Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia berubah sedikit

TOKYO 25 SEPT: Harga minyak berubah sedikit pagi ini, dengan mengekalkan keuntungan pada sesi sebelum ini untuk berada pada paras paling tinggi dalam beberapa bulan.

Pertemuan pengeluar utama minyak di Vienna sebelum ini, merumuskan pasaran kini menuju ke arah pengimbangan semula, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), Russia dan beberapa negara pengeluar lain, yang bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran kira-kira 1.8 juta tong sehari sejak awal 2017, berjaya membantu menaikkan harga minyak sekitar 15 peratus dalam tempoh tiga bulan lalu.

“Sejak mesyuarat terakhir kami pada Julai lalu, pasaran minyak meningkat dengan ketara,” kata Menteri Minyak Kuwait, Essam al-Marzouq, yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Bersama, Jumaat lalu.

Minyak mentah Brent bagi penghantaran November naik 1 cent pada AS$56.87 setong pada 0049 GMT, selepas berakhir naik 0.8 peratus pada Jumaat.

Minyak mentah AS bagi penghantaran November susut 4 cents pada AS$50.62, selepas meningkat 0.2 peratus pada Jumaat.
=EZY=

Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia turun

SEOUL 12 SEPT: Harga minyak turun pada awal dagangan Asia, berikutan pedagang mempertimbangkan dua faktor, iaitu kesan Taufan Irma ke atas permintaan dan kembalinya beroperasi loji penapisan pasca Taufan Harvey yang menjurus kepada lebih banyak minyak mentah akan diproses.

Penanda aras antarabangsa Brent susut 8 cent, atau 0.2 peratus, pada AS$53.76 satu tong pada 0108 GMT berbanding penutup sebelumnya, lapor REUTERS.

West Texas Intermediate (WTI) pula turun 3 cent, atau 0.1 peratus, pada AS$48.04 satu tong.

Loji penapisan Amerika Syarikat (AS), termasuk Motiva Enterprises yang terbesar di negara itu, sudah memulakan operasi.

minyak-duniaMotiva memulakan pengeluaran Isnin selepas ditutup selama dua minggu susulan Taufan Harvey melanda.

Tidak lama selepas itu, Taufan Irma pula melanda Florida pada Ahad, menyebabkan lebih 7.4 juta kediaman dan perniagaan putus bekalan tenaga. Ribut itu kemudiannya direndahkan penarafan kepada ribut tropika.

Inventori minyak mentah AS menokok minggu lalu, manakala simpanan produk minyak ditapis diramalkan susut, demikian menurut data yang dikumpul Reuters.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia merosot

SINGAPURA 6 SEPT: Harga minyak dunia merosot berikutan permintaan kasar kekal rendah berikutan penutupan loji penapisan selepas taufan Harvey yang melanda pantai Teluk Amerika Syarikat (AS) pada 10 hari lalu.

Tumpuan pasaran juga beralih akibat taufan Irma, ribut kategori lima, yang mendarat di landasan penghantaran di Caribbean, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Walaupun banyak kilang dan saluran paip terjejas akibat Harvey sebelum ini, ia dalam proses untuk beroperasi semula, dengan penganalisis berkata ia mengambil sedikit masa sebelum industri petroleum AS kembali beroperasi sepenuhnya.

minyak-duniaSehingga semalam, kira-kira 3.8 juta tong kapasiti penapisan harian, atau kira-kira 20 peratus ditutup, walaupun beberapa kilang penapis dalam kumpulan itu sedang dalam proses dibuka semula.

Beberapa yang lain, termasuk Galveston Bay Marathon dan kilang Corpus Christi Citgo, sedang beroperasi pada tahap yang dikurangkan, menurut laporan syarikat.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS$48.63 barel pada 0048 GMT, 3 cent di bawah penutup terakhir.

Di pasaran minyak antarabangsa, harga minyak mentah Brent merosot 19 cent kepada AS$53.19 setong.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Taufan Harvey: Minyak mentah global jatuh 1.5%

NEW YORK 30 OGOS: Minyak mentah jatuh lebih 1.5 peratus lebih rendah semalam apabila pasaran semakin tenat dengan penutupan lebih 16 peratus kapasiti pengeluaran penyulingan di Amerika Syarikat.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan ia susulan Taufan Harvey melanda teluk negara itu yang menempatkan aset strategik utama industri penyulingan minyak AS.

