MB Raikan 50 Orang Anak Yatim Dan 15 NGO

buka-puasa-mb2

buka-puasa-mb5SHAH ALAM 4 OGOS : Seramai 50 orang kanak-kanak daripada dua rumah anak yatim diraikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu majlis berbuka puasa di kediaman rasminya di sini semalam.

Rumah anak yatim berkenaan adalah daripada Rumah Amal Al-Firdaus, Gombak dan Pusat Pembangunan Anak-Anak Yatim Darul As-Syafie, Puchong.

Turut diraikan dalam majlis itu 15 persatuan NGO yang terdiri daripada Persatuan Bekas/Pesara Polis, Persatuan Orang Pekak Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid dan diserikan lagi dengan penyampaian sumbangan duit raya kepada tetamu yang hadir.

Turut mengiringi Abdul Khalid, isterinya, Puan Sri Salbiah Tunut serta Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail.

 

Categories
SELANGOR

MB: Bagi Peluang Masyarakat Kampung Nikmati Pembangunan

mb-kupon-jom-shopping

PELABUHAN KLANG 28 JULAI : Kerajaan Negeri akan mula berjumpa dengan syarikat-syarikat yang mengendalikan sektor pembangunan bagi merangka pembangunan secara bersama dengan penduduk kampung.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata perjumpaan terbabit akan dilakukan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Katanya, pihaknya sudah membuat kajian bagi mencantumkan ketiga-tiga bahagian di Pelabuhan Klang itu yang terdiri daripada kampung, pembangunan baru dan kawasan perindustrian.

“Tujuan saya ini supaya dapat mencantumkan ketiga-tiga bahagian itu agar masyarakat sekitar khususnya kampung dapat merasai pembangunan.

“Tiada guna ada bangunan berpuluh tingkat dan beratus juta tetapi orang kampung hanya tengok saja.

“Jadi kita mahu syarikat yang mengendalikan pembangunan itu akan merangka pembangunan secara bersama dengan melibatkan penduduk kampung. Jadi kita akan jumpa mereka untuk perlaksanaan itu,” katanya dalam ucapannya di Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat bagi Dun Pelabuhan Klang di Masjid Sultan Pulau Indah.

Hadir sama Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ehsan Mukri dan Ahli Majlis MPK, Norhisham Aziz.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut memaklumkan beliau sudah meminta untuk berjumpa dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah bagi membincangkan untuk memperhebatkan lagi pembangunan di Dun terbabit.

“Janji masa pilihanraya umum ke 13, untuk minta Kerajaan Pusat meningkatkan tahap prasarana di sini.

“Jadi saya sudah membisikkan perkara ini dengan Menteri itu, saya harap ia dapat dilakukan dalam masa terdekat.Usaha kita ialah usaha berterusan kerana mahu rakyat tidak ketinggalan,” katanya.

Dalam majlis itu, seramai 100 penduduk dari empat buah kampung menerima Kupon Membeli Belah di bawah program Jom Shopping sempena Hari Raya yang bernilai RM100.

Empat kampung itu terdiri daripada Kampung Perigi Nenas, Teluk Nipah, Pinang dan Sungai Kembung.

Penerima, Aishah Kasbari, 82, menyifatkan pemberian itu sebagai bantuan meringankan beban keluarga penerima.

“Dengan kupon ini, kita dapat membeli barangan keperluan yang akan digunakan menjelang Hari Raya nanti,” katanya.

 

Categories
SELANGOR

Ibu Tunggal, Warga Emas Terharu Terima Bantuan

KUALA SELANGOR 16 OGOS : Sambutan lebaran tahun ini dirasakan lebih bermakna buat 200 individu terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU) apabila mereka diberi sumbangan barang keperluan harian sempena perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Sumbangan diserahkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya dan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Harmoni, Kampung Bukit Badong, di sini semalam.

Seorang ibu tunggal, Zarina Zamani, 44, berkata tiada apa yang lebih menggembirakan buat dirinya serta empat orang anaknya yang masih bersekolah apabila dipilih untuk menerima sumbangan Aidilfitri daripada Kerajaan Negeri.

Beliau yang berpisah bersama suaminya lebih sepuluh tahun lalu mengatakan tidak pernah menerima sebarang bantuan sebelum ini.

“Alhamdulillah, saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana sudi menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan sempena Aidilfitri. Saya benar-benar gembira,? katanya.

Bagi seorang warga emas, Azizah Ehsan, 70, beliau berterima kasih kepada Menteri Besar atas sumbangan itu yang serba sedikit akan meringankan bebannya lebih-lebih lagi dalam menyambut kedatangan Aidilfitri.

Beliau yang juga merupakan seorang balu berasa terharu apabila tidak perlu menunggu lama untuk menerima bantuan tersebut.

“Saya sangat gembira kerana tidak perlu lagi bersusah payah untuk membeli keperluan raya. Kerajaan Negeri benar-benar prihatin terhadap kebajikan rakyat,” katanya.

Penyerahan bantuan yang merupakan ehsan daripada Kerajaan Negeri itu diserahkan kepada penduduk dari kawasan Bukit Badong, Ijok dan Desa Coalfield.