Categories
SELANGOR

Zuraida tinjau kawasan terjejas banjir lumpur

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 1 APR: Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin melawat kawasan terjejas akibat banjir lumpur di Taman Siera Ukay Perdana, malam tadi.

Beliau meluangkan masa hampir dua jam di lokasi kejadian pagi ini sambil diiringi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Dato’ Abd Hamid Hussain.

Menerusi perkongsian foto di Twitter @AmpangP99, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu turut mendengar luahan penduduk setempat berkaitan kejadian.

Selain itu, pihak bomba turut berada di tempat kejadian sejak semalam bagi membantu membersihkan kawasan terjejas.

Dalam perkembangan sama, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Selangor menerusi kenyataan memaklumkan, terima panggilan kecemasan pada jam 11.14 malam tadi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dengan kekutan tujuh anggota digerakkan ke tempat kejadian.

“Setibanya jentera dilokasi didapati benar berlaku banjir kilat. Terdapat banyak lumpur di atas laluan jalanraya di sebabkan kerja-kerja pembinaan di hadapan rumah taman tersebut.

“Kerja-kerja pembersihan lumpur di lakukan bagi tujuan mengelakkan sebarang kemalangan yang berlaku. Tiada kecederaan serta kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya.

Categories
NASIONAL

Kenduri Rakyat penghubung pemimpin dan masyarakat

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

AMPANG, 24 OGOS: Program Kenduri Rakyat anjuran Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang berlangsung di Tapak Pasar Malam Ukay Perdana, di sini, malam tadi, dilihat sebagai wadah penghubung antara pemimpin dan rakyat.

Ia dibuktikan melalui pembabitan hampir 2,000 penduduk setempat daripada pelbagai lapisan umur, termasuk beberapa pimpinan cabang di kawasan berkenaan.

Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, aktiviti tahunan itu mampu menjadi landasan terbaik kepada penduduk mengukuhkan hubungan melalui semangat kerjasama dalam menjayakan program berkenaan.

“Ia adalah acara tradisi bagi saya untuk mengadakan kenduri rakyat dan tahun ini sebanyak 30 ekor lembu diagihkan khusus kepada penduduk, surau serta masjid di sekitar Ampang.

“Sambutan daripada penduduk amat menggalakkan memandangkan terdapat sembilan kelompok pangsapuri dengan bilangan penduduknya yang ramai hadir menjayakan program ini.

“Terima kasih kepada semua jawatankuasa penduduk yang bertungkus-lumus mengadakan majlis ringkas ini, walaupun ringkas tetapi sangat meriah dan akan tetap diteruskan lagi pada masa hadapan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Terdahulu, turut bekerjasama sebagai pengelola acara terbabit ialah Pertubuhan Kebajikan Amal Ukhwah Malaysia bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang.

Sebelum itu, majlis yang berlangsung jam 8 malam dan berakhir kira-kira jam 11 malam itu turut menyajikan juadah berupa masakan kampung seperti gulai daging kawah, ayam dan kuih koci.

Lebih istimewa, penduduk menyediakan juadah itu secara bergotong-royong sejak pagi.

Selain itu, pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan qasidah daripada sekumpulan kanak-kanak Darul Al Asnaf Al-Fateh, Ulu Yam dan seni silat tradisional.

Categories
NASIONAL

PRU14: Kemenangan rakyat, ayuh bersama bina semula negara

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 11 MEI: Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah kemenangan rakyat, demikian tegas Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Katanya, rakyat Malaysia telah lama mengimpikan negara ditadbir dengan amanah dan telus, malah perjuangan reformasi yang telah mencecah lebih 20 tahun telah sampai pada kemuncaknya.

“Aspirasi rakyat perlu diambil peduli dan Pakatan Harapan (PAKATAN) perlu pastikan bahawa setiap tindakan wajib berteraskan kehendak rakyat.

“PAKATAN perlu mengambil iktibar kisah Barisan Nasional (BN) telah memperdagangkan mandat diberi rakyat.

“Dalam keterujaan kita menyambut kemenangan ini, adalah penting untuk kita saling mengingat antara satu sama lain bahawa tanggungjawab yang besar sedang menanti, katanya kepada SelangorKini.

Justeru, Ketua Wanita Pakatan Harapan itu menyeru rakyat bersama-sama membantu kerajaan yang baru dalam memastikan segala misi, pelan dan agenda dirancang dapat dilaksanakan dengan efektif.

Katanya, usaha memartabatkan wanita juga akan terus diperhebat setelah ia tidak dibela lebih 60 tahun dibawah pemerintahan BN.

“Marilah kita membina Malaysia yang lebih baik, demi masa hadapan generasi akan datang, PAKATAN akan pastikan tiada rakyat Malaysia terpinggir dalam pembangunan yang dilaksanakan.

