Categories
ADN SELANGOR

Subang Jaya peruntuk hampir RM20,000 bina gelanggang badminton

SHAH ALAM, 19 NOV: Hampir RM20,000 diperuntukkan bagi membina gelanggang badminton di kawasan perumahan di Dewan Undangan Negeri Subang Jaya.

Ahli Dewan Negerinya berkata kemudahan sukan di Restrees USJ 17 yang siap pada 2 November lalu dibangunkan selepas dipohon persatuan penduduk kawasan berkenaan.

“Kita harap gelanggang badminton bernilai RM19,956.60 digunakan sebaiknya penduduk di 113 rumah taman ini dengan beriadah secara sihat dan mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka,” kata Michelle Ng Mei Sze kepada SelangorKini.

Beliau berkata susulan pandemik Covid-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, penduduk disaran mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ketika bermain badminton.

“Saya harap penduduk mengikuti tatacara sebaiknya dan tidak melakukan vandalisme,” katanya.

Categories
ADN SELANGOR

Bekalan air terus disalur ke DUN Subang Jaya

SHAH ALAM, 6 SEPT: Bantuan bekalan air terus disalur ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya melibatkan kawasan SS16, SS18 dan SS19, kata Ahli Dewan Negerinya.

Michelle Ng Mei Sze berkata lori tangki air digerakkan pagi ini terutama di SS16 kerana di sana terdapat pusat membeli belah Empire dan Subang Parade serta tiga pangsapuri.

“Pagi ini kita sudah hantar lori tangki air dan ia dijangka mencukupi sementara menanti bekalan pulih dalam tempoh beberapa jam lagi,” katanya ketika dihubungi.

Beliau menjelaskan setakat ini hampir 90 peratus DUN terbabit menerima semula bekalan air sejak semalam dan dijangka pulih hari ini.

Tambahnya, bantuan dapat disalur di beberapa kawasan terjejas sejak 3 September hasil kerjasama dengan ketua komuniti.

Pengurusan Air Selangor memaklumkan bekalan air di dua wilayah hampir pulih setakat jam 7.30 pagi tadi.

Sehingga jam 6.30 pagi, bekalan air di 417 kawasan pulih sepenuhnya manakala 875 lagi masih dalam proses pemulihan.

Categories
ADN SELANGOR

DUN Subang Jaya edar 2,800 rantai kunci ‘Saya Anak Malaysia’

SHAH ALAM, 28 OGOS: Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya mengedar 2,800 rantai kunci ‘Saya Anak Malaysia’ kepada penduduk sekitar sempena Hari Kebangsaan ke-63.

Ahli Dewan Negerinya, Michelle Ng Mei Sze berkata pendekatan itu diambil berbanding mengagih Jalur Gemilang kerana ia lebih berfungsi dan tahan lama.

“Tahun lalu kita mengedarkan Bendera Malaysia tetapi selepas tamat hari kemerdekaan, orang mula tidak membawanya atau mungkin dibiarkan ia lusuh begitu sahaja.

“Justeru, saya berfikir untuk cipta kelainan dengan memberikan rantai kunci yang lebih berfungsi dan penerima boleh bawanya ke mana sahaja dengan meletakkan ia di kunci atau beg,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Rantai kunci ‘Saya Anak Malaysia’.

Sempena Hari Kebangsaan yang bakal disambut 31 Ogos ini, beliau menasihatkan orang ramai terutama anak muda untuk fahami erti kemerdekaan dan sentiasa bersatu tidak kira bangsa.

Michelle juga berkata orang ramai yang mahu menebus rantai kunci istimewa itu boleh hadir ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN terbabit yang beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Categories
SELANGOR

DUN Subang Jaya bantu waris tunggal mangsa kebakaran

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 8 FEB: Waris tunggal mangsa kebakaran di USJ 4, Lim Yi Jun memerlukan sokongan semua dalam menghadapi masa sukarnya, kata Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, Hannah Yeoh.

Beliau yang juga Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) berkata, kejadian menimpa gadis berusia 21 tahun itu pastinya berat untuk dilalui.

“Pejabat saya sudah memperuntukkan RM5,000 untuk sedikit sebanyak membantu perbelanjaan pengebumian dan saya percaya ramai penduduk USJ juga berhasrat membantu.

“Tolong sama-sama berdoa untuk Yi Jun dan ahli keluarga lain supaya Tuhan memberikan mereka ketenangan dalam menghadapi waktu sukar ini,” katanya di laman Facebook rasminya, semalam.

