Categories
AGENDA NASIONAL

1.13 juta individu terima dua dos vaksin setakat semalam

KUALA LUMPUR, 8 JUN: Seramai 1,135,157 individu telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 di negara ini setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dr Adham menerusi akaun Twitternya hari ini berkata seramai 2,503,655 individu menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini ialah 3,638,812 dos setakat semalam.

Beliau berkata lima negeri yang telah melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 145,973 dos diikuti Sarawak (119,459), Perak (105,546), Kuala Lumpur (104,742) dan Johor (98,996).

Setakat semalam, 52.5 peratus atau 12,743,918 individu telah mendaftar untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi iaitu 3,363,091 orang.

Mengikut perancangan, fasa kedua program itu yang bermula April hingga Ogos ini akan melibatkan pemvaksinan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya.

Fasa ketiga bermula bulan lepas hingga Februari 2022 pula melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

Pada fasa pertama program yang berlangsung dari Februari hingga April lepas, kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan termasuk warga kesihatan menerima vaksin itu.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

1.12 juta individu lengkapkan dua dos vaksin setakat semalam

KUALA LUMPUR, 6 JUN: Seramai 1,128,738 individu sudah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dr Adham menerusi akaun Twitternya hari ini memaklumkan, seramai 2,364,455 orang telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini berjumlah 3,493,193 dos.

Katanya, Selangor merekodkan pemberian dos lengkap tertinggi sebanyak 145,970, diikuti Sarawak (119,306), Perak (105,525), Kuala Lumpur (101,821) dan Johor (98,276).

Sementara itu, setakat semalam, sebanyak 52.3 peratus atau 12,683,764 individu telah mendaftar untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, dengan Selangor mencatat jumlah pendaftaran tertinggi seramai 3,353,308 orang.

Mengikut perancangan, fasa kedua program itu yang bermula April lepas hingga Ogos ini akan membabitkan pemvaksinan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya.

Fasa ketiga dari Mei tahun ini hingga Februari 2022, melibatkan individu berusia 18 tahun ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran sekurang-kurangnya 13.7 juta orang.

Pada fasa pertama program yang berlangsung dari Februari hingga April lepas, kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan termasuk warga kesihatan menerima vaksin itu.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

1.11 juta individu lengkapkan dua dos vaksin setakat semalam

KUALA LUMPUR, 3 JUN: Seramai 1,114,684 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam (2 Jun), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dr Adham menerusi akaun Twitternya hari ini berkata seramai 2,098,189 individu telah menerima dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 3,212,873 dos setakat semalam.

Katanya lima negeri yang telah melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 145,539 dos diikuti Sarawak (111,322), Perak (105,298), Kuala Lumpur (101,221) dan Johor (97,974).

Setakat semalam, beliau berkata 51.90 peratus atau 12,584,422 individu mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor mencatat jumlah pendaftaran tertinggi iaitu 3,337,532 orang.

Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lepas melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula April hingga Ogos ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hingga Februari 2022, melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Lebih sejuta individu terima dos kedua vaksin setakat semalam

KUALA LUMPUR, 31 MEI: Seramai 1,052,145 individu telah menerima dos kedua vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi catatan di Twitternya, beliau berkata seramai 1,860,864 orang telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah pemberian vaksin Covid-19 setakat semalam ialah 2,913,009 dos.

Dr Adham berkata lima negeri tertinggi yang telah melengkapkan kedua-dua dos ialah Selangor dengan 139,427 dos diikuti Sarawak (109,934); Perak (97,558); Kuala Lumpur (94,399) dan Johor (92,231).

Menurutnya, setakat semalam, 49.9 peratus atau 12,117,091 individu telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor mencatatkan pendaftaran tertinggi sebanyak 3,223,832.

Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lepas melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula April hingga Ogos pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hingga Februari 2022, melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

905,271 individu lengkapkan dua dos vaksin setakat semalam

KUALA LUMPUR, 25 MEI: Seramai 905,271 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi akaun Twitternya hari ini, Dr Adham berkata seramai 1,578,225 individu pula telah menerima dos pertama sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah 2,483,496 dos setakat semalam.

Dr Adham berkata lima negeri yang lengkap menerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 122,007 dos diikuti Sarawak (91,667), Kuala Lumpur (89,194), Johor (82,492) dan Perak (75,311).

Setakat semalam, 44.70 peratus atau 10,850,160 individu telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor terus mencatat jumlah pendaftaran tertinggi sebanyak 2,843,697 orang.

Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lepas melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula April hingga Ogos ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hingga Februari 2022, melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

732,911 individu terima dos kedua vaksin Covid-19 setakat semalam

KUALA LUMPUR, 16 MEI: Sejumlah 732,911 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi akaun Twitternya hari ini, Dr Adham berkata angka itu adalah sebahagian daripada 1,192,426 individu yang menerima dos pertama sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini kepada 1,925,337 dos setakat semalam.

