Categories
SELANGOR

MPSJ hasrat kembang projek Nyamuk Toxo perangi wabak denggi

Oleh: Naeem Raffi

SHAH ALAM, 25 FEB : Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berhasrat mengembangkan lagi projek pembiakan nyamuk Toxorhynchites (Toxo) sebagai inovasi pihaknya memerangi wabak denggi secara biologi di wilayah itu.

Keputusan tersebut diambil setelah projek perintis yang dijalankan di Kampung Sri Aman di Subang Jaya sebagai tapak kajian sejak Jun 2011 mendatangkan hasil positif dan membanggakan.

nyamuk toxo 02Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi, berkata kajian peringkat awal mendapati bilangan kes demam denggi di tapak kajian tersebut menunjukkan penurunan yang ketara.

“Jentik-jentik nyamuk Toxo atau ‘nyamuk gajah’ bertindak memakan jentik-jentik nyamuk Aedes sekaligus mengurangkan pembiakan pembawa demam denggi.

“Inovasi ini berjaya dan MPSJ berhasrat melepaskan lagi jentik-jentik dan nyamuk Toxo ke kawasan lain dengan harapan ia dapat membantu mengurangkan penularan kes denggi yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini,” katanya dalam satu kenyataan rasmi kepada Selangor Kini.

Bermula pada 2011, MPSJ dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan bank CIMB mengerakkan usaha membangunkan inovasi pencegahan pembiakan Aedes dengan melepaskan jentik-jentik dan nyamuk Toxo dewasa.

Bagi pelaksanaan program tersebut, CIMB telah memperuntukkan dana sebanyak RM60,000.

Sebagai permulaan, Kampung Sri Aman dipilih sebagai tapak kajian memandangkan kawasan itu mencatatkan wabak denggi terburuk dengan 20 kes dilaporkan bagi tempoh bermula Mac 2011 hingga April 2012.

nyamuk toxo 01Bagaimana pun, dalam tempoh sekitar Ogos 2012 sehingga Julai 2013, tiada kes denggi dilaporkan berlaku di Kampung tersebut.

Pada September 2013, MPSJ juga telah memperluas program tersebut ke Pangsapuri Sri Tanjung, di USJ 16 berikutan populasi nyamuk Aedes dikawasan itu tinggi antara 500 ke 700 jentik-jentik setiap bulan.

EZY

 

Apa Khabar Selangor Episod 23 – Kaligrafi Khat serta Azan, Berbuka di Hotel De Palma, Nyamuk Toxo dan Go Green

 Apa Khabar Selangor Episod 23 Bhgn 1 – Kaligrafi Khat serta Azan dan Berbuka di Hotel De Palma

 

Apa Khabar Selangor Episod 23 Bhgn 2 – Manfaat Nyamuk Toxo dan Program Go Green

Sinopsis:
Rancangan ini telah disiarkan secara langsung pada 1 Ogos 2012, Rabu, jam 12 tghari-2 petang melalui http://www.selangorkini.net

Apa Khabar Selangor memaparkan 4 segmen utama
Segmen 1: Pertandingan Kaligrafi Khat dan Azan Peringkat Sekolah 2012 – Pn Rubaizah Mohamed Noh (Penolong Pengarah Perpustakaan)
Segmen 2: Berbuka di Hotel De Palma Ampang – First Islamic Complience Hotel In Malaysia – Datuk Idris Zainal Abidin (CEO) dan Muhamad Azmir (COO)
Segmen 3: Pelepasan Nyamuk Toxo di Majlis Perbandaran Subang Jaya
Segmen 4: Program Go Green

Categories
SELANGOR

Nyamuk Toxo Dapat Kurangkan Populasi Aedes

PUCHONG 30 JUL : Usaha mengurangkan populasi nyamuk Aedes melalui pembiakan nyamuk ?Toxo? (Toxorhynchites) dilihat membuahkan hasil dengan penurunan kadar kes demam denggi di Kampung Seri Aman Berkat di sini.

Menurut Pengarah Kesihatan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dr. Roslan Mohamed Hussin, program yang masih di bawah peringkat kajian dan pemantauan setakat ini memberikan hasil positif.

“Mengikut laporan, tahun lepas, kes demam denggi di kampung ini mencatat angka 27 kes dilaporkan namun kini kes menurun kepada di bawah 15 kes sahaja.

“Ini kerana, nyamuk Toxo dapat berkembang biak menjadi ejen kawalan nyamuk Aedes secara berterusan dan ia juga mempunyai jangka hidup yang lebih lama berbanding Aedes,” jelas beliau.

Jentik-jentik nyamuk Toxo atau dikenali sebagai ?nyamuk gajah? bertindak memakan jentik-jentik nyamuk Aedes sekaligus mengurangkan pembiakan pembawa demam denggi itu.

Beliau hadir menemani Timbalan Yang Di Pertua MPSJ, Abdullah Marjunid menyempurnakan Fasa Ketiga melepaskan 400 ekor nyamuk Toxo peringkat dewasa selain 100 lagi di peringkat larva.

Program yang bermula sekitar Jun 2011 ini merupakan usahasama antara MPSJ dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dan CIMB Bank yang turut bertindak memberi suntikan dana sebanyak RM 60, 000 bagi menjayakannya.

Fasa Pertama pada 29 Oktober 2011 disempurnakan Exco Kerajaan Negeri, Teresa Kok yang melepaskan nyamuk Toxo di Kampung Seri Aman Berkat sementara Fasa Kedua diadakan pada 17 Januari tahun ini.

Pihak MPSJ juga tidak menolak kemungkinan untunk melepaskan lagi nyamuk dewasa Toxo berdasarkan penyelidikan USM.

“Kita difahamkan program ini akan melalui beberapa fasa pelepasan Toxo, jadi kita akan patuhi segala pandangan pakar dari USM bagi melancarkan program ini,” tambah Abdullah.