Categories
SELANGOR

Gangguan bekalan air sementara di Petaling Jaya

SHAH ALAM 23 JULAI : Beberapa kawasan di Petaling Jaya bakal mengalami gangguan bekalan air sementara ekoran kerja kecemasan membaiki perkakasan sistem agihan air.

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata kerja pembaikan bermula jam 12.00 tengah hari ini dan dijangka siap pada jam 7:00 petang ini juga.

Katanya, segala usaha dilaksanakan untuk menyiapkan kerja pembaikan dengan secepat mungkin. Bekalan air di kawasan terlibat akan pulih secara berperingkat selepas kerja pembaikan siap.

catu airKawasan-kawasan yang terlibat adalah keseluruhan Seksyen 1 hingga 6, Jalan Gasing, Seksyen 14, Seksyen 18 Taman Kanagapuram, Taman Sri Sentosa, Kampung Pasir, Seksyen 51, Seksyen 51A, Seksyen 22, SS9, SS9A dan Kampung Baiduri.

Pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja-kerja pembaikan ini melalui aplikasi telefon bimbit pintar “mySYABAS” dan www.syabas.com.my.

EZY

Categories
NASIONAL SELANGOR

Gangguan Air Lebih Dua Hari Libatkan 70,000 Pengguna Selangor, KL

Miter_air_Syabas

SHAH ALAM 18 Jun : Beberapa kawasan di Lembah Klang dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air selama lebih dua hari bermula lapan pagi ini sehingga 8 malam hari Khamis.

Ini bagi melakukan kerja-kerja penukaran dan penambahbaikan injap pengepaman air bersih di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

Menurut kenyataan media Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), kerja-kerja penyenggaraan akan mengambil masa 8 jam, manakala pemulihan bekalan air memakan masa 48 jam.

Syabas menjangkakan hentitugas separa ini akan menyebabkan gangguan bekalan air lebih 74,890 pengguna di Kuala Lumpur, Bukit Damansara, Gombak, Hulu Selangor dan Petaling.

Sebagai langkah persediaan awal, SYABAS telah meletakkan kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk meletakkan 42 buah lori tangki dalam keadaan tunggu sedia serta menyediakan 525 buah tangki statik.

Kawasan tersebut ialah :

Wilayah Gombak
Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara dan Sunway SPK Harmoni 3.
Jumlah akaun : 21,947 akaun

Wilayah Hulu Selangor
Kampung Sungai Serai; seluruh Kuang; Kampung Baru; Kampung Melayu Sri Kundang; Kampung Permata; Taman Desa;
Bandar Baru Kundang; Kundang Jaya; Bandar Tasik Puteri; Taman Tasik Biru dan Taman Perindustrian.
Jumlah akaun: 13,040 akaun

Wilayah Petaling
Bukit Rahman Putra; Taman Impian Indah; Taman Sri Putra; Saujana Akasia; Taman Sri Putra Mas; Taman Matang Jaya dan Kampung Matang Pagar.
Jumlah akaun : 7,340 akaun

Wilayah Kuala Lumpur
Bukit Kiara
Sebahagian Kawasan Bukit Damansara

Manakala kawasan yang mengalami gangguan tekanan rendah termasuk :

Wilayah Petaling

Kuarters Penjara Sungai Buloh; Kampung Kubu Gajah; Kampung Merbau Sempak; Desa Moccis; Kampung Paya Jaras; Hospital Kusta; Kampung Baru Sungai Buloh (Kampung Baru Cina); Kampung Desa Aman; PJU10, Saujana Damansara; PJU10, Prima Damansara.
Jumlah akaun : 21,248 akaun

Wilayah Kuala Lumpur
Segambut

Pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222.