Categories
PBT SELANGOR

MPKj sedia khidmat lupus barang mangsa banjir

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 24 JUN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyediakan khidmat pelupusan barang mangsa yang musnah dan rosak ekoran insiden banjir di Hulu Langat, baru-baru ini.

Yang Dipertua MPKj, Mohd Sayuthi Bakar berkata, pihaknya bersama pertubuhan badan bukan kerajaan kini giat melaksanakan kerja pembersihan di beberapa premis termasuk sekolah.

Katanya, seramai 48 anggota dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MPKj serta Skuad Pantas turun ke lokasi untuk menghulurkan bantuan.

“Operasi pembersihan masih diteruskan hingga kini dan MPKj turut menyediakan perkhidmatan pelupusan barang yang sudah rosak ekoran banjir,” katanya.

Sementara itu, ketika mengulas kejadian banjir di kawasan terbabit, Mohd Sayuthi berkata, ia berpunca daripada pelbagai faktor antaranya taburan hujan luar biasa.

MPKJ_SAYUTINamun, katanya, pembuangan sampah tidak terkawal dalam kalangan masyarakat juga menyumbang kepada insiden berkenaan.

“Masyarakat harus mengubah sikap untuk tidak membuang sampah ke dalam sungai atau longkang kerana apabila hujan lebat, air akan menolak sampah itu ke satu sudut, sekali gus tidak mampu mengalir dan terjadinya banjir,” katanya.

Categories
PBT SELANGOR

30 rumah diberi notis ubahsuai jadi premis niaga

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 12 APRIL: Sebanyak 30 premis diberi notis dan kompaun oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) terhadap pengusaha dan peniaga mengubahsuai rumah menjadi premis perniagaan.

Yang Dipertua MPKj, Mohd Sayuthi Bakar berkata, operasi bersepadu itu dilaksanakan bersama jabatan teknikal bagi membanteras peniaga haram agar tidak mengganggu ketenteraman penduduk di kawasan terbabit.

“Terdapat beberapa premis yang telah lama diubahsuai menjadi premis perniagaan.

“Kita akan mengambil kira dalam program penggantian Rancangan Tempatan akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya telah melakukan inventori terhadap 30 rumah dipercayai diubah menjadi premis perniagaan seperti kedai runcit dan tindakan diambil dengan mengeluarkan notis serta kompaun kepada pemilik.

“Kita mengarahkan pemilik premis mematuhi syarat ditetapkan. Tindakan dikenakan mengikut kes.

“Kita tidak mempertimbangkan walau sebuah rumah dijadikan premis perniagaan dan mereka perlu menukar balik menjadi kediaman,” katanya.

=EZY=

Categories
SELANGOR

MPKj larang penjaja pakai crocs ketika berniaga

OLEH SYAZWANI SUFIAN

KAJANG, 6 APRIL: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) melarang penjaja khususnya pengendali makanan di kawasan seliaannya memakai selipar berbentuk ‘crocs’ ketika menjalankan perniagaan.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (MPKj), Mohd Yazid Abdul Razak berkata, pihaknya melarang keras penjaja memakai selipar dan sandal bagi menjaga kebersihan makanan.

“Ada segelintir penajaja tidak mahu memakai kasut, namun mengenakan selipar crocs. Perlu diingatkan selipar crocs boleh menyebabkan air bertakung mengakibatkan air terpercik ke dalam makananan.

“Oleh itu, kita melarang sama sekali selipar itu digunakan pengendali makanan,” katanya ketika menyampaikan taklimat dalam seminar ‘Green Your Day’ dan Kempen Kesedaran Alam Sekitar kepada 100 peserta terdiri daripada penjaja pasar ramadan, pasar malam, pasar siang dan pasar tani.

