Categories
SELANGOR

MPKj sita lori sampah, pantau pembakaran terbuka Sungai Serai

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 MAC: Kerajaan Negeri masih memantau masalah yang membelenggu kira-kira 500 penduduk di Kampung Sungai Serai, Kajang yang mengadu sesak nafas ekoran pembakaran terbuka di kawasan terbabit.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, aktiviti itu masih dalam pemerhatian supaya perkara sedemikian tidak berulang kembali walaupun masalah terbabit sudah diambil tindakan oleh pihak berwajib.

gambar hiasan
gambar hiasan

“Saya dimaklumkan bomba sudah memadam api terbabit dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) juga menyita lori sampah berkenaan. Bagaimanapun, kita akan memantau masalah itu secara berterusan supaya tidak berulang,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Elizabeth berkata, Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan tegas kepada individu atau kumpulan yang ingkar.

“Sesiapa yang masih degil akan didakwa ke mahkamah dan hukuman jika didapati bersalah adalah denda maksima RM500,000 atau penjara maksima lima tahun,” katanya.

Elizabeth menganggap masalah itu serius dan boleh mengundang masalah kesihatan kepada penduduk berhampiran.

Elizabeth Wong Komen Khaled Nordin“Kita tidak mahu perkara itu akan mengundang rasa tidak selamat penduduk seterusnya kesihatan mereka terganggu,” katanya.

Sebelum ini, laporan akhbar memaklumkan aktiviti pembuangan sampah haram berhampiran rumah penduduk dikesan sejak setahun lalu sebelum pembakaran terbuka dilakukan dipercayai bagi melupuskan sampah yang bertimbun.

“Asap tebal yang menyelubungi kawasan kampung menyebabkan ada beberapa penduduk terpaksa mendapat rawatan dan terlantar di hospital beberapa hari akibat sesak nafa,” katanya.

Kataya, pembakaran bermula waktu petang dan berlanjutan hingga ke malam, bahkan asap berbau hangit akan memenuhi udara hingga tengahari.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Pentadbiran YDP MPKj baharu berubah ikut keperluan, peredaran zaman

Oleh: AFIX REDZUAN

KAJANG, 9 JAN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) perlu memandang ke hadapan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat memandangkan pemikiran mereka kini berubah mengikut keperluan dan peredaran zaman.

Yang DiPertua (MPKj) yang baharu, Mohd Sayuthi Bakar berkata, aspek penambahbaikan perlu dilakukan secara berterusan dalam menangani masalah awam seperti kutipan sampah.

“Misalnya, sampah kita boleh sediakan kaedah kutipan yang baik tetapi jika masyarakat tidak boleh menerima akhirnya mereka membuang sampah di tempat biasa.

sayuthi bakar“Akhirnya, kita yang terpaksa menambah tenaga dan kos untuk mengumpul serta melupuskan,” katanya.

Mohd Sayuthi secara rasmi mengangkat sumpah sebagai YDP MPKj hari ini menggantikan Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman sambil ditemani Timbalan YDP Tuan Zulkefli Khalid.selepas masjlis angkat sumpah, di sini, hari ini..

Pelantikan itu dibuat ekoran persaraan Datuk Hasan, pada 9 Disember lalu selepas menjawat jawatan berkenaan selama tujuh tahun bermula 2007.

Pada masa sama, Mohd Sayuthi berharap dapat bekerjasama dengan semua pihak terutama kakitangan MPKj dan Ahli Majlis dalam membangunkan kawasan Kajang.

mpkj“Kita perlu kenal pasti masalah masyarakat dan persekitaran untuk diselesaikan secara bersama.

“Saya lihat mentaliti penduduk dah berubah dan kita pun kena berubah. Apa yang cuba saya terapkan supaya menambahbaik secara berterusan, buat program,” katanya.

Mohd Sayuthi sebelum itu meluangkan masa melihat persiapan rombongan petugas MPKj yang berlepas ke Kelantan dalam Misi Bantuan Pembersihan Bencana Banjir di negeri itu membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor.

Sebelum dilantik menjadi YDP Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Mohd Sayuthi berkhidmat sebagai YDP Majlis Perbandaran Sepang.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Adun Umno tegur PBT, MPKj sudah ambil tindakan

Oleh: NURUL FARINA NAZLAN dan AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM: Adun Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz mahu tindakan tegas dikenakan terhadap pemaju yang ingkar dengan syarat pembangunan hingga menyebabkan banjir lumpur.

