A.Samad Said : Kita bantah GST demi anak cucu

Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said berkata rakyat harus meniti tiga jalan sebelum mencapai suasana hidup bahagia.

Era baru, A.Samad Said seperti Tok Janggut bangkit tentang cukai zalim

Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said digelar pahlawan Melayu ‘Tok Janggut’ versi kini ekoran semangat sosok tua itu bangun bersama-sama rakyat menentang sistem percukaian zalim membebankan kehidupan rakyat.

Categories
NASIONAL

Anwar beri amaran isu persempadanan semula atau berdepan BERSIH 4.0

anwar whiteSHAH ALAM 26 SEPT: Pakatan Rakyat tidak akan membenarkan isu persempadanan semula kawasan pilihan raya dibahas di Parlimen jika ia tidak dilakukan dengan telus dan adil, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya beri amaran kepada kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pakatan tidak akan membenarkan amalan korup, penipuan SPR ini dibentangkan dan perbahasan berhubung persempadanan semula,” katanya.

Beliau memberi amaran itu di New York Ahad lalu pada sesi soal jawab bersama kira-kira 100 peserta, kebanyakannya rakyat Malaysia yang menuntut dan bekerja di Amerika Syarikat.

Dipetik dari Malaysia Kini, Ketua Pembangkang itu berkata, keputusan itu disimpulkannya selepas berbincang dengan Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.

“Jika mereka teruskan (dengan persempadanan semula), akan ada masalah. Saya boleh janjikan pada anda, di dalam dan di luar Parlimen, kita akan jadikannya isu besar, kita tidak akan mengalah,” katanya.

Proses persempadanan semula dijangka bermula pada hujung tahun ini. Ia dilihat bakal memberi kesan besar terhadap keputusan pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, rakyat akan membantah sekeras-kerasnya isu persempadanan semula melalui Bersih 4.0 jika dilaksana tanpa prinsip adil dan dipersetujui semua pihak.

– FZL

Categories
NASIONAL SELANGOR

Turunkan harga kereta sebelum naikkan harga minyak -FOKUS

Rafizi-Cukai-Kereta
Sinopsis

FOKUS Untuk 13092013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Kerajaan Umno BN digesa untuk menurunkan harga kereta sebelum menaikkan harga minyak, tegas Ahli Parlimen Pandan,Rafizi Ramli.

2. Blogger Omak Kau, Rohani Abdul Hamid masih trauma berikutan diacu parang ketika rumahnya dirompak sekumpulan lelaki minggu lalu.

3. Orang ramai dijemput menghadiri Bicara Buku ?Di Atas Padang Sejarah? karya Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dengan kerjasama dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), di Dewan Serbaguna Tingkat 3, Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada 14 September ini.

3. Kerajaan Umno BN digesa menghentikan terus kempen barunya ?Endless Possibilities? kerana ia hanya membazirkan wang rakyat dan tidak mempunyai sebarang erti kepada negara.

4. Laman Facebook rasmi filem kontroversi Tanda Putera hari ini memohon maaf secara terbuka berhubung gambar dikatakan Lim Kit Siang kencing di tiang bendera rumah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris, selepas setahun kesilapan itu berlaku, lapor laman portal The Malaysian Insider.

Categories
SELANGOR

Bicara buku ‘Di Atas Padang Sejarah’ karya Pak Samad esok

samad-padang-sejarah

SHAH ALAM, 13 SEPT: Orang ramai dijemput menghadiri Bicara Buku “Di Atas Padang Sejarah” karya Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said di Dewan Serbaguna Tingkat 3, Perpustakaan Raja Tun Uda di sini, esok (14 September).

Program yang dijadual bermula jam 8 pagi hingga 2 petang itu anjuran Seniman Paksi Rakyat (Paksi) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Anggota Gerakan Intelektual Rakyat (Gatera), Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir berkata, program itu akan dikendalikan tiga panel jemputan khas dan seorang moderator.

“Panel yang terlibat ialah Rahmat Haron (penyusun antologi Di Atas Padang Sejarah), aktivis Paksi, Hasni Abas dan Fazallah Pit, bekas Ketua Editor Suara Keadilan yang kini Ketua Pengarang TV Selangor.

