Categories
SELANGOR

EXCO: Fahami isu, henti sensasikan OktoberFest

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 15 OKT: Penganjuran OktoberFest tidak perlu disensasikan kerana ia hanya membabitkan masyarakat bukan Islam, kata Dato’ Teng Chang Khim.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan dan Pengangkutan itu berkata,sebaliknya semua pihak perlu menghormati budaya dan agama pihak lain bagi menjamin keharmonian hidup.

Katanya, isu itu menjadi hangat apabila ada golongan pelampau sengaja membangkitkannya tanpa memahami sensitiviti masyarakat majmuk.

“Ini satu perkara jelas tak perlu disensasikan melainkan jika pihak penganjur menjemput orang Islam, maka menjejaskan orang Islam.

“Sekiranya itu berlaku, barulah boleh dibangkitkan isu ini tetapi sekarang tidak, pesta ini terhad kepada bukan Islam,” katanya pada sidang medianya di pejabat beliau di Bangunan SUK di sini, hari ini.

Terdahulu, penganjuran ‘OktoberFest 2018’ di Mid Valley mendapat bantahan banyak pihak, namun ia dibenarkan berlangsung kerana tidak melanggar undang-undang.

 

Categories
KENYATAAN MEDIA

Muslimat PAS Melaka kutuk penganjuran Oktoberfest, gagal hormati perlembagaan

Oleh: KINTAN MAN

Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM) mengutuk sekeras- kerasnya penganjuran Oktoberfest yg telah diluluskan oleh Kementerian Pelancongan & Kebudayaan sebagai suatu usaha menarik pelancong ke negeri ini.

1. Perkara 3 Perlembagaan Malaysia menyebut bahawa Agama bagi Persekutuan adalah Islam, dengan ini kenyataan Ketua Menteri Melaka Idris Haron nyata tidak menghormati Perlembagaan Malaysia.

Islam tidak melarang penganut agama lain untuk meminum arak selagimana agama tersebut tidak melarang perlakuan sedemikian, tetapi untuk diberi kelulusan PESTA meminum arak adalah suatu yang amat mendukacitakan sekaligus menafikan Islam sebagai suatu cara hidup serta Rahmatanlil ‘alamin.

2. Ketua Menteri menyeru agar Pemimpin PAS supaya berfikiran terbuka.
DMPNM ingin menyatakan bahawa kami – pemimpin PAS sentiasa berfikiran terbuka berlandaskan Syariat Islam yang terkandung didalam Al-Quran, hadith, dan  ijma’ ulama’.

3.Kami pemimpin PAS sentiasa berpegang teguh, luhur  berpendirian
BAHAWA dengan sesungguhnya beristiqamah untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan AL-AMRU BIL MAKRUF WAN NAHYU ‘ANIL MUNGKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

4.Sewajarnya Ketua  Menteri serta kabinet  yang telah diberi mandat serta kepercayaan oleh rakyat dlm PRU-13
mampu untuk mengemukakan suatu perolehan pertumbuhan ekonomi mapan yang bersih lagi murni  demi pembangunan infrastuktur lebih-lebih lagi kesejahteraan pembangunan modal insan dari segi mental, spiritual serta emosi.
DMPNM merasa amat kesal bilamana PESTA arak ini dijadikan sebagai salah satu produk penjanaan ekonomi serta metod untuk menarik pelancong.

5. Adalah amat jelek di dalam satu negeri, bilamana di satu tempat diadakan Melaka Berselawat dan disatu tempat yang lain diluluskan PESTA minum arak.

Berimanlah dengan kesyumulan Islam, bukannya berselawat  kepada Nabi namun dalam masa yang sama mengingkari ajaran Rasulullah s.a.w .

# Kintan Man adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka

Categories
SELANGOR

MB: ‘Oktoberfest’ tak dapat permit

Oleh: Naeem Raffi

BANTING, 10 OKT: Penganjur pesta arak ‘Oktoberfest’ belum mendapatkan permit dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk mengadakan acara itu yang dijadualkan berlangsung di sebuah pusat membeli-belah di kawasan pentadbiran itu.

Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, sehingga hari ini pihak penganjur, gagal untuk mendapatkan kelulusan.

oktoberfest-logo“Saya diberitahu oleh MBPJ bahawa pihak penganjur tidak diberi kelulusan.

“Pengajur sepatutnya perlu menunjukkan kelulusan yang diterima daripada agensi-agensi berkaitan (polis dan Kastam) sebelum datang ke MBPJ untuk mendapatkan permit,” katanya.

Azmin berkata demikian ketika ditemui pemberita seusai majlis Perhimpunan Pagi Bersama Penjawat Awam Daerah Kuala Langat di Dewan Sri Jugra di sini, hari ini.

 

Categories
SELANGOR

Oktoberfest: syarat pohon permit hiburan sementara prosedur biasa

Oleh Naeem Raffi

SHAH ALAM, 9 OKT: Keperluan penganjur pesta arak ‘Oktoberfest 2014’ memohon permit hiburan sementara daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah prosedur biasa dan bukannya syarat tambahan.

