Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL PILIHAN MINGGUAN

MB: Tiada kompromi, tindakan keras ke atas kilang punca gangguan air

SHAH ALAM, 4 SEPT: Kerajaan Negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan lebih keras terhadap semua pihak yang mengakibatkan pencemaran air sehingga menjejaskan ratusan ribu pengguna.

Dato’ Menteri Besar menegaskan Kerajaan Negeri tidak sesekali bertolak ansur terhadap kilang yang melepaskan bahan pelarut ke Sungai Gong, Gombak, anak sungai Sembah yang mengalir ke Sungai Selangor.

“Tindakan lebih keras melalui proses undang-undang akan diambil ke atas pihak yang telah menyebabkan insiden ini. Kita tidak akan berkompromi,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) bertungkus-lumus membantu mengurangkan beban pengguna susulan gangguan bekalan akibat pencemaran sungai oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sebanyak 78 lori tangki, 22 lori tangki besar, 54 tangki statik, 18 pusat khidmat setempat, lapan pili air awam disediakan untuk menyediakan air di kawasan terjejas.

“Sebanyak 23,000 botol air minuman saiz lima liter telah diagihkan bagi membantu mereka yang terjejas. Air Selangor akan memantau keadaan semasa,” kata Amirudin lagi.

Beliau juga memaklumkan usaha sedang dibuat untuk mengurangkan kesan bau pencemaran dengan meletakkan 250kg serbuk arang (activated carbon).

Katanya, air dari kolam takungan Bestari Jaya sebanyak 400 juta liter sehari (JLH) dipam, sementara air Empangan Sungai Tinggi dilepas bagi tujuan membuang dan mencairkan kesan pencemaran tersebut.

Semalam, dalam lawatan mengejut, EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian menjelaskan pencemaran berpunca daripada sebuah kilang selenggara mesin dan jentera di Rawang, Gombak.

“Kita arahkan kilang ini ditutup sementara menunggu keputusan siasatan. Pemantauan rapi dari semasa ke semasa dilakukan Luas bersama agensi berkaitan bagi memastikan pencemaran bau dikawal secepat mungkin,” katanya.

Pagi ini, Air Selangor memaklumkan pencemaran masih ada tetapi berjaya dikurangkan daripada tiga kepada satu TON (Nombor Bau Nilai Ambang), unit kiraan untuk mengukur kadar bau.

Loji Rawatan Air (LRA) hanya boleh mengeluarkan air tanpa bau nilai TON sifar.

“LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang masih belum beroperasi sehingga jam 6.30 pagi ini kerana pencemaran masih lagi dikesan di muka sauk loji,” kata jurucakapnya dalam kenyataan jam 7 pagi tadi.

Mulai pagi semalam, wilayah bekalan air di Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan tidak berjadual selepas empat LRA di negeri ini terpaksa dihenti tugas.

Gangguan itu melibatkan Kuala Lumpur, Petaling, Klang-Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

LRA Rantau Panjang dihenti tugas jam 7.15 pagi, manakala LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2) dan Fasa 3 (SSP3) pada 9 pagi.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Rakyat diutamakan, pulih air secepat mungkin

SHAH ALAM, 4 SEPT: Kerajaan Negeri memberi jaminan akan berusaha keras memulihkan bekalan air di tujuh wilayah bekalan yang terjejas akibat pencemaran Sungai Selangor.

“Keutamaan Kerajaan Negeri adalah untuk memastikan saluran air dikembalikan kepada rumah dan premis perniagaan secepat mungkin. Keperluan rakyat perlu diutamakan,” kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau menjelaskan semua usaha membantu pengguna sedang digerakkan termasuk menyediakan 100 lori tangki, 18 pusat khidmat setempat dan 23,000 botol air minuman.

Selain itu, pihak pengurusan air sedang membuang kesan pencemaran dengan melepaskan air daripada kolam takungan dan memasukkan serbuk arang.

Berikut kenyataan penuh Dato’ Menteri Besar:

Sejak kira-kira jam 10 pagi semalam, saluran air ke rumah, premis perniagaan dan kawasan lain di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terhenti. Penghentian ini tidak berjadual kerana melibatkan sebuah premis kilang yang disyaki melepaskan bahan pelarut ataupun solvent ke dalam Sungai Gong. Ini telah memaksa stesen air mentah untuk ditutup operasinya.

