Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: Jangkitan baharu di Indonesia lepasi 8,000 kes

JAKARTA, 3 DIS: Jangkitan baharu Covid-19 di Indonesia buat pertama kalinya mencatatkan angka melebihi 8,000 kes dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sejak kes pertama dikesan 2 Mac 2020.

Sebanyak 8,369 kes baharu dicatatkan di seluruh republik itu, menjadikan kes keseluruhan kini meningkat kepada 557,877 kes.

Rekod tertinggi kes baharu sebelum ini ialah pada 29 November lepas iaitu 6,267 kes.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 462,553 pesakit dinyatakan telah sembuh, manakala 69,027 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini itu juga, sebanyak 156 lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini 17,355 orang.

Provinsi Jakarta menjadi wilayah tertinggi untuk kes positif keseluruhan iaitu 140,238 dengan 1,153 kes baharu, manakala provinsi Jawa Timur mencatatkan kes keseluruhan kematian tertinggi iaitu 4,493 orang.

– BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19 Indonesia terus naik, Gabenor, timbalan Jakarta turut dijangkiti

JAKARTA, 1 DIS: Gabenor Jakarta dan timbalannya turut dijangkiti Covid-19 ketika provinsi itu terus mencatatkan peningkatan kes positif yang semakin membimbangkan.

Anies Baswedan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan ujian calitan yang dilakukannya semalam menunjukkan beliau positif, selepas dua hari timbalannya, Ahmad Riza Patria disahkan dijangkiti virus itu.

“Setelah berkonsultasi dan sesuai dengan arahan doktor, saya akan menjalani isolasi mandiri dan mengikuti prosedur perubatan yang ditetapkan pasukan perubatan,” katanya.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia semalam, Jakarta menjadi provinsi yang mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu dengan 136,861 kes.

Sebanyak 1,099 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam, manakala jumlah kematian keseluruhan di provinsi itu kini 2,660 kes.

Semalam, Indonesia mencatatkan 4,617 kes positif baharu menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini berjumlah 538,883 kes.

-BERNAMA

 

Categories
AGENDA GLOBAL

Jangkitan baharu Covid-19 di Indonesia lepasi 6,000 kes

JAKARTA, 29 NOV: Jangkitan Covid-19 di Indonesia hari ini merekodkan jumlah kes harian tertinggi, melepasi angka 6,000 kes sejak kes pertama dikesan 2 Mac lepas.

Sebanyak 6,267 kes baharu dicatatkan di seluruh republik itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 534,226.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 445,793 pesakit telah sembuh manakala 67,836 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini itu juga, sebanyak 169 lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan yang maut akibat Covid-19 di republik itu kini 16,815 kes.

– BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Jangkitan baharu Covid-19 di Indonesia hampir 6,000 kes

JAKARTA, 27 NOV: Indonesia mencatatkan 5,828 kes baharu Covid-19, rekod tertinggi dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 522,581 kes.

Bagaimanapun sebanyak 437,456 pesakit yang disahkan positif virus itu, dinyatakan telah sembuh daripada jangkitan berkenaan.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 67,836 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini itu juga, sebanyak 169 lagi kematian direkodkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini mencecah 16,521 orang.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 132,961 dengan tambahan 1,436 kes baharu, manakala provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 4,314 orang.

– BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: Indonesia catat 5,534 kes baharu, tertinggi sejak Mac

JAKARTA, 25 NOV: Indonesia mencatatkan 5,534 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah harian tertinggi sejak kes pertama dikesan pada Mac, menjadikan kes keseluruhan kini sebanyak 511,836 kes.

Bagaimanapun sebanyak 429,807 pesakit yang disahkan positif virus itu, dilaporkan sembuh daripada jangkitan berkenaan.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 65,438 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus itu.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini itu juga, sebanyak 114 lagi kematian direkodkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini 16,225 orang.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 130,461 kes, dengan tambahan 1,273 kes baharu, manakala provinsi Jawa Timur merekodkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 4,249 orang.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

4,998 kes baharu Covid-19 di Indonesia, keseluruhan 493,308

JAKARTA, 21 NOV: Indonesia mencatatkan 4,998 kes jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini menjangkau 493,308 kes, menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini.

Menurutnya 413,955 pesakit yang disahkan positif virus itu, telah sembuh dari jangkitan berkenaan, dan 64,317 lagi pesakit masih dalam pemantauan.