Dr Adham berkata lima negeri yang lengkap menerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 99,797 dos diikuti Kuala Lumpur (80,662), Johor (69,562), Sarawak (69,353) dan Perak (60,617).

Sehingga semalam, 41.80 peratus atau 10,146,732 individu telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor mencatat jumlah pendaftaran tertinggi berjumlah 2,615,118 orang.

Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lepas melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula April hingga Ogos ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hingga Februari 2022, melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

732,322 individu terima dua dos vaksin setakat semalam

KUALA LUMPUR, 15 MEI: Sejumlah 732,322 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata angka itu adalah sebahagian daripada 1,102,255 individu yang menerima dos pertama sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 1,914,587 dos setakat semalam.

Lima negeri yang lengkap menerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 99,797 dos diikuti Kuala Lumpur (80,662), Johor (69,562), Sarawak (69,353) dan Sabah (59,639), katanya menerusi akaun Twitter.

Sehingga semalam, 41.70 peratus atau 10,122,529 individu telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor mencatat jumlah pendaftaran tertinggi berjumlah 2,606,455 orang.

Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lepas melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula April hingga Ogos ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hingga Februari 2022, melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Malaysia terima 3.52 juta dos vaksin bulan ini

SEREMBAN, 6 MEI: Malaysia akan menerima sebanyak 3.52 juta dos vaksin Covid-19 daripada ketiga-tiga syarikat pembekal vaksin jenis Pfizer-BioNtech, Sinovac dan AstraZeneca pada bulan ini dan lebih banyak lagi pada bulan seterusnya, sekali gus mempercepatkan proses vaksinasi.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata jumlah berkenaan adalah bagi pengambilan dua dos setiap seorang yang akan memanfaatkan kira-kira 1.7 juta penduduk di negara ini.

“Bekalan vaksin akan lebih banyak bermula Jun, bulan ini sahaja kita akan dapat 3.52 juta dos. Mulai Jun, Julai dan Ogos kita akan dapat lebih banyak, kita yakin proses vaksinasi akan lebih pantas.

“Kementerian Kesihatan telah pun buat perolehan dan mengesahkan penghantaran mengikut jadual, begitu juga untuk fasa ketiga,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di fasiliti swasta di sini hari ini.

Justeru, beliau yakin fasa pemberian vaksin melalui program imunisasi kebangsaan itu dapat dilaksanakan mengikut jadual selepas kesemua dos dihantar ke negara ini walaupun terdapat dakwaan berlaku masalah kekurangan bekalan.

Selain itu, Dr Adham berkata kerajaan telah meluluskan sebanyak 4,000 pemberian vaksin di kedutaan asing di negara ini melibatkan diplomat, kaunselor dan tanggungan mereka sahaja mulai minggu ini.

Menurut beliau, mereka perlu memohon dengan kerajaan terlebih dahulu dalam tempoh tujuh hari bagi menyenaraikan semua penerima dalam tanggungan selain memerlukan doktor sendiri untuk urusan pemberian suntikan.

“Setakat ini kita telah benarkan diplomat daripada Kedutaan British manakala Kedutaan Australia dalam proses, mereka juga perlu memberikan senarai supaya boleh kita tampilkan dalam MySejahtera dan sebelum pemberian vaksin, kesemua bebuli itu perlu dipastikan tidak tercemar dan dihapuskan mengikut keperluan farmaseutikal,” katanya.

Sementara itu, Dr Adham menerusi akaun Twitternya hari ini berkata sebanyak 632,366 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam.

Beliau berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada 991,906 individu yang telah menerima dos pertama sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 1,624,272 setakat semalam.

Menurut infografik dikongsikan beliau, lima negeri yang menerima suntikan dos pertama tertinggi ialah Selangor dengan 133,226 dos, Kuala Lumpur (97,972), Sarawak (94,866), Johor (86,433) dan Perak (84,355).

Lima negeri yang melengkapkan dua dos suntikan Covid-19 tertinggi pula ialah Selangor dengan 85,780 diikuti Kuala Lumpur (66,898), Sarawak (65,104), Johor (58,143) dan Sabah (53,862).

Dalam pada itu, beliau berkata setakat semalam 40.6 peratus atau 9,848,371 individu telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor mencatat jumlah pendaftaran tertinggi sebanyak 2,528,707 individu iaitu 52.2 peratus.

Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga bulan ini melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula April hingga Ogos pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya, manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei hingga Februari 2022, melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Covid-19: 83 kluster sektor pendidikan dikesan, 49 masih aktif

PUTRAJAYA, 21 APRIL: Sebanyak 83 kluster Covid-19 berkaitan sektor pendidikan dilaporkan dari 1 Jan lepas sehingga semalam, melibatkan 4,868 kes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Katanya data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menunjukkan sebanyak 49 kluster atau 59.04 peratus dengan 2,617 kes masih aktif, manakala 34 kluster (40.96 peratus) dengan 2,251 kes telah diisytiharkan tamat.

