Categories
SELANGOR

Tropicana percepat bayaran tanah Canal City

SHAH ALAM, 09 OGOS: Tropicana Corp Bhd memeterai satu perjanjian tambahan bersama Menteri Besar Selangor Inc (MBI) dan Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) berkenaan pembayaran tanah ‘Canal City’ sekitar Kota Kemuning.

Tropicana Corp Bhd berkata, unit milikan Sapphire Index Sdn Bhd akan membayar RM173 juta kepada Kerajaan Selangor untuk seluas 308,72 ekar tanah.

canalcity“Saphhire Indeks bersetuju menjual sebahagian kepada Prominent Stream Sdn Bhd dan Kumpulan EcoWorld.

“Berdasarkan nilai dipersetujui RM18.02 sekaki persegi di kawasan yang boleh dibangunkan seluas 308,72 ekar,” kata Tropicana dipetik The Edge Malaysia.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengemukakan kaedah pembayaran mengikut sub-jualan Tropicana 308,72 ekar kepada EcoWorld berjumlah RM470.7 juta pada awal tahun ini.

Beliau menuntut Tropicana membayar RM800 juta pendahuluan bagi keseluruhan tanak seluas 1,172 ekar.

JURNAL BERITA – MB : Perlu patuhi adab, peranan Sultan tentu pemimpin negeri

1. Perlu patuhi adab, peranan Sultan tentu pemimpin negeri

2. Rakyat Selangor dapat manfaat hasil MoU PNSB, Tropicana Corp

3. MH370: Selangor kaji bentuk bantuan untuk keluarga mangsa

4. Catuan air diteruskan, kemarau dijangka berakhir awal April

5. MB hadiri bacaan Yassin dan Tahlil untuk krew, penumpang MH370

6. SUKMA 2014: MSN galas misi utama untuk kekal kejuaraan Selangor

7. Jerebu jejas pendapatan nelayan pesisir pantai

8. Tiada hujan punca catuan air di Selangor, Putrajaya berterusan

9. Klang Parade anjur Children’s Fair hingga 30 Mac

10.Duta Mesir angkuh, enggan terima kunjungan PAS

11.Parlimen: Pertandingan siapa lebih pro-Umno bunuh badan kehakiman

12.Parlimen: Kerajaan harus minta maaf pada keluarga penumpang di China

13.Keluarga penumpang, anak kapal MH370 terima kenyataan jika ada bukti

14.KM baru Sarawak sombong, BN tidak hormat proses pilihan raya

Categories
SELANGOR

Rakyat Selangor dapat manfaat hasil MoU PNSB, Tropicana Corp

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 26 MAC: Hasil RM844.2 juta yang bakal diperoleh Kerajaan Selangor berikutan perjanjian yang dimeterai antara Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan syarikat subsidi Tropicana Corp Berhad, Sapphire Index Sdn Bhd akan dimanfaatkan bagi melaksanakan pembangunan hartanah yang mampu memberi faedah terhadap program sosial rakyat Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata hasil itu akan diperoleh apabila Nilai Bersih Semasa (NPV) hartanah yang menempatkan projek pembangunan yang sebelum ini dikenali sebagai Canal City itu mampu mencecah RM1.3 bilion dalam jangka masa 20 tahun akan datang.

“Perjanjian jual dan beli antara Tropicana dan Eco World Development Group Berhad membabitkan satu perempat daripada 474.3 hektar tanah yang dahulunya dikenali sebagai Canal City memberi Kerajaan Selangor perspektif baru terhadap perjanjian terbabit.

IMG_3855 copy“Kami berharap Tropicana akan mempercepatkan bayaran penuh supaya kita boleh menyalurkan dana RM844.2 juta untuk melaksanakan pelbagai pembangunan hartanah yang mampu memberi pelbagai program sosial untuk faedah rakyat Selangor,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri melalui pihak berkuasa tempatan juga bersedia bekerjasama dengan memberikan kelulusan berkenaan pembangunan di atas tanah terbabit bagi memastikan projek yang bakal dijalankan syarikat pemaju itu berjalan lancar.

Pada April 2013, PNSB dan Sapphire Index menandatangani perjanjian jual beli dan pembangunan bagi tanah hak milik pajakan di Selangor dengan menawarkan pulangan minimal RM1.3 bilion dalam jangka masa 20 tahun.

-NFN-