Sungai Gong adalah anak sungai kepada Sungai Sembah, yang merupakan sungai utama Sungai Selangor. Air dari Sungai Selangor kemudian dirawat di Loji Rawatan Air Rantau Panjang, jarak 17km dari Sungai Selangor.

Kemudian, pencemaran bau sebanyak bacaan kadar 3 TON (Nombor Bau Nilai Ambang atau Threshold Odour Number) dikesan di muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang.

(TON adalah satu kiraan untuk mengukur kadar bau. Loji rawatan air hanya boleh mengeluarkan air tanpa bau dengan nilai TON sifar)

Sejak insiden ini dikesan, unit bencana dan agensi terlibat khususnya Air Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor telah bekerja tanpa henti dengan mengambil beberapa tindakan:

i) Pencairan air di Sungai Gong dengan pelepasan air melalui beberapa sumber. Antaranya sebanyak anggaran 1,882 juta liter sehari (jlh) yang merangkumi:
– 582 juta liter sehari (jlh) dari Hybrid Off-River Augmentation System (HORAS 600)
– 500 juta liter sehari (jlh) dari empangan Sungai Selangor
– 800 juta liter sehari (jlh) dari empangan Sungai Tinggi

ii) Usaha ‘flushing’ air yang tercemar ke hilir sungai melalui pembukaan pintu Baraj 3 dan 5 di muka sauk Sungai Selangor Fasa 1.

iii) 250kg serbuk arang ataupun Activated Carbon telah diletak di kawasan-kawasan yang terdapat kesan bau serta premis kilang yang terbabit.

iv) Penyitaan premis kilang, pengenaan kompaun serta pembukaan kertas pendakwaan dengan serta-merta.

Sehingga kini, sebanyak 78 lori tangki, 22 lori tangki jumbo, 54 tangki statik, 18 pusat khidmat setempat, 8 pili air awam serta 23,000 botol air minuman 5 liter telah diagihkan dan telah dikerah bagi membantu mereka yang terjejas.

Keutamaan Kerajaan Negeri adalah untuk memastikan saluran air dikembalikan kepada rumah dan premis perniagaan secepat mungkin. Keperluan rakyat perlu diutamakan.

Tindakan lebih keras melalui proses undang-undang akan diambil ke atas pihak yang telah menyebabkan insiden ini.

Kita tidak akan berkompromi.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL PILIHAN MINGGUAN

MB: Usaha keras bantu pengguna, kurangkan air tercemar

SHAH ALAM, 4 SEPT: Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) bertungkus-lumus membantu mengurangkan beban pengguna susulan gangguan bekalan akibat pencemaran sungai oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sebanyak 78 lori tangki, 22 lori tangki besar, 54 tangki statik, 18 pusat khidmat setempat, lapan pili air awam disediakan untuk menyediakan air di kawasan terjejas.

“Sebanyak 23,000 botol air minuman saiz lima liter telah diagihkan bagi membantu mereka yang terjejas. Air Selangor akan memantau keadaan semasa,” kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari hari ini.

Dalam kenyataannya, beliau juga memaklumkan usaha sedang dibuat untuk mengurangkan kesan bau pencemaran dengan meletakkan 250kg serbuk arang (activated carbon).

Air dari kolam takungan Bestari Jaya sebanyak 400 juta liter sehari (JLH) dipam, sementara air Empangan Sungai Tinggi dilepas bagi tujuan membuang dan mencairkan kesan pencemaran tersebut.

Sebanyak 23,000 botol air minuman saiz lima liter diagihkan bagi membantu mereka yang terjejas

Semalam, dalam lawatan mengejut, EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian mejelaskan pencemaran berpunca daripada sebuah kilang selenggara mesin dan jentera di Rawang, Gombak.

“Kita arahkan kilang ini ditutup sementara menunggu keputusan siasatan. Pemantauan rapi dari semasa ke semasa dilakukan Luas bersama agensi berkaitan bagi memastikan pencemaran bau dikawal secepat mungkin,” katanya.