Beliau berkata, banjir lumpur berulang kali itu berlaku di beberapa kampung di Batu 3, Jalan Bangi hingga tenggelam apabila hujan lebat.

mpkjKatanya, ia berpunca dari sikap pemaju yang rela membayar kompaun pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana mampu berbuat demikian berikutan jumlahnya rendah.

“Harap pentadbiran Kerajaan Selangor menilai kembali pelan pembangunan. Tindakan tegas perlu diambil kepada pemaju dan Kerajaan Negeri jangan hanya bercakap kosong.

“Selain banjir lumpur, pelbagai isu akan saya bangkitkan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) antaranya isu sampah dan air,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, 5 November lalu.

Penyelaras DUN Semenyih, Hamidi Abu Hassan, pula berkata pihaknya dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sudah mengarahkan kontraktor projek pembangunan itu untuk menyelenggara sistem perparitan.

Katanya, masalah itu tidak timbul lagi berikutan tindakan penyelenggaraan dan menaik taraf longkang dilakukan awal tahun ini.

“Kebanyakan isu itu diambil tindakan cepat oleh MPKj, Ahli Majlis dan kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor.

“Masalah sudah lama tetapi awal tahun ini kita sudah ambil tindakan dan air dapat disalirkan dengan betul ketika hujan lebat,” katanya.

Categories
SELANGOR

Naik taraf kemudahan elak Kajang dilanda banjir kilat

Oleh: HAFIZAN TAIB

KAJANG, 28 OKT: Kerajaan Negeri memberi perhatian khusus untuk mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku di Kajang dengan mendalamkan sungai sedia ada.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, masalah banjir kilat itu mendapat perhatian Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali untuk diselesaikan segera.

kajang banjirKatanya, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan menjalankan kerja pembaikan termasuk menaik taraf kemudahan di sini.

“Ia juga meliputi rancangan untuk mendalamkan Sungai Jelok,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Banjir berlaku beberapa kali di sini dalam tempoh beberapa tahun dengan yang terbaru pada 29 September lalu.

Yang Dipertua MPKj, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman berlata, banjir kilat yang baru lalu itu dapat diatasi dalam tempoh kurang setengah jam oleh MPKj dan JPS.

“Akibat hujan lebat dan dari pokok yang tumbang di sungai berhampiran jambatan di bandar ini.
“Bila ia diangkat dan dialihkan cepat maka banjir itu dapat ditangani segera,” katanya.

Hassan Nawawi berkata, jambatan berhampiran pasar itu sudah melalui proses pembaikan dan dinaiktarafkan bagi salah satu usaha mengatasi masalah banjir di situ.

EZY

Categories
SELANGOR

RM1.5 juta urus pembersihan sampah MPKj

Oleh: HAFIZAN TAIB

KAJANG, 28 OKT: Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan awal RM1.5 juta kepada MPKj bagi pengurusan kerja pembersihan sampah di kawasan pentadbirannya.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, masalah sampah memang menjadi isu utama Kerajaan Negeri untuk diselesaikan di negeri ini.

Lawatan Exco Ean Yong ke MPKJ (3)Katanya, Kerajaan Negeri mahu kerja pembersihan sampah dijalankan secara berterusan di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu.

“Kita mahu semua PBT menjalankan kerja pembersihan secara ‘in house’ dalam masa dua ke tiga tahun.

“Kempen pembersihan ini digerakkan di seluruh PBT dan sudah bermula, kita akan lihat dalam tiga bulan ini adakah ia lebih efektif dari apa yang kita ada sekarang,” katanya dalam sidang media di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di sini, hari ini.

Katanya, tumpuan diberikan bagi pembersihan kawasan awam membabitkan sisa pepejal dan pukal.

B1B1myZCQAAsZSx“Kita banyak terima aduan mengenai perkara ini. Kita nak selesaikan masalah dihadapi rakyat.

“Peranan PBT penting dalam isu ini kerana PBT dekat dengan rakyat,” katanya.

Yang Dipertua MPKj, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman berkata, PBT itu akan memohon peruntukan tambahan bagi kerja-kerja pembersihan berkenaan.

“Peruntukan awal sudah diterima tetapi ia memerlukan penambahan lagi,” katanya.

Difahamkan MPKj memohon peruntukan tambahan sebanyak RM3.2 juta.

