Categories
SELANGOR

Kutipan cukai taksiran MPK meningkat RM3.2 juta

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 27 JULAI: Sejumlah RM119.41 juta berjaya dikutip menerusi cukai taksiran oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) sehingga tempoh 19 Julai ini.

Yang Dipertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, jumlah itu meningkat RM3.2 juta iaitu 2.7 peratus berbanding RM116.21 juta bagi tempoh sama.

“MPK juga akan meneruskan kempen pembayaran cukai taksiran di kawasan terpilih antaranya pasaraya pada Ogos ini.

CP2A2902-1280x853“Dua lokasi dipilih iaitu di Aeon Bukit Tinggi dan Bukit Raja bermula 10.30 pagi hingga 10 malam,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Yasid berkata sehingga 23 Julai lalu, MPK turut berjaya mengutip RM168,405 bagi pembayaran kompaun trafik lalulintas sempena kempen pengurangan menjelang sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

“Tempoh kempen pengurangan ini akan berakhir pada 31 Julai ini dan pembayaran untuk kempen ini juga boleh dibuat di Aeon Bukit Tinggi pada 29 dan 30 Julai ini dari jam 10.30 pagi hingga 10 malam,” katanya.

Categories
SELANGOR

MPK tawar Ev Charger percuma

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 27 JULAI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) melancarkan perkhidmatan kemudahan alat pengecas elektrik (Ev Charger) secara percuma membabitkan dua lokasi di daerah itu.

Yang Dipertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, kemudahan itu boleh digunakan orang ramai secara percuma selama tiga bulan dari tarikh pemasangan di Ibu Pejabat MPK dan Aeon Bukit Tinggi.

Katanya, perkhidmatan itu bertujuan menggalakkan orang ramai menggunakan kenderaan elektrik seperti yang diamalkan di luar negara.

IMG_5899“Perkhidmatan secara percuma ini akan diteruskan sekiranya mendapat pertimbangan daripada MPK dengan kadar cas penuh kereta sebanyak RM1.

“Ev Charger juga sudah dipasang sejak 9 Mei lalu ditempat letak kereta Ahli Majlis dan ia akan menjadi tapak mengecas kereta,” katanya pada pelancaran perkhidmatan itu, di sini.

Kemudahan itu diberikan secara percuma oleh Malaysia Green Technology Corporation kepada MPK.

Categories
SELANGOR

MPK garis 8 strategi jayakan Bandar Rendah Karbon 2027

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 27 JULAI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengariskan lapan strategi utama dalam merealisasikan Klang Bandar Rendah Karbon menjelang 2027.

Yang Dipertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, antara strategi bakal dilaksanakan membabitkan program kesedaran budaya, perolehan hijau MPKlang, perkhidmatan cekap sumber dan pelan tindakan pembangunan.

Beliau berkata, program cekap tenaga, green data center, penggunaan air secara efisien dan pelaksanaan program 5R peringkat komuniti serta warga MPKlang juga akan dilaksanakan.

CP2A8976“MPK antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor yang terpilih menjadi perintis menjayakan inisiatif ini selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri.

“Ia juga bertepatan dengan visi MPK menjadi sebuah perbandaran bertaraf antarabangsa yang lestari dengan perancangan secara holistik,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Klang ke arah Bandar Rendah Karbon 2027, di Hotel Premiere, di sini.

Yasid berkata strategi utama itu terkandung dalam Pelan Tindakan Bandar Rendah Karbon (LCC) yang akan digunakan MPK sebagai bahan rujukan rasmi ke arah pembangunan rendah karbon.

“Ia bagi memastikan perbandaran di MPK mencapai sasaran pengurangan lima peratus intensiti pelepasan karbon pada tahun sasaran berbanding tahap penanda aras tahun ini,” katanya.

CP2A8207Pada masa sama, Yasid berkata setakat ini, MPK mendapat kerjasama baik dengan pihak industri bagi menjayakan hasrat itu.

“Antara pendekatan diambil ialah mengemukakan pelan landskap berasaskan insiatif hijau kepada MPK sebelum kebenaran merancang diluluskan.

“Setakat ini, pihak industri sentiasa mematuhi undang-undang ditetapkan MPK cuma pihak kontraktor yang dilantik industri itu sentiasa diragui,” katanya.