Hannah turut menyertakan maklumat akaun bank Yi Jun untuk rujukan mereka yang mahu menyumbang.

HANNAH USJ 2Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB dengan nama Lim Yu Jin di nombor akaun bank 7064183075.

Terdahulu, Hannah bersama Jawatankuasa Penduduk 3 (JKP3) berkesempatan melawat dan meluangkan masa bersama Yi Jun.

Pada awal pagi 6 Februari lalu, Lim Ah Kok, 58, isterinya, Goh Bee Khim, 51, dan dua anak lelakinya Lim Yong Leong, 20, serta Lim Yong Wei, 17, maut akibat kesukaran bernafas kerana terhidu asap tebal.

Mayat mangsa dibawa dari Hospital Serdang dan tiba di Pulau Pinang kira-kira jam 6.30 pagi, semalam.

Difahamkan, upacara keagamaan akan diadakan selama tiga hari sebelum upacara pembakaran mayat diadakan, esok.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Bantuan geran ringan beban sekolah

OLEH HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 8 DIS: Pengurusan sekolah di DUN Subang Jaya menyambut baik langkah Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan yang memberi manfaat terhadap pembangunan pendidikan di Selangor.

Pengurus Operasi Sekolah Sri Pintar Subang Jaya, Nor Ikhsan Mat Nor berkata, keperihatinan Kerajaan Negeri dalam perkara itu membanggakan terutama kepada sekolah persendirian.

“Kita mendapat bantuan dalam satu atau dua tahun sekali sejak Kerajaan Negeri ditadbir Pakatan dan sebagai sekolah swasta memang kita menghadapi kekangan daripada segi kewangan.

“Bantuan sebegini adalah pengiktirafan Kerajaan Negeri terhadap segala usaha kita dalam pembangunan pendidikan dan kemajuan ummah,” katanya kepada SelangorKini.

Sekolah Sri Pintar Subang Jaya adalah salah satu daripada lima sekolah dalam DUN Subang Jaya yang menerima geran pendidikan Kerajaan Negeri berjumlah RM135,000 dalam siri kedua bagi tahun ini.

Sekolah itu menerima geran RM25,000, Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan (SIMDE) (RM30,000), SJK(C) Lick Hung (RM20,000), SJK(C) Chee Wen (RM30,000) dan SJK(C) Tun Tan Cheng Lock (RM30,000).

img_0217Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJK(C) Tun Tan Cheng Lock, Lee Hwa Yang menyifatkan pengagihan geran itu adalah adil bagi semua sekolah di Selangor.

“Ia akan banyak membantu pihak sekolah dalam kerja pengurusan dan penyelenggaraan serta baik pulih bangunan yang rosak,” katanya.

Ahli Lembaga Pengelola SIMDE, Ahmad Fauzi Asmuin turut melahirkan kesyukuran atas bantuan diterima dan akan menggunakan sebaiknya bagi keperluan sekolah berkenaan.

“Kita memohon setiap tahun dan bersyukur atas pemberian ini yang akan digunakan bagi tujuan pembangunan dan penyelenggaraan sekolah,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

5 sekolah DUN Subang Jaya terima geran bantuan RM135,000

OLEH HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 7 DIS: Lima sekolah termasuk dua sekolah persendirian dalam DUN Subang Jaya menerima geran bantuan Kerajaan Negeri berjumlah RM135,000 di sini, hari ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, ia adalah program bantuan dari Kerajaan Negeri dalam memajukan pendidikan di Selangor selain meringankan bebanan pihak pengurusan sekolah.

“Biarpun cukai taksiran dikutip Kerajaan Negeri tidak dikhususkan bagi bantuan ini tetapi sejak lapan tahun lalu kita berjaya melakukannya.

“Ia sekurang-kurangnya membantu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menambah dana dalam menguruskan keperluan sekolah.

“Pengagihan geran dilakukan melalui Jawatankuasa Pendidikan berdasarkan permohonan sekolah dan jawatankuasa ini akan menilai serta menentukan jumlah bantuan diberikan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Program penyerahan geran bantuan buat kali kedua untuk DUN Subang Jaya membabitkan lima sekolah iaitu Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan (SIMDE) menerima RM30,000, Sekolah Sri Pintar Subang Jaya (RM25,000), SJK(C) Lick Hung (RM20,000), SJK(C) Chee Wen (RM30,000) dan SJK(C) Tun Tan Cheng Lock (RM30,000).

Beliau berkata, pengagihan geran kali ini turut diberikan kepada sebuah sekolah wawasan iaitu SJK(C) Tun Tan Cheng Lock yang tidak tersenarai sebelumnya.

