JURNAL BERITA : MB – Rizab Selangor RM 3 bilion tampung kemelesetan ekonomi 3 tahun

Sinopsis

1- Tiada kenaikan tarif air di Selangor walaupun Kerajaan Pusat naik kadar elektrik

2- Rizab Selangor RM3 bilion mampu tampung ekonomi meleset 3 tahun

3- MB : Tol naik akibat Kerajaan Pusat silap meterai perjanjian

4- MB jamin tidak lindungi sesiapa, alu-alu siasatan SPRM kes curi pasir

5- Kerajaan Negeri tuntut dana Balkis dikembalikan

6- Abdul Khalid serah beg sekolah kepada 300 pelajar

7- Rakyat berbilang bangsa sambut Perayaan Hari Krismas Selangor 2013

8- Gangguan air: PBT diarah siap sedia bantu pengguna terjejas

9- Rafizi syak gangguan bekalan air taktik BN sabotaj Pakatan

10-Masyarakat digalak bantu mangsa bencana : Rodziah

11- JKKKP membazir, bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

12- Tourism Selangor giat industri pelancongan

13- DAP komited bantu rakan PR menang dalam PRU14

14- DUN Subang Jaya rai OKU melalui kempen kecerian

15- Polis Bantuan tetap perlu walaupun pasang 1,000 CCTV

16- Halimah : PTRS berjaya capai sasaran

17- Rasuah punca banyak kes pemerdagangan manusia

Categories
SELANGOR

DUN Subang Jaya rai OKU melalui kempen kecerian

Oleh : Afeeqa Afeera

SUBANG JAYA, 15 DIS : Selaras dengan hasrat menjadikan Selangor sebagai negeri berkebajikan, DUN Subang Jaya tampil meraikan golongan istimewa dan keluarga kurang berkemampuan melalui pelancaran kempen keceriaan yang berlangsung di Sunway Pyramid, semalam.

DUN Subang JayaKempen bertemakan “Love is a verb” itu adalah hasil kerjasama antara Pusat Khidmat DUN Subang Jaya bersama badan bukan kerajaan (NGO), CityCare Social Enterprise.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata kerjasama bersama pihak NGO itu sudah dilaksanakan sejak tahun 2009 lagi bagi membantu meringankan beban insan kurang bernasib baik.

Katanya pelbagai aktiviti dilakukan setiap hujung tahun berdasarkan kehendak dan keperluan keluarga yang terpilih.

“Hari ini sahaja seramai 43 keluarga dari DUN Subang Jaya menerima baucar membeli-belah sempena sambutan Krismas yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Bantuan ini walaupun diberi semasa perayaan Krismas sahaja, tetapi kita beri pada semua tanpa mengira agama mahupun bangsa,” katanya kepada Selangor Kini semasa menghadiri kempen itu, di sini.

LahmakSementara itu, penerima bantuan, Lahmak Ahmad, 52, melahirkan rasa gembira atas sumbangan yang diberikan untuk menampung keperluan keluarganya.

Lahmak yang mempunyai empat orang anak kelainan upaya (OKU) berusia antara 14 hingga 8 tahun itu menganggap bantuan berkenaan adalah sesuatu yang sangat bernilai.

“Saya sangat bersyukur kerana bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban saya sekeluarga. Terima kasih tidak terhingga kepada Adun Subang Jaya dan kerajaan negeri,” katanya.

-EZY

Categories
SELANGOR

Pejabat Hannah Yeoh Beri RM 28,000 Kepada Masjid, Surau Subang Jaya

SUBANG JAYA 22 JULAI : Sebanyak enam buah masjid dan 16 buah surau di seluruh kawasan DUN Subang Jaya menerima sumbangan berjumlah RM 28,000 bagi menampung aktiviti bulan Ramadan.

ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh berkata setiap masjid diberi RM2,000 manakala RM1,000 diagihkan kepada setiap surau.

Beliau berharap sumbangan wang tunai dapat meningkatkan kegiatan keagamaan di masjid dan surau sepanjang Ramadan ini.

“Selain wang tunai, kita juga menyumbangkan kurma dan majlis berbuka puasa. Sumbangan ini diberikan awal Ramadan bagi meringankan kos dan beban pihak masjid dan surau.

“Sumbangan ini memang diberikan setiap tahun sejak 2008 lagi,” katanya, yang telah menyampaikan cek kepada semua wakil rumah ibadah itu semalam.