EZY

Categories
SELANGOR

MPKj tingkat sistem perparitan elak banjir berulang

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 1 OKT : Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sedang giat menjalankan kerja-kerja pembersihan longkang dan sistem perparitan di sekitar kawasan itu bagi memastikan masalah banjir kilat tidak berulang lagi.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Kamarul Izlan Sulaiman, berkata aktiviti pembersihan digerakkan sehingga lewat malam dan masih berterusan sehingga ia selesai sepenuhnya.

Katanya sistem perparitan juga akan ditingkatkan dari masa ke masa bagi menjamin penduduk tidak lagi berdepan masalah sama.

“Tindakan kita bagi menangani isu banjir kilat adalah membersihkan kawasan longkang perbandaran dan meningkatkan sistem perparitan.

d07fad85cc9c43f0ae6641d382554233“Semasa kejadian banjir kilat tempoh hari, kerja-kerja pembersihan dilakukan sehingga waktu malam dan ia masih berlangsung semalam dan sudah selesai sepenuhnya,” katanya.

Kelmarin, hujan lebat selama lebih sejam menyebabkan beberapa kawasan termasuk pekan Kajang dan Kampung Sungai Kantan dilanda banjir kilat.

Hujan lebat yang bermula kira-kira jam 4 petang itu mengakibatkan banjir berulang di kawasan sama selepas insiden berkenaan pernah berlaku 10 bulan lalu.

Pada Disember tahun lalu, banjir kilat akibat hujan lebat menjejaskan pekan itu dengan peniaga dan orang awam mengalami kerugian apabila harta dan kenderaan mereka rosak ditenggelami air.

Menceritakan insiden banjir kilat berkenaan, Kamarul berkata ia berpunca daripada hujan lebat yang bermula sejak pukul 3 hingga 4.30 petang kelmarin. Banjir mengakibatkan jalan raya ditenggelami air, premis perniagaan terjejas dan lalu lintas terhalang.

2ed2a76a2c92c2d45fd58e2dd69525a0“Tindakan kita ialah menghantar pasukan pembersihan dari Jabatan Perbandaran Persekitaran, Jabatan Landskap dan Skuad Pantas untuk membantu membersihkan kawasan lumpur dan sampah sarap.

“Namun keadaan banjir semakin surut selepas itu antara pukul 5 hingga 5.30 petang,” katanya lagi.

HM

Categories
SELANGOR

MPKj lupus 2,268 VCD & CD haram, operasi berterusan banteras dilaksanakan

KAJANG 15 OGOS: Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) melupuskan sebanyak 2,268 keping cakera padat video (VCD) dan cakera padat (CD) bernilai hampir RM20,000 yang dirampas dalam beberapa serbuan sebelum ini dilupuskan.

Timbalan Yang Dipertua MPKj, Zul-Kefli@Zulkefli Khalid berkata, MPKj mengenal pasti beberapa lokasi panas menjadi lubuk jualan VCD tanpa lesen dan beroperasi secara haram antaranya termasuk Kajang Prima, Balakong, Sungai Chua dan Sungai Long.

mpkjPihak majlis katanya, turut menerima banyak aduan daripada orang ramai yang rimas dengan kewujudan penjaja menjual VCD di kaki lima, pasar malam dan kawasan terbuka.

Zul-Kefli berkata, Jabatan Penguatkuasaan MPKj akan menjalankan operasi berterusan supaya aktiviti perniagaan VCD tanpa lesen dapat dibanteras.

“Kepingan VCD dilupus adalah hasil rampasan antara Januari hingga Mac,angkanya menunjukkan sedikit peningkatan berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya dipetik Sinar Harian.

Menurutnya, tindakan rampasan barang yang dijalankan terhadap peniaga melakukan kesalahan itu diambil di bawah Undang-undang Kecil MPKj 2007 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974

Categories
SELANGOR

MPKj, JAS & Pejabat Tanah perlu bertindak elak sungai tercemar

Oleh: HAFIZAN TAIB

CHERAS, 12 OGOS: Kerja penambakan tanah di tebing sungai di kawasan perindustrian Bandar Mahkota Cheras di sini didakwa mengakibatkan penutupan rezab sungai di situ.

Adun Dusun Tua, Razaly Hassan berkata,Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat perlu menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

razaly hasanKatanya, tindakan dilakukan pihak tidak bertangungjawab itu menyebabkan laluan sungai menjadi sempit dan kebersihan sungai terabai.

