Categories
NASIONAL

Mengapa 4G di Malaysia lembab?

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 22 FEB: Kerajaan Persekutuan digesa menangani isu kelajuan internet, di Malaysia yang dilaporkan tidak setanding negara lain.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, isu itu perlu ditangani bagi memastikan infrastruktur internet tanpa wayar, di negara ini dipertingkatkan seiring Revolusi Perindustrian 4.0.

“Apakah yang akan dilakukan kerajaan untuk menjamin peningkatan kelajuan perkhidmatan 4G bagi pengguna di Malaysia?

“Pengguna perkhidmatan 4G di negara ini sepatutnya menikmati kelajuan jauh lebih baik berbanding apa yang ada sekarang,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan laporan The State of LTE, pakar pemetaan liputan tanpa wayar OpenSignal menyatakan purata kelajuan 4G di Malaysia adalah 14.83 megabit per saat (Mbps) dan ia kelajuan terendah antara 88 negara dikaji.

Katanya, ia jauh ketinggalan berbanding negara jiran seperti Singapura yang memiliki kelajuan
44.32 Mbps, Vietnam (21.49 Mbps), Brunei (17.48 Mbps) dan Myanmar (15.56 Mbps).

“Jika benar, ini bukan satu rekod atau pencapaian membanggakan. Ketika Malaysia mempunyai kadar penembusan 4G hampir 75 peratus, kelajuan 4G di negara ini amat mendukacitakan,” katanya.

JURNAL BERITA : Zon Perindustrian baru diwujud pacu ekonomi Selangor

Sinopsis

1. Nilai Pembangunan Kasar Selangor RM40 bilion 5 tahun akan datang

2. Isu KIDEX: Selangor berhak persoal jika tak beri manfaat

3. LLM perlu main peranan penting dalam isu lebuh raya Selangor

4. MB: 37 operasi pembenihan awan dijalankan persiapan El-Nino

5. Sistem 4G tingkat rangkaian WiFI Selangor

6. Selesai isu tidak sekata PBT, Selangor selaras permohonan Kebenaran Merancang

7. Zon Perindustrian baru diwujud pacu ekonomi Selangor

8. Pemilihan PKR 2014: 21 dilucutkan pencalonan di Selangor

9. Selangor anjur seminar antarabangsa, rangka dasar komprehensif sistem sisa pepejal

10.Lori kuari langgar peraturan operasi, penduduk Dusun Tua tidak puas hati

11.75% pangsapuri Selangor capai status Komuniti Bestari pada 2022

12.Rakyat berpendapatan rendah terus dibantu, pelbagai program dirancang

13.Buah dadu tak boleh dibuka lebih sekali, jangan tipu rakyat

14.Bihun cap masjid, pengguna perlu waspada ciri Islamik dipergunakan

15.Kerajaan Pusat patut perjelas Lebuh Raya Kidex kurang sesak trafik 5% sahaja

16.Cadangan baru cermin gelap berakhir di Glenmarie?

17.Kerajaan BN sasar 14% hasil GST bahan api, harga barang melonjak

18.Calon Timbalan Presiden PKR dipanggil panel pendengaran khas

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

Sistem 4G tingkat rangkaian WiFI Selangor

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 11 JUN: Selangor tidak mahu terlepas menjadi peneraju kepada kemajuan perkhidmatan telekomunikasi yang mampu memberi manfaat menyeluruh buat rakyat negeri itu.

Selangor bercadang membangunkan infrastruktur telekomunikasi berintegriti menggunakan teknologi terkini ‘Optical Distributed Antenna System’ (ODAS) bagi keperluan berkenaan.

Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi, berkata strutktur telekomunikasi yang disambungkan dengan gentian fiber optik itu menyokong liputan rangkaian 4G LTE (Long Term Evolution).

daroyahKatanya, hal itu secara tidak langsung menjayakan hasrat Kerajaan Negeri melebarkan lagi perkhidmatan WIFI percuma kepada rakyat
termasuk liputan kamera litar tertutup (CCTV).

“Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) selaku pengawal selia akan mengariskan satu dasar tertentu yang akan dibentangkan kelak. Selain memperhebat perkhidmatan WIFI percuma, CCTV ini juga berperanan menjayakan hasrat Selangor menjadi bandar selamat, yang
mana segala polisi dan penggunaan berkenaan akan memberi manfaat kepada rakyat.

