Categories
NASIONAL

JAKIM sedia bantu KKM perluas perkhidmatan kesihatan

PUTRAJAYA, 20 FEB: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersedia menjadi pemudah cara kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memperluaskan program perkhidmatan kesihatan kepada sekolah agama berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, program itu memberi manfaat kepada 83,252 murid di 92 Sekolah Agama Negeri dan 135 Sekolah Agama Rakyat di seluruh negara.

“Mereka bakal menerima perkhidmatan pendidikan kesihatan, imunisasi, pemeriksaan kesihatan, rawatan dan rujukan sekiranya diperlukan mengikut tahap umur persekolahan seperti yang diterima murid di sekolah yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan.

“Ini adalah suatu perkhidmatan yang cukup berharga bagi murid-murid sekolah agama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, KKM membentangkan cadangan pelaksanaan program itu pada Persidangan Ketua-Ketua Jabatan/ Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia (PKJ) kali ke-108 yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, semalam.

Mohamad Nordin berkata, antara objektif program itu adalah untuk memastikan sekolah berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri diklasifikasikan sebagai sekolah berjadual.

Ia bagi membolehkan sekolah tersebut mendapat perkhidmatan kesihatan sekolah tanpa dikenakan caj fi.

Katanya, buat masa ini belum ada badan khusus yang menyelaras dan mengurus penyampaian perkhidmatan kesihatan untuk murid di sekolah agama sekali gus menimbulkan kesukaran kepada KKM untuk mengenal pasti sekolah agama yang berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Mohamad Nordin berkata, sebuah Jawatankuasa Bersama Kesihatan di peringkat kebangsaan dan negeri perlu ditubuhkan bagi membincangkan dengan teliti peranan pelbagai pihak yang terlibat.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

JAKIM lulus 7,204 sijil halal sehingga Januari

KUALA LUMPUR, 29 JAN: Sekurang-kuranynya 7,204 sijil halal diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada syarikat sehingga Januari tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof berkata, JAKIM turut membuka peluang pensijilan antarabangsa untuk pengilangan kontrak dan kilang di luar negara untuk mendapatkan pensijilan halal Malaysia.

Beliau berkata, JAKIM juga mengiktiraf 75 Badan Persijilan Halal Luar Negeri serta Pihak Berkuasa Halal dari 43 negara.

“Industri halal telah menarik minat di seluruh dunia, bukan hanya negara Islam, malahan negara-negara lain yang mempunyai penduduk Islam.

“Pengguna tertarik terhadap produk halal kerana ia mengesahkan bahawa penyediaan makanan adalah selamat dan bersih untuk dimakan,” katanya kepada pemberita pada prapelancaran Sidang Kemuncak Halal Global (GHas) 2019 bertema Halal Menghubungkan Dunia, semalam.

Mujahid berkata, GHas merupakan nama baharu bagi acara tahunan itu yang sebelum ini dikenali sebagai Minggu Halal Dunia yang berlangsung di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur dan Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), pada 1 hingga 6 April ini.

GHas juga akan diselaraskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan diketuai JAKIM.

Bagi GHas 2019, Mujahid berkata penganjur menyasarkan 3,000 peserta dari 130 negara.

“Acara itu membabitkan enam program utama, dengan empat daripadanya dipelopori oleh JAKIM.

“Acara ini termasuk program pembangunan kapasiti latihan halal antarabangsa, konvensyen badan pensijilan halal, perhimpunan agung halal antarabangsa dan Kongres Antarabangsa Halal Global,” katanya.

Dua lagi acara ialah Persidangan Halal Dunia yang akan dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal dan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia.

— BERNAMA

Categories
SELANGOR

Datuk Mohamad Nordin Ketua Pengarah JAKIM yang baharu

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 13 MEI: Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bersetuju meluluskan pelantikan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim sebagai Ketua Pengarah badan itu berkuat kuasa 17 Mei ini.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Dato’ Othman Mustapha yang memaklumkan tempoh kontrak perkhidmatannya tamat, pada 16 Mei.

Katanya, majlis Penyampaian Surat Perlantikan Datuk Mohamad Nordin sebagai Ketua Pengarah diadakan di Jabatan Perdana Menteri, pada 7 Mei lalu.

“Beliau mendapat pendidikan awal dari Kolej Islam Klang, Selangor seterusnya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (B.A) Usuluddin di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 1982 dan Sarjana Pengajian Islam (M.A) Tamadun Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2000.

“Beliau juga pernah mengikuti Leadership Programme di University Oxford, United Kingdom pada tahun 2013,” katanya dalam kenyataan.

Difahamkan Mohamad Nordin, 58, berkhidmat dalam kerajaan selama lebih 34 tahun apabila mula dilantik sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam, pada 31 Januari 1984.

Beliau berpengalaman luas dalam bidang pengurusan hal ehwal Islam melalui kariernya di pelbagai tempat dan bahagian sepanjang tempoh perkhidmatan. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), JAKIM.

“Dengan kredibiliti, pengetahuan dan pengalaman luas beliau dalam bidang pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia.

“Ditambah dengan integriti tinggi yang dimiliki, saya yakin beliau mampu meneruskan visi dan misi JAKIM untuk memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada rakyat di negara ini. Syabas dan tahniah saya ucapakan,” katanya.

Pada masa sama, Othman turut merakamkan setinggi penghargaan kepada Kerajaan Malaysia yang memberi kepercayaan kepadanya sebagai Ketua Pengarah JAKIM selama lebih tujuh tahun.

“Saya berdoa Kerajaan Malaysia khususnya perkhidmatan awam terus cemerlang menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara,” katanya.

