Categories
SELANGOR

MB Selangor ucap takziah atas pemergian bekas MB Kedah (KEMAS KINI)

downloadSHAH ALAM, 26 SEPT: Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak hari ini meninggal dunia pada jam 11.10 pagi.

Hal itu disahkan bekas Setiausaha Akhbarnya, Helmi Khalid.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim melalui kiriman twiter mengucapkan takziah atas pemergian itu

“Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat & beroleh maghfirah. Al Fatihah.

“Insya-Allah, YB Iskandar Samad & YB Sallehin Mukhyi akan mengetuai delegasi kerajaan negeri utk melawat & memberikan penghormatan terakhir,” tulisnya.

Sebelum ini keadaan kesihatan Azizan dilaporkan kritikal kerana menghadapi masalah jantung yang serius.

Beliau dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar sejak dipindahkan dari Hospital Pulau Pinang bulan lepas dan terpaksa diberi bantuan kecemasan pukul 3 pagi Rabu.

Menteri Besar Kedah ke-10 selepas Datuk Seri Mahdzir Khalid itu diketahui umum menghidap kencing manis sejak sekian lama dan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 2005.

Pada Ogos 2011, Azizan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk membuat pemeriksaan perubatan berkala (susulan) pembedahan lalu.

Beliau menjalani imbasan MRI (pengimejan resonans magnetik) dan rawatan menstabilkan tekanan darah tinggi di samping mengawal paras gula.

Pada 6 Mei 2013, beliau dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah selepas berasa sakit di kaki dan dipindahkan ke ICU di Hospital Pulau Pinang keesokannya sebelum dilaporkan koma.

Bagi mengelakkan jangkitan merebak, kedua-dua kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei.

Beliau adalah Pesuruhjaya PAS Kedah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Kedah.

Beliau menjadi Menteri Besar selepas PAS dan PKR membentuk kerajaan negeri Kedah atas kemenangan dalam pilihan raya umum pada 2008.

Pada 1 Jun 2013 beliau antara penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Beliau menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Azizan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Harakah dan tenaga pengajar di sekolah yang didudukinya iaitu Maktab Mahmud, Alor Setar pada 1966.

Beliau pernah menjadi pensyarah pelawat Mindanao State University, Filipina dan pensyarah sambilan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)(1983-1984, 1986-1995).

Beliau adalah Naib Presiden PAS (2003-2005), Ketua Penerangan PAS Pusat (2001-2003), Ahli Majlis Syura Ulama PAS (1991 hingga kini) Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1993 hingga sekarang) selain menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah (2000 hingga sekarang), Setiausaha Perhubungan PAS Kedah (2000 hingga sekarang) dan mewakili PAS ke MAPEN (1989).

Beliau memenangi DUN Sungai Limau (dahulu dikenali sebagai DUN Sala) mulai 1995 hingga 2013 mengalahkan calon dari Barisan Nasional.

TVSelangor mengucapkan takziah atas pemergian beliau.

Al-Fatihah.

<center><iframe width=”420″ height=”315″ src=”//www.youtube.com/embed/90YvwwxfErM” frameborder=”0″ allowfullscreen></iframe></center>

Categories
NASIONAL SELANGOR

Tiada Cuti Umum, BN Merajuk Tewas Di Selangor? – BULETIN 13

Sinopsis

Buletin 13 Untuk 08052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat tetap akan diteruskan walaupun terdapat banyak spekulasi serta khabar angin yang mengatakan perhimpunan tersebut telah dibatalkan.

2. Parti Keadilan Rakyat membidas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang menurut PKR telah berbohong berkenaan kualiti dakwat kekal.

3. Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang berada dalam keadaan tenat di Hospital Pulau Pinang dilaporkan kembali stabil.

Bekas Setiausaha Media Kepada Menteri Besar Kedah, Helmi Khalid melaporkan kepada Media Selangorku jam 5.30 petang tadi bahawa keadaan tekanan darah Azizan kembali normal, dan boleh menggerakkan kaki dan tangan.

4. Meskipun memenangi PRU13, keputusan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tidak mengumumkan cuti umum seusai pilihanraya mengundang tanda-tanya.

Ada yang berpendapat, kemenangan itu tidak bermakna, tanpa Selangor dalam genggaman.

RALAT:

*Pihak kami telah menemui beberapa kesilapan dalam data PRU13. Terima kasih atas teguran, dan pembetulan telah dibuat.

Pembetulan:
1) Azmin Ali, DUN Bukit Antarabangsa. Pembetulan pada bendera parti.
2) Parlimen Serdang. Pembetulan pada status kerusi.
3) DUN Seri Serdang. Ditambah dan dikemaskini.
4) Khalid Samad, Parlimen Shah Alam. Status menang.
5) Yaakob Sapari, DUN Kota Anggerik. Status menang.
6) Status menang di DUN Sungai Pinang bagi PRU 2008.
7) Badrul Hisham. DUN Pelabuhan Klang PRU 2008. Status menang.
8) Amzah Umar. DUN Selangor PRU 2008. Status menang.

Kesilapan amat dikesali.

anwar 1

Categories
NASIONAL

Ustaz Azizan Kembali Stabil

azizan razak MB Kedah 01

SHAH ALAM 8 MEI: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang berada dalam keadaan tenat di Hospital Pulau Pinang dilaporkan kembali stabil.

Bekas Setiausaha media, Helmi Khalid melaporkan kepada Media Selangorku jam 5.30 petang tadi bahawa keadaan tekanan darah Azizan kembali normal.

Menurut Helmi, Azizan juga telah boleh menggerakkan kaki dan tangan.

Azizan dimasukkan ke hospital itu pada petang semalam dan kini menerima rawatan di unit kardiologi kerana mengalami komplikasi hipertensi, diabetes dan ginjal.

Pengarah hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Yasmin Sulaiman berkata Azizan, 73, dimasukkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma semalam sebelum dipindahkan ke ICU pada pukul 9.15 malam tadi.