Pada masa sama, Yazid berkata, peraturan itu perlu dipatuhi pengendali makanan kerana mereka adalah antara penyumbang utama kepada pencemaran makanan.

penjajaBeliau berkata, pihaknya mewajibkan pengendali makanan termasuk mana-mana individu terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan menghadiri Kursus Pengendalian Makanan (KPM) yang diiktiraf MPKj sebelum menjalankan perniagaan.

“Mana-mana pengendali makanan didapati gagal mematuhi peraturan ini dianggap melakukan kesalahan dan boleh disabit.

“Antara peraturan yang perlu dipatuhi adalah keadaan diri yang kemas dan bersih iaitu sentiasa memakai penutup kepala, kuku hendaklah pendek dan bersih, tidak merokok serta memakai kasut,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

‘Green Your Day’ sokong kempen bebas plastik

OLEH SYAZWANI SUFIAN

KAJANG, 6 APRIL: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri terhadap galakan kitar semula, pengurangan penggunaan beg plastik dan polisterina di kawasan pentadbirannya.

Inisiatif itu dilakukan menerusi penganjuran seminar ‘Green Your Day’ dan Kempen Kesedaran Alam Sekitar di Dewan Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, hari ini.

Seminar terbabit turut disertai SIRIM Berhad, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Syarikat FEP Management dan Consultant serta Kitchen Technology Sdn Bhd bagi memberi pendedahan kepada peniaga.

Pada masa sama, SIRIM turut memperkenalkan inisiatif baru iaitu projek Pembungkusan Green-Blue (GB) menggabungkan konsep biodegradasi dan pembaik pulih sumber menyokong kelestarian alam sekitar.

Pengurus Besar Teknikal dan Jabatan Operasi Pembungkusan, Noor Hayati Mokhtat berkata, GB digunakan bagi mengganti polisterina yang lebih berbahaya dan dianggap sebagai pemusnah alam sekitar kerana ia tidak boleh dihapus atau dikitar semula.

20170406_120526“GB diperbuat daripada kertas (paperboard) yang lebih selamat apabila diletakkan makanan serta boleh menampung berat sehingga 0.5 kilogram (kg).

“Ia juga boleh memulihara alam sekitar, menjimat sumber, mengurangakan beban tapak pelupusan dan berciri eko-inovasi,” katanya.

Katanya, orang ramai dan penjaja perlu menitik berat penggunaan pembungkusan makanan serta mengambil tahu risiko steroform dan polisterin.

“Kedua bahan ini bersifat pembunuh dalam senyap apabila makanan panas dimasukkan ke dalam bekas.

“Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat juga menyenaraikan polisterin sebagai bahan buangan kelima paling bahaya untuk persekitaran serta mengancam sumber alam semula jadi,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

MPKj sedia 10,000 tapak pasar juadah sempena Ramadan

OLEH : AFIX REDZUAN

KAJANG, 27 MEI: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memperuntukkan hampir 10,000 tapak perniagaan pasar juadah sempena bulan Ramadan.

Yang Dipertua MPKj, Mohd Sayuthi Bakar, berkata pasar juadah ditempatkan di 34 lokasi selain lima pusat Karnival Ramadan.

Bazar RamadanTiga daripada lokasi Karnival Ramadan dibuka di Bangi sementara satu di Semenyih dan Pekan Kajang.

“Kita mengenakan caj RM400 untuk setiap tapak dengan pengagihan RM200 kepada MPKj dan RM200 untuk penganjur.

“Penganjur menyediakan kemudahan sesuai untuk peniaga terutama di kawasan berdekatan perumahan penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan MPKj Bil 5/2016 di Bilik Mesyuarat Chempaka Putih 1, Menara MPKj.

Katanya, untuk tahun ini peniaga tidak berpuas hati dengan dengan penganjur terutama mengenai soal bayaran hendaklah mengemukakan surat rasmi kepada MPKj.

“Penganjur yang bersalah boleh dikenakan tindakan disenarai hitam dan tidak lagi boleh menganjurkan pasar juadah untuk tahun akan datang.