“Moderatornya ialah wartawan Harakah Daily, Arif Atan,” katanya.

Penyertaan masuk percuma dan orang ramai yang berminat boleh melayari laman web www.ppas.gov.my atau hubungi 03-5519 7667 untuk maklumat lanjut.

 

 

Categories
NASIONAL SELANGOR

Minyak naik, RM jatuh, rakyat miskin

Sinopsis

FOKUS Untuk 06092013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia menyebabkan rakyat semakin miskin berikutan kuasa beli menurun ekoran kenaikan harga barangan diimport khususnya makanan, kata Ahli Ekonomi Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin.

2. Kenaikan harga rumah yang heboh di kalangan rakyat, adalah rentetan kesempitan rakyat yang bertambah selepas kenaikan harga minyak, kata Rafizi Ramli.

3. Gabungan Persatuan Pengguna- pengguna Malaysia (Fomca) mendesak kerajaan memansuh cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans berikutan kenaikan harga minyak.

4. Umno BN tidak mampu menjalinkan kerjasama erat dengan Ikhwan Muslimin kerana parti pemerintah itu menyimpan prasangka serong terhadap mana-mana gerakan Islam.

5. Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas keangkuhan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menggesa gelaran Sasterawan Negara ditarik balik daripada Datuk A Samad Said.

6. Syawal tiba ke penghujungnya. Saksikan kemeriahan sambutan Aidilfitri anjuran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)

Categories
NASIONAL

Anwar bidas keangkuhan Shabery Cheek terhadap Sasterawan Negara

an
SHAH ALAM 5 SEPT: Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas keangkuhan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menggesa gelaran Sasterawan Negara ditarik balik daripada Datuk A Samad Said.

Ketua Umum PKR itu yang pernah mempengerusikan jawatankuasa pemilihan Sasterawan Negara, berkata, menteri seharusnya memahami prosedur pemilihan seseorang sebelum diangkat menerima anugerah itu.

“Menteri agak angkuh dan dangkal untuk menganggap bahawa anugerah itu harus ditarik balik.

“Dia (Shabery) belum teliti proses yang diambil untuk membolehkan seseorang itu diangkat dan diberi anugerah Sasterawan Negara dan saya pernah memepengerusikan jawatankuasa itu

“Menteri harus mengerti proses itu untuk memahami bahawa seseorang itu diangkat kerana hasil karyanya, baik puisi atau prosa tiada kena mengena dengan sikap dan pendirian politiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran buku berjudul ?Di sebalik Ikhwan Muslimin: Hakikat tentang Pergerakan Politik Terkuat Dunia? tulisan Youseff Nada bersama Douglas Thompson.

A Samad Said yang mesra dipanggil Pak Samad dan terkenal dengan novel Salina, Sungai Mengalir Lesu dan banyak lagi, dianugerah gelaran itu pada 1985.

Anwar turut meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) memohon maaf kepada Pak Samad berhubung layanan polis ketika membuat siasatan mengenai kontroversi sambutan ambang kemerdekaan Jumaat lalu.

“Saya kesal dengan tindakan polis walaupun kita tidak pertikai soal undang-undang tapi ini kemanusiaan. (Polis) boleh pergi ke rumah dia pada waktu siang, waktu kelapangan dia.

“Saya minta KDN minta maaf dan polis jangan meneruskan kerja seperti itu.

“Undang-undang kita hormat, hak dan tanggungjawab polis kita faham tetapi ada kaedahyang harus kita patuhi,” katanya.

– FZL

Categories
NASIONAL

Tarik gelaran sasterawan cubaan alih isu harga minyak naik

imagesSHAH ALAM, 5 SEPT – Kerajaan BN cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada isu peningkatan harga minyak apabila menimbulkan isu penarikan balik gelaran Sasterawan Negara daripada Datuk A Samad Said.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan tidak boleh menidakkan sumbangan Pak Samad yang banyak menyumbang memartabatkan kesusasteraan Melayu.

“Mereka cuba alih perhatian isu peningkatan harga minyak dengan memangsakan Pak Samad dengan apa-apa jua alasan.