“Perjalanan yang harus kita tempuhi masih jauh, apa yang diharapkan kini adalah penyatupaduan kesemua rakyat negara ini agar martabat dan maruah Malaysia dapat dikembalikan semula,” katanya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Selangor jadi bukti, Pakatan untungkan PAS -FOKUS


 

Sinopsis

FOKUS Untuk 17092013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Kerjasama erat PKR-PAS-DAP dalam Pakatan Rakyat menjadi formula ampuh yang membawa kepada pertambahan kerusi di Selangor, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad.

2. Kerana seringgit, rakyat biasa diheret ke mahkamah tetapi jika melibatkan rasuah bilion ringgit pemimpin Umno BN, seseorang itu mungkin terlepas hukuman.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Zuraidah: KPN tidak perlu ‘ugut’ rakyat

zuraidah trafik

SHAH ALAM, 22 OGOS ? Tekanan yang semakin hebat berikutan peningkatan kadar jenayah berat yang semakin serius serta kegagalan pihak keselamatan mengawal keadaan menyebabkan Ketua Polis Negara (KPN) cuba melarikan isu sebenar kepada isu yang membabitkan pesalah trafik.

Kenyataan Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk membatalkan lesen memandu 1.7 juta individu yang enggan menjelaskan tunggakan saman trafik merupakan satu kenyataan yang dangkal dan cadangan yang tiada penelitian, kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, cadangan tersebut seolah-olah KPN cuba lari dari hakikat bahawa orang awam amat mengharapkan pihak keselamatan dapat mengawal kegiatan jenayah yang semakin menakutkan.

“Hentikan kenyataan melulu, jangan ugut rakyat, KPN perlu buat kajian menyeluruh dan teliti agar rakyat tidak lagi dibebankan dengan pelbagai isu yang timbul sejak kebelakangan ini.

“Ini sebenarnya perkara-perkara yang tidak ada penelitian dan kajian sebelum ia diumumkan. Dengan senang sahaja keluarkan kenyataan dangkal ini langsung tidak memikirkan kesannya kepada rakyat.

“Rakyat akan terbeban, tarif letrik akan naik, GST akan dilaksana, harga barang juga akan naik, rakyat tak mampu bayar saman, lesen pula akan dibatalkan. Tak terfikirkan hal yang bebankan rakyat ini.” kata Zuraidah

Bercakap kepada TVSelangor beliau berkata, bidang kuasa bagi menyenarai hitam pemilik lesen memandu mahupun kenderaan boleh diserahkan kepada pihak yang sepatutnya seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“KPN sepatutnya memberi tumpuan dan fokus yang lebih menyeluruh untuk membanteras kegiatan jenayah berat yang semakin menakutkan rakyat dari membuat cadangan yang boleh dikendalikan oleh pihak lain (JPJ).

Semalam, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan itu akan dilaksanakan ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan statistik kemalangan Ops Selamat ketika musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini.- MZA

 

Categories
NASIONAL SELANGOR

Naik tarif letrik: Hadiah BN selepas PRU13 – Zuraidah

tnb 2

SHAH ALAM, 20 OGOS – Kenaikan kadar tarif elektrik baharu yang sering dinafikan pada sidang dewan rakyat lalu ternyata bohong dan menipu rakyat, kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, sekiranya Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan kerajaan meneruskan cadangan pelarasan tarif  elektrik baharu ini, ia merupakan hadiah BN kepada rakyat setelah memenangai Pilihanraya Umum 13 (PRU13) lalu.

Menurutnya, pelbagai lagi kenaikan harga barang dan perkhidmatan akan berlaku selepas ini sejurus kenaikan tarif elektrik baharu dan keadaan ini membebankan rakyat.

?Perkara ini di bangkitkan dalam sidang parlimen yang lalu, tetapi dinafikan yang akhirnya kita dapat lihat sekarang cadangan kenaikan tarif elektrik ini bakal di laksanakan.

Tarif naik dan dikatakan tidak membebankan itu adalah menipu. Apa sahaja yang meningkat, akan membebankan rakyat. Gaji tak naik, kos sara hidup tinggi, semestinya harga barang juga akan naik selepas naiknya tarif elektrik,” katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Tambah beliau,rakyat perlu lebih bijak di masa akan datang untuk menilai sendiri perkara sebegini.

Jelas beliau walaupun dikatakan kenaikan tarif elektrik ini memberi kesan minimum kepada pengguna domestik,tetapi dengan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat, tiada jaminan kenaikan ini tidak membebankan pengguna.

?Inilah hadiah BN selepas pilihanraya dan mereka juga harus berhati-hati dalam memenangi hati rakyat tapi dalam masa sama di berikan satu bebanan untuk jangka masa panjang di mana rakyatlah yang terpaksa memikulnya tanpa dibantu mereka (Kerajaan),? ujar Zuraida.