Sekolah wawasan adalah tiga sekolah berbeza aliran iaitu sekolah kebangsaan, SJK(C) dan SJK(T) yang dibina dalam satu kawasan serta berkongsi beberapa kemudahan di dalamnya.

“Sebelum ini Kerajaan Negeri tidak memberikan geran kerana menganggap ia sekolah skim khas diwujudkan Kerajaan Persekutuan dan mendapat perhatian khusus pihak berkenaan tetapi ianya tidak berlaku,” katanya.

Mengulas lanjut, Speaker Dewan Negeri Selangor berkata, penambahbaikan dilakukan Kerajaan Negeri dalam pembentangan Belanjawan 2017 dengan penyediaan peruntukan berjumlah RM21 juta.

Katanya, bantuan terbabit akan disalurkan kepada Sekolah Agama, SJK(C) dan SJK(T) yang ada di Selangor.

“Apa yang bagus dalam Belanjawan 2017 ialah Kerajaan Negeri mengenal pasti dan menyenaraikan sekolah wawasan bagi tujuan ini,” katanya.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Sedia khidmat atasi murung & tekanan hidup

OLEH HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 6 DIS: Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Subang Jaya bekerjasama dengan Be Frienders menyediakan kemudahan talian khidmat nasihat atas talian kepada orang ramai bagi mengatasi masalah kemurungan dan tekanan hidup.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, perkhidmatan itu disediakan untuk kebaikan masyarakat di sini dan berharap mereka menggunakan sebaiknya.

“Kita jalankan dengan kerjasama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan ia mendapat sambutan melalui peningkatan panggilan telefon lebih 30 peratus.

“Diharap ia membawa kebaikan kepada banyak pihak kerana dimaklumi kebanyakan orang dewasa ini mengalami pelbagai masalah seperti tekanan mental dan sebagainya,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau berkata, kemudahan dengan perkhidmatan seperti itu harus digalakkan dengan jalinan kerjasama antara kerajaan dan NGO berkaitan demi memenuhi keperluan masyarakat.

“Kita berusaha membantu mereka memerlukan perkhidmatan sebegini dengan sasaran bagi mengurangkannya dan berharap ia diterima baik.

“Malah Kerajaan Negeri juga memberi penekanan dalam aspek ini selain perkhidmatan kesihatan percuma kepada golongan memerlukan dalam pembentangan Belanjawan 2017,” kata beliau yang juga Speaker Dewan Negeri Selangor.

Beliau berkata, maklumat mengenai perkara itu dipasang di kawasan bersesuaian di sini bagi kemudahan orang ramai dan Be Frienders boleh dihubungi di talian 03 – 7956 8145.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Baucar Back To School banyak bantu pelajar

OLEH HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 6 DIS: Pemberian baucar dalam program Back To School bagi DUN Subang Jaya dilihat lebih efektif bagi memenuhi keperluan pelajar.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, dengan kemudahan sebegitu lebih memberi manfaat kepada pelajar sebagai persiapan untuk kembali ke sekolah.

“Saya lebih suka pemberian baucar kerana pelajar boleh membeli apa yang mereka suka dan perlukan.

“Kita beri beg sekolah kadang kala pelajar tidak suka kerana semua pergi sekolah dengan beg sama,” katanya kepada Selangorkini di sini, hari ini.

Beliau berkata, program berulang juga harus dielakkan supaya dapat mengelak pelajar menerima barangan sama lebih daripada sekali.

Mengulas lanjut, katanya, program Back To School bagi DUN berkenaan akan dijalankan bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Pusat Mebeli Belah MyDin USJ, di sini, esok.

“Kita menganjurkannya setiap tahun dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk (JKP) dan beberapa pihak lain di sini.

“Peruntukan kira-kira RM10,000 disediakan dengan anggaran 500 pelajar menyertainya,” katanya.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Merdeka Day Fun Ride 2016 pupuk perpaduan kaum

OLEH NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA, 31 OGOS: Usaha membangkitkan semangat kemerdekaan dalam kalangan masyarakat dizahirkan menerusi Program Merdeka Day Fun Ride 2016 anjuran DUN Subang Jaya, di sini, hari ini.

Program anjuran Jawatankuasa Penduduk Zon 3 itu disertai 500 peserta yang berkayuh sejauh 30 kilometer (km) bermula dari Summit USJ hingga Subang melalui beberapa jalan utama.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, selain menyuntik semangat cintakan negara, aktiviti itu juga berupaya menyatupadukan kaum, bangsa dan agama di kawasan terbabit.

