Categories
SELANGOR

Piala Malaysia: Mehmet yakin menang, Ramon terus mencabar

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 11 DIS: Selangor dan Kedah berjanji akan mempamer aksi terbaik dan merebut peluang sebaik mungkin bagi menjuarai Piala Malaysia 2015 di Stadium Shah Alam, esok.

Jurulatih Gergasi Merah, Mehmet Durakovic tidak menyembunyikan hasrat ingin melihat pasukannya merangkul kejuaraan setelah menunggu detik itu 10 tahun.

Mehmet“Kita sudah menunggu sekian lama dan semoga kita mampu melakukannya kali ini. Perlawanan akhir pasti berlangsung hebat dan saya harap pasukan dapat beraksi hebat dengan persembahan baik bagi memenanginya.

“Walau tidak mudah berdepan Kedah tetapi dengan prestasi pemain yang memuncak kini segalanya boleh dilakukan,” katanya dalam sidang media di Stadium Shah Alam, hari ini.

Selangor memenangi Piala Malaysia kali terakhir pada 2005 dan layak ke akhir pada 2008 tetapi dikecewakan Kedah.

Mehmet berkata, pemain sudah membuktikan segala telahan ke atas Gergasi Merah selama ini meleset dengan prestasi mengagumkan hinggsa layak ke akhir dan ia adalah detik berharga untuk mereka terus membuktikan dengan menjuarai piala keagungan tempatan itu.

Bagi pemangku jurulatih Hijau Kuning, Ramon Marcote, kini adalah peluang terbaik untuk Kedah muncul juara setelah mara sejauh itu.

Ramon Marcote“Kita mengharungi musim penuh mencabar hingga berjaya menjuarai Liga Perdana musim ini seterusnya sampai ke akhir Piala Malaysia.

“Pastinya saya mahu pasukan saya menang perlawann ini tetapi ia berbeza dengan aksi akhir tujuh tahun lalu kerana Selangor musim ini mempamerkan aksi cemerlang dan tentu sukar untuk menewaskan mereka,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, Kedah akan turun penuh semangat dan tidak akan mudah mengalah demi memburu impian bergelar juara.

-nR-

Piala Malaysia : Mehmet yakin menang, Ramon terus mencabar


Piala Malaysia 2015 esok bakal menyaksikan pertembungan Selangor dan Kedah dalam merebut peluang menjuarai Piala Malaysia di Stadium Shah Alam.

Akhir Piala Malaysia : Selangor atau Kedah?

Menjelang aksi perlawanan akhir Piala Malaysia 2015, pilihan penonton sama ada Selangor atau Kedah bakal menjulang piala.

Piala Malaysia : Misi 33 akan tercapai


Red Giants perlu tingkatkan prestasi untuk berdepan cabaran menyekat skuad Kedah menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2015.

Red Giant pamer aksi hebat


Mehmet Durakovic : Selangor pamer aksi mengkagumkan untuk layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia

Categories
SELANGOR

Piala Malaysia: PKNS FC buru kemenangan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 18 SEP: PKNS FC tekad memberi tentangan sengit dan mencipta kejutan apabila berdepan Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), pada 19 September ini.

Pengurus PKNS FC, Mahfizul Rasydin Abdul Rashid, berkata sasaran meraih tiga mata amat penting dalam perlawanan kedua kempen Piala Malaysia 2015 bagi mencerahkan laluan ke suku akhir selepas menundukkan Pulau Pinang minggu lalu.

PKNS_FC“Peluang semua pasukan dalam kumpulan D untuk ke suku akhir masih terbuka.

“Persediaan pasukan pastinya tertumpu bagaimana untuk mengekang jentera serangan Pahang yang hebat,” katanya kepada Selangor Kini.

Mahfizul mengakui Pahang selaku juara bertahan mempunyai barisan pemain hadapan mantap diketuai awang import, Dickson Nwakaeme.

Beliau berkata, PKNS FC akan memperbaiki beberapa aspek teknikal dan taktikal yang didapati kurang mantap ketika perlawanan menentang Pulau Pinang.

Katanya, jurulatih turut memberi penekanan terhadap pemain secara individu sebagai persediaan mental dan fizikal.

“Pastinya, PKNS FC akan turun sebagai underdog menentang Pahang yang juga naib juara Liga Super musim ini.

“Kita berharap segala perancangan akan berhasil dengan keputusan memihak kepada PKNS FC,” katanya.

Dalam perlawanan pertama, PKNS FC mengalahkan Pulau Pinang 3 – 0 manakala Pahang mengatasi PDRM 4 – 3.

-NR-