Categories
SELANGOR

Invest Selangor ‘hidang’ Musang King, Musang Queen

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 31 JUL: Invest Selangor menjamu orang ramai dengan hidangan durian terkenal, Musang King dan Musang Queen bagi meraikan kejayaan penganjuran Industrial Ride 2.0 lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Dato’ Hasan Azhari Idris berkata, beliau berbangga apabila acara itu mendapat penyertaan menggalakkan hasil daripada kerja keras pihaknya dan penaja.

“Acara pada 15 Julai itu mendapat kerjasama yang baik. Bagi meraikan kerja keras mereka, maka kita adakan Pesta Buah-Buahan Tempatan.

“Istimewa hari ini kita sediakan pelbagai jenis durian termasuk Durian Musang King, Musang Queen, Raja Kunyit dan durian kampung. Tidak ketinggalan manggis dan rambutan,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau ditemui ketika Pesta Buah-Buahan anjuran Kelab Rekreasi Invest Selangor (KRIS), di Pejabat Invest Selangor, di sini, petang tadi.

Hadir sama memeriahkan pesta berkenaan ialah EXCO Pelaburan, Perindustrian, dan Perdagangan Industri Kecil dan Sederhana, Dato’ Teng Chang Kim dan Ketua Pegawai Operasi Pemerbadanan Menteri Besar Selangor, Soffan Affendi Aminudin.

Industrial Ride 2.0 diadakan di Bangi dan dirasmikan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Ia turut mendapat kerjasama penuh daripada MBI, Sony EMCS (Malaysia) Sdn Bhd dan Media Selangor.

Hasan berkata, Invest Selangor akan mengadakan Industrial Ride sebagai acara tahunan atas kejayaan itu.

Categories
SELANGOR

Selangor Industrial Ride 2.0 sasar penyertaan 1,000 peserta

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 JUN: Selangor Industrial Ride (SIR) 2.0 bakal diadakan pada 15 Julai ini dengan menyasarkan seramai 1,000 peserta.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad (Invest Selangor), Dato’ Hasan Azhari Idris berkata, SIR itu bertujuan meningkatkan tahap kesedaran alam sekitar dan kesihatan di kalangan masyarakat serta komuniti perindustrian.

Katanya, ia juga sebagai usaha merapatkan hubungan Kerajaan Negeri dan pemain industri dalam aktiviti sukan berbasikal.

“Acara berbasikal ini juga adalah satu gaya hidup rekreasi dan sosial pada masa ini serta merupakan platform ideal di mana ianya baik untuk kesihatan.

“Diharapkan melalui program berbasikal ini dapat merapatkan hubungan di antara pihak Kerajaan Negeri dan komuniti perindustrian menerusi persaingan sihat dalam acara berbasikal,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Prapelancaran SIR 2.0 di Ibu Pejabat Invest Selangor Berhad, di sini.

Hasan berkata seramai 583 peserta mengesahkan pendaftaran secara online, setakat ini.

Beliau menjangkakan jumlah peserta itu akan meningkat selepas sambutan Hari Raya depan.

“Acara ini berkonsepkan Fun Ride sepanjang 25 kilometer dengan menjelajah kawasan perindustian Bangi.

“Laluannya agak mencabar kerana berbukit berbanding di Shah Alam, tahun lalu,” katanya.

Hasan berkata sasaran 1,000 itu ditetapkan bagi memastikan kelancaran aktiviti serta faktor keselamatan, penganjur menghadkan penyertaan peserta bagi program terbabit.

Bertempat di Sony EMCS (M) Sdn Bhd, Bangi, ia akan disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar.

Mereka yang ingin mendaftar boleh layari laman sesawang www.bikeaway.com.my

Program yang memasuki tahun kedua penganjuran ini dianjurkan dengan kerjasama Kelab Rekreasi Invest Selangor (KRIS) dan Majlis Perbandaran Kajang.

Tahun lalu, Program kayuhan basikal Selangor Industrial Ride 1.0 itu diketuai Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

 

=EZY=

 

Categories
EKONOMI SELANGOR

INVEST yakin sasaran mampu dicapai

OLEH LIZAWATI MADFA

KUALA LUMPUR, 22 MEI: Invest Selangor Berhad (INVEST) optimis sasaran pelaburan sebanyak RM6.5 bilion tahun ini mampu dicapai.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Hassan Azhari Idris berkata, jumlah itu termasuk sasaran pelaburan langsung asing (Foreign direct investment-FDI) dan pelaburan domestik seperti industri pembuatan.

“Saya percaya kita berada dalam landasan yang betul jika dilihat kepada perkembangan sepanjang lima bulan pertama setakat ini.

INVEST (2)“Buat masa ini, kita tiada data daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), namun saya pasti berupaya mengejar sasaran,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, beliau mewakili INVEST menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Kerajaan Negeri Victoria dengan disaksikan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana, dan Pengangkutan Negeri, Dato’ Teng Chang Khim.

Ia MoU kedua ditandatangani INVEST dalam tempoh seminggu selepas yang pertama bersama Negeri Bebas Bavaria, Jerman, ditandatangani, di sana, baru-baru ini.

