Categories
ALAM SEKITAR & CUACA SELANGOR

Selangor diramal kembali hujan hingga 1 Februari

SHAH ALAM, 26 JAN: Setelah dilanda cuaca panas berlarutan, Selangor diramal mengalami hujan ribut petir bermula esok (27 Januari) sehingga 1 Februari ini, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Melalui portalnya, keadaan itu dijangka berlaku di Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Keadaan mendung dan ribut petir berlaku bermula pada waktu pagi di beberapa lokasi.

Orang ramai boleh melayari laman web www.met.gov.my untuk mendapatkan maklumat terbaru mengenai keadaan cuaca semasa di negeri ini.

Categories
AGENSI SELANGOR

Ribut petir diramal sehingga 16 Januari

SHAH ALAM, 10 JAN: Sembilan daerah di Selangor diramal mengalami cuaca hujan serta ribut petir berterusan sehingga Khamis depan (16 Januari), lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), hari ini.

Laporan menerusi laman web rasminya itu berkata, ia membabitkan Sepang, Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Keadaan sedemikian dijangka berlaku pada waktu petang dan juga malam sementara tiada hujan pada waktu pagi.

Orang ramai boleh melayari laman web www.met.gov.my untuk mendapatkan maklumat terbaru mengenai keadaan cuaca semasa di negeri ini.

Categories
SELANGOR

Cuaca ribut petir diramalkan di seluruh Selangor

SHAH ALAM, 18 NOV: Cuaca hujan dan ribut petir diramalkan berlaku di seluruh daerah di Selangor sehingga Ahad (24 November), demikian laporan Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), hari ini.

Keadaan itu dijangkakan berlaku di Sepang, Hulu Langat Kuala Langat, Petaling, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Menurut laporan berkenaan, hujan dan ribut petir kemungkinan berlaku pada waktu petang.

Orang ramai juga boleh mendapatkan laporan terkini cuaca di laman web www.met.gov.my.

Categories
AGENDA NASIONAL

Hujan, ribut petir di Selangor sehingga 17 September

SHAH ALAM, 11 SEPT: Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan cuaca hujan dan ribut petir berlaku di kebanyakan lokasi di Selangor sehingga Selasa depan (17 September).

Keadaan itu dijangkakan berlaku di Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling, Gombak, Klang, Hulu Selangor , Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Hujan dan ribut petir dijangka berlaku pada waktu pagi dan petang sementara tiada hujan pada waktu malam.

Sebelum ini, dilaporkan METMalaysia mungkin akan memulakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) untuk menangani masalah jerebu di Sarawak, namun ia bergantung pada kesesuaian keadaan atmosfera.

Ketua Pengarah METMalaysia, Jailan Simon berkata, jabatannya sentiasa memantau keadaan dari semasa ke semasa untuk kemungkinan melakukan OPA jika keadaan atmosfera bertambah baik.

Categories
SELANGOR

Hujan diramal turun di Selangor pada Aidilfitri

 

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 31 MEI : Hujan dan ribut petir di negeri ini diramalkan berlarutan sehingga Aidilfitri, 5 Jun ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) melalui laman webnya memaklumkan, antara lokasi yang terbabit ialah Sepang, Hulu Langat, Petaling Klang, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak.

Dijangkakan hujan ribut petir berlaku pada waktu tengahari dan lewat petang.

Bagaaimanapun Sabak Bernam pula diramalkan mengalami panas pada Selasa (4 Jun) hingga Rabu (5 Jun).

Categories
SELANGOR

Cuaca diramal tidak menentu hingga Selasa depan

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 25 APR: Cuaca di Selangor diramalkan tidak menentu hingga Selasa depan menurut Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia).

Melalui laman web METMalaysia, diramalkan cuaca di Klang, Kuala Langat dan Sepang akan mengalami hujan bermula hari ini hingga Ahad, 28 April.

Namun cuaca bertukar panas bermula Isnin, 29 April hingga keesokan harinya.

Sementara bagi Daerah Hulu Selangor, Petaling, Gombak dan Hulu Langat pula diramalkan hujan hingga Selasa, 30 April, namun bagaimanapun bertukar panas pada Ahad, 28 April.

Kawasan di Utara Selangor termasuk Kuala Selangor dan Sabak Bernam pula dijangkakan hujan hingga esok, namun diramalkan panas bermula Jumaat, 27 April hingga Isnin depan.

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Amaran angin kencang dan laut bergelora sehingga 3 Januari

KUALA LUMPUR, 29 DIS: Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dijangka berlaku di kawasan perairan utara Condore, utara Reef North dan utara Palawan bermula 29 Disember sehingga 3 Januari depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan memaklumkan keadaan angin kencang timur laut dengan kelajuan 50-60 kilometer sejam (km/j) sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Fenomena angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 km/j dengan ketinggian ombak mencecah sehingga 3.5 meter juga dijangka berlaku di kawasan perairan selatan Condore, Bunguran, selatan Reef North, Layang-Layang, Reef South, selatan Palawan, Labuan dan Sabah Barat dalam tempoh sama.

