Categories
AGENDA GLOBAL

Jangkitan baharu Covid-19 di Indonesia hampiri angka 5,000 kes

JAKARTA, 25 SEPT: Jangkitan Covid-19 di Indonesia terus membimbangkan selepas mencatatkan 4,823 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sehingga kini sejak kes pertama dikesan di republik itu pada 2 Mac 2020.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, jumlah keseluruhan kes positif kini meningkat kepada 266,854 manakala sebanyak 112,082 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini itu juga, sebanyak 113 lagi kematian direkodkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 10,218 orang.

Provinsi Jakarta yang kembali dikuatkuasakan peraturan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) selama dua minggu sejak 14 September lepas, masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 67,902 kes, dengan tambahan 1,171 kes baharu.

Gabenor Jakarta Anies Baswedan dalam satu kenyataan mengumumkan PSBB di provinsi itu dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi iaitu sehingga 11 Oktober ini.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,084 orang, diikuti Jakarta (1,661), Jawa Tengah (1,372) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

– BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: Indonesia catat 4,634 kes baharu, korban lepasi 10,000

JAKARTA, 24 SEPT: Indonesia mencatatkan 4,634 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sehingga kini sejak kes pertama dikesan di republik itu pada 2 Mac 2020.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, jumlah keseluruhan kes positif kini meningkat kepada 262,022 manakala sebanyak 110,910 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini itu juga, sebanyak 128 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 10,105 orang.

Provinsi Jakarta, yang kembali dikuatkuasakan peraturan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) selama dua minggu bermula 14 September lepas, masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 66,731 kes, dengan tambahan 1,044 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,062 orang, diikuti Jakarta (1,648), Jawa Tengah (1,359) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: Indonesia catat 4,465 kes baharu, keseluruhan 257,388

JAKARTA, 23 SEPT: Indonesia mencatatkan 4,465 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sehingga kini sejak kes pertama dikesan di republik itu pada 2 Mac lepas.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, keseluruhan kes positif kini berjumlah 257,388 manakala 109,541 pesakit masih lagi dalam pemantauan virus berbahaya berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 140 kematian dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif kini 9,977 kematian.

Provinsi Jakarta, yang kembali dikuatkuasakan peraturan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) selama dua minggu bermula 14 September lepas, masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 65,687 kes dengan tambahan 1,133 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,035 orang diikuti Jakarta (1,628), Jawa Tengah (1,334) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Jangkitan Covid-19 di Indonesia lepasi 250,000 kes, korban 9,837

JAKARTA, 22 SEPT: Indonesia mencatatkan 4,071 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu kini meningkat kepada 252,923.

Berdasarkan data yang disiarkan dalam laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 109,721 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, sebanyak 160 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 9,837 orang.

Provinsi Jakarta, yang kembali dikuatkuasakan peraturan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) selama dua minggu bermula 14 September lepas, masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 64,554 kes, dengan tambahan 1,236 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,015 orang, diikuti Jakarta (1,600), Jawa Tengah (1,314) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

-BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

KPN: Ada kemungkinan individu dua kerakyatan mengundi PRN Sabah

KOTA KINABALU, 22 SEPT: Polis tidak menolak kemungkinan ada beberapa individu dari negara jiran yang memiliki dua kewarganegaraan akan masuk ke Sabah untuk mengundi dan membuat kekacauan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata ada desas-desus mengatakan kumpulan ini mempunyai agenda untuk menyokong sesuatu pihak pada PRN Sabah.

Beliau berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang ingin masuk ke Sabah untuk menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

“Sekiranya kita dapat tangkap mereka ini, dan mendapati sah mereka ada dua kerakyatan, kita akan batalkan kad pengenalan mereka serta mengusir individu berkenaan keluar dari Malaysia.

“Janganlah sesekali cuba untuk mengganggu-gugat proses demokrasi di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal PRN Sabah di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah hari ini.

Abdul Hamid berkata seramai 270 pegawai dan anggota polis di Sabah tidak dapat mengundi awal hari ini kerana mereka terpaksa melalui proses kuarantin.

“Ada mereka yang berada di Lahad Datu dan ada juga di Kota Kinabalu. Mereka dikuarantin kerana telah terlibat dalam operasi menangkap warga asing yang kemudiannya disahkan positif Covid-19,” katanya.

Beliau berkata setakat ini proses pengundian awal di seluruh Sabah berjalan lancar dan terkawal.

“Saya harap semua pegawai dan anggota polis segera keluar mengundi kerana saya lihat cuaca bila-bila masa sahaja akan hujan. Lebih awal datang, lebih baik,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau meminta orang ramai agar sentiasa berjaga-jaga dengan ancaman Covid-19.

