Categories
AGENDA EKONOMI

CIMB sedia RM3 bilion untuk pinjaman berkaitan kemampanan

KUALA LUMPUR, 5 JAN: Kumpulan CIMB memperuntukkan RM3 bilion untuk Pinjaman Berkaitan Kemampanan (SLL) yang baru dilancarkan untuk peminjam korporat yang berminat untuk meningkatkan prestasi kemampanan mereka sejajar dengan mana-mana 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

SLL ialah instrumen pembiayaan dan/atau kemudahan yang membolehkan peminjam menerima insentif kewangan apabila mencapai Sasaran Prestasi Kemampanan (SPT) seperti dipersetujui sebelumnya.

“Insentif ditawarkan dalam bentuk rebat ke atas kadar faedah, jika peminjam dapat menunjukkan ia telah mencapai SPT.

“SLL membantu dan menggalakkan peminjam untuk meningkatkan profil atau komitmen memandangkan terma dan syarat pembiayaan adalah sejajar dengan SPT mereka,” menurunt Kumpulan CIMB dalam kenyataan.

Insentif SLL disediakan dari 1 Januari, 2020 hingga 31 Disember, 2024.

Kegunaan hasil SLL tidak terhad kepada projek mesra alam sahaja, malah untuk tujuan korporat secara umum.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

CIMB umum kerosakan teknikal sudah diperbaiki

KUALA LUMPUR, 4 SEPT: CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd mengumumkan bahawa masalah teknikal membabitkan urus niaga kad kredit dalam talian bank itu sudah pun diperbaiki.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku ke atas pelanggan kami. Sistem teras perbankan dan data pelanggan tetap utuh, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pelanggan masih boleh melaksanakan transaksi perbankan melalui CIMB Clicks, CIMB BizChannel dan terminal layan diri.

-BERNAMA

Categories
EKONOMI

Keuntungan bersih suku ketiga CIMB meningkat kepada RM1.18 bilion

KUALA LUMPUR, 29 NOV: Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd meningkat kepada RM1.18 bilion dalam suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2018, berbanding RM1.13 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Hasil, bagaimanapun, susut kepada RM4.14 bilion daripada RM4.42 bilion sebelumnya disebabkan terutamanya pendapatan operasi yang turun 6.4 peratus tahun ke tahun dberikutan penurunan pendapatan bukan faedah dan pendapatan faedah bersih masing-masing sebanyak 17.0 peratus dan 1.6 peratus.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, CIMB berkata keuntungan bersih suku tersebut yang bertambah baik disumbang daripada semua segmen kecuali perbankan borong yang susut 41.7 peratus tahun ke tahun dalam semua segmen borong memandangkan pasaran modal yang lemah.

Pada masa hadapan, kumpulan perbankan itu berkata ia yakin dapat mencapai sasaran Target 18 (T18) utamanya tetapi masih berhati-hati dalam keadaan ekonomi serantau yang lemah dan ketegangan perdagangan global.

“Dalam keadaan ini, kumpulan akan terus mengawal kualiti aset dan kos dalam semua perniagaan dan geografi di samping memuktamadkan pelan separuh penggal seterusnya untuk merangsang pertumbuhan yang lebih kukuh,” kata CIMB Group.

SUMBER: BERNAMA

Categories
SELANGOR

Nyamuk Toxo Dapat Kurangkan Populasi Aedes

PUCHONG 30 JUL : Usaha mengurangkan populasi nyamuk Aedes melalui pembiakan nyamuk ?Toxo? (Toxorhynchites) dilihat membuahkan hasil dengan penurunan kadar kes demam denggi di Kampung Seri Aman Berkat di sini.

Menurut Pengarah Kesihatan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dr. Roslan Mohamed Hussin, program yang masih di bawah peringkat kajian dan pemantauan setakat ini memberikan hasil positif.

“Mengikut laporan, tahun lepas, kes demam denggi di kampung ini mencatat angka 27 kes dilaporkan namun kini kes menurun kepada di bawah 15 kes sahaja.

“Ini kerana, nyamuk Toxo dapat berkembang biak menjadi ejen kawalan nyamuk Aedes secara berterusan dan ia juga mempunyai jangka hidup yang lebih lama berbanding Aedes,” jelas beliau.

Jentik-jentik nyamuk Toxo atau dikenali sebagai ?nyamuk gajah? bertindak memakan jentik-jentik nyamuk Aedes sekaligus mengurangkan pembiakan pembawa demam denggi itu.

Beliau hadir menemani Timbalan Yang Di Pertua MPSJ, Abdullah Marjunid menyempurnakan Fasa Ketiga melepaskan 400 ekor nyamuk Toxo peringkat dewasa selain 100 lagi di peringkat larva.

Program yang bermula sekitar Jun 2011 ini merupakan usahasama antara MPSJ dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dan CIMB Bank yang turut bertindak memberi suntikan dana sebanyak RM 60, 000 bagi menjayakannya.

Fasa Pertama pada 29 Oktober 2011 disempurnakan Exco Kerajaan Negeri, Teresa Kok yang melepaskan nyamuk Toxo di Kampung Seri Aman Berkat sementara Fasa Kedua diadakan pada 17 Januari tahun ini.

Pihak MPSJ juga tidak menolak kemungkinan untunk melepaskan lagi nyamuk dewasa Toxo berdasarkan penyelidikan USM.

“Kita difahamkan program ini akan melalui beberapa fasa pelepasan Toxo, jadi kita akan patuhi segala pandangan pakar dari USM bagi melancarkan program ini,” tambah Abdullah.