Daripada jumlah kluster berkenaan, 39 kluster dengan 1,420 kes melibatkan sub-kategori sekolah atau institusi Kementerian Pendidikan (KPM), 19 kluster dengan 1,870 kes melibatkan sub-kategori pendidikan tinggi, manakala 25 kluster dengan 1,578 kes melibatkan sub-kategori pendidikan lain.

“Bagi institusi pendidikan dengan pelaporan jangkitan Covid-19 dalam kalangan warga mereka, pihak pengurusan hendaklah segera memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berhampiran untuk tindakan pencegahan dan kawalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Adham berkata keperluan penutupan sementara kelas atau premis akan dipertimbangkan hasil penilaian risiko oleh PKD yang meliputi pengesanan kontak dan siasatan lanjut.

“Penutupan sementara itu bertujuan mengelak penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan warga sektor pendidikan termasuk pelajar, guru, pekerja yang bertugas dan selanjutnya kepada komuniti,” katanya.

Beliau menjelaskan apabila PKD atau Jabatan Kesihatan Negeri menerima laporan atau notifikasi kejadian kes positif Covid-19 atau kluster Covid-19, pasukan kesihatan dari PKD akan digerakkan untuk menjalankan siasatan, pengesanan kontak, langkah pencegahan dan kawalan jangkitan serta penilaian risiko.

PKD juga akan menasihatkan pihak pengurusan pendidikan agar pembersihan dan disinfeksi dijalankan.

Dr Adham turut mengingatkan penjagaan kesihatan am terus diamalkan di premis pendidikan seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan penjagaan kendiri.

“Jalankan saringan demam dan gejala di pintu masuk sekolah atau premis. Mereka yang tidak sihat atau bergejala dinasihatkan mendapat rawatan dan pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran,” katanya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Malaysia tetap guna vaksin AstraZeneca, yakin isu ‘keselamatan’

KUALA LUMPUR, 13 MAC: Malaysia yakin dengan keputusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) berhubung persetujuan bersyarat penggunaan vaksin AstraZeneca dalam mencegah Covid-19.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kerajaan menerima ketetapan agensi tersebut untuk memperoleh vaksin keluaran firma Britain-Sweden bersama Universiti Oxford.

“Malaysia percaya dengan pertimbangan NPRA dalam mengeluarkan persetujuan (bersyarat) yang tentunya meneliti perkara penting iaitu keselamatan, kualiti dan keberkesanan vaksin AstraZeneca,” katanya seperti dilapor New Straits Times.

Kenyataan Adham dibuat selepas Denmark dan beberapa negara Eropah menangguhkan penggunaannya susulan beberapa pesakit di Denmark mengalami darah beku selepas menerima vaksin itu.

Adham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneliti laporan terbitan European Medicines Agency (EMA) pada 11 Mac mengenai kes di Denmark dan menjelaskan tiada petunjuk mengaitkan AstraZeneca sebagai penyebab atau kesan sampingan dalam kejadian itu.

Program Perkhidmatan Farmasi KKM mengatakan walaupun vaksin tersebut diberi pendaftaran bersyarat oleh Lembaga Pemantauan Dadah (DCA) Malaysia tetapi ia belum disenarai untuk digunakan dalam Program Imunisasi Nasional Covid-19.

“NPRA akan terus memantau keselamatan vaksin untuk kegunaan pencegahan Covid-19 biarpun tiada petunjuk jelas mengenai kejadian di negara berkaitan dan kemas kini lebih lanjut akan dibuat merujuk hasil dapatan EMA serta dikawal selia jika perlu,” katanya.

EMA dalam kenyataan di laman sesawangnya memaklumkan menyedari keputusan diambil Pihak Berkuasa Kesihatan Denmark untuk menghentikan sementara penggunaan vaksin tersebut sementara menunggu hasil siasatan penuh terhadap laporan darah beku dialami pesakit termasuk satu kes kematian.

Selain Denmark, negara Eropah lain seperti Norway, Iceland, Estonia, Latvia, Lithuania dan Luxemburg juga menangguhkan sementara penggunaan vaksin AstraZeneca.

Sementara itu, Thailand menjadi negara pertama di rantau Asia Tenggara yang membuat keputusan sama.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 2 Mac telah mengumumkan DCA telah memberikan kelulusan bersyarat kepada tiga produk vaksin Covid-19 termasuk produk dibangunkan AstraZeneca untuk digunakan di negara ini.

