Categories
AGENDA GLOBAL

Rundingan OPEC gagal, harga minyak dunia merudum

NEW YORK, 7 MAC: Harga minyak mentah dunia merudum ke paras terendah pada Jumaat selepas perjanjian antara Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan negara sekutu diketuai Rusia, menemui jalan buntu, lapor agensi berita Xinhua.

West Texas Intermediate (WTI) untuk penghantaran April menurun AS$4.62 atau 10.07 peratus, pada harga AS$41.28 setong di New York Mercantile Exchange.

Minyak mentah Brent untuk penghantaran Mei merosot AS$4.72 atau 9.44 peratus, kepada AS$45.27 setong di London ICE Futures Exchange.

Mesyuarat yang diadakan di Vienna itu berakhir tanpa sebarang kata putus mengenai tawaran tambahan pengeluaran.

Pada Khamis, OPEC mencadangkan pengeluaran tambahan sebanyak 1.5 juta tong sehari mulai awal bulan depan hingga akhir tahun ini.

– BERNAMA

Categories
GLOBAL

Harga minyak global jatuh

SINGAPURA 28 MAC: Harga minyak mentah global jatuh hari ini, dengan Brent didagangkan di bawah AS$70 setong dan West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat jatuh di bawah paras AS$65 setong.

Ia susulan laporan peningkatan inventori mentah AS yang mengejutkan banyak peniaga.

Niaga hadapan mentah WTI AS didagangkan AS$64.86 setong pada 0201 GMT, turun 39 cent, atau 0.6 peratus, daripada penyelesaian sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent AS$69.75 setong, turun 36 cent, atau 0.5 peratus.

Peniaga berkata, penurunan itu berlaku selepas Institut Petroleum Amerika (API) pada lewat Selasa melaporkan peningkatan sebanyak 5.3 juta tong dalam tempoh seminggu hingga 23 Mac, kepada 430.6 juta tong.

SUMBER: REUTERS

Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia turun

SINGAPURA 12 OKT: Harga minyak turun hari ini susulan peningkatan inventori di Amerika Syarikat (AS) walaupun Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) meningkatkan usaha mengurangkan pengeluaran dan mengawal pasaran.

West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada AS$51.08 satu tong pada 0014 GMT, turun 22 cent, atau 0.4 peratus, berbanding penutup sebelum ini, lapor REUTERS.

Penanda aras dagangan hadapan minyak mentah global, Brent, didagangkan pada AS$56.65, turun 29 cent, atau 0.5 peratus, berbanding penutup.

Mulai tahun ini, OPEC dan negara pengeluar minyak lain termasuk Russia bersetuju mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.8 juta tong sehari bertujuan menaikkan harga.

Stok minyak mentah AS meningkat 3.1 juta tong kepada 468.5 juta tong minggu lalu, demikian menurut data American Petroleum Institute (API).

Data rasmi inventori bahan api AS akan dikeluarkan lewat hari ini oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).

Penganalisis menjangka OPEC akan terus mengurangkan pengeluaran sehingga 2018.

Goldman Sachs menjangka Brent akan didagangkan pada purata AS$58 satu tong pada 2018. –

=EZY=

Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia turun pada AS$52.09 setong

SINGAPURA 2 OKT: Harga minyak turun hari ini berikutan peningkatan pengiraan penggerudian di Amerika Syarikat (AS).

Penanda aras dagangan hadapan minyak mentah Brent turun enam cent pada AS$52.09 satu tong pada 0645 GMT, lapor REUTERS.

West Texas Intermediate (WTI) pula susut lapan cent pada AS$49.72 satu tong.

OPEC dan beberapa negara bukan ahli lain bersetuju minggu lalu untuk melanjutkan pengurangan pengeluaran sekitar 1.8 juta tong sehari sehingga akhir suku pertama 2018.

Bagaimanapun, peningkatan penggerudian minyak syal di AS membantutkan usaha OPEC itu.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia cecah paras tertinggi sejak Julai 2015

NEW YORK 26 SEPT: Harga minyak dunia melonjak lebih tiga peratus dengan Brent mencecah paras tertingginya dalam tempoh lebih dua tahun.

Peningkatan itu didorong beberapa faktor, terutama perakuan pengeluar minyak utama dunia bahawa pasaran global kini dalam proses kembali seimbang selain ancaman Turki untuk menyekat minyak daripada rantau Kurdistan Iraq ke pelabuhannya.