Pagi ini, Air Selangor memaklumkan pencemaran masih ada tetapi berjaya dikurangkan daripada tiga kepada satu TON (Nombor Bau Nilai Ambang), unit kiraan untuk mengukur kadar bau.

Loji Rawatan Air (LRA) hanya boleh mengeluarkan air tanpa bau nilai TON sifar.

“LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang masih belum beroperasi sehingga jam 6.30 pagi ini kerana pencemaran masih lagi dikesan di muka sauk loji,” kata jurucakapnya dalam kenyataan jam 7 pagi tadi.

Mulai pagi semalam, wilayah bekalan air di Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan tidak berjadual selepas empat LRA di negeri ini terpaksa dihenti tugas.

Gangguan itu melibatkan Kuala Lumpur, Petaling, Klang-Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

LRA Rantau Panjang dihenti tugas jam 7.15 pagi, manakala LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2) dan Fasa 3 (SSP3) pada 9 pagi.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Tujuh wilayah di Selangor, KL alami gangguan bekalan air

SHAH ALAM, 3 SEPT: Tujuh wilayah di Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas empat Loji Rawatan Air (LRA) negeri ini terpaksa dihenti tugas pagi ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata langkah itu susulan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

“Gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka akan berlaku di beberapa kawasan di tujuh wilayah iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat bermula 10 pagi ini,” kata Elina Baseri dalam kenyataan.

Beliau berkata LRA Rantau Panjang dihenti tugas jam 7.15 pagi manakala LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2) dan Fasa 3 (SSP3) pada 9 pagi.

Tambahnya, senarai penuh kawasan terjejas akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com

Categories
AGENSI SELANGOR

Paip pecah: Gombak alami gangguan bekalan air

SHAH ALAM, 26 JULAI: Sebanyak 16 lokasi di Gombak mengalami gangguan bekalan air akibat paip pecah di Rumah Pam Melawati, dekat sini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata susulan itu, sistem rumah pam tersebut terpaksa dihentikan pada jam 8.30 pagi tadi.

“Sehingga jam 1 petang ini, Air Selangor sedang giat melaksanakan kerja pembaikan paip pecah dan membaik pulih sistem rumah pam tersebut.

“Bantuan air melalui lori-lori tangki ke kawasan terjejas sedang digerakkan bagi membantu pengguna,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berikut ialah kawasan yang terjejas:

1. Taman Melawati
2. Kemensah Residensi
3. Saujana Melawati
4. Sunway Kayangan
5. Sunway Melawati
6. Tiara Kemensah
7. Tropika Kemensah
8. Twin Palm Kemensah
9. Ukay Prima
10. Bukit Melawati
11. Nadayu Melawati
12. Amber Hill
13. Kampung Klang Gate
14. 203 Melawati
15. Zoo Negara
16. Kemensah Heights

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

57 kawasan di Gombak alami gangguan air hari ini

SHAH ALAM, 7 FEB: 57 kawasan di Gombak mengalami gangguan bekalan air hari ini susulan paip pecah di Rumah Pam Hulu Kelang.

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) dalam kenyataan berkata kerja baik pulih dijangka siap jam 6.30 petang ini.

“Paip pecah ini menyebabkan penurunan air ke paras 0.72 meter di Kolam Air Madonna berbanding paras normal empat meter dan bekalan air disalurkan semula secara berperingkat selepas paras kolam ditingkatkan ke paras normal.

“Pihak Air selangor mengaktifkan pelan tindakan kecemasan dan menggiatkan bantuan kepada pelanggan terjejas menerusi 25 lori tangki air dan dua tangki jumbo,” katanya.

Pengguna juga dinasihatkan mendapatkan bantuan air kecemasan di Pusat Khidmat Setempat bertempat di AEON Big Ampang, Taman Dagang Permai, 68000 Ampang (koordinat GPS: 3.141065, 101.779456) dibuka bermula jam 9.30 pagi.

Categories
SELANGOR

Bekalan air di Hospital Banting seperti biasa

SHAH ALAM, 23 DIS: Bekalan air di Hospital Banting dekat sini berada dalam keadaan terkawal dan tidak dicatu walaupun beberapa kawasan di Kuala Langat terjejas susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih sejak Sabtu lepas akibat pencemaran bau.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata ia berikutan hospital berkenaan mendapat bekalan airnya daripada LRA Labohan Dagang yang telah mula beroperasi sejak Jun lepas.

