Categories
NASIONAL SELANGOR

Hospital Shah Alam siap, dijangka beroperasi Jun tahun depan- FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 08102013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Projek pembinaan Hospital Shah Alam (HSA) di Seksyen 7 di sini sudah siap sepenuhnya dan dijangka beroperasi pada Jun tahun depan menurut BERNAMA.

2. Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad meminta menteri Umno-BN tidak berdolak-dalik dan jujur memberitahu rakyat perkara sebenar. Ini ekoran Kenyataan bercanggah daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek, berhubung kenaikan harga barangan asas seperti gula dan tepung.

3. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi wajar ditangkap kerana mahu anggota polis menembak suspek jenayah tanpa amaran.Naib Presiden PKR N Surendran berkata kenyataan Menteri Umno-BN itu merupakan satu kesalahan yang serius dibawah pelbagai Kanun Keseksaan seperti 302, 120A dan 107.

Syabas diheret ke Tribunal Tuntutan Pengguna

syabasSHAH ALAM, 11 SEPT : Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) diheret ke Tribunal Tuntutan Pengguna kerana didakwa gagal menguruskan bekalan air dengan baik sehingga menjejaskan penduduk sekitar Lembah Klang.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mewakili 15 penduduk di sekitar Ampang dan Pandan mengemukakan fail tuntutan tribunal terhadap Syabas berikutan beberapa siri gangguan bekalan air sejak tahun lalu.

Katanya, 15 fail tuntutan ini merupakan usaha peringkat awal dan menuntut pampasan sebanyak RM50 bagi setiap satu hari berlaku gangguan air.

“Kertas salinan ini akan dihantar kepada Syabas, dan Syabas perlu hadir tiga minggu dari sekarang untuk membela dirinya kenapa tidak berjaya memastikan bekalan air di Selangor boleh dibuat dengan baik dan tidak menyusahkan pengguna.

Petisyen ini berhubung gangguan bekalan air disebabkan oleh kerosakan sistem paip di Rumah Pam Wangsa Maju yang mengakibatkan gangguan bekalan air selama tiga minggu pada Disember 2012, dan sekali lagi pada 27 Ogos lalu.

Rafizi berkata demikian selepas mengemukakan fail tuntutan itu di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Menara MRCB, Shah Alam.

“Ini soal untuk memastikan Syabas bertanggungjawab kepada pengguna, sebab sebelum ini dia tak perlu jawab kepada sesiapa, kalau dia nak potong air, dia potong saja, dua minggu ke tiga minggu pun dia tak beritahu. Pengguna perlu tahu bahawa mereka ada hak kalau berlaku gangguan seperti ini,” ujarnya lagi.

Rafizi berkata pihaknya sudah menerima 200 lagi fail tuntutan daripada penduduk Ampang, Pandan, Kelana Jaya dan Klang yang juga mahu Syabas bertanggungjawab diatas kesulitan yang mereka hadapi.

“Selama ini rakyat tak mampu nak ambil tindakan kerana Syabas dilindungi perjanjian konsesi dan kita tak boleh nak akses fail mereka disamping kos peguam yang terlalu mahal,” katanya.

Rafizi menegaskan pengguna mempunyai hak di bawah Seksyen 53 Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan setiap perkhidmatan harus disertai jaminan dan ia perlu dijalankan dengan teliti dan baik.

Rafizi mendakwa Syabas tidak menjalankan tugas dengan teliti dan berkemahiran seperti yang dituntut dalam undang-undang dengan membiarkan kerosakan paip secara berulang.

Tribunal menetapkan tarikh 3 Oktober 2013 bagi mendengar tuntutan 15 penduduk berkenaan.