Categories
PELANCONGAN

ERL-AirAsia tawar tambang istimewa ke KLIA

KUALA LUMPUR 25 SEPT: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) menjalin usaha sama dengan AirAsia bagi menawarkan tambang istimewa tren KLIA Ekspres pada harga RM48 sehala dan RM88 bagi perjalanan pergi balik untuk penumpang syarikat penerbangan itu mulai 21 September.

Penumpang kini boleh menempah tiket masing-masing untuk pemindahan terpantas Kuala Lumpur menerusi laman web AirAsia, menjadikannya penyelesaian sehenti, kata ERL dalam satu kenyataan pada Isnin.

“Dengan penyertaan KLIA Ekspres, penumpang AirAsia kini mudah mengurus dan merancang perjalanan mereka menerusi satu laman,” kata Naib Presiden Kanan Pengurusan Pemasaran dan Jualan ERL Yeow We-Wen.

Perjalanan antara KL Sentral dan KLIA2 hanya mengambil masa 33 minit.

Tambang Istimewa bagi kanak-kanak (dua hingga 12 tahun) KLIA Ekspres pada RM22 sehala dan RM40 bagi perjalanan pergi balik juga ditawarkan menerusi laman itu.

Ketua Komersial AirAsia Bhd, Spencer Lee berkata menerusi usaha sama baharu ini, ahli AirAsia BIG akan memperoleh 100 mata BIG ke atas pembelian setiap tiket dewasa sehala KLIA Ekspres dan 200 mata BIG untuk tiket dewasa pergi balik.

Tawaran Mata BIG AirAsia ini hanya sehingga 20 Oktober 20, 2017. Penumpang boleh membeli tiket KLIA Ekspres ini menerusi airasia.com di muka surat Manage My Booking.

SUMBER: BERNAMA

Categories
PELANCONGAN

AirAsia tawar diskaun sehingga 45%

SHAH ALAM 30 JULAI: Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia menawarkan diskaun sehingga 45 peratus bagi tempahan kumpulan dalam kempen barunya, ‘Buy More, Save More’.

AirAsia berkata diskaun 45 peratus itu untuk empat hingga sembilan penumpang yang dibuat di bawah tempahan yang sama, tiga penumpang (35 peratus), dua penumpang (25 peratus), manakala untuk penumpang bersendirian (15 peratus).

“Promosi ini memberi peluang kepada semua orang, sama ada yang suka melancong bersendirian, dengan keluarga atau rakan, kami akan membawa anda ke destinasi pada kos yang berkurangan,” kata Ketua Pegawai Komersil Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh dalam kenyataan media.
Promosi berkenaan sah bagi laluan dari Kuala Lumpur ke Sydney, Gold Coast Australia, Beijing, Hangzhou dan banyak lagi dengan penerbangan AirAsia X serta dari Kuala Lumpur ke Shantou, Tiruchirappalli, Pekanbaru, Kalibo, Pattaya, Alor Setar, Sibu, Johor Bahru, Langkawi, dan penerbangan AirAsia yang lain.

Tawaran ini juga termasuk ke destinasi baharu syarikat penerbangan seperti Kuala Lumpur-Sihanoukville, Langkawi-Shenzen dan Langkawi-Kuching, yang akan bermula 9 Ogos, 2017.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Penerbangan empat lokasi ditambah sempena Aidiladha

KUALA LUMPUR, 13 JULAI: AirAsia akan menambah kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Alor Setar untuk memenuhi permintaan sempena sambutan Aidiladha, pada 1 September ini.

AIR ASIADalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata, kekerapan penerbangan ke destinasi Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Alor Setar akan ditambah bagi tempoh antara 26 Ogos dan 3 September, manakala lebih banyak penerbangan ke Johor Bahru antara 20 Ogos dan 12 September ini.

“AirAsia juga menawarkan potongan 20 peratus untuk semua tempat duduk bagi semua penerbangan mulai hari ini hingga 16 Julai untuk perjalanan antara 17 Julai dan 23 November ini.

“Tempahan boleh dibuat melalui www.airasia.com, aplikasi mudah alih AirAsia dan AirAsiaGo, selain itu anggota AirAsia BIG boleh menebus penerbangan ketika tempoh jualan ini menggunakan mata AirAsia BIG mereka,” katanya.

Penumpang AirAsia digalakkan berada di lapangan terbang tiga jam sebelum waktu pelepasan dan daftar masuk melalui laman sesawang, perkhidmatan mudah alih atau kios bagi mengelak kesesakan.

