Categories
EKONOMI

Pasaran hartanah terus lembap

KUALA LUMPUR 20 OGOS: Pasaran hartanah tempatan terus lembap pada separuh pertama tahun ini ekoran pelabur berpotensi mengambil pendekatan ‘tunggu-dan-lihat’, demikian menurut hasil kajian oleh Knight Frank Malaysia.

Bertajuk ‘Sorotan Harta Tanah’ bagi separuh pertama 2017, laporan itu mengkaji prestasi pasaran merentasi pelbagai hartanah – kediaman, pejabat dan runcit, dan menonjolkan trend dan unjuran di pelbagai kawasan iaitu Kuala Lumpur, Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.

Pengarah Urusannya Sarkunan Subramaniam berkata meskipun pasaran keseluruhannya lemah, pemulihan ekonomi negara baru-baru ini selain pengukuhan mata wang tempatan dan pasaran pekerjaan yang stabil, dapat menyediakan peluang pemulihan dalam pasaran kondominium mewah.

“Dalam sektor pejabat, kualiti bekalan pejabat terus ditingkatkan untuk memenuhi keperluan perusahaan besar dan syarikat multinasional.

Berdasarkan peningkatan bekalan dan persaingan, gedung membeli-belah kini berhadapan cabaran untuk mengekalkan pasaran runcit.

“Pengusaha melaksanakan baik pulih, menjenamakan semula dan menjajarkan semula gedung masing-masing untuk menarik pengunjung.

“Perniagaan berkaitan fesyen dan makanan serta minuman tidak lagi menjadi kunci untuk meningkatkan daya tarikan pengunjung, pusat membeli-belah mula mempromosikan pengalaman dan bukannya produk, seperti mengubah tempat letak kereta zon tertutup,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata Malaysia akan kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik berdasarkan pasaran hartanahnya yang stabil dan kos permulaan yang rendah untuk terus menawarkan pulangan yang munasabah.

SUMBER: BERNAMA

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

PWS bangun projek hartanah RM300 juta

SHAH ALAM 26 JULAI : Projek hartanah kediaman dan komersil dengan nilai pembangunan kasar kira-kira RM300 juta dibangunkan Urus Maju Ehsan (M) Sdn Bhd (UME), anak syarikat Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).

Pengerusi Eksekutifnya, Mohd Azli Md Yusof, berkata projek itu dibangunkan dalam tempoh lima hingga enam tahun melalui tiga fasa.

Katanya fasa pertama membabitkan tanah wakaf di sekitar Klang, fasa kedua untuk pembangunan rumah kediaman di Hulu Langat dan fasa ketiga bagi pembinaan hartanah komersial serta stesen minyak.

urusmaju.transformed“Jumlah tanah wakaf di Selangor kira-kira 480 hektar dengan 70 peratus daripadanya adalah tanah wakaf khas. Kami menumpukan pembangunan membabitkan tanah wakaf am terbiar.

“Tanah wakaf dibangunkan membabitkan keluasan kira-kira 12 hingga 16 hektar bagi setiap fasa,” katanya dipetik BH Online

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas memeterai perjanjian pembiayaan pembangunan tanah wakaf berjumlah RM15.5 juta dengan Bank Islam di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Bhd, Datuk Seri Zukri Samat dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Khairul Kamarudin.

Mohd Azli berkata, pembiayaan berkenaan merangkumi dua projek pembangunan tanah wakaf di sekitar Klang, Selangor seluas 2.4 hektar.

Katanya, projek pertama merangkumi pembinaan 164 unit pangsapuri serta 12 unit lot kedai di Jalan Kebun, Mukim Kapar, Daerah Klang, Selangor.

Beliau berkata, projek kedua membabitkan pembangunan 13 unit kedai pejabat dan 34 unit bazar di Jalan Teratai, Mukim Kapar, Daerah Klang.

“Kerja pembangunan projek ini dijangka dimulakan tahun ini. Kami sudah mendapat kelulusan pihak berkaitan dari segi perancangan projek ini,” jelasnya.

