Categories
SELANGOR

Kapasiti seluruh empangan Selangor terkawal

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 15 MAC: Kapasiti tiga daripada lapan empangan di Selangor berada di bawah 80 peratus berdasarkan pemantauan yang dilakukan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) .

Menurut laman sesawang Luas, empangan terbabit adalah Kolam Takungan Sungai Labu (ORS) pada kapasiti 77.11 peratus bersamaan 6.87 juta liter padu, empangan Sungai Selangor pada 73.89 peratus bersamaan 169.96 juta liter padu dan empangan Sungai Tinggi pada 70.29 peratus bersamaan 80.36 juta liter padu.

EmpanganKolam Takungan Batu pula mencatat 86.70 peratus pada kadar 27.71 juta meter padu dan empangan Klang Gates 84.70 peratus (21.46 juta meter padu).

Selain itu, empangan Sungai Langat 31.35 juta meter padu (91.96 peratus), empangan Sungai Semenyeh pula 56.26 juta meter padu (95.24 peratus) dan empangan Tasik Subang pula 4.21 juta meter padu (100 peratus).

Luas memulakan proses pembenihan awan sekitar Empangan Sungai Selangor bertujuan menambah kapasiti takungan air yang menurun dan kini berada di paras 73.89 peratus.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Tim Menteri: Paras empangan Selangor lebih baik berbanding 2014

SHAH ALAM 9 MAC: Paras air di semua empangan berada di tahap terkawal walaupun negara kini berhadapan dengan musim panas.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata paras air di empangan Sungai Selangor contohnya adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Empangan“Jika pada Mac tahun lalu empangan Sungai Selangor mempunyai paras air lebih kurang 40 peratus, namun bulan ini empangan tersebut mencatatkan paras air sebanyak 74 peratus,” katanya dipetik Bernama.

Ditanya mengenai gangguan bekalan air di sesetengah tempat, Mahdzir berkata gangguan tersebut berpunca daripada masalah yang berlaku di loji bekalan air termasuk pencemaran ammonia.

EZY

Categories
SELANGOR

Kapasiti 5 empangan lebih 87%

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 3 MAC: Lima empangan melebihi kapasiti 87 peratus berdasarkan pemantauan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada 8.00 pagi 3 Mac dengan tiga di bawah kapasiti itu.

Kolam Takungan Batu mencatatkan kapasiti 89.79 peratus dan empangan Klang Gates 87.69 peratus.

empangan kiniSelain itu, empangan Sungai Langat pada 95.49 peratus, empangan Sungai Semenyeh pada 95.18 peratus dan empangan Tasik Subang pada 97.82 peratus.

Tiga empangan di bawah 87 peratus adalah empangan Kolam Takingan Sg. Labu (ORS) pada kapasiti 74.44 peratus, Empangan Sungai Selangor pada kapasiti 75.98 peratus dan Empangan Sungai Tinggi pada kapasiti 69.39 peratus.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memberi jaminan tiada catuan air ekoran cuaca panas kali ini kerana beberapa langkah awal diambil dengan pembenihan awan awal, pemantauan berterusan kawasan tadahan dan sumber air alternatif menambah takungan air.

Categories
SELANGOR

Paras air empangan Sungai Selangor terus konsisten

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 26 FEB: Takungan air di empangan Sungai Selangor terus berada pada tahap konsisten walaupun taburan hujan berkurangan ekoran fenomena Ekuinoks yang membawa cuaca panas dijangka bermula minggu depan, sehingga awal April ini.

Menurut laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (Luas), empangan itu kini mencatatkan 77.86 peratus pada kadar 179.08 juta meter padu.

Bagi Empangan Batu, ia mencatat kadar takungan 91.59 peratus dengan 29.28 juta meter padu, manakala Klang Gates pula mencatatkan paras empangan 89.23 peratus iaitu 22.61 juta meter padu.

empangan selangor sept 3Kolam Takungan Sungai Labu pula 3.68 peratus dicatatkan pada kadar 6.51 juta meter padu dan empangan Langat 97.09 peratus iaitu 33.10 juta meter padu.

