Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia susut, Brent AS$65.23 setong

SINGAPURA 20 FEB: Harga minyak merosot hari ini, dengan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) ditekan oleh aliran menurun dari Kanada.

REUTERS melaporkan niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS adalah AS$62.16 setong pada 0153 GMT, naik 48 cents, atau 0.8 peratus, daripada penutup sebelumnya.

Peniaga berkata, harga WTI lebih tinggi adalah hasil daripada pengurangan aliran di saluran paip Keystone Kanada, yang beroperasi di bawah paras kapasiti sejak akhir tahun lalu berikutan kebocoran, mengurangkan bekalan Kanada ke AS.

Di luar Amerika Utara, minyak mentah Brent merosot berikutan penurunan saham Asia dan pengukuhan dolar, berpotensi menghalang permintaan kerana menjadikan bahan api lebih mahal bagi negara yang menggunakan mata wang lain.

Niaga hadapan minyak mentah Brent pada AS$65.23 setong, susut 44 cents, atau 0.7 peratus, berbanding penutup sebelumnya.

Bagaimanapun, pasaran minyak terus disokong dengan baik disebabkan pengekalan bekalan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), yang berusaha mengurangkan lebihan bekalan inventori global sejak tahun lalu.

SUMBER: REUTERS

Categories
EKONOMI

Harga minyak mentah dunia kembali meningkat

SINGAPURA 12 FEB: Harga minyak dunia meningkat hari ini, kembali pulih daripada penyusutan besar apabila pasaran saham kembali reda selepas menjunam dalam dagangan minggu lalu, lapor REUTERS.

Bagaimanapun, pertambahan pengeluaran di Amerika Syarikat (AS) menyelubungi pasaran minyak, sekali gus menjejaskan usaha Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Russia untuk menyempitkan pasaran bagi mengukuhkan harga minyak.

Niaga hadapan minyak mentah Brent mencecah AS$63.20 satu tong pada 0117 GMT, menokok 41 cent, atau 0.7 peratus, berbanding penutup sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$59.68 satu tong. Ia meningkat 48 cent, atau 0.8 peratus daripada penutup terakhir.

Harga lebih kukuh dicatatkan selepas minyak mentah merekodkan penurunan terbesar dalam tempoh dua tahun minggu lalu, apabila pasaran saham menjunam.

SUMBER: REUTERS

Categories
EKONOMI

Harga minyak global meningkat kepada AS$67.29 setong

SINGAPURA 7 FEB: Harga minyak global meningkat di tengah-tengah pemulihan pasaran saham global, disokong oleh laporan bahawa inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS) menyusut minggu lalu.

REUTERS melaporkan niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$67.29 satu tong pada 0135 GMT, naik 43 cents, atau 0.6 peratus daripada sesi penutup sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) meningkat kepada AS$63.89, naik 50 cents, atau 0.8 peratus daripada sesi penutup sebelumnya.

Peningkatan niaga hadapan minyak itu adalah berikutan pemulihan pasaran saham daripada penyusutan baru-baru ini.

Peniaga berkata, pasaran disokong oleh laporan daripada Institut Petroleum Amerika (API) yang menyatakan inventori minyak mentah AS susut 1.1 juta tong dalam minggu berakhir berakhir 2 Februari kepada 418.4 juta tong.

Setiausaha Agung Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), Mohammad Barkindo, berkata inventori minyak komersial OECD menyusut dan kini berada pada 140 juta tong di atas purata lima tahun pada Oktober,” katanya.

Sebelum ini, OPEC dan Russia memutuskan untuk mengurangkan bekalan minyak sejak tahun lalu dalam usaha menyempitkan bekalan dan meningkatkan harga minyak.

SUMBER: REUTERS

Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia susut kepada AS$66.95 setong

SINGAPURA 6 FEB: Niaga hadapan minyak mentah menyusut pada Selasa dengan penanda aras Brent susut satu peratus susulan kemerosotan pasaran kewangan global berikutan kejatuhan terbesar harian saham di Wall Street sejak 2011.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$66.95 satu tong pada 0148 GMT, susut 67 cents, atau satu peratus berbanding ditutup sebelum ini, dan AS$4 lebih rendah daripada paras tinggi 2018 yang dicapai bulan lalu, lapor REUTERS.

Niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$63.48 satu tong, susut 67 cents, atau satu peratus, daripada ditutup sebelum ini, dan AS$3 lebih rendah dari paras tinggi 2018.

Pasaran kewangan mengalami kemerosotan pada Isnin apabila saham AS menjunam pada sesi dagangan yang tidak menentu sekali gus memperlihatkan Dow Jones Industrial Average susut hampur 1,600 mata dalam dagangan harian.

“Kini, inflasi menjadi antara isu yang dibincangkan di pasaran,” kata Bank AS JP Morgan dalam satu nota.

Bagaimanapun, pembetulan pada harga minyak adalah lebih daripada reaksi kepada penjualan di pasaran kewangan.

Walaupun usaha oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Russia untuk mengurangkan bekalan minyak sejak Januari tahun lalu dalam usaha untuk menyempitkan pasaran dan meningkatkan harga, bekalan masih mencukupi.

Ia berikutan pengeluaran minyak AS yang melonjak hampir 18 peratus sejak pertengahan 2016 kepada 10 juta tong sehari, melebihi pengeluaran pengeksport utama minyak, Arab Saudi.

SUMBER: REUTERS

 

Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia susut daripada paras tertinggi 2015

SINGAPURA 27 DIS: Harga minyak susut sedikit daripada paras tertinggi dua setengah tahun yang direkodkan pada sesi sebelumnya apabila sambungan secara berperingkat menerusi saluran paip minyak mentah Laut Utara dibuka berikutan gangguan bekalan di Libya.

Pada 0210 GMT, minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$59.74 setong, turun 23 cent daripada penyelesaian terakhir, lapor REUTERS.

WTI mencecah paras AS$60 setong untuk kali pertama sejak Jun 2015 pada sesi sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan pada AS$66.66 setong, turun 36 cent. Brent mencecah paras AS$67 buat kali pertama sejak Mei 2015, semalam.

Sambungan berperingkat oleh Forties membantu mengurangkan tekanan selepas serangan ke atas saluran paip Libya menyebabkan terputus bekalan hampir 100,000 tong sehari.

Categories
EKONOMI

Harga minyak mentah dunia turun

VIENNA 29 NOV: Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Rusia berada di landasan untuk bersetuju melanjutkan pemotongan bekalan bagi keseluruhan 2018 tetapi dengan pilihan untuk menyemaknya pada Jun, demikian menurut sumber OPEC.

Syor dibuat jawatankuasa bersama delegasi OPEC dan bukan OPEC, termasuk Russia tetapi belum diluluskan menteri daripada jawatankuasa itu Rabu dan kemudiannya oleh mesyuarat penuh pertubuhan itu, Khamis ini, lapor REUTERS.

Harga minyak mentah meneruskan kejatuhan dua hari dengan berita itu, yang dilihat pasaran sebagai lanjutkan pemotongan bekalan itu hanya selama tiga bulan sehingga Jun 2018 dan bukan untuk setahun penuh.

Harga minyak ditarik turun ketidaktentuan berhubung hasil mesyuarat OPEC minggu ini.

Harga juga buat sementara menerima tekanan selepas kebakaran berlaku di kilang penapisan milik Exxon Mobil Corp di Beaumont, Texas.

Brent mengakhiri sesi dengan mencatat penurunan 23 cent, atau 0.4 peratus, pada AS$63.61 satu tong.

West Texas Intermediate (WTI) turun 12 cent, atau 0.2 peratus pada AS$57.99, selepas jatuh 1.4 peratus dalam sesi sebelumnya.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia cecah paras tertinggi

SINGAPURA 7 NOV: Harga minyak mencecah paras tertinggi sejak Julai 2015 hari ini, susulan pasaran yang lebih ketat.

Niaga hadapan Brent, penanda aras minyak mentah antarabangsa, mencapai AS$62.44 setong hari ini, paras tertingginya sejak Julai 2015, lapor REUTERS.