Sementara itu, Zukri berkata, menerusi perjanjian pembiayaan berjumlah RM15.5 juta itu, Bank Islam menyediakan pembiayaan projek serta pembiayaan akhir untuk pembelian unit pangsapuri, rumah kedai dan kedai pejabat melalui produk Al-Waqf Home Financing-i.

Beliau berkata, pembiayaan berkenaan juga adalah antara inisiatif bank itu bagi menyumbang kepada perkembangan industri wakaf di Malaysia selain meningkatkan pegangan aset umat Islam di negara ini.

“Sebagai peneraju perkhidmatan perbankan Islam di negara ini, Bank Islam berpengalaman dalam menguruskan projek imarah wakaf yang lain sejak 2009.

“Antaranya ialah projek Menara Bank Islam yang kini adalah ibu pejabat korporat kami,” katanya.

INFO

* Kos pembangunan kasar kedua-dua projek – RM50 juta.
* Ia terletak di atas tanah wakaf am.
* Wakaf am – pewakaf berniat mewakafkan harta tanpa pengkhususan, namun hasil pembangunannya disalurkan untuk manfaat umat Islam.
* Setakat 2014, jumlah tanah wakaf am dan khas di Malaysia seluas 11,091.82 hektar.

EZY

Categories
SELANGOR

Kawal harga, elak spekulasi hartanah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 1 SEP: Rumah mampu milik di Selangor bebas daripada spekulasi hartanah apabila harganya dikawal Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Pengarah Ekesekutif LPHS, Norzaton Aini Mohd Kassim, berkata pihaknya mengenakan syarat rumah mampu milik yang dibeli tidak boleh ditukar nama kepada individu lain sekurang-kurangnya dalam tempoh lima tahun.

norzaton“Syarat ini tidak terpakai bagi ibu bapa yang nak beri kepada anak atau sebab kasih sayang. Kita benarkan jika ia membabitkan harta pusaka atau sebab undang-undang, ,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, semalam.

Katanya, mekanisma pembelian rumah mampu milik yang dibangunkan agensi itu berkeupayaan memastikan mereka yang benar-benar berkelayakan membeli kediaman terbabit.

“Antara syarat dikenakan termasuk memberi keutamaan kepada golongan yang belum memiliki rumah dan kelayakan pendapatan yang memenuhi kriteria ditetapkan.

“Saya menyeru orang ramai terutama generasi muda yang berkelayakan mengambil peluang membeli rumah mampu milik yang ditawarkan Kerajaan Negeri,” katanya

-NR-

Categories
SELANGOR

Pelabur jangan keliru status tanah di PJ

Oleh: AFEEQA AFEERA

PETALING JAYA, 2 JUL: Pelabur atau penyewa yang berminat untuk memiliki hartanah di Petaling Jaya dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak terkeliru dengan status tanah terbabit.

Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran, berkata kebanyakan iklan hartanah yang disiarkan di laman web tidak menyatakan dengan jelas sama ada ia hartanah komersial, perumahan atau komersial terhad.

Katanya, terdapat pelabur yang tertipu hingga terpaksa menanggung kerugian hampir jutaan ringgit.

IMG_20150701_110052“Terdapat banyak iklan hartanah komersial disiarkan di laman web tetapi statusnya tidak tepat. Contohnya harta komersial untuk dijual di Jalan Templer.

“Tetapi dalam Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ), kawasan itu bukan zon komersial sebaliknya untuk kediaman.

“Kebanyakan ejen hartanah tidak bersikap profesional serta gagal memberi maklumat tepat kepada pembeli atau pelabur,” katanya pada sidang media, di sini.

Rajiv berkata, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sudah mengehadkan zon komersial sejak 2007 dan hanya membenarkan sedikit perdagangan terhad di beberapa kawasan.

jalan sultan mbpjKatanya, ia merujuk kepada Jalan Gasing, Jalan Universiti, Jalan Kemajuan, Jalan Datuk Abu Bakar, Jalan Utara, Jalan Othman, Jalan Penchala, Jalan Selangor dan Jalan Timur.

“Hanya di kawasan ini yang dibenarkan untuk menukar hartanah perumahan kepada komersial terhad untuk dijadikan balai seni lukis, dewan pameran dan rumah orang tua.