“Bekalan air hanya dicatu pada hari pertama LRA Sungai Semenyih ditutup dan mulai semalam dan bekalan air di Hospital Banting telah kembali seperti biasa dan bekalan air yang disalurkan ke tangki utama hospital masih dalam keadaan normal dan hanya Hospital Serdang sahaja dicatu pengunaan airnya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

LRA Labohan Dagang fasa satu yang mula beroperasi sejak Jun lepas mampu mengeluarkan air terawat sebanyak 200 juta liter sehari untuk pengguna sekitar Kuala Langat.

LRA berkenaan yang mempunyai kolam takungan utama seluas 110 hektar juga mampu menyediakan bekalan air mentah selama 75 hari sekiranya berlaku pencemaran di sumber airnya di Sungai Langat.

Semalam, Ketua Pengarah Kementarian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata bekalan air di Hospital Banting dan Hospital Kajang terpaksa dicatu berikutan penutupan LRA Sungai Semenyih.

Dr Noor Hisham berkata catuan berkenaan terpaksa dilakukan bagi memastikan perkhidmatan hospital berkenaan dapat dijalankan.

-BERNAMA

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Gangguan bekalan air di Gombak, Hulu Selangor minggu hadapan

KUALA LUMPUR, 18 NOV: Sebanyak 15 kawasan di Gombak dan 17 di Hulu Selangor melibatkan 22,958 akaun pelanggan berdaftar akan terjejas dengan gangguan bekalan air sementara minggu hadapan ekoran pelaksanaan kerja menaik taraf sistem bekalan air di Kolam Sedut Bukit Kanching.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd memaklumkan bahawa gangguan bekalan selama 20 jam itu akan bermula pada 9 malam hari Khamis, 28 November.

“Bekalan air akan dibuka sejurus kerja menaik taraf siap dan disasarkan pulih sepenuhnya pada 5 petang Jumaat, 29 November,” menurut kenyataan Air Selangor hari ini.

Di Gombak, kawasan gangguan meliputi Aman Siara, Kampung Selayang Permai, Selayang Heights, Bandar Baru Selayang, One Sierra, Taman Bukit Idaman, Idaman Hill, Perdana Residensi, Taman Puncak Templer, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Perindustrian Taman Selayang Baru, Taman Selayang Baru, Kampung Selayang Baru, Prima Selayang dan Taman Selayang Segar.

Di Hulu Selangor, ia merangkumi Dolomite Templer, Prima Ville, Taman Mawar 355, Kampung Melayu Batu 16, seluruh perniagaan Reef/Tesco, Taman Setia, Kampung Sungai Samak, Rawang Perdana, Taman Setia Jaya, Perindustrian Massalam, Taman Tun Perak, Taman Tun Teja, sebahagian Bukit Rawang Putra (flat), Taman Desa Sri Bayu, Templer Saujana, seluruh kawasan Templer dan Taman Kanching Jaya.

Pelanggan berkenaan dinasihat menyimpan bekalan air bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan.

Air Selangor juga akan menggerakkan bantuan lori tangki air dengan keutamaan kepada premis kritikal serta kecemasan.

-BERNAMA

Categories
SELANGOR

Enam daerah Selangor bakal alami gangguan air

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 19 APR: Enam daerah di Selangor dijangka bakal mengalami gangguan bekalan air selama empat hari bermula dari 24 hingga 27 April depan.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) melalui kenyataan di laman facebook berkata, antara daerah terjejas ialah Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Selangor.

Lokasinya termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Penjara Sungai Buloh, Pulau Ketam, Bukit Jalil, UiTM Kampus Induk dan Wisma Polis Marin Pulau Indah.

Katanya, ia susulan kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2), 24 April.

“Kerja itu berkenaan penambahbaikan yang menyebabkan henti tugas loji sepenuhnya dan tempoh pemulihan bergantung pada loasi geografi serta altitud premis pelanggan.