“Apakah dengan membawa bendera lain dianggap hina bendera negara? Banyak himpunan yang membawa pelbagai bendera negara lain dan ia tidak bermakna menghina bendera sendiri,” katanya pada kenyataan media hari ini.

Menteri Penerangan dan Komunikasi, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek membuat kenyataan terbuka kerajaan tidak menolak kemungkinan menarik balik gelaran itu daripada Pak Samad.

Abdul Samad Muhammad Said atau lebih di kenal sebagai A Samad Said dianugerah gelaran Sasterawan Negara Malaysia pada 1986.

Beliau juga dianugerahkan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk pada 1997.

Ibrahim berkata, kerajaan tidak harus menjadikan Malaysia umpama negara polis apabila melakukan tangkapan sewenang-wenangnya ketika dialog dan perbincangan boleh digunakan bagi menjernihkan keadaan.

“Pemimpin Umno BN patut mengadakan dialog bersama Pak Samad dan bukan mencemuhnya di media.

“Di sanubari rakyat, Pak Samad bukan sahaja Sasterawan Negara, malah terkenal sebagai hero kerana kekentalannya dalam memperjuang prinsipnya dan melawan kemungkaran kerajaan,” katanya.

Baru-baru ini, Pak Samad ditahan polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada tengah malam sebelum dibebaskan kira-kira jam 2.30 pagi.

– FZL

Categories
SELANGOR

Dr Ahmad Yunos: Kerajaan Negeri Tidak Sekat Minat Belia

SHAH ALAM, 26 MEI : Kerajaan Negeri Selangor tidak menyekat golongon belia di negeri ini untuk memenuhi minat masing-masing dengan merencanakan pelbagai program khusus selagi mematuhi syarat yang disediakan.

Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, kerajaan negeri sentiasa menyokong minat belia selaras dengan perkembangan dunia semasa.

“Golongan belia merupakan aset dan penentu masa depan negara dan kerajaan negeri mengambil beberapa langkah demi mengelakkan golongan belia terlibat dengan gejala negatif,” katanya ketika ditemui meninjau perjalanan program Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor 2012 di Kompleks Belia dan Sukan Selangor malam tadi.

Menurutnya, program yang bermula semalam hingga hari ini menganjurkan pelbagai aktiviti antaranya persembahan muzik, mendeklamasi sajak, kugiran serta teater jalanan selain penjualan makanan dan pakaian.

Himpunan ini dijangka menarik penyertaan belia dan beliawanis, pengerusi dan ahli jawatankuasa Penggerak Belia Tempatan (PeBT), belia dari badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan belia serta kalangan mahasiswa khususnya di Selangor.

Katanya, pihaknya menganggarkan seramai kira-kira 2,500 orang belia dan beliawanis dari seluruh Selangor akan menghadirkan diri dalam program tersebut.

Dengan dengan tema ?Anak Muda Penentu Kepimpinan dan Pemacu Pembangunan Selangor dan Negara?, pelbagai acara menarik di sediakan antaranya sesi forum dan konvensyen turut dijalankan melibatkan panelis dari pelbagai persatuan belia dan NGO turut diadakan.

Seorang pengunjung, Aina Syafiqah Hussin, 21, berkata program yang dianjurkan lebih santai dan bukan menjurus ke arah hiburan semata-mata.

“Kalau kita lihat masa kini, konsert-konsert lebih menjerumus gejala negatif seperti pergaulan tidak terbatas tetapi program ini ternyata membawa kelainan dengan lagu-lagu yang dibawakan berunsur nasihat dan motivasi,” katanya.

Selain itu, malam tadi, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said melancarkan antologi buku ” Puisi Jadi Senjata 2″ dan turut mendeklamasikan sajak dari buku itu.

Beliau ketika ditemui sejurus selesai pelancaran buku itu berkata, belia merupakan tonggak utama dalam sesebuah negara dan golongan ini perlu didekati supaya suara hati mereka dapat didengari dan diberi tindakan sewajarnya.

“Anak muda adalah pewaris kepimpinan masa kini dan golongan ini tidak seharusnya dibiarkan tanpa diberi garis panduan yang sepatutnya demi masa depan negara,” katanya.