Selain itu, empangan Semenyih 56.89 juta meter padu (96.32 peratus), empangan Sungai Tinggi pula 79.45 juta meter padu (69.39 peratus) dan empangan Tasik Subang pula 4.15 juta meter padu (98.65 peratus).

Bagaimanapun, Luas sudah memulakan proses pembenihan awan di sekitar empangan Sungai Selangor bertujuan menambah kapasiti takungan air dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan krisis air di Lembah Klang.

Lawatan YB Empangan Sg. Sel_3Empangan Sungai Selangor membekalkan kira-kira 60 peratus air terawat ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Seramai 6.7 juta penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terpaksa berdepan catuan bekalan air, bermula 27 Februari hingga 30 April 2014 secara berperingkat.

Masalah itu berpunca ekoran beberapa empangan utama di negeri itu mengalami penyusutan paras takungan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Menteri: Paras air empangan Selangor memuaskan

SHAH ALAM 26 JAN: Kapasiti air di beberapa empangan sekitar Selangor kini berada pada tahap memuaskan.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata secara positif beliau menjangkakan walaupun cuaca panas dan kering bermula, tahap bekalan air bersih pada tahun ini lebih baik berbanding tempoh sama tahun lepas.

empangan-selangor-sept-3“Empangan Sungai Selangor berada pada bacaan 80%, Empangan Sungai Tinggi sekitar 70%, Empangan Klang Gate dianggap 100% dan Empangan Sungai Langat juga pada paras menghampiri 100%.

“Jadi berdasarkan kepada keseluruhan air mentah dari disebutkan, kita yakin (bekalan air bersih) kita boleh berada dalam keadaan lebih baik berbanding tahun lepas,” katanya dipetik Bernama.

Sebahagian Selangor dan Lembah Klang mengalami catuan air secara berjadual dan berperingkat selama tiga bulan, antara Februari dan April tahun lepas, ekoran kekurangan bekalan air akibat cuaca panas dan kering.

Mahdzir berkata pihaknya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan pemantauan rapi terhadap paras semua empangan dan sungai di negara ini.

Beliau turut menasihatkan pengguna supaya menggunakan air secara berhemah serta tidak melakukan pembaziran walaupun bekalan air setakat ini masih stabil.

Gambar: Hiasan

EZY

Categories
SELANGOR

Empangan Selangor catat peningkatan 74.70%

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 11 JAN: Paras air di empangan Sungai Selangor terus mencatatkan peningkatan kepada 74.70 peratus selepas berada di paras kritikal beberapa bulan lalu.

Menurut laman web Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), sehingga 8 pagi semalam, paras air di empangan itu mencecah 210.35 meter.

empangan selangor sept 3Kadar hujan yang tinggi mutakhir ini membantu peningkatan paras air empangan.

Empangan Sungai Selangor membekalkan kira-kira 60 peratus air ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Empangan Batu mencatatkan 99.93 peratus, Empangan Klang Gate 100 peratus, Kolam Takungan Sg. Labu (ORS) 62.62 peratus dan Empangan Langat 100 peratus.

Sementara itu, Semenyih 92.70 peratus, Empangan Sg Tinggi 67.13 peratus dan Tasik Subang 99.48 peratus.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Paras air empangan Sg Selangor & Sg Tinggi disasar 70%

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 27 NOV : Peningkatan takungan simpanan air mentah antara 65 hingga 70 peratus disasarkan di dua empangan iaitu Sungai Selangor dan Sungai Tinggi menjelang hujung tahun ini yang menjadi sumber utama bekalan air di negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata sehingga 26 November lalu, Sungai Selangor mencatat peningkatan bacaan sehingga 58.11 peratus, manakala Sungai Tinggi pula adalah sebanyak 52.92 peratus.