Kebimbangan terhadap kegagalan operasi penyulingan AS menekan harga minyak mentah dunia jatuh dengan ketara walaupun berlaku gangguan bagi pengeluaran minyak di beberapa negara lain yang seharusnya memberikan sokongan kepada harga minyak.

Dagangan hadapan minyak mentah WTI menjunam 62 cent atau 1.3 peratus kepada AS$45.95 setong pada 1634 GMT.

Penanda aras minyak mentah antarabangsa Brent turut jatuh 20 cent atau 0.4 peratus kepada AS$51.69 setong.

Diskaun WTI berbanding Brent naik kepada hampir AS$6 setong iaitu paras diskaun paling besarnya dalam tempoh dua tahun.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia naik dipacu unjuran penyusutan bekalan

SINGAPURA 22 OGOS: Harga minyak naik dalam awal dagangan hari ini, didorong petunjuk pengurangan bekalan akan berlaku secara berperingkat, terutama di Amerika Syarikat (AS).

Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa bagi harga minyak, berada pada AS$51.78 setong pada 0026 GMT, naik 12 cents daripada penutup sebelumnya, lapor REUTERS.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS berada pada AS$47.52 setong, naik 15 cents.

“Stok minyak mentah AS mengalami penyusutan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

“Jika aliran menurun dalam inventori minyak kekal, harga minyak akan naik terutama disebabkan penawaran yang terbatas daripada anggota OPEC dan Russia,” kata Fawad Razaqzada, penganalisis pasaran di Forex.com.

Inventori minyak mentah komersial AS susut hampir 13 peratus daripada paras kemuncaknya pada Mac, kepada 466.5 juta tong.

Meskipun pengeluaran minyak mentah AS merosot 9.5 juta tong sehari, tertinggi sejak Julai 2015, penganalisis menjangkakan pertumbuhan itu akan perlahan apabila firma tenaga AS mengurangkan jumlah penggerudian minyak baharu.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia naik ekoran krisis diplomatik Asia Barat

NEW YORK 7 JUN: Harga minyak naik, mencari sokongan teknikal selepas merosot di bawah AS$47 setong akibat tekanan daripada perselisihan diplomatik di Asia Barat dan inventori minyak mentah yang tinggi di Amerika Syarikat (AS).

Minyak mentah West Texas Intermediate AS (WTI) berakhir sehingga 79 cents pada AS$48.19, lapor REUTERS.

Ia jatuh dalam dagangan awal, tetapi bangkit semula antara AS$48.75 dan AS$46.95. Penanda aras minyak mentah Brent, menokok 65 cents setong kepada AS$50.12.

Harga minyak kekal kira-kira lapan peratus lebih rendah daripada sebelum Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan bukan OPEC mengumumkan mereka melanjutkan pemotongan pengeluaran sehingga Mac 2018.

Perjanjian enam bulan untuk mengehadkan pengeluaran itu ditangguhkan, sehingga akhir bulan ini.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia terus meningkat

SINGAPURA 11 APRIL: Harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada enam sesi berturut-turut hari ini untuk mencecah paras tertinggi dalam tempoh lima minggu.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan ia disokong ketegangan geopolitik akibat serangan peluru berpandu AS di Syria dan penutupan telaga minyak terbesar Libya.

Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) naik 10 cent atau 0.2 peratus kepada AS$53.18 setong pada 0009 GMT.

Pasaran melonjak untuk enam sesi berturut-turut, kenaikan terpanjang tahun ini.

Penanda aras minyak mentah antarabangsa, Brent menokok sembilan cent atau 0.2 peratus kepada AS$56.07 setong.

Telaga minyak Sharara Libya ditutup pada Ahad selepas sekatan saluran paip yang menghubungkan ke terminal minyak, kata sumber dari Libya.

Telaga minyak itu baharu saja memulakan semula pengeluaran selepas ditutup selama seminggu berakhir awal bulan ini.

Gangguan itu menambah kenaikan harga minyak bermula minggu lalu selepas AS melancarkan serangan udara ke atas pangkalan udara Syria.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia menjunam paras terendah 10 hari

NEW YORK 22 MAC: Harga minyak menjunam semalam dengan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) mencatatkan paras terendah sejak November susulan kebimbangan terhadap lebihan bekalan baharu.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan kejatuhan itu menutupi prospek cerah rundingan terkini Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) untuk meninjau melanjutkan pengurangan pengeluarannya melangkaui Jun.