Hassan Azhari berkata, INVEST berjaya memperoleh pelaburan bRM7.88 bilion tahun lalu, berbanding sasaran RM6 bilion.

“Kita bawah satu anak tangga dari Johor, namun berdasarkan jumlah projek diluluskan terus kekal di atas dengan 242 projek diikuti Johor dengan 165 projek,” katanya.

Categories
EKONOMI SELANGOR

INVEST sambut pelabur asing di Istana Selangor

OLEH LIZAWATI MADFA

KUALA LUMPUR, 22 MEI: Invest Selangor Berhad (INVEST) melahirkan setinggi penghargaan dan junjungan kasih terhadap perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menggunakan Istana Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Hassan Azhari Idris berkata, baginda memberi perkenan untuk INVEST menyambut tetamu dan pelabur berpotensi Selangor di istana yang terletak, di ibu negara itu.

Katanya, ia julung kali sesebuah anak syarikat menerima perkenan menganjurkan majlis di lokasi berkenaan tanpa kehadiran baginda.

INVEST (2)“INVEST berasa sangat terharu dan menjunjung setinggi kasih di atas perkenan Tuanku Sultan Selangor.

“Ini majlis pertama, meraikan pelabur dari Australia dan kita yakin akan ada lagi sambutan untuk pelabur asing lain pada masa akan datang, di sini.

“Untuk hari ini, kita terima maklum balas sangat baik daripada tetamu yang kebanyakannya menyifatkan pengalaman di sini sebagai menarik dan penuh keterujaan,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, beliau mewakili INVEST menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Kerajaan Negeri Victoria dengan disaksikan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana, dan Pengangkutan Negeri, Dato’ Teng Chang Khim.

Selain Istana Selangor, baginda turut memiliki istana lain di luar Selangor termasuk Istana Darul Ehsan, di Putrajaya.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

INVEST ikat MoU dengan Victoria Australia

OLEH LIZAWATI MADFA

KUALA LUMPUR, 22 MEI: Invest Selangor Berhad (INVEST) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Negeri Victoria (Victoria), Australia bagi mengikat kerjasama dalam bidang teknologi komunikasi dan informasi, makanan dan perniagaan agro serta pendidikan juga latihan.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana serta Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, usahasama itu selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri menjadikan Selangor sebagai hab industri teknologi tinggi bagi negara Asia Tenggara (ASEAN) termasuk industri e-dagang, aeroangkasa dan bioteknologi.

“Sebagai negeri termaju di Malaysia, Selangor perlu mengambil peluang ini dan menjadi ejen perubahan atau kita tidak akan mampu bersaing di arena ekonomi global.

INVEST (5)“Kita amat mengalu-alukan kedatangan rakan dari Victoria dan dengan kerjasama ini, kita mengambil selangkah lagi ke hadapan dan bersama mendukung teknologi terkini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan aluan pada Majlis Menandatangani MoU di antara INVEST dan Kerajaan Negeri Victoria, di Istana Selangor, di sini, hari ini.

INVEST diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Hassan Azhari Idris manakala Victoria diwakili Pesuruhjaya Asia Tenggara Victoria, Brett Stevens dengan disaksikan Chang Khim dan Pengarah Sektor Pembangunan Teknologi Victoria, Kathy Coultas.

Sementara itu, Kathy berkata, pihaknya teruja dengan kerjasama itu dan berharap ia membuahkan manfaat kepada kedua negeri terutama dalam bidang teknologi.

“Saya percaya kami mempunyai banyak persamaan termasuk peluang dan cabaran, namun yakin ia mampu menghasilkan persefahaman dan kerjasama baik bagi mencapai objektif MoU,” katanya.

Ia MoU kedua ditandatangani INVEST dalam tempoh seminggu selepas yang pertama bersama Negeri Bebas Bavaria, Jerman, yang ditandatangani, di sana, baru-baru ini.

Chang Khim berkata, MoU pertama ditandatangani bagi menggalakkan kerjasama dalam bidang automasi dan robotik, industri 4.0, ‘internet of things’ juga ‘big data’, aeroangkasa serta bioteknologi.

Disaksikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, MoU berkenaan ditandatangani Hassan Azhari mewakili INVEST dan CEO Bayern International, Joachim Heussler.

Bayern International adalah agensi perkembangan pasaran dan promosi dagangan bagi Negeri Bebas Bavaria.

Categories
SELANGOR

Invest Selangor Talent Initiative bantu pelabur dapat pekerja mahir

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 NOV: Program Invest Selangor Talent Initiative dikendalikan Invest Selangor bakal membantu pelabur mendapatkan pekerja berkemahiran tinggi, kata Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana serta Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim.

“Melalui program ini, kita menjalankan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan.

datuk Teng Chang Kim“Kita mahu membantu pelabur mendapatkan sumber tenaga kerja mengikut kemahiran diperlukan,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan lisan Hasnul Baharuddin (PAS-Morib) berhubung inisiatif disediakan Kerajaan Negeri dalam menyediakan pekerja berkemahiran tinggi kepada pelabur di Selangor.

Chang Khim berkata, program Jom Kerja turut dilaksanakan di Gombak, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

“Program ini pula membantu penduduk tempatan mendapatkan pekerjaan bersesuaian dengan kelayakan mereka,” katanya.

-NFN-