-BERNAMA-

Categories
NASIONAL

Insiden Air Asia patah balik diketahui dalam sebulan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 JUN: Keputusan siasatan berhubung insiden pesawat AirAsia X D7237 yang terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Perth ekoran masalah teknikal bakal diketahui dalam masa sebulan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Jabatan Penerbangan Awam dan Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) sudah diarahkan untuk menyiasat serta mengenal pasti punca sebenar masalah pesawat berkenaan.

“Butiran terperinci siasatan akan mendedahkan lebih banyak maklumat daripada rakaman kokpit tentang apa yang sebenarnya berlaku semasa penerbangan itu,” katanya dipetik Bernama.

Pada 25 Jun lalu, pesawat AirAsia X dalam penerbangan dari Perth ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Perth selepas berlepas tiga jam akibat masalah teknikal.

Pesawat D7237 dengan 359 penumpang itu berlepas pukul 7 pagi (waktu tempatan) dan selamat mendarat di Lapang Terbang Perth pada jam 10 pagi sebelum penumpang dipindahkan ke penerbangan berikutnya pada jam 11:40 malam hari sama.

Mengulas perkembangan lain, Tiong Lai berkata Lembaga Pelabuhan Klang diarah menyiasat laporan akhbar terdapat ratusan kontena berisi bahan buangan plastik dan tayar skrap ditinggalkan begitu sahaja di Pelabuhan Klang.

Katanya, perkara itu akan diberi perhatian serius ekoran terdapat kes penerima konsain tidak tampil menuntut kontena berkenaan sehingga memenuhi ruang di Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Tayar pesawat Air Asia meletup di Sibu

SHAH ALAM, 18 DIS: Pesawat A320 AirAsia tidak dibenarkan berlepas di Lapangan Terbang Sibu selepas tayar belakangnya meletup sebaik sahaja mendarat, kira-kira 7.20 malam tadi.

Pengurus Malaysia Airport Berhad Sibu, Zainuddin Abu Nasir, berkata pesawat tidak dibenarkan berlepas selepas diarah ke ‘Bay 3’ sebaik sahaja mendarat.

Katanya, semua 138 penumpang serta enam anak kapal penerbangan AK6440 itu tidak mengalami kecederaan.

air asiaBeliau berkata, kejadian terbabit mengakibatkan satu unit lampu di tepi landasan mengalami kerosakan, namun ia tidak menjejaskan jadual penerbangan lain.

“Pesawat sudah diletakkan di ‘open bay’ kami dan sedang dibaiki, manakala lampu landasan sudah ditukar,” katanya yang memetik laporan Malaysia Kini.

Beliau berkata, penumpang yang sepatutnya menaiki penerbangan Sibu-Kuching pada 7.50 malam terpaksa menunggu sebuah pesawat AirAsia lain yang dijadual berlepas pagi ini dan punca insiden masih dalam siasatan.

Sementara itu, difahamkan kejadian terbabit mengakibatkan kelewatan selama beberapa jam bagi dua lagi penerbangan,MH3383 ke Kuching dan MH3660 ke Miri.

Categories
NASIONAL

AirAsia Pulau Pinang – Langkawi berpatah balik

GEORGETOWN – Pesawat AirAsia yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) ke Langkawai, Kedah hari ini dilapor berpatah balik selepas 10 minit penerbangan kerana ‘masalah teknikal’.

Jurucakap LTAPP ketika dihubungi berkata pesawat AK6242 yang berlepas pada 4.30 petang itu sepatutnya mendarat di Langkawi pukul 5.05 petang.

air asia“Pesawat itu berpatah balik selepas kira-kira 10 minit memulakan perjalanan dipercayai akibat masalah teknikal dan terpaksa dijadual semula.

“Pesawat itu selamat mendarat (di Langkawi) kira-kira pukul 6.30 petang; terlewat hampir 1 jam 30 minit dari jadual asal,” katanya.

Sementara itu, pengurusan AirAsia ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan berkata kenyataan akhbar mengenainya akan dibuat kemudian. – Bernama

Categories
NASIONAL

TERKINI: Pesawat Air Asia QZ8501 putus hubungan

Pesawat AirAsia dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura penerbangan AWQ 8501 hilang hubungan.

Pesawat itu membawa penumpang 130 orang dewasa, 24 anak dan 1 bayi.

air asiaMenteri Pengangkutan Indonesia, Hadi Mustofa berkata penumpang terdiri daripada 1 Singapura, 1 British, 1 Malaysia, 3 Korea; 149 Indonesia.

Pesawat itu berlepas daripada Surabaya pada 5.20 pagi waktu tempatan pada Ahad dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Changi pada 8.30 pagi.