“Kita tidak mahu sekadar cakap-cakap sahaja tanpa sebarang aduan rasmi,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Sembilan kenderaan disita buang sampah haram

OLEH : AFIX REDZUAN

KAJANG, 27 MEI: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyita sembilan kenderaan digunakan dalam aktiviti pembuangan sampah haram sepanjang Mei 2016.

Yang Dipertua MPKj, Mohd Sayuthi Bakar, berkata empat lokasi dikenalpasti adalah Kampung Simpang Balak, Kampung Batu 3 Jalan Bangi Lama, Kampung Sungai Ramal dan Kampung Sungai Sekamat.

“Kita menahan kenderaan mereka selama seminggu selain mengenakan kompaun RM1,000 tanpa sebarang pengurangan.

“Sebenarnya kawasan ini kita mengawalnya secara bergilir-gilir secara senyap,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan MPKj Bil 5/2016 di Bilik Mesyuarat Chempaka Putih 1, Menara MPKj.

Dalam perkembangan sama, MPKj akan mengadakan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Malaysia bagi memantau lambakan warga asing di kawasan pasar malam.

Dua lokasi dikenalpasti untuk tindakan susulan di Pasar malam Taman Impian Ehsan dan Kampung Baru Balakong.

“Kita tumpu kawasan ini dipercayai menjadi lokasi warga asing bekerja sebagai peniaga atau mungkin mereka sendiri pemilik perniagaan.

“Difahamkan juga terdapat juga warga asing Myanmar yang bekerja di kawasan kilang sekitar itu,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

MPKj tembak 383 gagak elak gangguan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 OKT: Sebanyak 383 burung gagak berjaya ditembak oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) baru-baru ini.

Unit Perancangan Korporat & Perhubungan Awam dalam kenyataan media memaklumkan aktiviti itu dilakukan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dan Kelab Menembak Kajang ekoran aduan gangguan bau najis, bunyi dan najis burung yang bertaburan.

“Kehadiran burung gagak ini seringkali tertumpu di kawasan yang mempunyai sumber makanan seperti medan selera, tapak pembuangan sampah dan di kawasan teduhan seperti pokok rendang sebagai tempat pembiakan di kawasan Kajang.

Tembak gagak“Burung gagak banyak memberi kesan buruk kepada manusia dan menjadi salah satu punca penularan wabak penyakit seperti selsema burung (H5N1), keracunan makanan (najis burung), pepijat, hama, dan penyakit yang boleh menyebabkan kematian.

“Selain itu, najis burung gagak juga mengandungi asid yang boleh merosakkan cat kenderaan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, katanya, pihak jabatan bersetuju melantik Kelab Menembak Kajang menjalankan kerja menembak gagak di kawasan operasi Majlis Perbandaran Kajang sebagai kawalan daripada pembiakan yang tidak terkawal populasi burung gagak.

MPKj berharap dengan adanya aktiviti menembak gagak di Bandar Mahkota Cheras, Kajang, dan Semenyih tahun ini dapat mengurangkan aduan gagak liar serta mengurangkan populasi di lokasi itu.

“Ia secara tidak langsung dapat menyekat dari penularan wabak penyakit. Aktiviti ini dijadikan sebagai aktiviti rutin jabatan bagi menangani masalah gagak liar di kawasan operasi MPKj setiap tahun,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Moonwalk Jogathon di Mahkota Cheras 10 Oktober

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 17 SEP: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) akan mengadakan Moonwalk Jogathon 8km dalam Karnival Kebudayaan Mahkota Cheras 2015, pada 10 Oktober ini.

Menurut laman sesawang facebook MPKj, juara moonwalk akan menerima wang tunai RM400, basikal, pingat dan sijil pernghargaan

mpkjSementara itu, pemenang tempat kedua akan membawa pulang wang tunai RM200 dan tempat ketiga RM100 serta hamper, pingat dan sijil penghargaan.