“Sebab itu, kita minta pembeli atau pelabur supaya berhati-hati ketika membeli hartanah ini kerana bimbang status tanah tidak boleh ditukar atau akan dikenakan premium tinggi. Mereka boleh semak RTPJ di ibu pejabat MBPJ,” katanya.

Sehubungan itu, beliau akan menulis surat kepada Lembaga Penilai, Penaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH) bagi memantau tindakan ejen yang memberi maklumat palsu terhadap penjualan hartanah.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: Siap sedia cabaran GST terhadap industri hartanah

IJOK 22 JAN: Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April merupakan cabaran baru yang memberi kesan kepada industri hartanah.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata Selangor bersiap sedia menghadapi ekonomi tidak menentu dengan memberi fokus pembangunan menjana aktiviti ekonomi.

Pecah Tanah di Kota Puteri Ijok-MB (13)Katanya, golongan berpendapatan rendah dan menengah tidak diabaikan dengan dasar peduli rakyat bagi menjamin kebajikan.

“Langkah penjimatan dan belanja berhemah terus diperketat berteraskan prinsip pentadbiran baik,” kata Mohamed Azmin.

Beliau mahu pemaju swasta turut sama dalam agenda Kerajaan Negeri untuk pembangunan 15,000 unit RMM bagi tempoh tiga tahun.

Katanya, pelbagai insentif disediakan termasuk diskaun premium tanah turun daripada 25 peratus kepada 10 peratus serta pengecualian caj pemajuan.

“Dalam kajian untuk mempermudahkan golongan muda memiliki rumah menerusi konsep sewa beli diamal negara maju,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

PR Selangor komited selesai 180 projek terbengkalai, hak milik tinggalan BN

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PUCHONG, 21 DIS: Pakatan Rakyat (PR) berusaha menyelesaikan 180 projek terbengkalai dan isu hak milik yang ditinggalkan Barisan Nasional (BN) sebaik sahaja mengambil alih tampuk pentadbiran Kerajaan Selangor, pada 2008.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, kajian Kerajaan Negeri mendapati antara punca utama masalah itu adalah disebabkan amalan kerajaan BN sebelum 2008 yang gemar menganugerahkan tanah kepada pihak tertentu dan memberikan kelulusan kebenaran merancang sebelum pemaju membayar premium ke atas tanah berkenaan.

“Maka, apa yang dilakukan pemaju adalah membangunkan tanah itu, selain mengutip bayaran penuh daripada pembeli dan selepas selesai mereka hilang. Kononnya, mereka bankrap dan gulung tikar,” katanya dalam Majlis Penyerahan Borang 5A bagi Projek Coral Land Corporation Sdn Bhd dan Penyerahan Surat Hak Milik Pembangunan Lestari Perdana di Puchong Perdana, di sini, hari ini.

Projek-TerbengkalaiSelepas mengambil alih tampuk pentadbiran pada 2008, PR giat menyelesaikan isu projek terbengkalai yang menjadikan pembeli hartanah terlibat sebagai mangsa apabila terpaksa membayar pinjaman bank untuk membeli unit terbengkalai itu.

Antara projek yang berjaya diselesaikan termasuk 1,422 unit kediaman berkembar bagi projek penempatan semula di Bukit Botak yang lebih 20 tahun terbengkalai dan melibatkan penduduk asal kawasan terbabit.

Selepas projek terbengkalai itu berjaya disiapkan PKNS, BN kemudiannya tanpa rasa bersalah cuba menggula-gulakan pembeli hartanah terbabit dengan memberikan ‘tawaran harga menarik’ dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

azminBagaimanapun, tawaran itu tidak mendapat sambutan penduduk terlibat apabila serik tertipu janji manis BN untuk menyelesaikan isu terbabit dalam beberapa pilihan raya sebelumnya.

Sementara itu, Kerajaan Negeri juga menyelesaikan isu yang melibatkan hak milik pembeli unit kediaman, komersial dan peneroka tanah kerajaan yang berlarutan sehingga lebih 10 tahun.

Antaranya, melibatkan 128 pemilik unit premis perniagaan di Lestari Perdana dan industri ringan di Taman Subang Permai yang menerima Borang 5A masing-masing, hari ini.

-NFN-