Categories
PBT SELANGOR

Martabat kebudayaan dan kesenian generasi muda

OLEH SYAZWANI SUFIAN

KUALA SELANGOR, 9 SEPT: Penganjuran Karnival Kesenian dan Kebudayaan 2017 peringkat Daerah Kuala Selangor menjadi wadah dalam memartabatkan kebudayaan dan kesenian untuk generasi muda.

Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Mohamad Yusli Askandar berkata, acara tahunan itu diadakan bagi memperkenalkan budaya dan kesenian sekaligus memberi pendedahan adat pelbagai kaum kepada masyarakat setempat umumnya.

“Tujuan program khusus memberi kesedaran kepada golongan muda yang juga merupakan generasi masa hadapan supaya menitik beratkan aspek kesenian dan kebudayaan agar tidak hilang begitu sahaja.

“Generasi mudalah aset negara tidak ternilai harganya kerana mereka yang mengambil alih tugas dan peranan mendidik dan membentuk mereka pada hari ini,” katanya ketika Majlis Perasmian Karnival dan Kebudayaan di Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor, di sini hari ini.

IMG_7411Katanya lagi, adalah menjadi tanggungjawab pihaknya membangunkan jiwa yang cintakan kebudayaan dalam kalangan generasi itu.

“Mereka perlu diasuh dan dibentuk sebagai generasi mempunyai semangat keseniaan tinggi agar tumbuh rasa cinta kepada kebudayaan dan kesenian.

“MDKS akan terus berusaha menganjurkan program seperti ini bagi mencapai matlamat disasarkan Pelan Strategik MDKS 2016-2020 iaitu merangsang pembangunan modal insan bagi melahirkan masyarakat madani dan kehidupan yang harmoni,” katanya.

Terdapat beberapa persembahan dan sembilan acara pertandingan di antaranya pertandingan melukis kolum, pertandingan melukis khat jawi dan pertandingan membuat tanglung.

IMG_7456Pada masa sama, turut diadakan majlis penyampaian Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) antara seramai 36 penerima Skim Pinjaman Hijrah bernilai RM258,000.

Selain itu, turut disampaikan beg sekolah kepada 30 kanak-kanak berdaftar Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Skim Peduli Sihat kepada seramai lima penerima, Skim Mesra Usia Emas (SMUE) (7 penerima) dan sumbangan Foodstamp kepada empat penerima.

=EZY=

Categories
NASIONAL SELANGOR

Minta Kerajaan Negeri Siasat Dakwaan Penyelewengan Bina Rumah Era BN

Rumah Kerajaan JKR

TANJONG KARANG, 26 DIS :  Kerajaan Negeri Selangor diminta menyiasat dakwaan penyelewengan dalam pembinaan perumahan yang dibina di atas tanah Kerajaan Negeri yang diluluskan semasa era pemerintahan kerajaan BN.

Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Misran Serman berkata, sepatutnya Kerajaan Negeri akan memperolehi 20 unit rumah kos sederhana yang berharga RM200,000 sebuah yang keseluruhannya bernilai RM4 juta.

Namun ia dipersoal apabila pemaju hanya menyerahkan 20 unit rumah kos rendah berharga  RM35,000 sebuah dengan jumlah keseluruhannya berharga RM700,000.Rumah Kerajaan JKR1

Pembangunan perumahan itu dijalankan di tanah berkeluasan 7.7 ekar yag terletak di Lot 176 dan Lot 177 yang berhampiran dengan Dataran Tanjong Karang.

“Permohonan itu diluluskan pada tahun 2004 untuk pembangunan perumahan mengandungi rumah kos sederhana dua tingkat 100 unit dan kuarters 20 unit.

“Kerajaan Selangor sebagai tuan tanah dalam ratio 10:2 sepatutnya mendapat  rumah kos jenis sederhana sebanyak 20 unit yang berharga 1 unit berjumlah RM200,000 atau keseluruhanya berjumlah RM4juta.

“Di sini terdapat penyelewengan apabila Kerajaan Negeri Selangor hanya mendapat rumah murah townhouse yang berharga RM35,000.

“Kerajaan telah ‘ditipu’ sebanyak RM3.3 juta,” katanya kata Misran ketika dihubungi oleh TVSelangor.

Misran mendakwa menerima maklumat berkenaan daripada kakitangan kerajaan yang menduduki rumah itu sendiri sekitar bulan Ogos lepas.

Rumah Kerajaan JKR2Hal demikian mendatangkan rasa tidak puas hati kakitangan berkenaan yang membuat aduan kepada Misran bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

“Saya harap pihak negeri dapat menyiasat perkara ini,” ujarnya.

Tambahnya beliau akan membuat semakan di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memperolehi maklumat lanjut butiran pemilikan syarikat berkenaan untuk tindakan lanjut dalam masa terdekat.

Dalam dokumen yang ditunjukkan Misran kepada TVSelangor, pihak pemaju projek berkenaan ialah Pembinaan Tegap Perkasa Sdn Bhd yang mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang kepada pihak MDKS pada 12 Sep 2000.

Setelah mendapat kelulusan permohonan pelupusan secara pemberimilikan tanah kerajaan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara (KTN) untuk tujuan pembangunan kediaman.

Permohonan tersebut telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui surat bil(15)dlm.PTKS.3C/TK.70/99 bertarikh 14 Mac 2000 dengan syarat pembinaan bangunan kediaman hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Syaratnnya adalah dengan membina 20 peratus rumah kos rendah, 10 peratus rumah kos sederhana rendah dan 10 peratus rumah kos sederhana.

Pemaju berkenaan beralamat di 40-A, Jalan Datuk Sulaiman,Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur dan  Jururancang Bandar ialah Berkat Consult.

Rumah Kerajaan JKR3