MB : Elaun KAFA RM1500 & kenaikan gaji kontrak giat diusahakan

Kerajaan Negeri ketika ini sedang berusaha untuk menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,500 sebulan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau juga akan meminta pihak Kerajaan Pusat dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk membantu menaikkan kadar elaun itu.

Katanya, usaha itu penting demi masa depan yang lebih terjamin ekoran peningkatan kos kehidupan seharian ketika ini.

Global Ikhwan mohon maaf, isytihar patuhi Majlis Fatwa

fatwa

RAWANG, 16 OKT: Selepas 45 tahun penubuhan Al-Arqam, syarikat serpihan ajaran itu, Global Ikhwan Sdn Bhd Holding (GISB) hari ini mengakui ajaran Aurad Muhamadiah yang yang diamalkan ahli kumpulan itu sebelum ini terpesong dari ajaran Islam sebenar.

Menurut Pengerusi Eksekutif GISB, Hatijah Aam, beliau mula menyedari kesalahan itu selepas berdoa di hadapan Kaabah memohon agar diberi pentujuk dan mengadakan beberapa pertemuan dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Maka pada hari ini hari pertama Tasyrik di Raya Haji 1434 Hijrah bersamaan 16 Oktober 2013, saya Hatijah Binti Aam mengisytiharkan di depan Tuan Pengarah JAIS bahawa kami GISB menerima fatwa dengan sepenuh hati.

“Kami akan patuhi fatwa dan kembali kepada Kerajaan Malaysia khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), JAIS dan Majlis Fatwa,” kata isteri pengasas Al-Arqam di Malaysia, Ashaari Muhammad itu di Majlis Pelupusan Bahan Dilarang Fatwa di Bandar Country Homes pagi tadi.

Justeru itu pihak beliau memohon maaf kepada pihak berkuasa khususnya, JAIS, Majlis Fatwa, Jakim dan semua semua penganut agama Islam di negara ini.

Turut mengikuti pengakuan Hajijah itu, Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin, Ketua Penolong Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad dan kira-kira 200 kakitangan GISB yang majoritinya bekas pengikut Al-Arqam.

“Jika ada di kalangan GISB yang engkar dengan perkara ini, kami isytiharkan di sini bahawa mereka bukan lagi pekerja Syarikat GISB Holding ini, samada di Malaysia atau pun di luar negara,” kata Hajijah lagi.

Sementara itu, Marzuki ketika merasmikan majlis itu berkata, pengakuan Hajijah itu merupakan satu pengakuan jujur dan ikhlas.

“Biarpun dalam masa sama banyak pihak lain di luar sana yang menganggap ini sebagai lakonan, kami di JAIS amat yakin dengan kejujuran dan keikhlasan (pengakuan ini), saya diyakinkan oleh beberapa orang pegawai saya,” kata Marzuki.

Dalam majlis itu, Marzuki turut melakukan acara simbolik melupuskan lebih 20 tajuk bahan bercetak yang dilarang Fatwa dengan membakar buku-buku, majalah dan risalah terbitan Al-Arqam.

Antara buku tersebut, Buah Fikiran Ustaz Ashaari Muhammad siri 2, Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya, Surat-surat Kepada Perdana Menteri (jawapan kepada tuduhan-tuduhan), Aurad Muhamadiah – Pegangan Darul Arqam dan lain-lain.

Sebelum ini Hajijah yang sudah menetap di Jeddah selama tiga tahun ditahan 45 hari oleh pihak berkuasa Arab Saudi atas kesalahan melakukan perbuatan bidaah (mengamalkan Islam yang terpesong) dan menduduki negara itu melebihi tempoh.

Beliau yang dihantar pulang ke negara ini pada 13 Mei 2013 kemudiannya menjalani proses soal siasat pihak berkuasa JAIS.

Marzuki berkata dalam sidang media di majlis sama memberitahu, kertas siasatan yang disiapkan JAIS sudah dihantar ke Mahkamah Syariah untuk tindakan pendakwaan.

 

Categories
SELANGOR

Kilang POLENS Bantu Pengeluaran Produk Usahawan Selangor

daroyah lawat kilang polens 01

SHAH ALAM 18 JUN : Kerajaan Selangor mahu menggunakan sebuah kilang kepunyaan anak syarikatnya bagi membantu pertumbuhan usahawan Selangor melalui perusahaan produk pada harga kompetitif.

Polens Malaysia sdn bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mempunyai pengalaman operasi lebih dari 20 tahun dalam pengeluaran produk makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Selangor, Dr Daroyah Alwi berkata kilang tersebut mampu digunakan usahawan di bawah program Kerajaan Selangor seperti Mimbar dan Skimsel untuk menghasilkan produk mereka pada harga yang rendah.

“Usahawan kita yang didalam industri kecil yang lain boleh mendapatkan menfaat daripada kewujudan kilang POLENS ini.

?Mereka tidak perlu ada satu kilang sendiri mereka boleh menghasilkan produk mungkin dalam skala yang mereka mampu dan boleh dipackaging kan disini.

?Sebab POLENS juga memang ada OEM iaitu mereka boleh memberikan khidmat packaging untuk usahawan2 yang lain,” kata Daroyah selepas melawat kilang tersebut di sini pagi tadi.

Kilang tersebut mempunyai berbagai Sijil Amalan Pengilang Baik (GMP) dan pengiktirafan sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kilang tersebut merupakan pengeluar produk-produk herba seperti misai kucing dan madu lebah.

“Saya melihat di POLENS ini banyak ruang dan peluang untuk POLENS berkembang pergi lebih jauh. Keduanya POLENS boleh membantu rakan-rakan dalam IKS untuk pergi lebih jauh.”