Categories
NASIONAL SELANGOR

MB : Patuhi Prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah – FOKUS


 

Sinopsis

FOKUS Untuk 25072013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Semua umat Islam dan rakyat Malaysia yang bermastautin di negeri Selangor digesa supaya mengikuti dan mematuhi prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah yang telah ditetapkan.

2. Mahkamah Pilihan Raya Kuala Lumpur semalam mengesahkan kerusi Parlimen Batu bagi Pilihan Raya Umum ke-13 kekal milik calon KEADILAN, Tian Chua.

3. Seorang anggota polis yang menjadi suspek dalam kes kematian N Dharmendran sewaktu dalam tahanan mendakwa beliau diperangkap oleh pihak tertentu.

4. Kerajaan Negeri mensyaratkan setiap Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus Ahli Majlis di kalangan wanita untuk penggal akan datang.

Categories
NASIONAL SELANGOR

MB Seru Patuhi Prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah

MB mugshot exco 17 jul 01

SHAH ALAM 24 JULAI : Semua umat Islam dan rakyat Malaysia yang bermastautin di negeri Selangor digesa supaya mengikuti dan mematuhi prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah yang ditetapkan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, rakyat Selangor perlu menerima prinsip itu sebagai asas kepada ajaran yang diterima Kerajaan Negeri.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian Kerajaan Negeri terhadap fahaman Syiah yang makin berleluasa terutama di Selangor sejak kebelakangan ini.

“Enakmen atau keputusan berhubung fahaman syiah telah diputuskan sejak dahulu lagi. Pandangan Kerajaan Negeri ialah kami mahu seluruh masyarakat Islam terutama di Selangor untuk mempraktiskan prinsip yang telah ditetapkan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini.

Tambahnya, Kerajaan Negeri akan menyerahkan kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk mengambil langkah proaktif mengikut tatacara yang sesuai bagi membanteras fahaman Syiah.

“Fatwa dikeluarkan dan kami tidak mahu mencipta isu mengenai perkara ini tetapi proaktif untuk mempromosi konsep sebenar Islam di negeri ini,” katanya lagi.