“Jangan terlalu ghairah untuk pergi mendengar kempen sehinggakan lupa tentang ancaman lebih besar iaitu Covid-19 kerana dalam beberapa hari ini jumlah jangkitan Covid-19 di Sabah meningkat dengan tinggi sekali,” katanya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: Indonesia catat 4,176 kes positif baharu, menteri agama turut dijangkiti

JAKARTA, 21 SEPT: Seorang lagi menteri Indonesia disahkan positif Covid-19 ketika republik itu mencatatkan 4,176 kes positif baharu jangkitan virus berkenaan hari ini, jumlah tertinggi sejak kes pertama disahkan pada 2 Mac lepas.

Menteri Agama Facrul Razi, menjadi menteri ketiga Indonesia yang disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian swab pada 17 September lepas.

“Alhamdulillah keadaan fizikal beliau baik pada masa ini, tidak ada gejala-gejala mengkhuatirkan dan sedang menjalani kuarantin,” kata pegawai khas kepada menteri berkenaan, Kevin Haikal dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 14 Mac lepas, Menteri Perhubungan Indonesia Budi Karya Sumadi disahkan positif Covid-19, namun sembuh selepas menerima rawatan intensif di Rumah Sakit Pusat Angkatan Tentera Darat (RSPAD) Gatot Soebroto di Jakarta.

Pada 8 September, Menteri Kelautan dan Perikanan Edhy Prabowo turut disahkan positif virus itu dan kini dilaporkan semakin sembuh selepas dirawat di RSPAD.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, kes positif di republik itu kini meningkat kepada 248,852 dengan 108,880 pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 124 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 9,677 orang.

Sementara itu, syarikat pengendali kereta api Indonesia, PT Kereta Commuter Indonesia (KCI) dalam ciapan di akaun twitter rasminya hari ini memaklumkan mereka yang memakai pelitup muka jenis scuba dan ‘buff’ dilarang menggunakan perkhidmatan itu.

Pengguna perkhidmatan komuter dan kereta api diminta menggunakan pelitup muka jenis N95 atau pelitup muka perubatan bagi membendung penularan jangkitan virus berkenaan.

Provinsi Jakarta, yang kembali dikuatkuasakan peraturan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) selama dua minggu bermula 14 September lepas, masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu dengan 63,318 kes setelah 1,352 kes baharu dilaporkan manakala provinsi Jawa Timur mencatatkan kes kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,990 orang.

– BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Indonesia catat 3,989 kes positif baharu Covid-19, keseluruhan 244,676

JAKARTA, 20 SEPT: Indonesia mencatatkan 3,989 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini berjumlah 244,676 kes.

Berdasarkan data yang dimuat naik di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 107,370 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 105 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia akibat Covid-19 di republik itu mencecah 9,553 orang.

Provinsi Jakarta, yang kembali berada di bawah peraturan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) selama dua minggu bermula Isnin lepas, masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik berkenaan iaitu 61,966 kes, dengan tambahan 1,138 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,965 orang, diikuti Jakarta (1,541), Jawa Tengah (1,252) dan selebihnya wilayah-wilayah lain di Indonesia.

– BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Jangkitan Covid-19 di Indonesia membimbangkan, kes baharu lebih 4,000

JAKARTA, 19 SEPT: Indonesia mencatatkan 4,168 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah harian tertinggi sejak virus pandemik itu dikesan di republik berkenaan pada 2 Mac lepas.

Berdasarkan data yang disiarkan dalam laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, jumlah kes positif keseluruhan kini meningkat kepada 240,687 kes, manakala sebanyak 107,863 lagi pesakit masih dalam pemantauan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 112 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 9,448 orang.

Provinsi Jakarta, yang kembali menguatkuasakan peraturan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) selama dua minggu bermula Isnin lepas, masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 60,828 kes, dengan tambahan 988 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,942 orang, diikuti Jakarta (1,527), Jawa Tengah (1,243), Kalimantan Selatan (396), Sumatera Utara (394), Sulawesi Selatan (389) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

– BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: Jakarta kembali kuat kuasa Pembatasan Sosial Berskala Besar

JAKARTA, 13 SEPT: Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) kembali dikuatkuasakan di Jakarta selama dua minggu mulai esok berikutan kes positif Covid-19 yang meningkat semakin mendadak di provinsi itu.

Gabenor Jakarta Anies Baswedan dalam sidang media menerusi laman Youtube rasmi pemerintah Jakarta hari ini berkata secara prinsipnya PSBB itu mewajibkan warga Jakarta kembali melakukan banyak kegiatan harian di rumah, termasuk bekerja, belajar dan beribadat.