Exco Kerajaan Tempatan, Ean Yong Hian Wah berkata kelulusan permohonan permit itu tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Katanya, tiada sebab permit tidak dapat diberikan sekiranya penganjur memenuhi segala syarat yang telah ditetapkan.

ean yong hian wah“PBT merupakan agensi yang memberikan permit untuk sebarang program yang dianjur oleh mana-mana pihak seperti pusat membeli-belah.

“Ini merupakan proses biasa dan bukannya keperluan yang baru dikenakan ke atas penganjur.

“Syarat-syarat seperti persetujuan daripada Polis dan Kastam merupakan syarat yang sama pada tahun-tahun yang lepas dan bukannya merupakan syarat tambahan yang baru tahun ini.” katanya dalam satu kenyataan.

Ean berkata demikian bagi mencerahkan beberapa laporan media sebelum ini yang kelihatan seolah-olah Kerajaan Negeri telah menolak tanggungjawab kepada PBT atau telah mengenakan permit atau syarat-syarat tambahan kepada pihak penganjur.

Pesta Octoberfest bermula sejak abad tahun 90’an lagi.

Bagi tahun ini, acara dijadualkan bermula di hotel Subang (24 September) dan beberapa tempat di Selangor dan Kuala Lumpur.

Sambutan akhir dijadual diadakan di pusat membeli belah One Utama di Petaling Jaya daripada 10 hingga 12 Oktober dan dijangka menarik perhatian 12,000 orang penggemar bir.

Pesta itu turut mendapat bantahan beberapa pemimpin PAS dan NGO seperti Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILHAM) dan Angatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kenyataannya menggesa pihak penganjur lebih peka dengan sosiobudaya dan sensitiviti agama dalam negara ini.

“Manakala pihak berkuasa tempatan pula dipohon untuk mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mana-mana pihak yang dengan sengaja melanggar peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.

HM

Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri akan umum isu Oktoberfest selepas Mesyuarat Exco

SHAH ALAM, 8 OKT: Pengumuman berhubung isu Oktoberfest akan menyusuli perbincangan di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini.

Dikejar media seusai meraikan Majlis Korban Perdana Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama MB, Datuk Menteri Besar Mohamad Azmin Ali berkata beliau telah menerima maklum-balas mengenai Oktoberfest daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

_MG_7834“Saya sudah dapat maklum-balas daripada MBSA dan juga MBPJ, dan kita akan membincangkan perkara itu esok. Pengumuman akan dibuat kemudian,” jelas beliau.

Sebelum ini, MBSA menafikan papan iklan Oktoberfest telah mendapat kelulusan.

Di sidang media hari ini, Datuk Bandar Mohd Jaafar Mohd Attan meminta semua pihak supaya bertenang sehingga pengumuman dibuat Kerajaan Negeri.

“Saya sudah beri laporan lengkap kepada beliau (MB). Sepatutnya semua orang berhati-hati dalam negara yang majmuk dengan pelbagai adat resam. Rasa hormat kepada bangsa dan agama kena lebih tinggi,” tegas Jaafar.

Di majlis korban yang diadakan di Wisma MBSA itu, sebanyak 17 ekor lembu dan 2 ekor kambing telah disembelih dan diurus secara bergotong-royong.

yb azmin

HM

Categories
SELANGOR

DAP: hentikan tohmahan terhadap penganjur Oktoberfest

SHAH ALAM, 8 OKT: DAP mengingatkan semua parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menghentam pesta arak Oktoberfest supaya menghentikan tohmahan terhadap penganjuran acara itu.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata pesta itu tidak sepatutnya dijadikan titik pergeseran antara agama kerana Oktoberfest merupakan acara swasta yang diraikan oleh penganut bukan beragama Islam, dan tidak sepatutnya melibatkan penganut beragama Islam.

tony pua Forum Air“DAP Selangor ingin menetapkan bahawa asal program “Oktoberfest” tidak melibatkan peserta beragama Islam, ia tidak sepatutnya membangkitkan sebarang perasaan sensitif daripada rakyat beragama Islam.

“Oktoberfest sebenarnya tidak patut diserang dengan pelbagai tohmahan yang buruk dan melampau kerana ianya hanya merupakan satu acara kecil yang digunakan oleh syarikat-syarikat arak untuk mempromosikan minuman mereka. Acara ini telah berlangsung selama 5 tahun berturut-turut tanpa sebarang kesan negatif kepada masyarakat Malaysia di mana-mana tempat,” jelas Tony.

DAP memohon semua pihak supaya tidak melatah dan mengambil pendirian berhubung isu ini secara tenang dan rasional.

“Masyarakat bukan Islam di Malaysia selalu menyambut hari kebesaran, sama ada harijadi atau hari raya, upacara perkahwinan atau kesyukuran dengan pelbagai jenis minuman yang berkandungan arak. Ia merupakan perkara kebiasaan dan bukannya kejadian yang memeranjatkan. Ia juga merupakan hak mereka yang dilindungi bawah kuasa undang-undang,” katanya.

