3.0269/0325 Jumaat lalu dan rendah berbanding euro kepada 4.6199/6267 daripada 4.6159/6253 sebelumnya.

Ringgit mengukuh berbanding yen kepada 3.9999/9066 daripada 4.0862/0944 minggu lalu berbanding pound British kepada 5.1142/1220 berbanding 5.3596/3704 Jumaat sebelumnya.

EZY

Categories
EKONOMI

Rizab antarabangsa Bank Negara RM405 bilion pada 30 September

KUALA LUMPUR 8 OKT: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM405 bilion (bersamaan US$97.7 bilion) pada 30 Sept, 2016 berbanding RM392.5 bilion (AS$97.7 bilion) pada 15 Sept lepas.

Dalam satu kenyataan, BNM berkata peningkatan rizab dalam nilai ringgit terutamanya disebabkan oleh pelarasan suku tahunan bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan nilai mata wang lain berbanding ringgit pada suku ketiga tahun ini.

“Paras rizab ini memadai bagi membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek,” katanya.

Komponen utama rizab antarabangsa itu adalah rizab tukaran asing (AS$89.7 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$0.8 bilion), Peruntukan Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$1.5 bilion) dan aset rizab lain-lain (AS$4.5 bilion).

Aset bank pusat itu termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR (RM404.977 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM1.643 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.162 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.657 bilion), tanah dan bangunan (RM2.114 bilion) serta aset-aset lain (RM5.678 bilion).

Liabiliti pula merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM123.214 bilion), mata wang dalam edaran (RM92.177 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM170.160 bilion), deposit Kerajaan Persekutuan (RM5.551 bilion), deposit lain-lain (RM916.756 juta), kertas Bank Negara (RM10.633 bilion),peruntukan SDR (RM7.759 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM13.718 bilion).

EZY

Categories
EKONOMI

Indeks Harga Pengguna meningkat 1.5% untuk Ogos 2016

SHAH ALAM 21 SEPT: Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 1.5 peratus pada bulan Ogos 2016 berbanding bulan sama tahun lepas.

Jabatan Perangkaan Malaysia dalam satu kenyataan menyatakan antara kumpulan utama mencatatkan peningkatan adalah Minuman Alkohol & Tembakau iaitu sebanyak 19.7 peratus; Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan (+3.6 peratus); Makanan & Minuman Bukan Alkohol (+3.5 peratus);

Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (+2.5 peratus); Kesihatan (+2.2 peratus) dan Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (+2.1 peratus).

Selain daripada itu, indeks keseluruhan ini juga dipengaruhi oleh penurunan kumpulan Pengangkutan sebanyak 6.7 peratus; Komunikasi (-2.4 peratus) dan Pakaian & Kasut (-0.6 peratus).

Indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol (wajaran: 30.2) meningkat 3.5 peratus pada asas tahun ke tahun bagi Ogos 2016.

ihpKenaikan ini didorong oleh peningkatan yang tinggi dalam indeks empat subkumpulan makanan iaitu Daging (+6.9 peratus), Ikan & Makanan Laut (+5.2 peratus); Buah-buahan (+3.9 peratus) dan Sayur-sayuran (+3.1 peratus).

Manakala, indeks kumpulan Bukan Makanan (wajaran: 69.8) pula mencatatkan kenaikan sebanyak 0.6 peratus.

Perbandingan bulan ke bulan, IHP bagi bulan Ogos 2016 naik 0.4 peratus kepada 115.6 daripada 115.1.

IHP bagi tempoh Januari hingga Ogos 2016 mencatatkan kenaikan sebanyak 2.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas

Perubahan IHP Bulanan

Berbanding dengan bulan sebelumnya, IHP pada Ogos 2016 naik 0.4 peratus kepada 115.6 daripada 115.1. Daripada dua belas kumpulan utama, tujuh merekodkan kenaikan, dua mencatatkan penurunan manakala tiga kumpulan utama kekal tidak berubah.

Antara kumpulan utama yang mencatatkan kenaikan adalah Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan (+2.1 peratus); Pengangkutan (+0.8 peratus);

Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (+0.4 peratus); Kesihatan (+0.3 peratus), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (+0.2 peratus) dan Restoran & Hotel (+0.2 peratus).

Kenaikan sebanyak 0.2 peratus bagi indeks Makanan & Minuman Bukan Alkohol pada Ogos 2016 berbanding dengan bulan sebelumnya adalah disebabkan kenaikan pada indeks Makanan Di Luar Rumah (+0.6 peratus); indeks Kopi, Teh, Koko & Minuman Bukan Alkohol (+0.3 peratus) dan indeks Makanan Di Rumah (+0.1 peratus) (Jadual 2).

Antara indeks barangan makanan mencatatkan kenaikan ketara dalam Ogos 2016 berbanding dengan bulan sebelumnya ialah Tomato (+6.8 peratus); Bayam (+5.2 peratus); Sawi (+4.1 peratus); Tembikai (+3.5 peratus); Telur Ayam (+3.1 peratus); Ikan Kembong (+0.8 peratus) danUdang (+0.6 peratus).

Sementara itu, penurunan dicatatkan dalam indeks bagi beberapa barangan makanan seperti Kubis Bulat (-7.5 peratus); Lobak Merah (-6.8 peratus); Cili Merah (-5.5 peratus); Timun (-4.4 peratus); Kacang Panjang (-2.8 peratus) dan Sotong (-2.4 peratus).