“Sebanyak 10 Pusat Khidmat Setempat akan mula diaktifkan pada 26 April,” katanya.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Santiago dilaporkan berkata, pelaksanaan kerja penambahbaikan oleh Air Selangor itu perlu dibuat segera untuk mencegah sebarang kerosakan atau risiko kegagalan sistem elektrik bagi mengelakkan gangguan bekalan air yang tidak terancang kepada pengguna.

“Henti tugas LRA SSP2 ini akan menyebabkan gangguan bekalan air sehingga 86 jam bergantung kepada lokasi dan kedudukan pengguna dengan sebanyak 620,835 akaun atau 4,143,465 pengguna di 577 kawasan akan terkesan.

“Air Selangor akan mengambil langkah untuk mengurangkan impak dan memendekkan tempoh gangguan bekalan air kepada semua pengguna yang terbabit.

“Antaranya adalah memberikan bantuan bekalan air melalui tangki lori air, tangki statik, pili awam, stesen pengisian air setempat dan agihan botol air minuman selain memastikan bantuan bekalan air dibekalkan ke premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan sebagainya,” katanya.

Untuk maklumat lanjut dan status terkini, sila layari laman web www.syabas.com.my, Facebook Air Selangor, twitter @air_selangor dan aplikasi telefon pintar ‘Air Selangor’.

Categories
SELANGOR

Syabas tuntas depani gangguan bekalan air

SHAH ALAM, 11 JAN: Beberapa kawasan di pusat bandar Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya bakal berdepan gangguan bekalan air berjadual bermula 9 malam esok.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menerusi kenyataannya berkata, pihaknya sudah membuat segala persiapan sepanjang tempoh gangguan yang dijangka berakhir pada 11 malam pada 13 Januari ini.

Katanya, gangguan berjadual itu adalah bagi perlaksanaan kerja-kerja pembaikan kebocoran serius paip air mentah dan hentitugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas.

“Pelbagai persiapan bagi menghadapi gangguan berjadual ini telah dan sedang laksanakan termasuk pemakluman awal dan hebahan notis gangguan kepada pelanggan-pelanggan.

“Pusat Khidmat Setempat (PKS) bagi memberikan bantuan kepada pelanggan akan mula diaktifkan pada jam 8.00 malam, pada 12 Januari (Sabtu) selain penempatan tangki-tangki statik di premis-premis kritikal,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan, segala usaha diambil bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan dan meminimakan tempoh gangguan.

“Kerjasama pelanggan sepanjang tempoh gangguan ini amatlah dihargai,” katanya.

Untuk makluman kemaskini, pertanyaan atau bantuan, pengguna boleh menghubungi Syabas di talian 15300 atau melayari laman sesawang www.syabas.com.my, Facebook “AirSelangor”, Twitter @air_selangor dan aplikasi telefon pintar Air Selangor, yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store,” katanya.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Punca Pencemaran Sungai Semantan dikenal pasti di Bentong, Pahang

BY: ELIZABETH WONG

SHAH ALAM, 10 OKT: JAS Pahang perlu kaji semula dakwaan “Tiada Pencemaran di Sungai Semantan’ dan mengambil tindakan di punca

water-polution-source-1

Hari ini wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan pasukan pemantauan sungai Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengenal pasti punca pencemaran bau di Bentong, Pahang. Namun, pasukan tidak dapat memasuki premis yang disyaki kerana pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang tiada di tapak semasa pemeriksaan pagi tadi.

Pasukan Air Selangor telah menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca pencemaran sejak malam Jumaat (7 Oktober 2016) di Pahang. Punca pencemaran telah dikenal pasti di aliran pelepasan kilang yang disyaki dan berhampiran sungai. Sampel air daripada aliran pelepasan premis dan di sungai telah diperoleh oleh kedua-dua pihak. Bau dikesan serupa seperti yang dikesan di portal keluar Sungai Serai dan muka sauk Sungai Langat pada malam Jumaat. Hari ini, bau merebak setinggi 18 TON (Nombor Bau Nilai Ambang).