DAP juga mengingatkan peserta yang bakal menyertai sambutan Oktoberfest supaya mematuhi undang-undang yang menjaga keselamatan orang-ramai, minum secara bertanggungjawab dan mengelak dari memandu dalam keadaan mabuk.

HM

Categories
SELANGOR

Khalid: Iklan Oktoberfest palsu, hasil kerja ubahsuai

Oleh: HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 7 OKT: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mendakwa iklan Oktoberfest yang dipapar di beberapa kawasan di Lembah Klang adalah palsu dan hasil kerja ubahsuai Photoshop.

Beliau berkata, segala iklan dipasang juga kerja dirancang pihak tertentu yang tidak mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Khalid-Samad edit“Iklan billboard sebenarnya tiada, Kononnya ada di Shah Alam sebenarnya tiada. Ia adalah hasil kerja ubahsuai Photoshop pihak tertentu.

“Ini kerana bila kita rujuk kepada MBSA, memang ia (MBSA) tidak meluluskan,” katanya ketika ditemui di ruang legar Parlimen hari ini.

Meskipun begitu, tambah Khalid, program itu tidak seharusnya dihalang sekiranya diadakan di tempat yang sesuai dan tidak membabitkan kehadiran orang Islam.

“Islam tidak menghalang orang bukan Islam untuk memakan atau meminum bahan makanan yang tidak diharamkan oleh agama mereka tetapi biarlah dibuat di tempat yang sesuai dan orang Islam tidak dijemput untuk hadir.

“Saya syorkan kita ikut cara Islam iaitu tidak menghalang ia dibuat tetapi mesti di tempat yang sesuai dan bukan di kawasan orang Islam ramai contohnya kampung orang Melayu Islam, masjid, surau dan sebagainya,” katanya yang beranggapan kompleks membeli-belah itu sesuai dengan program berkenaan.

Khalid juga menyelar pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan dalam isu berkenaan.

“Ada pihak yang mengatakan ini negara majoriti Islam dan program ini perlu diharamkan, itu bukan ajaran Islam. Ada pihak yang cuba nak mencari isu mengatakan ini Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tidak mengikut cara Islam, mereka perlu menunjukkan dalil (bukti),” katanya.

HM

Categories
SELANGOR

Oktoberfest: PAS Selangor desak MBSA bertindak

SHAH ALAM: PAS meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab mencetuskan kontroversi dengan menaikkan papan iklan Oktoberfest tanpa kebenaran.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata pihak bertanggungjawab turut berani menaikkan semula papan iklan itu tiga hari selepas diturunkan.

YB Zaidy Bin Abdul Talib“Kerajaan Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan tidak pernah meluluskan apa-apa kelulusan berkaitan dengan program ini. Ia boleh digambarkan sebagai mencetus dan mencabar keharmonian yang sentiasa diterap dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor,” tegas Zaidy.

Beliau melahirkan dukacita diatas sikap penganjur yang telah mencalar sensitivi penganut beragama di Selangor. Menurut kenyataan beliau, Oktoberfest dikatakan dianjur di beberapa tempat di Selangor dengan acara kemuncak di pusat membeli-belah 1Utama.

“Agama Islam tiada berhalangan untuk selain penganut Islam meminum minuman keras kerana ianya merupakan hak orang bukan Islam. Namun, jika ia diadakan secara besar besaran seperti festival, apatah lagi dengan menguar-uarkan secara terbuka seperti iklan di pasar raya dan billboard dan sebagainya, ianya jelas melanggar tata susila kehidupan masyarakat bahkan seluruh agama di dunia ini,” menurut kenyataan itu lagi.

PAS Selangor memberi peringatan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas selaras dengan mempertingkatkan nilai-nilai kehidupan harmoni yang diperjuangkan oleh seluruh lapisan masyarakat berbilang agama dan bangsa.

“PAS Selangor akan berusaha untuk mendesak melalui peruntukkan kuasa yang ada pada Kerajaan Negeri Selangor dan PBT yang terbabit supaya festival di kawasan terbuka seperti ‘parking kereta’ dan sebagainya yang jelas bercanggah dengan ‘Akta 176’ dapat dialihkan atau dibatalkan dan melarang penglibatan umat Islam serta mereka yang dibawah umur,” jelas Zaidy.

HM

Categories
SELANGOR

Exco: Kerajaan Negeri difitnah luluskan Oktoberfest

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 7 OKT: Tuduhan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama empat Exco PAS meluluskan penganjuran pesta arak,Oktoberfest merupakan fitnah.

Iskandar

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, sebaliknya permohonan pesta arak itu tidak pernah dibawa ke Mesyuarat Exco untuk diputuskan.

“Terdapat tuduhan Oktoberfest diluluskan ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan empat Exco PAS.

“Ini tidak benar, tidak pernah dibawa ke mesyuarat Exco,” tulis Iskandar dalam akaun laman sosial, facebook.

Sebelum ini, wujud tuduhan liar di laman-laman sosial kononnya Kerajaan Negeri meluluskan penganjuran pesta yang berakhir pada 12 Oktober ini.

HM