Pada masa yang sama, dalam tempoh 24 jam sejak pukul 12 tengah hari semalam itu, 96 lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah kematian kumulatif akibat Covid-19 di republik itu kini 15,774 orang.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 125,822 dengan tambahan 1,579 kes baharu, manakala provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 4,125 orang.

-BERNAMA

 

Categories
AGENDA GLOBAL

Umrah fasa ketiga: Arab Saudi sambut jemaah Pakistan, Indonesia

KUALA LUMPUR, 2 NOV: Arab Saudi pada Ahad menyambut kumpulan pertama jemaah umrah warga asing dari Pakistan dan Indonesia selepas menggantung visa ibadah itu pada Februari lalu akibat penularan virus Covid-19 di seluruh dunia.

Menurut Kesatuan Agensi Berita Pertubuhan Kerjasama Islam OIC (UNA) dalam satu laporan berkata kumpulan tersebut yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, disambut Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Muhammad Saleh Taher Benten bersama timbalannya Dr Abdulfattah Suliman Mashat dan pengarah lapangan terbang itu, Issam Nour.

Ketibaan jemaah berkenaan merupakan fasa ketiga kebenaran menunaikan umrah serta ziarah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

“Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menetapkan setiap jemaah warga asing perlu menjalani kuarantin wajib selama tiga hari di hotel tertentu sebelum dibenarkan melaksanakan ibadah umrah.

“Selain itu, kementerian turut menetapkan tatacara operasi piawai (SOP) yang dipersetujui Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk syarikat dan perkhidmatan umrah bagi memastikan tindakan pencegahan virus Covid-19 dapat dilakukan,” kata laporan itu.

Berdasarkan rancangan strategik yang disusun Kerajaan Arab Saudi, fasa ketiga itu dijangka menyaksikan kemasukan 20,000 jemaah umrah, 60,000 jemaah menunaikan solat di Masjidil dan Masjid Nabawi dengan 19,500 pengunjung setiap hari.

Pada 23 September lepas, Arab Saudi mengumumkan empat fasa secara berperingkat bagi menerima semula kemasukan jemaah umrah dengan perlu mematuhi SOP ditetapkan pihak berkuasa tempatan negara itu.

Fasa pertama bermula 4 Oktober lepas, membenarkan rakyat Arab Saudi dan penduduk di negara itu menunaikan umrah dengan 6,000 jemaah setiap hari, diikuti fasa kedua dalam kategori jemaah yang sama, ditingkatkan kepada 15,000 jemaah sehari.

Sementara fasa keempat, Arab Saudi akan membenarkan semua kategori jemaah menunaikan umrah dengan kapasiti 100 peratus daripada keluasan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi berdasarkan SOP ditetapkan.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Jangkitan Covid-19 di Indonesia kini hampiri 400,000

JAKARTA, 26 OKT: Indonesia mencatatkan 3,222 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini 392,934 kes, dengan jumlah pesakit yang sembuh 317,672.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, 170,163 lagi masih dalam pemantauan jangkitan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini itu juga, sebanyak 112 lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 13,411 orang.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 101,897 dengan tambahan 906 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,683 orang, diikuti Jakarta (2,177), Jawa Tengah (1,689) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

– BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Gempa bumi sederhana landa selatan Sumatera, tiada ancaman tsunami

KUALA LUMPUR, 17 OKT: Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda selatan Sumatera, Indonesia pada 8.36 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku kira-kira 232 kilometer (km) tenggara dari Siberut, Indonesia pada kedalaman 89km.

Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

-BERNAMA

Gempa bumi sederhana berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada jam 8:36 pagi, 17 Oktober 2020. Sumber: Facebook MET Malaysia
Categories
AGENDA NASIONAL

Mutasi D614G kluster Benteng LD berasal dari Indonesia, Filipina

PUTRAJAYA, 2 OKT: Virus Covid-19 Kluster Benteng LD, Sabah yang dikesan mempunyai jenis mutasi D614G didapati datang dari Indonesia dan Filipina.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata berdasarkan kajian dijalankan makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), meskipun kumpulan mutasi sama (D614G) dikesan bagi beberapa kluster di Kedah, kedua-duanya mempunyai ciri berbeza.

“Kita juga melaksanakan kajian strain virus di Sabah (Kluster Benteng LD) dan strain itu juga D614G (tetapi) datang dari Indonesia dan Filipina. Strain yang kumpulan sama (Kluster PUI Sivagangga, Kluster Tawar, Kluster Sungai, Kedah) tapi ciri-cirinya tidak sama.

