Categories
NASIONAL SELANGOR

SPRM dan Peguam Negara Hina Mahkamah

MB ahmad said mohon maaf mac 19 01
SHAH ALAM, 30 MAC : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kerajaan Malaysia didakwa menghina keputusan mahkamah apabila gagal menyiarkan permohonan maaf kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di dalam akhbar bahasa Inggeris.

Ini selepas bekas Ketua Pesuruhjaya Datuk Seri Ahmad Said Hamdan gagal menyiarkan permohonan maaf beliau sejajar dengan persetujuan yang dicapai di dalam mahkamah tinggi Kuala Lumpur
19 Mac lalu.

Persetujuan itu direkodkan di hadapan hakim, Datuk Lau Bee Lian di dalam kes saman Abdul Khalid terhadap Ahmad Said. Kes itu berkenaan kenyataan bekas pesuruhjaya itu empat tahun lalu tentang sumbangan lembu korban di kawasan parlimen Bandar Tun Razak.

Antara terma persetujuan itu ialah Ahmad Said melafazkan permohonan maaf di mahkamah terbuka dan menyiarkan permohonan maaf tersebut di muka depan akhbar The New Straits Times dan The Star dalam tempoh empat (4) hari dari 19 Mac.

Bagaimanapun Abdul Khalid dalam satu kenyataan berkata, Ahmad Said, SPRMĀ  danĀ  Kerajaan Malaysia bersikap liar dan tidak bertanggungjawab apabila dengan sengaja tidak menunaikan perintah tersebut.

“Mereka sehingga hari ini masih gagal melaksanakannya walaupun peguam saya telah menuntut defendan berbuat MB ahmad said mohon maaf mac 19 02demikian.

“Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia secara terang-terangan telah menghina mahkamah kerana dengan sengaja tidak mematuhi dan menghormati perintah mahkamah,” katanya di dalam satu kenyataan.

Pada 19 Mac, Ahmad Said memohon maaf secara terbuka di dalam mahkamah kepada Abdul Khalid dan menarik balik kenyataan yang diberikan dan diterbitkan pada 21 Februari 2009 oleh pihak media.

Pada 2009, Ahmad Said mendakwa bahawa Abdul Khalid telah menyalahgunakan kuasanya untuk menderma sejumlah RM 110,400 bagi tujuan membeli 46 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di Bandar Tun Razak pada tahun yang sama.

Susulan daripada dakwaan itu, SPRM telah memulakan siasatan dan mendapati tidak ada unsur salahgunakuasa atau penyelewengan di dalam pembelian itu.

Tegas Abdul khalid, sikap melampau kedua-dua defendan ini bertujuan menghina beliau secara berterusan selaku mangsa kepada kata-kata berunsur fitnah.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguam, Sankara Nair untuk memulakan satu prosiding penghinaan mahkamah terhadap Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia.

“Tindakan defendan ini selari dengan sikap kerajaan Umno-BN yang telah memperkotak-katikkan badan kehakiman Malaysia.

“Mengingkari perintah mahkamah dilakukan tanpa sedikit pun rasa kesal kerana beranggapan kedudukan mereka mengatasi undang-undang di negara ini,” katanya lagi.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Ahmad Said Mohon Maaf Kepada Menteri Besar

MB ahmad said mohon maaf mac 19 01

KUALA LUMPUR, 19 MAC : Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menuntut sebarang ganti rugi daripada Datuk Seri Ahmad Said Hamdan setelah beliau memohon maaf atas kenyataannya berhubung kes pembelian lembu korban pada tahun 2009.

Ahmad Said, Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), telah memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang diberikan dan diterbitkan pada 21 Februari 2009 oleh pihak media.

?Kenyataan tersebut telah dibuat sebelum kertas hasil siasatan dirujuk dan diputuskan oleh Peguam Negara.

?Saya menyatakan segala kenyataan tersebut dibuat tanpa sebarang niat jahat, tanpa mempunyai niat untuk menjejaskan atau menjatuhkan reputasi, imej dan integriti plaintif,? Ahmad Said berkata di dalam kenyataan maafnya hari ini.

Kenyataan asal Ahmad Said pada 2009 itu berhubung dakwaan bahawa Abdul Khalid telah menyalahgunakan kuasanya untuk menderma
RM 110,400 bagi tujuan membeli 46 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di Bandar Tun Razak pada tahun yang sama.

MB ahmad said mohon maaf mac 19 02Susulan daripada dakwaan itu, SPRM telah memulakan siasatan dan mendapati tidak ada unsur salahgunakuasa atau penyelewengan di dalam pembelian itu.

Abdul Khalid dalam satu sidang media pagi tadi berkata, beliau tidak bercadang untuk menuntut sebarang ganti rugi walaupun kenyataan Ahmad Said telah menyebabkan reputasinya sebagai pimpinan tertinggi negeri tercalar.

“Saya tidak mahu wang pembayar cukai digunakan bagi membayar ganti rugi itu memandangkan saman terhadap Ahmad Said atas kapasiti beliau sebagai penjawat awam yang juga defendan pertama dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua.

“Atas alasan ini juga saya memutuskan untuk mengenakan kos yang minima ke atas kes itu.

?Saya berpandangan setiap rakyat di negara ini mempunyai hak untuk hidup dengan selamat dan terjamin dari segi keselamatan diri, maruah dan harga diri seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Hak ini hendaklah dihormati oleh setiap warganegara sekiranya kita mahu menjadi bangsa Malaysia yang bertamadun,” katanya yang ditemui selepas perbicaraan secara tertutup dalam kamar Hakim Datuk Lau Bee Lan di Mahkamah Sivil, Jalan Duta hari ini.

Teks permohonan maaf tersebut juga akan disiarkan di dalam akhbar The Star dan The New Straits Times esok.

“Saya memahami kedudukan Datuk Ahmad Said Hamdan selaku Pegawai Kanan Kerajaan dan memberi penjelasan beliau bahawa ketika mengeluarkan kenyataan tersebut beliau bertindak atas kapasiti sebagai Pesuruhjaya SPRM,” katanya lagi.

Peguam Kanan Persekutuan, Noorin Badaruddin dan Nadia Hanim mewakili mantan Persuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan, SPRM dan Kerajaan Malaysia.

Sementara peguam, S Sankaranair dan Murali Kalidass mewakili Abdul Khalid.