“Cadangan ini akan dipanjangkan kepada Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan melalui standco Sains Teknologi dan Inovasi,” katanya ketika merumuskan kertas cadangan pembangunan infrastruktur telekomunikasi berintegriti pada Majlis Dialog Belanjawan 2015 di Pusat Konvensyen Shah Alan (SACC), di sini, semalam.

Cadangan itu dibentangkan Pengarah Urusan Kumpulan Stealth (Stealth Solution Sdn Bhd), Datuk Amirul Hisyam Alias, yang mana 4G LTE atau “4G” atau “LTE”, singkatan untuk Evolusi Jangka Panjang merujuk kepada generasi keempat standard data komunikasi tanpa wayar.

teknoTeknologi itu akan membantu memenuhi permintaan untuk kelajuan sehingga 10 kali ganda daripada rangkaian sebelumnya seperti 3G untuk peranti mudah alih seperti telefon pintar, tablet, netbook, komputer riba dan hotspot tanpa wayar.

Teknologi 4G direka untuk memberikan IP berasaskan suara, data dan multimedia streaming pada kelajuan sekurang-kurangnya 100 Mbit sesaat dan sehingga secepat 1 Gbit sesaat.

Sehubungan itu, Daroyah berkata, pelaksanaan 4G LTE juga membantu memulihkan lanskap jaringan WiFI di Selangor yang selama ini dicemari dengan kewujudan struktur dan menara pemacar di bumbung premis dan bangunan.

Katanya, semua struktur pemancar dan berkenaan dengannya akan dibina di dalam tiang lampu dan daripada luar ia kelihatan jauh lebih kemas serta tidak ada lagi struktur juga kerangka besi yang menyakitkan mata memandang.

“Kerajaan Negeri selaku tuan punya tanah perlu mengambil peluang menjana pendapatan melalui pembinaan struktur telekomunikasi yang dicadangkan.

“Ini kerana penyedia perkhidmatan telekomunikasi TelCo yang ada di negara ini masing-masing berebut mendirikan tiang untuk menaik taraf perkhidmatan telekomunikasi mereka.

“Jika cadangan itu dilaksanakan, Kerajaan Negeri akan memperoleh pendapatan sewa tapak telekomunikasi daripada TelCo yang dijangka berbilion ringgit, manakala PBT dan masjid juga akan menerima pendapatan daripada pembinaan struktur itu,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: Telekomunikasi 4G seluruh Selangor jana pendapatan negeri

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 11 JUN: Kerajaan Negeri akan melaksanakan satu sistem telekomunikasi yang menyeluruh bagi kegunaan penduduk Selangor tidak lama lagi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri akan membentangkan rancangan itu kepada Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam tempoh terdekat.

MBKatanya, ketika ini, pihaknya kini dalam pengubahsuaian kertas kerja rancangan itu.

“Kita akan jemput mereka ini dan pihak yang terbabit sedikit masa lagi untuk mendengar taklimat rancangan dari pihak Kerajaan Negeri.

“Kertas kerja sudah siap tetapi kita ambil masa sedikit untuk selesaikan perlaksanaannya sebelum sistem itu dilakukan,” katanya dalam rumusan Majlis Dialog Belanjawan negeri 2015, di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini.

Teknologi terkini terbabit ialah Optical Distribution Antenna System (ODAS) iaitu telekomunikasi 4G yang akan dilaksanakan di seluruh negeri Selangor.

Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri selaku pembuat undang-undang perlu membuat satu dasar tertentu.

Katanya, polisi ini akan memberi kemudahan Wifi percuma kepada rakyat seterusnya menjana pendapatan kepada kerajaan melalui sewaan binaan telekomunikasi.

“Sekiranya ia dilaksanakan, ia akan memberi perkhidmatan Wifi percuma kepada rakyat Selangor termasuk Kamera Litar Tertutup (CCTV),” katanya.

4Dalam rumusan lanjut oleh Exco Sains dan Teknologi, Dr Daroyah Alwi itu, menjangkakan dalam tempoh tujuh tahun akan datang, Kerajaan Negeri akan memperolehi pendapatan sekitar berbilion ringgit.

Pihak Berkuasa Tempatan dan masjid juga akan memperolehi pendapatan daripada penyewaan binaan berkenaan.

“Peralihan struktur daripada bumbung kepada tiang lampu akan menukar landskap jaringan Wifi di negeri ini.

“Kerajaan Negeri sebagai tuan punya tanah perlu mengambil peluang menjana pendapatan melalui penyewaan binaan telekomunikasi yang kita cadangkan ini daripada syarikat Telco,” kata Daroyah.

EZY