“Oleh itu, kita rasa kebolehjangkitan meningkat sikit kalau dibandingkan dengan strain sebelum ini. (Namun) Apa yang penting adalah mengambil tindakan kesihatan awam,” katanya dalam sidang media perkembangan terkini Covid-19 semalam.

Sebelum ini, Dr Noor Hisham dilaporkan berkata terdapat kewujudan mutasi D614G virus Covid-19 yang didapati 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain dan mudah merebak sekiranya disebar oleh individu ‘super spreader’ dalam Kluster Sivagangga.

Dalam pada itu, mengambil contoh nilai kadar kebolehjangkitan (nilai R-naught) yang berjaya diturunkan di Kedah, Dr Noor Hisham berkata langkah pencegahan di peringkat awal penting dalam menangani penyebaran Covid-19 di Sabah.

“Di Kedah, contohnya (nilai R-naught) pada peringkat awal adalah tinggi iaitu melebihi 2.0 tapi sekarang kita berjaya turunkan. Di Sabah, kita lihat R-naught 1.4, jadi tindakan kita sekarang iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah.

“Selain itu, sekatan jalan raya antara daerah, tindakan kesihatan awam dan mengetatkan kawalan sempadan dilaksanakan. Kita percaya dengan tindakan kita seperti dulu, kita boleh kawal jangkitan di Sabah,” katanya.

Beliau turut menekankan sama seperti di Selangor, walaupun kes positif dicatatkan tidak tinggi seperti di Sabah, pelaksanaan tindakan kesihatan awam penting memandangkan nilai kebolehjangkitan negeri itu adalah 1.9.

“Untuk tempoh sembilan bulan kita dah guna pakai tindakan kesihatan awam dan berjaya tamatkan 100 kluster. Kini ada 24 kluster aktif yang kita sedang pantau. Peperangan masih berjalan,” katanya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Hotel di Indonesia jadi hospital sementara rawat pesakit Covid-19

JAKARTA, 29 SEPT: Pemerintah Indonesia kini menjadikan hotel di Jakarta sebagai tempat kuarantin dan merawat pesakit Covid-19, berikutan peningkatan drastik jangkitan serta hospital di provinsi itu dilaporkan mula mencapai kapasiti penuh.

Ketua Bidang Kesihatan Masyarakat, Provinsi Jakarta, Fify Mulyani dalam siaran di YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia berkata dua hotel iaitu Ibis Style di Mangga Dua, Jakarta Utara dan U Stay Hotel di Mangga Besar, Jakarta Barat dijadikan tempat kuarantin dan rawatan kepada pesakit Covid-19 bermula semalam.

Tanpa menyatakan jumlah pesakit yang sedang dirawat, beliau berkata kedua-dua hotel itu boleh menampung 212 (Hotel Ibis) dan 140 pesakit (Hotel U Stay).

Sementara itu Ketua Persatuan Hotel dan Restoran Indonesia, Krisnadi dalam kenyataan berkata 30 hotel di Jakarta dikenal pasti untuk dijadikan hospital sementara bagi merawat dan tempat kuarantin pesakit Covid-19.

Pada 14 Sept lepas, Gabenor Jakarta Anies Baswedan menyatakan 67 hospital di Jakarta berada di tahap lebih 70 peratus penggunaan peralatan, katil serta kemudahan perubatan berikutan trend kes positif baharu di Jakarta secara puratanya hampir 1,000 kes setiap hari sejak akhir Ogos lepas.

Berdasarkan data yang disiarkan BNPB dalam laman Twitter rasminya @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 1,238 kes positif baharu dilaporkan di Provinsi Jakarta dalam tempoh 24 jam lepas.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kes keseluruhan tertinggi di republik Indonesia iaitu 72,577 kes, dengan kematian keseluruhan 1,716 orang.

Berdasarkan data BNPB, Indonesia hari ini mencatatkan 4,002 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini 282,724 kes.

Sebanyak 132,496 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan di seluruh Indonesia.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, 128 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini 10,601 orang.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: Indonesia catat 278,722 kes, 10,473 kematian

JAKARTA, 28 SEPT: Indonesia mencatatkan 3,509 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini 278,722 kes.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, seramai 131,361 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini itu juga, sebanyak 87 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 10,473 orang.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 71,339 kes, dengan tambahan 898 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,138 orang, diikuti Jakarta (1,695), Jawa Tengah (1,397) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

-BERNAMA