Categories
NASIONAL

Tubuh Jawatankuasa Bebas Siasat Runtuhan Susur Jambatan Kedua P.Pinang

SIM TZE

SHAH ALAM 12 JUN : Kerajaan Pusat didesak menubuhkan Jawatankuasa Bebas Siasatan Teknikal berhubung kejadian tragedi keruntuhan susur Jambatan Kedua Pulau Pinang bagi mencari punca kejadian ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, jawatankuasa perlu dianggotai oleh pakar teknikal terulung negara dan luar negeri yang mempunyai kuasa seperti jawatankuasa “Highland Tower”.

“Buat masa sekarang, siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa adalah sulit dan tidak akan dipaparkan kepada rakyat melainkan di mahkamah,” kata Sim dalam satu kenyataan media.

Tegas beliau, segala siasatan perlu dijalankan secara menyeluruh menyentuh beberapa aspek seperti reka-bentuk, perancangan dan pembinaan.

“Jawatankuasa ini juga perlu menjalankan siasatan secara telus dengan mengadakan pendengaran awam semasa siasatan tersebut dijalankan.

“Pendengaran ini adalah penting untuk memastikan rakyat mengetahui segala-gala secara terus untuk memulihkan kepercayaan terhadap jambatan kedua,” kata beliau.

Katanya, pendengaran ini penting kerana projek di Pulau Pinang di mana kerajaan negeri telah meluluskan Akta Kebebasan Maklumat (FOI) dengan Kerajaan Persekutuan haruslah ‘masuk kampung, ikut adat’ mematuhi semangat ‘FOI’ ini.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kerjaraya, Datuk Fadilah Yusof diseru turun ke tapak kejadian dengan serta merta.

“Mereka mesti memikul tanggungjawab terhadap projek persekutuan dan bukan mengambil sikap lepas tangan,” kata beliau.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Khalid Samad : Pembinaan Hospital Shah Alam Bakal Ditangguh Lagi – BULETIN 13

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 04062013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Menteri Kerja Raya yang baru, Datuk Fadilah Yusof, diminta memberikan kerjasama dalam isu projek pembinaan Hospital Shah Alam yang sudah tertangguh lebih daripada tiga tahun demi kebaikan penduduk bandaraya Shah Alam dan kawasan sekitar.

2. NGO Bersih 2.0 akan berjumpa dengan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad bagi mendapat penjelasan tetang rancangan agensi itu untuk membatalkan paspot 6,564 rakyat Malaysia di luar negara, antaranya kerana memprotes keputusan pilihanraya ke-13.

3. Dakwaan kononnya DAP mengupah 3,000 tentera siber “Red Bean Army” dengan bajet setinggi RM1 bilion sepanjang enam tahun lalu dikesan sebagai kempen terancang Umno untuk memburuk-burukan imej parti itu.