PSBB dikuatkuasakan di provinsi Jakarta buat pertama kali pada 31 Mac lepas, namun pemerintah Jakarta membenarkan kembali beberapa aktiviti sosioekonomi menerusi fasa transisi PSBB bermula 5 Jun lepas, setelah kes virus itu berkurangan.

Namun sejak akhir Ogos lepas, kes positif baharu di provinsi Jakarta berterusan meningkat pada kadar purata hampir 1,000 kes setiap hari.

Antara peraturan PSBB itu adalah hanya 11 sektor yang dibenarkan pekerjanya berada di pejabat, antaranya sektor kesihatan, perbankan, komunikasi dan makanan.

Orang ramai dilarang berkumpul melebihi lima orang, dan mereka yang tidak memakai pelitup mulut, hidung, di luar rumah akan dikenakan denda Rp250,000 (RM75), manakala rumah-rumah ibadat serta pusat rekreasi dan pelancongan kembali ditutup, pegehadan penggunaan pengangkutan awam serta larangan makan di restoran, iaitu hanya dibenarkan pembelian untuk dibawa pulang.

Mengikut perangkaan, kes positif virus itu di Jakarta meningkat mendadak, dan berdasarkan data, pada 31 Ogos lepas kes positif keseluruhan dicatatkan 39,280 dan kes positif keseluruhan pada hari ini telah meningkat kepada 54,220.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 3,636 kes positif baharu dicatatkan di seluruh Indonesia, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 218,382 kes.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif tertinggi (54,220) dengan tambahan 1,380 kes positif baharu, serta jumlah kematian keseluruhan sebanyak 1,391 orang.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 73 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini 8,723 orang.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: Indonesia catat 3,806 kes baharu, 106 kematian

JAKARTA, 12 SEPT: Indonesia mencatatkan 3,806 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di republik itu kini 214,746 kes.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 95,539 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 106 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 8,650 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik tersebut iaitu 52,840 kes dengan tambahan 1,205 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,746 orang, diikuti Jakarta (1,386); Jawa Tengah (1,139); Kalimantan Selatan (386); Sulawesi Selatan (376) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Covid-19: Lebih 100 doktor maut di Indonesia

JAKARTA, 11 SEPT: Indonesia mencatatkan 3,737 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes positif keseluruhan di republik itu kini 210,940 kes.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 88 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini 8,544 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 51,635 kes, dengan tambahan 964 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam lepas.

Gabenor Jakarta Anies Baswedan pada Rabu lepas mengumumkan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) akan dikuatkuasakan kembali bermula 14 Sept ini, dengan membatalkan aktiviti sosio ekonomi yang dibenarkan beroperasi pada fasa transisi PSBB.

Jakarta menguatkuasakan PSBB bermula 31 Mac lepas, sebelum membenarkan beberapa aktiviti sosio ekonomi kembali beroperasi menerusi fasa transisi PSBB pada 5 Jun 2020.

Menurut data yang dikeluarkan pemerintah Jakarta, sebanyak 67 hospital di Jakarta kini ditahap lebih 70 peratus penggunaan peralatan, katil serta kemudahan perubatan, dan akan mencapai tahap maksima kapasitinya pada 17 Sept ini, sekiranya trend kes positif baharu di Jakarta yang secara puratanya hampir 1,000 kes setiap hari sejak akhir Ogos lepas, berterusan berlaku.

Sementara itu provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah keseluruhan kematian tertinggi di Indonesia iaitu 2,717 orang, dengan 26 lagi kematian dalam tempoh 24 jam lepas.

Sementara itu Ikatan Dokter Indonesia (IDI) dalam satu kenyataan menyatakan, seramai 109 doktor di Indonesia terkorban akibat Covid-19.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian doktor tertinggi akibat pandemik itu iaitu seramai 29 orang, diikuti Sumatera Utara (20 orang), Jakarta (13) dan selebihnya di beberapa wilayah lain di Indonesia.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Kes Covid-19 di Indonesia lepasi 190,000, korban 7,940

JAKARTA, 5 SEPT: Indonesia mencatatkan 3,128 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan kes positif keseluruhan di republik itu berjumlah 190,665 kes setakat ini.
Berdasarkan data laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 86,778 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, sebanyak 108 lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif akibat Covid-19 di Indonesia kini 7,940 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu pada 45,157 kes, dengan tambahan 877 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,515 orang, diikuti Jakarta (1,265), Jawa Tengah (1,076), Sulawesi Selatan (370) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

-BERNAMA