Categories
SELANGOR

Selangor catat 1,096 kemalangan pada hari kedua Ops Selamat

OLEH NADIAH ZAMLUS

SEPANG, 31 MEI : Selangor mencatatkan 1,096 kes kemalangan walaupun baru sahaja dua hari Ops Selamat ke 15 dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), bermula 29 Mei lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, sementara pada tempoh yang sama, tujuh kes kemalangan maut dicatatkan dan 7,262 saman dikeluarkan.

“Jumlah ini dilihat agak tinggi walaupun baru sahaja operasi dijalankan.

“Untuk rekod, Ops Selamat ke 11 pada tahun 2017, jumlah kemalangan ialah sebanyak 5,802 dan Ops Selamat ke 13 pada 2018 ialah sebanyak 5,896 kes.

“Bagi kemalangan maut juga meningkat iaitu dari 33 kes pada 2017 kepada 42 kes pada 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Selamat ke 15 bersempena Perayaan Aidilfitri Peringkat Selangor 2019, di Plaza Tol KLIA, di sini, hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah mewakili Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Mengulas lanjut, Noor Azam berkata, Ops Selamat 15 dijalankan selama dua minggu bermula dari 29 Mei hingga 12 Jun ini.

Katanya, seramai 1,049 anggota akan ditempatkan di lokasi panas seluruh Selangor dan pada masa sama PDRM menekankan aspek penguatkusaan serta rondaan.

Terdahulu, kempen yang dilancarkan kali ini merangkumi empat program utama termasuk pendidikan, penguatkuasaan, pencegahan serentak dengan pemantauan dan penilaian.

Ia juga dilaksana bagi mendidik pengguna jalan raya mengenai kepentingan menjaga keselamatan diri seperti penggunaan tali pinggang keledar dan pemakaian topi keledar yang diluluskan SIRIM. 

Categories
NASIONAL

Op Selamat: 89,385 saman dikeluarkan

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 16 FEB : Sejumlah 89,385 saman dikeluarkan untuk kesalahan memandu melebihi had laju yang dibenarkan di seluruh negara pada tempoh enam hari Op Selamat diadakan, setakat malam kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, kebanyakan pengguna jalan raya turut dikesan melakukan lima kesalahan lain selain memandu melebihi had laju.

“Dalam operasi ini, sebanyak 17,758 motosikal diperiksa dan 11,410 kesalahan dikenakan saman,” katanya memetik laporan Kosmo Online pada sidang akhbar selepas tamat operasi dijalankan di Plaza Tol Sungai Besi arah Selatan. di sini, semalam.

Manakala, operasi selama empat jam sehingga 9 malam itu turut disertai anggota Jabatan Pengangkutan Jalan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

 

Categories
NASIONAL

Ops Selamat: 195 maut kemalangan jalan raya sejak 21 Julai

KUALA LUMPUR, 3 OGOS: Sebanyak 195 kematian dicatatkan di seluruh negara akibat kemalangan maut jalan raya dalam Op Selamat sempena Aidilfitri sejak dilancarkan 21 Julai lepas sehingga 1 Ogos.

Ketua Polis Trafik Persekutuan Bukit Aman SAC Mohd Fuad Abd Latiff berkata dalam tempoh itu juga sejumlah 15,122 kemalangan jalan raya dilaporkan.

eksiden“Berdasarkan statistik selama 12 hari, penunggang motosikal merupakan penyumbang statistik tertinggi kes kemalangan maut membabitkan 112 kematian atau 57 peratus diikuti kereta 48 kematian (25 peratus).

“Sejumlah 167,456 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik termasuk yang menggunakan lorong kecemasan 2,319 saman dan memotong giliran 1,316 saman direkodkan,” katanya dalam kenyataannya.

Mengenai kadar kemalangan di jalan-jalan utama di ibu negara, katanya, Jalan Bandaran merekodkan sebanyak 6,222 kes diikuti Jalan Persekutuan 3,546 dan Jalan Negeri 2,797 kes.

Op Selamat selama 15 hari, yang berakhir 4 Ogos ini, dilaksanakan sempena Aidilfitri, dengan tujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya kemalangan maut, melancarkan aliran trafik dan mencegah jenayah.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Zuraidah: KPN tidak perlu ‘ugut’ rakyat

zuraidah trafik

SHAH ALAM, 22 OGOS ? Tekanan yang semakin hebat berikutan peningkatan kadar jenayah berat yang semakin serius serta kegagalan pihak keselamatan mengawal keadaan menyebabkan Ketua Polis Negara (KPN) cuba melarikan isu sebenar kepada isu yang membabitkan pesalah trafik.

Kenyataan Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk membatalkan lesen memandu 1.7 juta individu yang enggan menjelaskan tunggakan saman trafik merupakan satu kenyataan yang dangkal dan cadangan yang tiada penelitian, kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, cadangan tersebut seolah-olah KPN cuba lari dari hakikat bahawa orang awam amat mengharapkan pihak keselamatan dapat mengawal kegiatan jenayah yang semakin menakutkan.

“Hentikan kenyataan melulu, jangan ugut rakyat, KPN perlu buat kajian menyeluruh dan teliti agar rakyat tidak lagi dibebankan dengan pelbagai isu yang timbul sejak kebelakangan ini.

“Ini sebenarnya perkara-perkara yang tidak ada penelitian dan kajian sebelum ia diumumkan. Dengan senang sahaja keluarkan kenyataan dangkal ini langsung tidak memikirkan kesannya kepada rakyat.

“Rakyat akan terbeban, tarif letrik akan naik, GST akan dilaksana, harga barang juga akan naik, rakyat tak mampu bayar saman, lesen pula akan dibatalkan. Tak terfikirkan hal yang bebankan rakyat ini.” kata Zuraidah

Bercakap kepada TVSelangor beliau berkata, bidang kuasa bagi menyenarai hitam pemilik lesen memandu mahupun kenderaan boleh diserahkan kepada pihak yang sepatutnya seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“KPN sepatutnya memberi tumpuan dan fokus yang lebih menyeluruh untuk membanteras kegiatan jenayah berat yang semakin menakutkan rakyat dari membuat cadangan yang boleh dikendalikan oleh pihak lain (JPJ).

Semalam, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan itu akan dilaksanakan ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan statistik kemalangan Ops Selamat ketika musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini.- MZA