Brent meningkat AS$62.27 setong pada 0051 GMT naik 20 cents, atau 0.3 peratus sejak penutup terakhirnya dan 40 peratus di atas paras terendah Jun 2017.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) mencecah AS$56.00 setong pada sesi awal dagangan, paras tertinggi sejak Julai 2015, dan berada pada AS$55.83, meningkat 19 cents, atau 0.3 peratus sejak penutup terakhirnya.

WTI berada suku di atas paras terendah 2017. Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman, mengukuhkan kuasanya menerusi gerakan pembersihan anti rasuah dengan menahan ahli kerabat diraja, menteri dan pelabur termasuk jutawan terkenal, Alwaleed Talal dan Ketua Pengawal Negara, Putera Miteb Abdullah.

“Ini menyatukan proses pembaharuan yang sedang dijalankan, antara penyumbang kenaikan harga minyak,” kata Ketua Strategi Pemasaran di Broker Niaga hadapan AxiTrader.

Proses pembaharuan itu merangkumi perancangan untuk menyenarai syarikat minyak mentah gergasi, Saudi Aramco tahun depan, dan harga minyak yang lebih tinggi dilihat bermanfaat kepada permodalan pasaran syarikat yang disenaraikan di masa hadapan.

Bagi asas minyak, peniaga berkata terdapat petunjuk berterusan bahawa keadaan pasaran akan lebih ketat. Syarikat tenaga Amerika Syarikat (AS) mengurangkan lapan pelantar minyak minggu lalu kepada 729, pengurangan terbesar sejak Mei 2016.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Brent kekal atas AS$60 satu tong

SINGAPURA 31 OKT: Harga minyak stabil pagi ini disokong usaha pemotongan bekalan yang diterajui OPEC, sungguhpun ada prospek peningkatan dalam pengeluaran minyak syal Amerika Syarikat (AS).

Brent didagangkan pada AS$60.84 satu tong pada 0027 GMT. Ia di bawah paras penutup sebelum ini, tetapi masih hampir kepada paras tertinggi yang dicapai sejak Julai 2015, lapor REUTERS.

West Texas Intermediate (WTI) pula berada pada AS$54.04 satu tong, 11 cent lebih rendah berbanding penutup sebelum ini tetapi menghampiri paras tertinggi sejak Februari.

Pedagang berkata, sentimen bulis memacu harga Brent melepasi AS$60 satu tong, dipacu usaha pemotongan bekalan diterajui OPEC dan Russia.

Pakatan itu akan berterusan sehingga Mac 2018, tetapi Arab Saudi dan Russia menyokong melanjutkan pakatan itu.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Harga minyak Brent AS$57.79 setong

SINGAPURA 17 OKT: Premium risiko kembali ke pasaran minyak mentah apabila memacu harga penanda aras global susulan meningkatnya pertempuran di Iraq yang mengancam bekalan, sementara ketegangan politik wujud antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Selepas beberapa bulan dagangan berkurangan di mana OPEC yang menerajui pemotongan bekalan menyokong harga minyak mentah, namun peningkatan pengeluaran AS memacu harga, lapor REUTERS.

Harga minyak bergerak dengan positif bulan ini dengan permintaan dilihat lebuh kukuh berbanding satu ketika pada beberapa bulan kebelakangan ini terutama di China.

Walaupun wujudnya beberapa aktiviti pengambilan untung, niaga hadapan minyak mentah Brent, iaitu penanda aras global bagi harga minyak berada pada AS$57.79 pada 0148 GMT, 2.5 peratus lebih tinggi berbanding penutup Jumaat.

Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) diniagakan kepada AS$51.76 setong, susut sedikit berbanding penutup semalam, namun masih kira-kira dua peratus lebih tinggi daripada Jumaat lalu dan hampir satu perempat mengatasi paras pertengahan Jun.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Harga minyak global stabil

SINGAPURA 10 OKT: Harga minyak stabil hari ini berikutan ulasan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bahawa terdapat tanda-tanda jelas pasaran kembali seimbang dan pengeluar di Amerika Syarikat (AS) terus terkesan susulan Taufan Nate.

West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada AS$49.66 satu tong pada 0054 GMT, naik lapan cent, atau 0.16 peratus, berbanding penutup sebelum ini, lapor REUTERS.