EmpanganBagaimanapun, katanya takungan simpanan air mentah di kedua empangan terbabit masih rendah berbanding sebelum 2012 yang mencatat bacaan sehingga 95 peratus.

“Paras (air mentah) yang dicatatkan masih jauh lebih rendah berbanding sebelum 2012 berikutan cuaca panas yang luar biasa dan pengurangan hujan yang sangat ketara.

“Ia terbukti melalui jumlah hujan yang dicatatkan pada Februari 2012 iaitu sebanyak 217 milimeter (ml) berbanding hanya 2ml pada tempoh sama tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan penggulungan di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata langkah proaktif untuk mengatasi penurunan air mentah di kedua empangan terbabit diatasi dengan pembinaan kolam alternatif di Bestari Jaya termasuk pelaksanaan pembenihan awam.

Ekoran itu, katanya, kadar takungan air mentah di semua empangan tidak lagi berada pada tahap kritikal.

“Kerajaan Negeri menggunakan dua khidmat Tentera Udara Malaysia (TUDM) dan syarikat swasta, AF Jet Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pembenihan awam sebanyak 119 kali bermula Mac sehingga kini dengan kos RM3.5 juta,” katanya lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Semua empangan Selangor lepasi paras air 50%, Empangan Langat 100%

SHAH ALAM 18 NOV: Semua lapan empangan di Selangor mencatatkan peningkatan paras air dengan semuanya melepasi kadar 50 peratus.

Menurut laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) setakat jam 8.00 pagi hari ini, Empangan Sungai Selangor yang membekalkan kira-kira 60 peratus air ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor kini berada di paras 54.77 peratus.

Empangan itu pada kira-kira empat bulan lalu berada pada tahap kritikal sehingga menyebabkan penjadualan air dilaksanakan bagi mengatasi kekurangan air.

Lawatan YB Empangan Sg. Sel_3Manakala, Empangan Batu mencatatkan (94.75 peratus), Empangan Klang Gate (97.73%), Kolam Takungan Sg. Labu (ORS) (66.10%) dan Empangan Langat (100%).

Sementara itu, Semenyih (72.73%), Empangan Sg Tinggi (51.81%), Tasik Subang (73.11%).

Peningkatan itu melegakan penduduk Lembah Klang selepas paras air di empangan itu mencatatkan penurunan beberapa bulan lalu yang menyebabkan penjadualan air dilaksanakan.

Kadar hujan yang tinggi mutakhir ini membantu peningkatan paras air empangan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Paras air Empangan Selangor lepasi 50%

SHAH ALAM 11 NOV: Paras air di empangan Sungai Selangor mencatatkan peningkatan kepada 52.56 peratus selepas berada di paras kritikal iaitu 40 peratus beberapa bulan lalu.

Peningkatan itu melegakan penduduk Lembah Klang selepas paras air di empangan itu mencatatkan penurunan beberapa bulan lepas yang menyebabkan penjadualan air dilaksanakan.

EmpanganMenurut laman web Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), sehingga 8 pagi Selasa, paras air di empangan itu mencecah 199.60 meter,

Kadar hujan yang tinggi mutakhir ini membantu peningkatan paras air empangan.

Empangan Sungai Selangor membekalkan kira-kira 60 peratus air ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Empangan Batu mencatatkan 93.36 peratus, Empangan Klang Gate 95.08 peratus, Kolam Takungan Sg. Labu (ORS) 66.10 peratus dan Empangan Langat 98.63 peratus.

Sementara itu, Semenyih 70.69 peratus, Empangan Sg Tinggi 49.68 peratus, Tasik Subang 73.11 peratus.