Pengarah JAS Pahang mungkin boleh dakwa bahawa air dibekalkan ke Selangor adalah bebas daripada pencemaran tetapi keputusan ujian awal dan juga pemeriksaan hari ini mendedahkan sebaliknya. Keputusan ujian awal sampel air diperoleh pada 7 dan 8 Oktober 2016 di portal keluar Sungai Serai telah mengesan Teradekana, Pentadekana dan Heksdekana, ia itu sebatian yang menyumbang bau luar biasa dalam air mentah. Portal keluar Sungai Serai adalah tempat kemasukan ke Selangor melalui saliran paip yang berdedikasi dipamkan daripada muka sauk Sungai Semantan.

water-polution-source-2

Bau luar biasa adalah penunjuk yang menandakan ada sebatian yang biasanya tidak terdapat dalam air mentah. Oleh itu, sebagai langkah mencegah, Air Selangor terpaksa menutup loji rawatan air Langat dan Cheras pada malam Jumaat. Kedua-dua loji akan mula mengabstrak air mentah daripada Sungai Semantan di Pahang apabila isu pencemaran selesai. Dewasa ini, loji Langat dan Cheras mengabstrak air mentah daripada air yang dilepaskan daripada empangan Langat.

Keputusan ujian awal dan maklumat daripada pemeriksaan hari ini, termasuk nama kilang yang disyaki telah dimaklumkan kepada JAS Pahang.

bm-water-polution-source-4Kami menggesa JAS Pahang untuk mengkaji semula dakwaan “tiada pencemaran di Sungai Semantan” dan terutamanya memeriksa kilang yang disyaki di Bentong dengan teliti. Kami ingin merakamkan penghargaan kepada SPAN atas pemeriksaan hari ini dan menggesa SPAN membantu Selangor mengambil tindakan sendiri ke atas premis tersebut.

Sekiranya pencemaran bau berterusan, Projek Pemindahan Air Pahang-Selangor tidak boleh diteruskan kerana air daripada Sungai Semantan tidak boleh diguna oleh loji rawatan air.

Status pemulihan keseluruhan bekalan air di Hulu Langat, Zon 1 mencatat 88% dan Zon 2 mencatat 100%, manakala di Kuala Lumpur, Zon 1 mencatat 58% dan Zon 2 mencatat 70%. Bantuan bekalan air akan terus dihantar dengan lori tangki ke kawasan terjejas.

Pengguna adalah dinasihati mengguna air dengan berhemat semasa tempoh ini supaya pemulihan sepenuhnya dapat dipercepatkan.

Untuk mengelakkan kesesakan di pusat panggilan pelanggan SYABAS, pengguna dinasihati untuk memuat turun “mySYABAS”, aplikasi telefon pintar atau melayari www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat status bekalan air.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Loji Rawatan Air Langat dan Cheras ditutup

OLEH: ELIZABETH WONG

SHAH ALAM 8 OKT: Loji Rawatan Air Langat dan Cheras telah masing-masing ditutup pada 8.30 malam dan 10 malam akibat pencemaran bau yang disyaki berpunca daripada Sungai Semantan di Pahang.

Portal aliran masuk Sungai Serai, yang menerima air daripada terowong khas daripada Sungai Semantan, Pahang telah dikesan bau luar biasa pada jam 7.30 petang, Jumaat, 7 Oktober 2016.

Badan Kawal Selia Air Pahang telah dihubungi untuk memaklumkan pencemaran ini kepada Jabatan Alam Sekitar Pahang. Di samping itu, petugas sungai Air Selangor berada di Pahang untuk membantu Badan Kawal Selia Air Pahang dan Jabatan Alam Sekitar mengesan punca pencemaran bau. Pada masa yang sama, air daripada Empangan Sungai Langat telah dilepaskan pada 9.45 malam sebagai usaha untuk menangani pencemaran bau air mentah.

Beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan sebahagian daerah Petaling serta Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air.

Bantuan bekalan air akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan terlibat dan premis kritikal, seperti hospital dan pusat dialisis.

Untuk mengelakkan kesesakan di pusat panggilan pelanggan SYABAS, pengguna dinasihati memuat turunkan “mySYABAS” aplikasi telefon pintar atau melayari www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sila hantar alamat premis ke SMS 15300, jika perlu bantuan bekalan air.

NOTA: Elizabeth Wong adalah Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Negeri Selangor