Program akan bermula seawal jam 6.00 pagi bertempat di Taman Rekreasi Bandar Mahkota Cheras.

Moonwalk Jogathon terbuka kepada orang ramai khususnya penduduk Kajang yang berumur 13 tahun ke atas dengan yuran penyertaan RM25 seorang.

Program itu adalah anjuran MPKj bersama Pesta Tanglung Universti Kebangasaan Malaysia (PTUKM).

-NFN-

Peruntukan RM4.8 juta naik taraf Sungai Jeluh elak banjir di Kajang

Bagi mengatasi masalah banjir di Kajang, RM4.8 juta dibelanjakan menaiktaraf Sungai Jeluh. 33 unit gerai di atas tanah rezab JPS diberi notis pengosongan oleh MPKj.

Categories
SELANGOR

RM4.8 juta naik taraf sungai elak banjir di Kajang

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 7 JULAI: Bagi mengatasi isu banjir di Kajang, Kerajaan Negeri membelanjakan sebanyak RM4,8 juta bagi kerja menaiktaraf Sungai Jeluh berhampiran Pasar Bandar Kajang.

Kerja menaiktaraf bermula 31 Mac 2015 hingga 30 Mac 2016 itu dilaksanakan syarikat yang dilantik Jabatan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor, Raf Bina (M) Sdn Bhd.

kajang 4Exco Infrastruktur, Mohd Zaidy Abdul Talib berkata, pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sudah pun menyerahkan notis pengosongan kepada 33 pemilik gerai yang didirikan di atas tanah rezab sungai di kawasan terlibat.

“Pihak kontraktor tidak dapat melaksanakan kemajuan kerja mengikut jadual perancangan di tapak kerja disebabkan pemilik gerai masih belum berpindah seperti diarahkan walaupun peniaga ini diberikan tapak di pasar.

“Sebelum ini tiga notis pengosongan diserahkan MPKj, yang pertama berakhir pada 31 Mei, notis kedua berakhir pada 16 Jun dan notis ketiga berakhir pada 22 Julai 2015.

“Diharap peniaga dapat memikirkan bukan kepentingan sendiri sahaja tetapi kepentingan awam lebih utama,” kata Mohd Zaidy pada sidang media Lawatan Tapak Projek Sungai Jeluh di bandar Kajang di sini, semalam.

Jelas Mohd Zaidy, Kerajaan Negeri sedia mempertimbangkan sebarang cadangan wakil peniaga terbabit berhubung tapak niaga baru yang diperuntukkan Kerajaan Negeri.

kajang 3“Isu pampasan tidak timbul sebab tanah ini memang tanah rizab sungai dan tempoh pajakan juga sudah tamat tetapi MPKj boleh mendengar cadangan mereka berhubung tapak baru itu, asalkan mereka mahu berpindah,” kata Mohd Zaidy lagi.

Sementara itu ketika menyentuh kerugian ditanggung akibat kelewatan projek yang sudah mencecah 50 hari, Mohd Zaidy berkata, pihak kontraktor kerugian kira-kira RM523,100 dan dijangka terus meningkat.

Jumlah kerugian itu merangkumi kelewatan kerja berdasarkan kemajuan kerja seperti kos jentera, kos pemasangan struktur ‘L-shape’, kos buruh dan kos kerja harian sebanyak RM486,000.

Manakala kelewatan kerja perobohan mengakibatkan anggaran kerugian sebanyak RM37,100 yang melibatkan kos jentera, kos buruh dan kos lori apabila kedua-dua faktor ini memberi implikasi kepada JPS Selangor.