“Saya yakin aktiviti sebegini mampu mengeratkan hubungan sesama masyarakat di samping mewujudkan semangat kesukanan dalam kalangan anak muda pada masa kini,” katanya ketika ditemui pada program itu.

Hadir sama, ADN Kinrara, Ng Sze Han dan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari.

-AA-

Categories
SELANGOR

DUN Subang Jaya tanam 2,765 pokok pada 2015

Oleh : AFIX REDZUAN

SUBANG JAYA, 13 JAN: Sebanyak 2,765 batang pokok ditanam pada 2015 bagi menceriakan DUN Subang Jaya membabitkan tiga zon Jawatankuasa Penduduk (JKP).

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, fokus tanaman semula pokok kini susulan pembinaan di kawasan jajaran Aliran Transit Ringan (LRT).

Katanya, ia adalah perbincangan bersama antara Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

PC Hannah Yeoh Pejabat Tanah di Kompleks 3C PJS (3)“Saya difahamkan satu pokok ditebang perlu diganti dengan 10 pokok baru.

“Perbincangan mereka akan melibatkan kesesuaian pokok dengan mengambil kira ciri mudah diselenggara termasuk faktor keselamatan supaya pokok tidak mudah tumbang jika disambar kilat,” katanya dalam sidang medi di pejabatnya, hari ini.

Pada masa sama, Hannah berkata, pihaknya dalam usaha menceriakan dua pintu gerbang DUN Subang Jaya di Persiaran Kewajipan dan Persiaran Tujuan.

Katanya, beliau mengambil inisiatif menanam 84 batang pokok Blue Pine di Persiaran Tujuan dengan kos RM19,232.64 berinspirasikan pintu masuk bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK).

“Kos itu termasuk penyelenggaraan selama tiga tahun dan ia mula ditanam pada September lalu.

“Memandangkan ia di kawasan tepi lebuhraya, maka kita tidak boleh mengadakan majlis penanaman pokok bersama sukarela,” katanya.

-AA-

Trek basikal 2.4km pertama dibina di DUN Subang Jaya

Sebuah trek basikal sepanjang 2.4 kilometer (km) akan dibina di Jalan Tujuan, USJ bagi kemudahan penduduk setempat khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya untuk melakukan aktiviti riadah dan rekreasi termasuk kegunaan harian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata pembinaan trek dua hala itu mula dilaksanakan awal Jun lalu berdasarkan cadangan pejabat DUN beliau sendiri termasuk permintaan penduduk setempat.

Categories
SELANGOR

Trek basikal 2.4km pertama dibina di DUN Subang Jaya

Oleh : AFEEQA AFEERA

SUBANG JAYA, 1 JUL : Sebuah trek basikal sepanjang 2.4 kilometer (km) akan dibina di Jalan Tujuan, USJ bagi kemudahan penduduk setempat khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya untuk melakukan aktiviti riadah dan rekreasi termasuk kegunaan harian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata pembinaan trek dua hala itu mula dilaksanakan awal Jun lalu berdasarkan cadangan pejabat DUN beliau sendiri termasuk permintaan penduduk setempat.

hannah yeoh 1aBeliau berkata projek bernilai lebih RM500,000 itu ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan dijangka siap untuk manfaat masyarakat menjelang 31 Ogos depan.

“Memandangkan ada permintaan daripada penduduk, pejabat saya mula mengadakan mesyuarat teknikal bersama Jabatan Kejuruteraan MPSJ menggesa untuk membina trek basikal ini.

“Lokasi ini strategik kerana dipenuhi tumbuh-tumbuhan dan jumlah purata kereta yang lalu di sini juga adalah jauh lebih rendah berbanding di Persiaran Tujuan,” katanya pada sidang media di tapak laluan trek basikal USJ dekat sini, hari ini.

hannah yeoh 2aYeoh berkata laluan trek berkenaan turut menggabungkan empat buah sekolah di USJ 4 dan USJ 12, sekaligus memberi kemudahan kepada para pelajar untuk menunggang basikal dengan lebih selamat.

Selain trek, katanya kawasan parkir basikal juga akan disediakan di kawasan berhampiran.

“Terima kasih kepada MPSJ kerana bersetuju membina trek ini untuk kemudahan pengguna.

“Kita akan menunggu projek ini siap sepenuhnya untuk lihat berapa ramai yang akan menggunakan laluan tersebut dan jika ia berjaya, baru kita rancang untuk bina di tempat lain,” katanya lagi.

EZY