Categories
NASIONAL

Kemiskinan: Negeri ‘fixed deposit’ BN 20%, Kelantan cuma 4%

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 29 NOV: Walaupun Sabah merupakan sebuah negeri kaya dan dianggap sebagai negeri ‘fixed deposit’ bagi Barisan Nasional (BN) tetapi mempunyai peratusan kemiskinan yang tinggi, kata Pengerusi KEADILAN Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin.

Katanya, lebih menyedihkan lagi, Sabah turut ketinggalan dalam banyak aspek pembangunan infrastruktur berbanding pembangunan dinikmati negeri lain di Semenanjung.

lajimukin“Sabah adalah negeri fixed deposit BN tetapi kemiskinannya 19.7 peratus tetapi Kelantan yang disebut negeri miskin hanya mempunyai 4.2 peratus sahaja.

“Di Sabah walaupun lebih 50 tahun merdeka tetapi bekalan air bersih masih tidak mencukupi, jalan masih banyak tidak berturap, kesihatan dan pendidikan masih tercicir dan semasa saya menjadi Menteri dahulu tak pernah ‘blackout’ tetapi di Sabah selalu sangat ‘blackout,” kata Lajim.

Lajim berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungannya pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan ke-11 2015 di sini, hari ini.

Jelas Ukim, beliau bukanlah cemburu dengan pembangunan pesat di Semenanjung tetapi menuntut pembangunan sama adil di Sabah dan Sarawak.

Justeru, Lajim menggesa rakyat Sabah bangkit menolak BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada masa akan datang.

-nR-

Categories
NASIONAL SELANGOR

Petisyen: Lajim buat persiapan pertahan DUN Klias

Lajim Sabah

 SHAH ALAM 7 OGOS: Tiada peruntukan mewajibkan nama pencetak dan penerbit dipapar pada risalah kempen pilihan raya berdasarkan Akta Pilihan Raya, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias di Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin.

Mengikut peguamnya, beliau berkata, alasan yang membawa kepada satu-satunya perbicaraan dalam permohonan petisyen pilihan raya setakat ini, berkaitan risalah yang tidak tertera nama pencetak dan penerbit.

“Kalau setakat calon poster, semua kita ada cetak (nama pencetak dan penerbit) sebab itu ada dalam bawah Akta Pilihan Raya tetapi kalau lain-lain risalah itu, tidak perlu,” katanya ketika dihubungi TV Selangor di sini, hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan keputusan PRU-13 bagi kerusi DUN Klias yang dimenangi Lajim dengan majoriti 179 undi, dicabar.

Ia susulan calon Barisan Nasional (BN), Isnin Aliasnih memfail petisyen bagi mencabar keputusan PRU 13 bagi kerusi DUN Klias yang dimenangi Lajim dengan majoriti 179 undi.

Pada pertandingan empat penjuru itu, bekas Menteri Kabinet itu memperoleh 6,324 undi, Isnin (6,145 undi), Mohd Sanusi Taripin (SAPP) 182 undi manakala Aliapa Osman (STAR) 71 undi.

Menyifatkan alasan berkaitan nama pencetak dan penerbit itu sebagai tidak konkrit, Lajim berkata, peguamnya sedang membuat persediaan untuk menghadapi pendengaran perbicaraan pada September depan.

– FZL

Categories
NASIONAL SELANGOR

Lif Rosak : Pelaku Vandelisme Berdepan Tindakan Mahkamah – BULETIN 13

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 12062013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) penduduk pangsapuri bertanggungjawab memastikan lif-lif yang telah dibaik-pulih Kerajaan Negeri terjaga dari tindakan vandalisme.

2. Kerajaan Pusat didesak menubuhkan Jawatankuasa Bebas Siasatan Teknikal berhubung kejadian tragedi keruntuhan susur Jambatan Kedua Pulau Pinang bagi mencari punca kejadian ini.

3. Pengerusi Pakatan Perubahan Sabah (PPS),Datuk Seri Lajim Ukin menyokong tindakan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak yang didakwa bertemu dengan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah bagi menyatakan rasa tidak gembira ekoran tidak menerima apa-apa ‘ganjaran’ selepas membantu kemenangan BN.

Categories
NASIONAL

Lajim : Menteri Pertanian Dan Kerja Raya Patut Dari Sabah/Sarawak

menteri-sabah-sarawak-1

SHAH ALAM, 12 JUN: Pengerusi Pakatan Perubahan Sabah (PPS),Datuk Seri Lajim Ukin menyokong tindakan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak yang didakwa bertemu dengan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah bagi menyatakan rasa tidak gembira ekoran tidak menerima apa-apa ‘ganjaran’ selepas membantu kemenangan BN.

Sambil menyifatkan ia sebagai wajib, keutamaan perlu diberikan memandangkan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak menjadi penyumbang utama kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Katanya, pemberian kedudukan di dalam kabinet ini bukan merujuk kepada jumlah menteri atau timbalan menteri yang dilantik sebaliknya mengutamakan kementerian yang sesuai bagi pembangunan Sabah dan Sarawak.

“Sabah dan Sarawak beri mereka (BN) menang untuk mereka perintah. Wajib dia (kerajaan) beri keutamaan kepada (Ahli Parlimen) Sabah dan Sarawak. Bukan sahaja merujuk kepada jumlah.

“Sepatutnya (Menteri) Pertanian dan Jabatan Kerja Raya (Menteri Kerja Raya) kena bagi Sabah dan Sarawak kerana jalan di negeri kita ini lebih teruk daripada negeri-negeri di Semenanjung,” katanya kepada Tv Selangor.

Memetik laporan portal The Malaysian Insider, beberapa Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak bertemu Tengku Razaleigh bagi melahirkan rasa tidak puashati berkenaan pembahagian jawatan dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak.

Kesemua ahli parlimen ini hadir mendengar taklimat mengenai tentang prosedur dan etika parlimen yang bakal bersidang 24 Jun ini.

Pada PRU-13 lalu, BN memenangi 133 kerusi Parlimen dan 47 daripada kerusi berkenaan dari Parlimen di Sabah dan Sarawak.

Categories
NASIONAL

PR Sedia Beri Laluan Kepada Lajim, Wilfred Pertahan Kerusi Parlimen

PETALING JAYA 2 OGOS : Pakatan Rakyat bersedia memberikan laluan kepada dua mantan ahli Umno-BN Sabah mempertahankan kerusi masing-masing dengan syarat menyokong dasar bersama yang  ditetapkan pada pilihan raya umum(PRU-13).

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi tadi.

Dua mantan ahli Umno-BN yang dimaksudkan adalah bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing.

Selain tiga komponen utama Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan PKR, mereka turut diberikan keistimewaan memilih tiket bertanding bersama parti politik tempatan di negeri tersebut yang menyokong pembangkang dengan persetujuan pemimpin utama parti berkenaan.

Menurut Anwar, PKR sedia memberi laluan kepada Lajim dan Bumburing sekiranya mereka mahu bertanding di kerusi milik parti itu.

“Mereka boleh bertanding malah ada pilihan sama ada kerusi PKR, PAS atau DAP. atau mana-mana parti yang menyokong dasar Pakatan. Tapi dengan persetujuan dengan pemimpin parti.

“Malah PKR sedia untuk berikan kerusi kepada orang baru dalam Pakatan Rakyat ini jika mereka komited dengan agenda kita,” katanya lagi.