Kontrak penanda aras antarabangsa, Brent bagi November naik AS$2.16, atau 3.8 peratus kepada AS$59.02 setong iaitu paras tertingginya sejak Julai 2015, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Dagangan bagi kontrak Amerika Syarikat, West Texas Intermediate (WTI) bagi November pula naik AS$1.56, atau tiga peratus kepada AS$52.22 setong iaitu paras tertingginya sejak April.

minyak-dunia-naikJurang antara WTI dan Brent semakin meluas kepada AS$6.61, iaitu paras paling ketara sejak Ogos 2015.

Turki dalam pengumumannya berkata ia akan melaksanakan pemotongan bekalan menerusi saluran paip yang membawa minyak dari utara Iraq ke pasaran global.

Ia sekali gus memberi kesan lebih besar kepada rantau Kurdish yang bergelut menjayakan referendum kemerdekaannya.

Kerajaan Iraq tidak mengiktiraf referendum itu dan meminta campur tangan negara asing untuk memberi tekanan dengan menghentikan import minyak Kurdish.

“Sekiranya saranan boikot ini berjaya sekitar 500,000 tong minyak mentah akan berkurangan setiap hari daripada pasaran minyak global,” kata Commerzbank dalam notanya.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia berubah sedikit

TOKYO 25 SEPT: Harga minyak berubah sedikit pagi ini, dengan mengekalkan keuntungan pada sesi sebelum ini untuk berada pada paras paling tinggi dalam beberapa bulan.

Pertemuan pengeluar utama minyak di Vienna sebelum ini, merumuskan pasaran kini menuju ke arah pengimbangan semula, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), Russia dan beberapa negara pengeluar lain, yang bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran kira-kira 1.8 juta tong sehari sejak awal 2017, berjaya membantu menaikkan harga minyak sekitar 15 peratus dalam tempoh tiga bulan lalu.

“Sejak mesyuarat terakhir kami pada Julai lalu, pasaran minyak meningkat dengan ketara,” kata Menteri Minyak Kuwait, Essam al-Marzouq, yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Bersama, Jumaat lalu.

Minyak mentah Brent bagi penghantaran November naik 1 cent pada AS$56.87 setong pada 0049 GMT, selepas berakhir naik 0.8 peratus pada Jumaat.

Minyak mentah AS bagi penghantaran November susut 4 cents pada AS$50.62, selepas meningkat 0.2 peratus pada Jumaat.
=EZY=

Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia meningkat

TOKYO 20 SEPT: Harga minyak meningkat lagi pada Rabu selepas Menteri Minyak Iraq berkata Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar minyak mentah yang lain sedang mempertimbang untuk melanjutkan pengurangan bekalan bagi membendung lebihan global.

Kenyataan itu dibuat walaupun laporan menunjukkan peningkatan lebih kecil daripada jangkaan berlaku dalam inventori Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Niaga hadapan US West Texas Intermediate (WTI) meningkat 34 sen kepada AS$49.82 setong. Semalam, kontrak berkenaan menyusut AS$0.43 kepada AS$49.48.

Niaga hadapan Brent pula meningkat 24 sen kepada AS$55.38. Ia ditutup susut 34 sen kepada AS$$55.14 setong dalam sesi terdahulu, tidak jauh daripada paras tertinggi yang dicatatkan dalam tempoh lima bulan iaitu AS$55.99.

HARGA MINYAKKetika alternatif sedang dipertimbang oleh OPEC dan pengeluar lain termasuklah lanjutan pengurangan hasil setiap bulan, ia masih awal untuk menentukan apa akan berlaku selepas bulan Mac depan selepas perjanjian itu tamat tempoh, kata Menteri Minyak Iraq, Jabar al-Luaibi pada persidangan tenaga yang berlangsung di Emiriah Arab Bersatu semalam.

OPEC dan pengeluar lain termasuk Russia bersetuju untuk mengurangkan hasil sebanyak 1.8 juta tong sehari sehingga Mac 2018 dalam usaha untuk mengurangkan inventori minyak global dan menyokong harga.

Beberapa pengeluar berpendapat perjanjian itu patut dilanjutkan bagi tiga atau empat bulan lagi, dan segelintir lagi mahukan lanjutan sehingga akhir tahun depan manakala pengeluar lain termasuk Ecuador dan Iraq menyatakan perlu ada satu pusingan pengurangan bekalan lagi, kata al-Luaibi.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia turun sedikit

NEW YORK 19 SEPT: Harga minyak mentah global susut sedikit pada Isnin tetapi masih kekal hampir kepada paras tertinggi untuk tempoh beberapa bulan berikutan peniaga melihat potensi peningkatan bekalan, yang dijangka berlaku akhir minggu ini.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan niaga hadapan Brent ditutup AS$0.14 lebih rendah kepada AS$55.48 setong, menghampiri paras tertinggi dalam tempoh lima bulan yang dicatatkan pada Khamis lalu, AS$55.99.