Perubahan IHP Mengikut Negeri

Lima negeri merekodkan kenaikan IHP melebihi paras nasional bagi Ogos 2016 berbanding bulan yang sama tahun 2015.

Kelima-lima negeri tersebut ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (+2.5 peratus); Johor (+1.9 peratus); Pulau Pinang (+1.7 peratus); Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (+1.6 peratus) dan Melaka (+1.6 peratus).

Manakala, negeri-negeri lain telah merekodkan kenaikan pada paras yang setara atau lebih rendah berbanding dengan paras nasional.

Inflasi Teras

Inflasi teras, yang mana tidak termasuk item makanan segar dengan harga paling tidak menentu serta barangan dan perkhidmatan harga dikawal naik 2.2 peratus pada Ogos 2016 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Antara kumpulan utama menyumbang kepada peningkatan kadar inflasi teras adalah kenaikan harga bagi Pengangkutan (+4.7 peratus); Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan (+3.6 peratus); Makanan & Minuman Bukan Alkohol (+2.5 peratus); Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (+2.5 peratus) dan Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (+2.4 peratus).

EZY

Categories
EKONOMI

Ringgit dijangka diniaga rendah minggu depan

KUALA LUMPUR 10 SEPT: Ringgit berkemungkinan mencatat aliran rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan susulan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata kebanyakan mata wang Asia turut dijangka diniagakan rendah memandangkan kekukuhan indeks dolar AS susulan kadar faedah yang mungkin dinaikkan semasa mesyuarat dasar pada 20-21 September.

“Pasaran akan memberi reaksi bagi mengekalkan prestasinya kerana jika Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedah bulan ini, kita mungkin menyaksikan aliran keluar dana asing.

“Selain itu, ketegangan geopolitik turut ditimbulkan Korea Utara susulan pelaksanaan ujian nuklearnya yang kelima dan paling berkuasa pada Jumaat,” katanya dipetik Bernama.

Sementara itu, Penganalisis FXTM Research, Lukman Otunuga berkata keputusan Bank Pusat Eropah mengekalkan dasar monetarinya pada Khamis, turut memberi tekanan kepada pasaran Asia.

“Akan berlaku kerugian selanjutnya jika penghindaran risiko hanya menggalakkan pelabur untuk menjauhi aset berisiko,” katanya.

Mengikut Jumaat ke Jumaat, mata wang tempatan meningkat berbanding dolar AS kepada 4.0675/0725 daripada 4.0830/0900.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang lain.

Nota tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0030/0069 daripada 3.0018/0080 pada Jumaat lepas, dan lemah berbanding yen kepada 3.9792/9852 daripada 3.9411/9498.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.5845/5905 daripada 4.5640/5734 namun meningkat berbanding pound kepada 5.4118/4205 daripada 5.4161/3262 minggu lalu.

EZY

Categories
EKONOMI SELANGOR

MPK menang anugerah lokasi pilihan pelaburan

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 6 OGOS: Sesuai dengan kedudukannya yang strategik, Majlis Perbandaran Klang (MPK) diisytiharkan sebagai pihak berkuasa tempatan bagi lokasi paling menjadi pilihan bagi pelabur di Selangor.

Kejayaan itu diumumkan pada majlis ‘Invest Selangor Gala Dinner 2016 yang diadakan Setia City Convention Centre di Setia Alam di sini, malam tadi.

Anugerah disampaikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali itu turut meletakkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di tempat kedua dan diikuti Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di tempat ketiga.

Anugerah itu diterima oleh Yang Dipertua (YDP) MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin; Datuk Bandar MBSA, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad dan YDP MPS, Suliman Abd Rahman.

invest 2Sementara itu pada majlis sama, UMW Holding Berhad pula dipilih untuk memenangi anugerah khas bagi kategori pelaburan paling menyerlah di Selangor.

Sebelum itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Selangor, Hassan Azhari menjelaskan anugerah ini merupakan insentif tambahan yang diberikan Kerajaan Negeri bagi merangsang pelaburan di negeri termaju itu.

“Invest Selangor berharap dapat meneruskan hubungan kerja yang baik dengan semua agensi kerajaan dan rakan perniagaan.

“Ia untuk mengekalkan ruang persekitaran perniagaan kondusif bagi pelabur dan industri,” katanya.

EZY

Categories
EKONOMI SELANGOR

Taman Medan sasar 1,000 peniaga sertai HIJRAH

AFIX REDZUAN

TAMAN MEDAN, 26 FEB: Sekurang-kurangnya 1,000 peniaga di DUN Taman Medan disasarkan mendaftar dibawah skim mikrokredit HIJRAH Selangor bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan sedia ada.

ADN Taman Medan, Haniza Talha, berkata setakat ini hampir 300 peniaga sudah berdaftar dan beliau yakin baki sasaran mampu dicapai pada penghujung 2016.

HANIZA DAFTAR HIJRAH“Ini merupakan antara usaha agresif kita bagi mencari peniaga kecil supaya mendaftar bersama HIJRAH Selangor.

“Baki 700 akan diusahakan kerana HIJRAH Selangor merupakan satu kaedah untuk penduduk setempat menambah pendapatan,” katanya kepada Selangor Kini.

Sebelum ini, Haniza mengadakan lawatan bertemu peniaga di Pasar Malam Sri Manja untuk menyampaikan makluman mengenai pengecuailan fi lesen penjaja kecil.

Disamping itu, kaunter bergerak pusat khidmat DUN turut dibuka untuk pendaftaran HIJRAH Selangor serta pendaftaran pengundi baru.

-nR-