“Rezab sungai dimaklumkan iaitu bagi kedua-dua tebing ialah 50 meter tetapi sekarang ia habis ditutup. Air sungai tercemar, sepatutnya mereka bertanggungjawab bagi membersihkan dan membesarkan sungai tetapi sekarang seolah-olah nak menutup.

“Kalau hujan pastinya akan banjir kerana sungai sudah menjadi kecil,” katanya kepada SelangorKini.

Tinjauan mendapati satu laluan tidak bertar sepanjang kira-kira 100 meter di tepi kawasan sungai terhasil ekoran kerja meratakan tanah di kawasan itu.

Razaly berkata, dipercayai kerja penambakan dan meratakan tanah dilakukan pihak tertentu itu adalah bagi pembinaan bangunan atau jalan raya bagi tujuan perindustrian.

“Siasatan dan tindakan segera perlu dijalankan MPKj dan pihak berkuasa lain terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam perkara ini,” katanya.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat berkata, ia tidak harus dibiarkan berlarutan dengan pihak tertentu mengambil kesempatan dalam isu itu.

Penolong Jurutera MPKj, Hasnan Hassan berkata, perkara itu mendapat perhatian pihaknya dan tindakan susulan akan dijalankan selepas ini.

“MPKj akan membuat laporan kepada pihak berkuasa dan jabatan berkaitan,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Penduduk terharu tindakan MPKj bersih parit monsun

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 10 JULAI: Mungkin lambat tetapi melegakan penduduk yang kini gembira dengan tindakan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) membersihkan parit monsun yang didakwa terbiar dipenuhi semak samun sejak lebih tiga tahun lalu.

Kawasan sepanjang kira-kira 50 meter itu menimbulkan kebimbangan penduduk ekoran mendatangkan bahaya dengan kemungkinan merebaknya wabak denggi dan pembiakan haiwan liar.

IMG-20140708-WA0018Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Razaly Hasaan, berkata penduduk menyambut baik usaha dijalankan MPKj bagi mengatasi masalah itu dan ia sesuatu yang wajar selaku Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertanggungjawab.

“Penduduk terharu dengan tindakan dibuat MPKJ. Walaupun seharusnya dibuat lama dulu, tetapi bila mereka lihat kawasan itu sudah terang dan bersih, mereka pun gembira.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada MPKj kerana melaksanakan tanggungjawabnya. Kita minta kerjasama ini berterusan dan berharap MPKj dapat menjalankan kerja pembersihan dua kali setahun seperti dipersetujui,” katanya kepada Selangor Kini.

Berhubung isu itu, Penolong Pengarah Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awamnya, Kamarul Izlan Sulaiman dalam kenyataan kepada Selangor Kini berkata, perkara berkenaan di dalam perhatian MPKj dan langkah pencegahan dilakukan demi keselamatan pihak awam.

mpkj“Berikutan itu Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan MPKj menjalankan lawatan dan pemantauan ke kawasan terbabit pada 13 Jun lalu.

“Kerja pembersihan dan penyelenggaraan parit monsun sudah dijalankan kontraktor dilantik dan selesai pada 5 Julai lalu,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MPKj bersih parit monsun Taman Sr Nanding, resah penduduk berakhir

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 8 JULAI: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) giat menjalankan kerja pembersihan kawasan parit monsun di Taman Sri Nanding, Hulu Langat bagi mengatasi masalah yang meresahkan penduduk taman berkenaan.

Kawasan itu yang dipenuhi semak samun kira-kira 500 meter didakwa mendatangkan bahaya dengan kemungkinan merebaknya wabak denggi dan pembiakan haiwan liar.

mpkjPenolong Pengarah Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awamnya, Kamarul Izlan Sulaiman dalam kenyataan kepada SelangorKini berkata, perkara berkaitan di dalam perhatian MPKj dan langkah pencegahan dilakukan demi keselamatan pihak awam.

“Berikutan itu Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan MPKj telah menjalankan lawatan dan pemantauan ke kawasan terbabit pada 13 Jun lalu.

“Kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan parit monsun telah dijalankan kontraktor dilantik dan selesai pada 5 Julai lalu,” katanya.

Sebelum ini, ADUN Dusun Tua, Razaly Hassan, berkata kawasan longkang atau parit monsun terbiar itu menimbulkan kesusahan kepada penghuni taman itu yang merasakan kehidupan mereka terancam.

“Kita sudah beberapa kali meminta MPKj membersihkan longkang ini tetapi hingga kini pihak berkuasa itu masih lagi tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya.