“Selain kerugian kewangan, semakin lambat disiapkan, bandar Kajang terus berdepan masalah banjir terutama pada musim tengkujuh yang membawa hujan banyak,” kata Mohd Zaidy lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Jajaran jalan baru atasi kesesakan Kajang

Oleh:  AFEEQA AFEERA

KAJANG, 31 MEI: Jajaran jalan baru yang menghubungkan Bandar Baru Bangi dan Bandar Tekonologi Kajang akan dibina bagi mengurangkan kesesakan trafik di kawasan itu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Sayuthi Bakar berkata, ia melibatkan pembinaan persimpangan bertingkat bermula dari Persiaran Bangi merentasi Jalan Reko dan landasan kereta api ke Kajang 2 seterusnya Nadayu 92, Tropicana Heights.

Katanya, ia akan disiapkan dalam tempoh 18 bulan bermula 14 April lalu hingga 13 Oktober 2017 dengan anggaran kos RM49.3 juta.

kajang-bandar“Buat masa ini, kenderaan dari Bandar Baru Bangi ke Bandar Teknologi Kajang/Semenyih perlu membuat pusingan dan melalui terowong di Jalan Reko atau bandar Kajang.

“Pembinaan jaringan jalan baru akan menghubungkan dua kawasan ini dengan mudah dan sempurna tanpa melalui bandar Kajang.

“Secara langsung, isipadu aliran lalu lintas di bandar Kajang akan dikurangkan terutama pada waktu puncak dan memberi manfaat kepada kira-kira 50,000 penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Kontrak bagi Cadangan Pembinaan Persimpangan Bertingkat Kajang 2 dan Majlis Menandatangani Perjanjian Cadangan Pembinaan Jabatan ke Bandar Teknologi Kajang di Menara MPKj, baru-baru ini.

sayuthi bakarSayuthi berkata, jaringan jalan berkenaan turut melibatkan pembinaan jambatan baru Bandar Teknologi Kajang dengan anggaran kos RM5.729 juta.

Beliau berkata, kerja pembinaan jambatan itu akan dimulakan selewat-lewatnya awal tahun depan dan dijangka siap sebelum 13 Oktober 2017.

“Kerja pembinaan ini melibatkan jambatan sedia ada yang akan dinaik taraf dari ‘single carriageway’ kepada ‘double carriageway’ dengan penambahan struktur jambatan baru.

“MPKj berharap jajaran baru ini dapat memberi kemudahan kepada penduduk sekitar dan kerja pembinaan berjalan mengikut jadual perancangan yang ditetapkan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

APA KES? Pemaju The Lourve diarah henti kerja pembinaan serta-merta

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 24 APR: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengarahkan kerja pembinaan projek kondominium mewah 36 tingkat dan unit kedai The Louvre di Jalan Sungai Ramal dihentikan serta-merta.

Adun Bangi, Mohd Shafie Ngah dalam laman sosial facebooknya berkata, hal itu disebabkan kontraktor projek terbabit didapati melakukan beberapa pelanggaran syarat mengurus kerja di tapak projek itu.

“Adun Bangi mendapat respons segera daripada Yang DiPertua MPKj seperti berikut: tanah ini adalah tanah komersial. Adalah hak pemaju untuk memajukan tanah itu.

the lourve“Berkenaan bantahan terbabit, MPKj akan beri laporan lengkap kepada pejabat Adun Bangi sedikit masa lagi.

“Namun, kerja pembinaan diarah berhenti serta-merta petang ini (22 April) oleh MPKj atas sebab beberapa pelanggaran mengurus di situ. Kami akan maklumkan perkembangan terkini nanti,” tulis Shafie.

Sebelum ini, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah mendakwa pemaju projek berkenaan tidak mematuhi spefikasi pembinaan yang terkandung dalam RT MPKj (Penggubahan 1 – 2020).

maahad hamidiahProjek berkenaan juga didakwa tidak mematuhi sempadan projek dan tidak menyatakan nombor fail serta tarikh dalam papan tanda projek.

Projek mewah itu mendapat bantahan orang ramai kerana mengancam keselamatan, mengganggu pembelajaran, mewujudkan persekitaran tidak sihat terhadap pelajar dan menjadikan tapak sekolah rebutan pemaju.

-NFN-