U.S. West Texas Intermediate (WTI) pula ditutup naik AS$0.02, hampir kepada paras tertinggi dalam tempoh empat bulan yang dicatatkan Khamis lalu, AS$50.50.

“Mereka masih menganalisa kesan taufan. Perkara besar minggu ini adalah mengenai laporan inventori yang akan menjadi penentu harga minyak mentah,” kata penganalisis di Again Capital Management di New York, John Kilduff.

Katanya, walaupun kilang penapisan mula beroperasi, import di pelabuhan yang dibuka semula dilihat akan melonjakkan bekalan.

Kilang penapisan di Teluk Mexico dan Carribean mula beroperasi selepas ditutup susulan taufan Harvey dan Irma melanda rantau berkenaan dalam tempoh tiga minggu lalu.

Loji penapisan Deer Park milik Royal Dutch Shell Plc di Texas adalah antara yang terbaharu memulakan semula operasi pada Ahad lalu.

Loji berkenaan boleh memproses 325,700 tong minyak sehari.

Walaupun kilang penapisan mula meningkatkan permintaan, lebih banyak pengeluaran datang dari dalam talian di Amerika Syarikat (AS).

Pengeluaran minyak syal AS bagi Oktober dijangka meningkat kepada 79,000 tong sehari kepada 6.09 juta tong sehari, menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga AS dalam laporan bulanannya pada Isnin.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia jatuh 2%

NEW YORK 2 OGOS: Harga minyak dunia mencatatkan kejatuhan dua peratus daripada paras dua bulan tertinggi semalam apabila pengeluar minyak mentah utama dunia meneruskan pengeluaran pembekalan.

Ia mencetuskan kebimbangan kepada pelabur selepas peningkatan rali yang stabil sejak beberapa minggu lalu mungkin terlebih nilai dan terlalu cepat, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Aktiviti penjualan mula berlaku pada penghujung pagi apabila harga minyak mencecah paras terendah Isnin dengan lebih 925,000 kontrak hadapan AS didagangkan menjadikan pasaran dagangan yang paling sibuk untuk tempoh tiga minggu.

Pengeluaran ahli OPEC mencatatkan kenaikan pada Julai berdasarkan tinjauan Reuters di sebalik lanjutan usaha pengurangan bekalan.

Ia mencetuskan aktiviti penjualan minyak AS yang menyaksikan peningkatan besar melebihi 16 peratus sejak akhir Jun.

Laporan inventori AS pada Selasa dan Rabu dijangka akan menyaksikan stok simpanan minyak menjunam 2.9 juta tong minggu lalu, iaitu penurunan mingguan kelima berturut-turut.

Minyak mentah Brent berlegar lebih rendah 94 cent atau 1.8 peratus kepada AS$51.78 setong, manakala minyak mentah AS turun AS$1.01, atau dua peratus kepada AS$49.16 setong.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA EKONOMI

Harga minyak dunia terus susut

NEW YORK 2 MEI: Harga minyak mentah susut satu peratus semalam berikutan peningkatan hasil di Libya.

REUTERS melaporkan penyusutan itu juga didorong oleh tindakan Amerika Syarikat (AS) berhadapan dengan pengeluar OPEC bertujuan untuk menyelesaikan kemelut lebihan bekalan global.

Petanda pertumbuhan pengeluaran di China yang lebih perlahan daripada jangkaan dan data yang lebih lemah dalam sentimen pengeluaran AS juga memberi kesan kepada permintaan minyak mentah dan pasarannya.

Minyak penanda aras global, Brent bagi Julai ditutup rendah 53 cents kepada AS$51.52 setong manakala minyak mentah AS bagi Jun susut 49 cents atau satu peratus kepada AS$48.84 setong.

Jumlah dagangan adalah terhad dengan 336,000 kontrak niaga hadapan AS bertukar tangan, kurang daripada purata harian sebanyak 520,000 kontrak. Harga minyak AS susut dalam sembilan daripada 13 sesi terdahulu.

Pengurus Penyelidik Pasaran di Tradition Energy, Gene McGillian berkata pasaran terus menunjukkan aliran menurun. Minyak mentah AS telah kerugian hampir sembilan peratus sejak 11 April lalu, didorong oleh ketidaktentuan pasaran.

Selain itu, ia juga disebabkan oleh inventori minyak mentah yang perlahan di seluruh dunia selepas pengeluar utama bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari bagi separuh pertama tahun ini.

Negara pengeluar OPEC dan bukan OPEC akan bermesyuarat pada 25 Mei ini untuk membincangkan sama ada perjanjian pengurangan itu perlu diteruskan atau tidak.

=EZY=