Categories
SELANGOR

Padah pakir di petak OKU, MPK sita motosikal

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 5 JUL: Padah pakir di petak orang kelainan upaya (OKU) di Jalan Batai Laut, dua motosikal di sita Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Yang Dipertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, tindakan dalam satu kejadian jam 2.25 petang itu dilakukan selepas menerima aduan awam berkaitan perkara terbabit.

Katanya, MPK tidak akan berkompromi terhadap pihak tidak mengikut peraturan.

“Selepas pemeriksaan, MPK mendapati dua motorsikal itu masih berada di petak parkir OKU seperti yang dimaklumkan pengadu.

YDP MPK“MPK menyita kenderaan itu dan membawanya ke depoh tunda MPK,” katanya.

Pada masa sama, Yasid berkata MPK akan memperhebatkan pemantauan di kawasan pasar raya, pejabat serta bangunan komersial berkaitan salah guna petak parkir.

“MPK akan mendenda, mengunci atau menyita kenderaan yang diparkir di petak tidak dibenarkan,” katanya.

Categories
SELANGOR

Smart Trak wujud entiti perniagaan lebih sistematik

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 17 FEB: Pelaksanaan program Smart Trak mampu mewujudkan entiti perniagaan yang tersusun dan teratur ke arah perniagaan lebih bersistematik.

Yang DiPertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, Smart Trak merupakan salah satu aktiviti yang digemari masyarakat ketika ini dengan mewujudkan konsep segera, kemas dan mudah alih serta mesra pelanggan.

“Program ini dijalankan susulan daripada Program Pelancaran Garis Panduan Trak Bergerak yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri sebelum ini.

IMG_20170217_170737_109“MPK proaktif menganjurkan program ini bersekali dengan Kempen Pengurangan Pembungkus Makanan dari bahan terurai,” katanya ketika merasmikan program terbabit di Kompleks Sukan Pandamaran, di sini.

Yasid berkata di peringkat MPK, program itu bertujuan memberi penerangan tentang garis panduan kepada orang awam terutamanya peniaga sedia ada yang ingin menjalankan perniagaan berkonsepkan Smart Trak.

“Saya ingin menyarankan peniaga supaya mengambil kira pelbagai aspek seperti persekitaran, lokasi, masyarakat sekeliling dan tidak menimbulkan gangguan kepada komuniti sebelum aktiviti dijalankan,” katanya.

Sebanyak 30 trak makanan bergerak mengambil bahagian dalam program itu sepanjang tiga hari berlangsung.

Yasid menyarankan, peniaga supaya mengambil peluang menyertai bantuan pembiayaan daripada agensi penggalak iaitu MARA, FAMA, TEKUN, ZAKAT dan Hijrah Selangor bagi membantu peniaga yang ingin menjalankan perniagaan menggunakan konsep itu.

Sementara itu, Yasid berkata kempen pengurangan penggunaan beg plastik diadakan bertujuan menggalakan dan meningkatkan pengetahuan tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar melalui amalan hijau.

Ia juga selaras konsep penggunaan dan pengeluaran mampan khususnya kepada pengusaha makanan dan penduduk Klang.

“Kempen yang berkenaan menerapkan nilai-nilai murni kepada masyarakat melalui amalan membawa bekas makanan dari rumah atau alternatif lain menggunakan pembungkus makanan dari bahan yang mudah urai,” katanya.

-nR-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Pengurusan sampah bawah KDEBWM terima respon positif

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 OKT: Pengurusan sampah sisa pepejal yang diambil alih Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management (KDEBWM) menunjukan impak positif dan respon baik dari penduduk Klang.

Yang DiPertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, aduan yang diterima MPK berkurangan berbanding ketika peringkat awal pengambil alihan pada Julai lalu.

“Respon negatif pada peringkat awal lalu agak tinggi, namun masa kini aduan kepada pihak kita berkurangan,” katanya kepada SelangorKini.

Yasid berkata, semua kontraktor dilantik lebih bersemangat dan bersaing sihat membaiki mutu perkhidmatan.

“Kita berbesar hati kerana MPK dipilih sebagai projek perintis untuk pengurusan sisa pepejal.