Categories
SELANGOR

Bekalan air cukup hingga awal 2015

SHAH ALAM 7 SEPT: Kerajaan Selangor memberi jaminan bekalan air mencukupi hingga awal 2015 dan yakin tidak akan berlaku krisis bekalan air di Selangor dan Lembah Klang.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata berlaku peningkatan kadar air di empangan seluruh Selangor kerana sudah menerima kekerapan hujan yang tinggi kebelakangan ini.

air pahang“Kita boleh lihat sekarang ini kerap hujan dan ini boleh meningkatkan peratusan kadar empangan, kalau sudah 45 peratus pun sudah boleh kira selamat.

“Paras kolam takungan juga berada di tahap yang memuaskan dan ini boleh kita lihat permulaan yang baik untuk 2015,” kata Dr Yunus dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata situasi baik itu memberikan petanda bahawa tidak akan berlaku catuan air di lembah klang.

“Saya rasa kita boleh bertahan dan tidak mungkin akan ada catuan hingga hujung tahun, paras 45 peratus di empangan utama Selangor juga sudah boleh dikira selesa,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi meramalkan angin dengan kelajuan perlahan bagi tempoh seminggu hingga dua minggu akan bermula Isnin ini.

Keadaan angin lemah itu mendorong cuaca aktif pada sebelah petang sekitar jam 2 atau 3 petang yang akan berlaku hujan dibeberapa kawasan.

EZY

Categories
SELANGOR

Pembenihan awan 2 kali sehari usaha tingkat paras empangan Selangor

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 14 OGOS : Kerajaan Negeri malalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan operasi pembenihan awan bagi meningkatkan paras empangan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, operasi itu menggunakan kaedah larutan garam (sodium chloride) dengan kekerapan dua kali setiap hari bermula 1 Ogos lepas di tadahan Empangan Sungai Selangor.

EmpanganBeliau berkata, jumlah hujan yang diterima sehingga hari ini adalah 181.65 mm.

” Jumlah ini adalah lebih tinggi berbanding 69.52 mm yang diterima pada Jun dan 73.05 mm pada Julai.

“Langkah mitigasi juga terus dilakukan termasuk pengurangan kadar pelepasan air Empangan Sungai Selangor kepada 700 juta liter sehari (JLH) dan Empangan Sungai Tiggi kepada 500 JLH,” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Pada Isnin lepas, petugas di kolam alternatif menerima laporan sabotaj pengepaman.

Walalaubagaimanapun, hasil pemantauan keadaan pam dalam keadaan terkawal dengan bantuan Polis dan pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA).

Selain itu, Kerajaan Negeri juga melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengadakan solat sunat Istisqa’ memohon hujan di kawasan empangan dalam waktu terdekat.

EZY

Categories
SELANGOR

JMM: Kapasiti empangan air dijangka meningkat Monsun Peralihan September

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM 7 OGOS: Status semasa kapasiti empangan di Selangor yang merosot ketika ini dijangka beransur pulih bermula pertengahan September depan setelah berlakunya Monsun Peralihan, kata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut agensi itu, Monsun Peralihan akan membawa taburan hujan yang lebih menyeluruh terutamanya di kawasan-kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.

Empangan“Paras air di empangan akan meningkat setiap kali Monsun Peralihan berlaku berikutan jumlah hujan yang turun adalah lebih banyak berbanding musim-musim lain.

“Ia berlaku dua kali setahun, iaitu pada akhir Mac hingga Mei dan pertengahan September hingga November,” jelasnya dalam satu kenyataan kepada Selangor Kini.

Bagaimanapun, kapasiti empangan bergantung harap kepada jumlah hujan dikawasan tadahan.

MetMalaysia berkata taburan hujan yang diterima Selangor sedikit berbeza ketika Musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut.

“Monsun Timur Laut kebiasaannya akan bermula pada pertengahan November dan jumlah hujan yang diterima Selangor akan sedikit berkurangan berbanding pada Monsun Peralihan.

“Monsun Timur Laut kebiasaannya akan membawa lebih banyak hujan kepada negeri-
negeri di pantai timur Semenanjung dan barat Sarawak,” jelasnya.

EZY