“Keadaan longkang ini begitu teruk sekali dan ia menyumbang kepada banyak perkara seperti pembiakan nyamuk dan ada juga penduduk kata ular masuk dalam rumah. Longkang ini memang cukup bahaya,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Bazaar diroboh atas bantahan penduduk, timbulkan kesesakan lalulintas

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 30 JUN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bertindak merobohkan Bazaar Ramadan di Taman Putra, Kajang, baru-baru ini apabila penduduk di kawasan perumahan terbabit tidak bersetuju kawasan itu dijadikan lokasi perniagaan.

Hal itu berikutan kewujudan bazaar di kawasan terbabit dipercayai bakal menimbulkan isu kesesakan lalulintas dan kebersihan di persekitaran perumahan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata beliau juga mendapati kawasan terbabit terletak di dalam kawasan DUN Bangi.

bazaar ramadhan a“Berdasarkan siasatan petugas dan Ahli Majlis, kawasan Taman Putra terletak dalam DUN Bangi dan oleh sebab itu kami merujuk isu ini kepada Ahli Majlis di DUN Bangi kerana berkait dengan bidangkuasa MPKj di bawah seliaan mereka.

“Pusat Khidmat Rakyat DUN Kajang dimaklumkan pihak berkenaan bahawa penduduk di kawasan terbabit tidak setuju kawasan berkenaan dijadikan tapak perniagaan.

“Walaupun kawasan itu di luar DUN Kajang, namun kami mengharapkan kerjasama semua pihak dan memohon supaya ada penyelesaian dapat dicapai, terutama di bulan Ramadan yang mulia ini,” kata Wan Azizah dalam kenyataan medianya, hari ini.

wan azizah pc 01Wan Azizah juga menggesa MPKj segera mengemukakan alasan terhadap tindakan merobohkan gerai di bazaar Ramadan yang mendapat liputan negatif media arus perdana.

Beliau berkata, penjelasan MPKj mampu menyekat penularan fitnah, sekali gus membersihkan nama baik majlis itu.

-NFN-

Categories
NASIONAL SELANGOR

Peningkatan denggi dipantau

Dr Daroyah Alwi_01

KAPAR, 13 OKTOBER: Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memantau peningkatan wabak denggi yang semakin meningkat di Selangor.

Exco Kesihatan Selangor, Dr Daroyah Alwi berkata, setakat ini Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) terlibat dalam usaha memerangi wabak ini yang melibatkan beberapa kawasan tumpuan.

“Kita faham peningkatan kes denggi di Selangor dan sekarang ini di PBT yang terlibat antaranya MBSA dan MPKj.

“Mungkin disebabkan oleh sampah dan kawasan yang tidak bersih, longkang yang tersumbat dan keadaan cuaca.

“Jadi pihak Jabatan Kesihatan dan PBT sentiasa memantau tempat-tempat tumpuan kejadian denggi kita pantau dan kenalpasti,” katanya kepada TV Selangor.

Menurut Adun Sementa ini lagi, jawatankuasa penduduk setempat turut dipanggil untuk berbincang mengenai perkara ini supaya mereka mengendalikan program gotong-royong pembersihan kawasan kediaman selain melakukan pemeriksaan di premis perniagaan.

“Pertama akan memanggil jawatankuasa penduduk untuk melaksanakan gotong-royong pembersihan.

“Selain itu pihak PBT akan memberikan kompaun premis-premis yang mempunyai jentik-jentik,” katanya lagi.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor melaporkan, terdapat 11,498 kes dilaporkan setakat 5 Oktober lepas iaitu peningkatan 61.74% berbanding 7,109 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Sebanyak 14 kematian akibat denggi dicatatkan tahun ini berbanding 11 kes bagi tempoh sama pada 2012.

Dalam pada itu, sebanyak 230 lokaliti wabak dilaporkan di seluruh Selangor dengan 75 lokaliti (32.6%) daripadanya di daerah Petaling, 71 lokaliti (30.9%) di Hulu Langat dan 44 lokaliti (19.1%) di daerah Gombak.

Jabatan itu dalam kenyataan menyatakan terdapat 16 lokaliti wabak tidak terkawal dan 22 lokaliti ‘hotspot’ atau wabak berlarutan di Selangor.

Secara keseluruhan, kes denggi di seluruh negara menunjukkan peningkatan apabila 23,829 kes dilaporkan tahun ini.