Ia dilaporkan putus hubungan dengan menara kawalan ketika pesawat itu berada di antara Kalimantan dan Kepulauan Belitung.

10868223_831387420242430_1982023196125058092_n

Sementara itu, AirAsia dalam kenyataannya di Facebook mengesahkan kejadian itu dan meluahkan kekesalannya terhadap insiden menimpa pesawat QZ8501 itu.Menurut AirAsia, pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu hilang perhubungan dengan pusat kawalan trafik pada jam 7.24 pagi ini.Air Asia1
“Operasi mencari dan menyelamat sedang sedang dijalankan dan AirAsia bekerjasama penuh membantu perhidmatan menyelamat,” menurut kenyataan itu.
AirAsia juga menubuhkan pusat panggilan kecemasan untuk anggota keluarga dan rakan-rakan penumpang di talian +622129850801.

Kemas kini berhubung perkara itu akan dimuat naik ke laman web www.airasia.com.

Syarikat penerbangan itu juga sudah menukar logonya di Facebook kepada hitam putih.

Air Asia2

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, kerajaan akan membantu untuk mencari pesawat Air Asia QZ8501 dari Surabaya, Indonesia ke Singapura yang dilaporkan hilang itu.

10885368_940922562584603_2882404653189480423_n

“Saya tidak dapat banyak maklumat pada masa kini dan cuma sudah disahkan bahawa sebuah pesawat Air Asia hilang.

“Kerajaan akan bantu untuk mencari pesawat itu,” katanya kepada media selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Tengku, Lipis.

Air Asia

Dalam pada itu, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali ditwitternya berharap semua agar mendoakan keselamatan QZ8501.

QZ8501

Kronologi:
– Pukul 05.36, pesawat berangkat dari Surabaya menuju Singapura dengan ketinggian 32.000 kaki. Pesawat dilaporkan mengikuti jalur yang biasa ditempuh antara Surabaya dan Singapura yaitu M635.

– Pesawat kontak terakhir dengan Air Traffic Control Jakarta pukul 06.12. Dalam kontak itu, pilot meminta menghindar ke arah kiri dan meminta izin untuk naik ke ketinggian 38.000 kaki. Permintaan pilot disetujui oleh pihak ATC.

– Pukul 06.16, pesawat masih ada di layar radar

– Pukul 06.17, pesawat hanya tinggal sinyal di dalam radar ATC

– Pukul 06.18 pesawat hilang dari radar. Yang ada, di radar tinggal data rencana terbang. Seharusnya, di dalam radar ada data lain yakni realisasi terbang namun data itu hilang.

– Pukul 07.08, pesawat dinyatakan INCERFA, yakni tahap awal hilangnya kontak. Pihak dirjen perhubungan melakukan kontak ke Basarnas.

– Pukul 07.28, pesawat dinyatakan ALERFA, tahap berikut dalam menyatakan pesawat hilang kontak

– Pukul 07.55, pesawat dinyatakan DETRESFA atau resmi dinyatakan hilang.

 

EZY

Laporan dari masa ke semasa

 

 

Categories
NASIONAL

Penerbangan AK278 AirAsia tergelincir dari landasan di Brunei

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 8 JULAI: Penerbangan AK278 tergelincir di landasan semasa melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei kira-kira pukul 4 petang, semalam

Penerbangan itu berlepas dari Kuala Lumpur dan dijadualkan mendarat di Bandar Seri Begawan pada 4 petang sebelum tergelincir “sedikit” di landasan semasa hendak mendarat.

1544999_927453050613906_2269971178873365393_nMenurut AirAsia dalam satu kenyataan berkata, pesawat itu membawa 102 penumpang dan tujuh kru dan mereka telah selamat keluar dari pesawat. Tiada laporan mengenai kecederaan.

Sementara itu, menurut penumpang, Won Fabio yang menceritakan detik itu laman Facebook berkata kejadian itu adalah pengalaman pahitnya yang berhadapan situasi cemas tidak diduga.

Katanya ketika kejadian penumpang agak kelam kabut kerana tiada pengumuman dan arahan daripada kapten selepas pesawat itu tergelincir.

10527359_927377253954819_2312547977033357429_n“Apabila kapal tergelincir, kami tidak dapat melihat “cahaya dalam gelap” talian di atas lantai, dan saya melihat wayar yang panjang menurun daripada petak tetapi tiada topeng oksigen, atendan penerbangan (pramugara) membuat seluruh keadaan lebih buruk, dia menjerit, lari,lari, lari,” tulisnya.

Dia juga sempat mengirimkan beberapa gambar detik cemas kejadian itu di laman facebooknya.

EZY