Penanda aras minyak mentah global Brent menokok lima cent, atau 0.1 peratus, pada AS$55.84 satu tong.

Pedagang berkata, harga minyak mendapat sokongan daripada kenyataan OPEC yang menyebut pasaran minyak kembali seimbang susulan lebihan bekalan selama ini.

“Terdapat bukti jelas pasaran kini kembali mengimbangi,” kata Ketua Setiausaha OPEC, Mohammad Barkindo kepada Reuters.

“Proses pengurangan stok global berterusan, di kedua-dua pesisir dan di darat, dengan perkembangan positif dalam beberapa bulan kebelakangan ini yang menunjukkan buka saja ia mempercepatkan proses itu tetapi pengurangan ketara simpanan,” katanya.

Penganalisis berkata, pengurangan bekalan dan juga permintaan tinggi, berkemungkinan menyokong harga menuju akhir tahu ini.

 

Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia merosot susulan spekulasi

SINGAPURA 4 OKT: Harga minyak merosot pagi ini berikutan kebimbangan terhadap spekulasi akan berlaku peningkatan harga selepas kenaikan pada suku ketiga.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS diniagakan pada AS$50.05 setong pada 0032 GMT, susut 37 cents atau 0.7 peratus daripada penutup sebelumnya, lapor REUTERS.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa bagi harga minyak, merosot 35 cent, atau 0.6 peratus pada AS$55.65 setong.

Peniaga berkata, kejatuhan itu disebabkan timbul kebimbangan terhadap rali pasaran suku ketiga yang telah mengangkat Brent ke paras tertinggi pada pertengahan 2015 menyebabkan lebihan pada akhir September.

“Asas mungkin belum cukup kukuh untuk menyokong rali yang berterusan, terutamanya komoditi yang bergantung kepada pertumbuhan seperti minyak,” kata Ketua Strategi Komoditi Saxo Bank, Ole Hansen.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia turun 1% selepas naik tertinggi 26 bulan

NEW YORK 27 SEPT: Harga minyak turun satu peratus semalam selepas pelabur mengambil untung daripada rali yang melonjakkan harga ke paras tertinggi 26-bulan dicetuskan ancaman Turki akan menyekat eksport minyak dari wilayah Kurdistan, Iraq.

Pasaran turut berada dalam tekanan menjelang data inventori mingguan minyak AS yang dijangka menyaksikan peningkatan simpanan minyak bagi empat minggu berturut-turut, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Brent berakhir AS$0.58 atau satu peratus lebih rendah kepada AS$58.44 setong selepas mencecah AS$59.49, iaitu paras tertingginya sejak Julai 2015 dan lebih tinggi 34 peratus daripada paras terendah 2017.

Dagangan hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada AS$0.34 atau 0.7 peratus lebih rendah pada AS$51.88 setong apabila mencecah paras tertingginya dalam tempoh lima bulan kepada AS$52.43.

Presiden Turki, Tayyip Erdogan mengumumkan akan memotong bekalan saluran paip yang membawa kira-kira 500,000 hingga 600,000 tong sehari (bpd) minyak mentah daripada Utara Iraq ke pelabuhan Turki di Ceyhan, sebagai tekanan ekonomi terhadap rantau Kurdish yang melaksanakan referendum kemerdekaan.

Potensi kehilangan bekalan itu akan digabungkan dengan 1.8 juta bpd pengurangan pengeluaran oleh ahli OPEC dan bukan-OPEC akan menyebabkan pengurangan ketara bekalan minyak dunia.

Bahkan operasi penyulingan AS turut dijangka naik 3.6 peratus daripada 83.2 peratus kapasiti keseluruhan dalam minggu itu berakhir 15 September lalu, berdasarkan undian Reuters semalam.

Pengurusan Maklumat Tenaga AS (EIA) mengumumkan stok simpanan minyak AS melonjak 4.6 juta tong apabila import bahan api itu meningkat 734,000 bpd dan pengeluarannya naik 157,000 bpd kepada 9.51 juta bpd, iaitu paras sebelum bencana taufan Harvey melanda Texas pada 25 Ogos lalu.

=EZY=