Berdasarkan data inventori minyak AS bagi Selasa dan Rabu minggu lalu menunjukkan pertambahan stok minyak mencecah 2.8 juta tong.

Ia sekali gus membuktikan penambahan untuk minggu ke-10 berturut-turut selepas kejatuhan ketara minggu lalu yang memungkinkan inventori meningkat kembali ke paras rekod tertingginya.

Dagangan hadapan Brent bagi Mei jatuh 66 cent atau 1.3 peratus untuk berakhir AS$50.96 setong paras paling lemah sejak 14 Mac.

Minyak mentah WTI AS pula menjunam 88 cent atau 1.8 peratus untuk berakhir AS$47.34 setong pada hari terakhir kontrak April mencecah paras terendahnya sejak 29 November 2016 iaitu sebelum usaha global mengurangkan bekalan bagi meningkatkan harga minyak dunia.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia susut

SINGAPURA 20 MAC: Harga minyak susut pada dagangan awal Asia hari ini berikutan aktiviti penggalian minyak di Amerika Syarikat (AS) yang semakin meningkat.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan ia juga didorong oleh bekalan stabil dari negara OPEC walaupun langkah pengurangan pengeluaran memberi tekanan kepada lebihan bekalan dalam pasaran.

Harga minyak penanda aras Brent susut 20 cents daripada penutup terdahulu kepada AS$51.56 setong.

Niaga hadapan minyak mentah WTI pula susut 28 cents kepada AS$48.50 setong.

Peniaga berkata, harga berada di bawah tekanan disebabkan oleh peningkatan aktiviti cari gali dan bekalan yang masih tinggi daripada OPEC walaupun ia berjanji mengurangkan hasil kepada hampir 1.8 juta tong sehari bersama-sama pengeluar lain seperti Russia.

Firma pembrokeran, CMC Market, berkata minyak mentah semakin hampir untuk mengatasi julat dagangan yang dihasilkan tahun lalu. Bagaimanapun aliran meningkat ini sudah terhenti.

“Kini, wujud momentum yang kuat dan bagus untuk aliran penurunan,” katanya.

Menurut firma perkhidmatan tenaga Baker Hughes Inc pada Jumaat lalu, pengeluar AS menambah 14 lagi pelantar minyak pada minggu berakhir 17 Mac lalu dan menjadikan keseluruhan jumlah pelantar minyak adalah 631, yang terbanyak sejak September 2015.

Hasilnya, pengeluaran minyak AS meningkat kepada lebih 9.1 juta tong sehari daripada 8.5 juta tong sehari pada Jun tahun lalu.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia akhiri Januari lebih rendah

SINGAPURA 31 JAN: Harga minyak mentah Brent jatuh kira-kira lima peratus daripada paras tertinggi awal Januari apabila peningkatan aktiviti cari gali di Amerika Syarikat (AS) mengimbangi usaha oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar lain mengurangkan output bagi mengukuhkan pasaran.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa harga minyak, diniagakan pada AS$55.25 satu tong pada 0112 GMT, hampir tidak berubah daripada penutup terakhirnya.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$52.58 setong, turun lima cent daripada penutup terakhirnya.

Bagaimanapun, Brent susut lima peratus sejak paras kemuncaknya awal Januari manakala WTI jatuh 2.5 peratus, mencerminkan sentimen bahawa usaha OPEC untuk memotong output sebanyak 1.8 tong sehari (bpd) bagi mengakhiri lambakan pengeluaran setakat ini tidak mencukupi untuk mengimbangi aktiviti cari gali AS.

“Harga minyak mentah terus berdepan masalah apabila pelabur kekal bimbang dengan peningkatan aktiviti cari gali di AS,” kata ANZ Bank.

Selepas beberapa bulan aktiviti cari gali meningkat, pengeluaran minyak AS bertambah sebanyak 6.3 peratus sejak Julai tahun lalu kepada hampir sembilan juta bpd, menurut data Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS.

Bank AS, Goldman Sachs menganggarkan bahawa pengeluatan minyak tahunan AS akan meningkat sebanyak 290,000 bpd pada 2017, jika aktiviti cari gali yang masih belum beroperasi dikira sekali.

=EZY