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, menurut kenyataan itu.

SUMBER: BERNAMA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA SELANGOR

Cuaca tidak menentu di Selangor hingga Selasa

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 26 DIS: Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan cuaca di Selangor tidak menentu hingga Selasa ini.

Melalui laman sesawangnya, METMalaysia meramalkan cuaca di Klang, Petaling, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam hujan sehingga 28 Disember ini (Jumaat).

Bagaimanapun, cuaca dijangkakan panas pada Sabtu, 29 Disember ini dan kembali hujan sehingga Selasa, 1 Januari.

Sementara cuaca di Hulu Langat, Gombak dan Hulu Selanngor diramalkan mengalami hujan lebat sehingga Sabtu ini.

 

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Amaran angin kencang, laut bergelora

KUALA LUMPUR 16 DIS: Angin kencang Timur Laut dan laut bergelora dengan kelajuan 40-50 kilometer (km) sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Sabah sehingga Selasa, 18 Disember ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, angin kencang dengan ukuran berkenaan juga dijangka melanda kawasan perairan Tioman, selatan Condore, Bunguran, selatan Reef North, Layang-Layang, Reef South, Labuan dan Palawan.

 

“Keadaan itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut,” menurutnya.

Sementara itu angin kencang Timur Laut dan laut bergelora berkelajuan 50 hingga 60km sejam dengan ombak setinggi 4.5 meter diramal berlaku di kawasan perairan Samui, utara Condore dan utara Reef North sehingga Selasa ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk aktiviti menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

SUMBER: BERNAMA

Categories
NASIONAL

Mangsa banjir di Terengganu meningkat pagi ini

KUALA TERENGGANU, 16 DIS: Situasi banjir di Terengganu tidak banyak berubah pagi ini dengan hanya sedikit peningkatan mangsa iaitu 163 orang daripada 45 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 149 mangsa daripada 39 keluarga malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata jumlah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga kekal empat iaitu tiga di Hulu Terengganu dan satu di Dungun.

“Jumlah mangsa bertambah di PPS Kampung Pengkalan Ajal di Hulu Terengganu iaitu 64 orang (20 keluarga) berbanding 50 orang daripada 15 keluarga malam tadi.

“Dua lagi PPS di Hulu Terengganu ialah PPS di Kampung Sekayu yang menempatkan 45 orang daripada 10 keluarga dan Balai raya Kampung Pelandan (22 orang daripada lapan keluarga) manakala satu PPS di Dungun iaitu di Surau Besol Lama pula menempatkan 32 orang daripada tujuh keluarga ketika ini,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula melaporkan hanya dua sungai di Setiu melepasi paras amaran.

Menurutnya Sungai Nerus di Kampung Langkap yang merekodkan bacaan setinggi 20.57 meter (m) melepasi paras amaran 20.25m, manakala Sungai Nerus di Kampung Bukit merekodkan bacaan 12.40m berbanding paras amaran 11.85m.

Beberapa sungai utama di daerah lain melepasi paras waspada.

Che Adam berkata ketika ini, hujan masih berterusan di beberapa kawasan menyebabkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah terdedah kepada risiko banjir pada bila-bila masa.

SUMBER: BERNAMA

 

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Angin kencang, laut bergelora hingga Ahad

KUALA LUMPUR, 12 DIS: Angin kencang timur laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak setinggi 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Samui dan utara Condore, sehingga Ahad ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Sementara itu, amaran angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50kmsj dengan ketinggian ombak mencecah sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Tioman, selatan Condore, utara Bunguran, barat laut Reef South, Reef North, Layang-Layang dan barat Palawan sehingga Ahad ini.

Situasi sama dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang pada tempoh sama yang turut membahayakan bot-bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut.

Dalam pada itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di perairan Selat Melaka Utara dan Bunguran dijangka berterusan sehingga 12 tengah hari ini.

Menurut kenyataan itu, keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SUMBER: BERNAMA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA SELANGOR

Cuaca ribut petir waktu petang di Selangor

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 8 DIS: Cuaca diramalkan mengalami hujan ribut petir dan dijangka berlarutan hingga Jumaat depan, 14 Disember.

Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) melalui laman web rasminya memaklumkan keadaan cuaca sedemikian diramalkan berlaku sepanjang waktu petang.

“Antara lokasi yang dijangka mengalaminya termasuk Sepang, Hulu Langat, Petaling, Gombak dan Hulu Selangor.

“Namun dijangkakan tiada hujan pada waktu pagi dan sebelah malam,” kata laporan berkenaan.

Bagaimanapun keadaan cuaca di Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam mengalami cuaca panas dan tidak hujan berbanding lokasi lain di negeri ini.

Daerah Klang dijangkakan panas bermula Isnin (10 Dis), Rabu (12 Dis), Khamis (13 Dis) dan Jumaat (15 Dis).

Sementara Kuala Selangor dijangka tidak menerima sebarang hujan dari Isnin hingga Selasa depan dan Sabak Bernam pula dari Ahad hingga Selasa depan.