Dilaporkan proses penghantaran vaksin tersebut akan dijalankan pada April.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Terima semula data, mudahkan Selangor cegah Covid-19

SHAH ALAM, 7 FEB: Kerajaan Selangor akan menerima kembali perkongsian data semasa keseluruhan wabak Covid-19 seperti sebelum ini.

Dato’ Menteri Besar berkata perkara itu dipersetujui Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan berharap ia berjalan lancar sekali gus memudahkan tindakan mengekang penularan pandemik.

“Perkongsian data bukan hanya dari aplikasi MySejahtera kepada SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) sebaliknya untuk dua-dua hala.

“Jadi perkara ini tengah dibuat dan harap benar-benar berlaku. Ia sangat penting kerana tindakan seterusnya boleh dirancang, walaupun tidak sepenuhnya tepat namun berkesan seperti ketika Selangor berdepan gelombang kedua,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata demikian dalam program bertajuk Covid-19 Fight: Red Zone Selangor disiarkan secara langsung di Facebook Wong Chun Wai malam ini.

Februari lalu, EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud ketika sidang Dewan Undangan Negeri memaklumkan Kerajaan Negeri sukar mencegah penularan wabak susulan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia yang enggan berkongsi data.

Sebelum itu, pada November tahun lalu, Adham memberi alasan tidak dapat memenuhi permintaan segelintir pihak bagi mendapatkan akses kepada data mentah Covid-19 kerana mengelak risiko tafsiran data yang bertentangan atau tidak seragam hingga menyebabkan masyarakat panik serta bercelaru.

Categories
AGENDA NASIONAL

KKM terus cari strategi urus jumlah kes Covid-19 meningkat

PUTRAJAYA, 29 JAN: Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus mencari strategi bagi menangani peningkatan jumlah kes Covid-19, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata antara langkah yang telah diambil ialah menambah kapasiti katil termasuk menukarkan beberapa hospital KKM kepada hospital Covid-19 atau hibrid Covid-19 sepenuhnya; pertambahan Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC), memperkenalkan pengasingan dan pemantauan di rumah untuk pesakit kategori satu (tidak bergejala) dan kategori dua (gejala ringan) selain kaedah kuarantin kendiri serta penglibatan hospital swasta untuk menguruskan pesakit Covid-19.

“Selain itu, perkhidmatan penjagaan utama juga telah menubuhkan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di setiap daerah untuk menilai pesakit Covid-19 yang sesuai menjalani pengasingan dan pemantauan di rumah.

“Kami turut melibatkan doktor am dalam membantu KKM membuat penilaian pesakit dan memberi pendidikan kesihatan mengenai pengasingan dan pemantauan di rumah,” menurutnya dalam kenyataan.

Kenyataan itu sebagai mengulas laporan portal berita bertajuk ‘You don’t see what we see: A doctor tells his story of being ‘scared as hell’ of Covid-19” pada Selasa.

Dr Adham berkata KKM juga meningkatkan kapasiti makmal untuk mengenal pasti pesakit Covid-19 lebih awal melalui kerjasama dengan pelbagai agensi, universiti dan makmal swasta bagi menjalankan ujian Tindak Balas Rantai Polimerase (RT-PCR) dan Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag).

Walaupun berlaku kekurangan tenaga kerja dan bekerja terlalu teruk terutama di Lembah Klang namun beliau berkata KKM sentiasa berusaha mengatasi masalah itu dalam menangani pandemik tersebut.

Sejumlah 3,617 petugas kesihatan telah digerakkan oleh KKM selain sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO), pasukan keselamatan dan pelbagai agensi lain sejak 2020.

“KKM juga telah memohon tambahan kakitangan dan juga latihan kepada kakitangan sedia ada untuk melaksanakan pelbagai tanggungjawab,” katanya.

Bagi menangani situasi petugas kesihatan yang keletihan dan terjejas emosi, KKM mengambil inisiatif menubuhkan Talian Sokongan Psikososial di peringkat negeri dan pusat serta bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan dan NGO dalam menganjurkan aktiviti ini.

Katanya pasukan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial turut digerakkan ke hospital serta fasiliti kesihatan untuk menyediakan Pertolongan Cemas Psikologi kepada petugas kesihatan dan barisan hadapan yang memerlukan.

Dr Adham berkata KKM meminta orang ramai, majikan dan individu membantu mengenal pasti kontak rapat di kawasan mereka bagi membolehkan tindakan awal diambil oleh Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan.

“KKM akan terus bekerjasama dengan semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi menguruskan pandemik ini.

“Kami meminta agar rakyat Malaysia mematuhi semua nasihat kesihatan yang diberikan dan SOP ditetapkan kerajaan seperti mengamalkan 3W (Wash – kerap mencuci tangan, Wear – memakai pelitup muka serta Warn – memberi amaran kepada ahli keluarga, rakan dan jiran) dan mengelakkan 3S (kawasan Sesak, Sempit dan Sembang dekat),” katanya.

– BERNAMA