“Kita juga yakin dengan penggunaan teknologi moden ini dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan sekali gus menyelesaikan isu sampah di Klang,” katanya.

img_20161013_175449_965Terdahulu, sebanyak 38 buah kompaktor baru diserahkan kepada sub kontraktor bagi mempertingkatkan mutu kualiti perkhidmatan kutipan sampah sisa pepejal di seluruh Klang.

Sebanyak RM23 juta diperuntukkan untuk 60 lori kompaktor sampah baru.

22 buah kompaktor lagi akan diserahkan dalam tempoh terdekat.

KDEBWM mengambil alih perkhidmatan pungutan sisa pepejal sejak 1 Julai dan aplikasi (iClean Selangor) mula disediakan sejak 28 Julai.

-nR-

Categories
SELANGOR

Pekerja dan peniaga asing perlu ada lesen sah

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 27 APRIL: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mensyaratkan majikan yang menggajikan warga asing sebagai pembantu kedai perlu mempunyai permit sama dengan bidang pekerjaan terbabit.

Yang DiPertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin, berkata jika majikan ingkar, pihak Majlis akan membatalkan lesen perniagaan diberikan.

YDP MPK“Jawatankuasa akan menilai perkara ini, majikan akan diberikan nasihat, kompaun dan batal lesen jika berterusan ingkar,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bulanan MPK, di sini.

Pada masa sama, Yasid mengingatkan peniaga asing di premis Jalan Kepayang untuk memohon lesen secara sah mengikut saluran betul jika mahu meneruskan perniagaan di kawasan terbabit.

Katanya, sebanyak 144 peniaga premis dicatatkan di kawasan terbabit dengan 43 daripadanya adalah warga asing yang tidak mempunyai lesen perniagaan.

“Mereka ini sudah berniaga lebih 10 tahun. Sebelum ini, MPK tidak dapat mengesahkan mereka sebagai peniaga kerana warga asing ini kononnya dikatakan pekerja dalam sesuatu premis sedangkan mereka menyewa di kiosk.

“Ini salah satu cara MPK membasmi warga asing yang memonopoli perniagaan kerana kita tidak menggalakkan mereka berniaga.

“Namun, untuk warga asing mendapatkan lesen perniagaan itu sebenarnya sangat susah kerana syarat ketat,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

Klang catat pengurangan 359 kes denggi

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 27 APRIL: Usaha berterusan menangani wabak denggi dilaksanakan bahagian kesihatan Majlis Perbandaran Klang (MPK) menunjukkan keberkesanan apabila ia berkurang sebanyak 359 kes.

Yang DiPertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin, berkata sehingga 24 April, sebanyak 491 kes dicatatkan dengan satu kematian.

Katanya, lokaliti wabak pada April adalah sebanyak 48 kawasan dan tiada wabak tidak terkawal dicatatkan di daerah Klang.

YDP MPK“Antara kawasan mencatatkan kes wabak tertinggi adalah di Jalan Klang Sentral Off Jalan Meru iaitu 13 kes.

“Jumlah keseluruhan lokasi diperiksa adalah 2,234 dan 133 daripadanya dikenal pasti sebagai tempat pembiakan. Sebanyak 44,790 semburan turut dilakukan MPK,” katanya kepada pemberita.

Yasid berkata, MPK akan melaksanakan langkah pencegahan bersama masyarakat setempat selain membuat semburan ‘fogging’ secara berterusan.

“Sebelum ini kita mengadakan lebih sepuluh gotong-royong dan lapan ceramah diberikan semasa aktiviti dijalankan.

“MPK juga bersama-sama Pejabat Kesihatan Daerah Klang mengadakan operasi penguatkuasaan di lokaliti hotspot iaitu di Apartmen Casuarina, Bandar Botanik dan Jalan Sungai Keramat 26 selama dua bulan.

“Apa lebih penting, masyarakat memerlukan pendidikan dan langkah mendidik betapa pentingnya menjaga kebersihan,” katanya.

Pada Januari, sebanyak 1,074 kes dilaporkan; Februari (877 kes), Mac (805 kes) dan April (506 kes).

-AA-

Categories
SELANGOR

MPK rampas minuman keras RM18,000

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 7 APRIL: Majlis Perbandaran Klang (MPK) berjaya merampas pelbagai jenis minuman keras dianggarkan bernilai RM18,000 di dua kedai di Pekan Kapar, kelmarin.

Yang Dipertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin, berkata serbuan dilakukan ekoran premis yang beroperasi sejak tiga hingga lima bulan lalu tidak mendapat kebenaran MPK dan Pejabat Daerah dan Tanah Klang.

YDP MPKKatanya, operasi dilakukan anggota penguatkuasa di kedai serbaneka 24 jam dan sebuah kedai dijadikan kedai minuman tidak jauh antara satu sama lain.

“Serbuan pertama sekitar jam 3.30 petang dilakukan di kedai serbaneka 24 jam dan kita merampas 310 botol minuman keras pelbagai saiz, jenama dan harga dengan nilai RM15,000.

“Serbuan kedua pula di kedai minuman membabitkan rampasan 188 botol minuman keras dianggarkan bernilai RM3,000,” katanya kepada pemberita.

Yasid berkata, kedua kedai berkenaan diberikan kompaun dan tempoh satu bulan untuk menuntut balik barang rampasan daripada MPK dengan syarat mereka mempunyai lesen serta dokumentasi lengkap.

“Jika dalam tempoh itu mereka gagal, MPK akan mengambil tindakan melupuskan barangan dirampas.

12974449_1181331805230899_3943331868542622877_n“Mengikut Undang-undang Kecil, pesalah boleh dikenakan kompaun berjumlah RM1000 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM2,000,” katanya.

Beliau berkata, operasi itu dilakukan ekoran aduan orang ramai sebelum ini mendakwa botol minuman keras dibuang merata di sekitar Pekan Kapar hingga membahayakan keselamatan.

“Justeru, kita terus mengambil tindakan sedemikian kerana khuatir lebih banyak kedai menjual minuman keras tanpa lesen berkembang di kawasan ini,” katanya.

-AA-

Eksklusif bersama YDP MPK- Dato’ Mohamad Yasid Bidin

‘Misi saya untuk jadikan Klang bandar terbersih dan menambahbaik perkhidmatan MPK’.
Ikuti temubual Eksklusif bersama Yang DiPertua Majlis Perbandaran Klang (MPK)- Dato’ Mohamad Yasid Bidin.

Categories
SELANGOR

MPK kutip cukai taksiran RM71.67 juta

Oleh: AFIX REDZUAN

KLANG, 2 MAC: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mencatatkan kutipan cukai taksiran RM71.67 juta bagi penggal pertama 2016 yang berakhir pada 29 Februari lalu.

Yang Dipertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin, berkata kutipan itu meliputi cukai taksiran yang sepatutnya dikutip sebanyak RM80.7 juta sementara tunggakan berjumlah RM37.85 juta.

image_gallery“Bagi cukai taksiran, kita berjaya mengutip RM62 juta atau 72 peratus secara keseluruhan, manakala tunggakan yang dikutip adalah RM7.97 juta dengan prestasi 21 peratus,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPK Bil. 2/2016 di sini, hari ini.

Katanya, mulai Mac 2016, pemilik harta yang enggan menjelaskan cukai taksiran akan diambil tindakan undang-undang termasuk dikenakan fi notis RM20.00 bagi setiap akaun cukai taksiran per penggal.

“Tindakan lain adalah menahan harta alih di bawah Peruntukan Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

“Selain itu, pihak Majlis juga akan menahan dan menjual hartanah di bawah peruntukan Seksyen 151 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171),” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

Kempen pengurangan kompaun MPK dilanjutkan

Oleh: AFIX REDZUAN

KLANG, 2 MAC: Kempen Tawaran Khas Pengurangan Pembayaran Kompaun Kesalahan Lalulintas (letak ekreta) dan Kompaun Trafik Kenderaan Berat Majlis Perbandaran Klang (MPK) dilanjutkan sehingga 31 Mac 2016.

YDP MPKYang Dipertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin, berkata MPK menyediakan empat lokasi semakan dan pembayaran yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

“Semakan dan pembayaran boleh dibuat di Pasaraya Jusco, Bukit Raja Klang (5-6 Mac / 26-27 Mac), Pasaraya Giant, Bukit Tinggi Klang (12-13 Mac) dan Tesco Bukit Tinggi (20-21 Mac),” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPK Bil. 2/2016.

Katanya, semakan dan pembayaran juga boleh dibuat di kaunter utama, bangunan Sultan Alam Shah, MPK pada setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang dan Sabtu dari jam 8 pagi hingga 1.00 petang.

-AA-