PKR yakin akar umbi mahu PAS, DAP terus bekerjasama

sinopsis: Ahli Parlimen Batu Tian Chua yakin akar umbi ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat mahu gagasan itu kekal membantu satu sama lain.

Categories
SELANGOR

MB: Selesai di meja rundingan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 9 JUN: Pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) perlu berhenti mengeluarkan kenyataan yang mampu mengeruhkan hubungan antara parti dalam gabungan itu.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata pemimpin PR perlu meneruskan fokus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat yang memberi kepercayaan untuk menerajui kerajaan dalam pilihan raya umum lalu.

markshort mb4“Tidak perlu menyerang di media. Berulang kali saya dah kata, kita ada tanggungjawab besar kepada rakyat.

“Jangan kita khianati amanah dan sokongan rakyat.

“Saya mengajak semua pimpinan Pakatan buang ego masing-masing.  Beri tumpuan untuk negeri dan negara,” katanya kepada Selangor Kini di lobi Parlimen, hari ini.

Mohamed Azmin menyarankan semua pihak terlibat menyelesaikan isu berbangkit di meja rundingan.

Katanya, rakyat hanya mahu sebuah kerajaan yang stabil bagi memastikan dasar dan hala tuju untuk mereka dapat direalisasikan.

Sebelum itu, segelintir pimpinan Pakatan berterusan mengeluarkan kenyataan yang dilihat mampu mengeruhkan lagi hubungan antara parti dalam gabungan itu.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Iskandar: Tiada masalah Pakatan di Selangor, pentadbiran lancar

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA SELANGOR, 6 JUN: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad memberi jaminan PAS terus memegang amanah rakyat menjalankan tanggungjawab bersama rakan PKR dan DAP.

Katanya, perkembangan semasa di Pulau Pinang yang menuntut ahli PAS melepaskan jawatan tidak boleh dikaitkan di Selangor.

“Di Selangor kita tidak punya masalah dengan rakan Pakatan yang lain dan kita pentadbiran akan berjalan seperti biasa.

Grafik-Selangor-Pakatan“Kita akan teruskan kerja kerana ia adalah tanggungjawab kepada rakyat yang memilih kita (PAS) dalam Pakatan Rakyat.

“Kalau kita biar isu ini menganggu kita, ini bermakna kita telah khianati amanah rakyat,” katanya kepada pemberita selepas berakhirnya Muktamar Tahunan Pas ke-61, di sini, hari ini.

Katanya, usul memutuskan hubungan dengan DAP yang dibawa Dewan Ulama itu hanya mendapat keputusan selepas ia dibawa ke Majlis Syura.

“Seperti saya katakan, usul itu hanya dibawa untuk dibincang di peringkat lebih atas, jadi tak bermakna usul itu diterima. Sebab ada juga usul yang tak dilaksanakan.

“Maknanya usul itu telah diluluskan untuk dibawa perbincangan,” kata Exco Selangor itu.

Terdahulu, bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhasrat melepaskan semua jawatannya dalam kerajaan Pulau Pinang minggu ini.

EZY

Azmin : Beri peluang pimpinan bincang kaedah perjuangan tiga parti komponen Pakatan

SINOPSIS : Menghadapi PRU ke-14, semua pihak harus memahami keperluan meneruskan perjuangan melalui Pakatan Rakyat atas kaedah Tahaluf Siyasi disamping memberi peluang kepada kesemua pimpinan parti didalam Pakatan Rakyat segera membincangkan perjuangan seterusnya.

Categories
SELANGOR

MB: Muktamar PAS di Selangor bukti kerjasama Pakatan kukuh

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 4 JUN: Keputusan PAS memilih Selangor sebagai tuan rumah Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 membuktikan kerjasama kukuh Pakatan Rakyat (PR) negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, ini dapat dilihat apabila PAS memilih Selangor sebagai penganjur muktamar tahunannya buat kali ketiga sejak 2008.

Muktamar“Selangor sambut baik keputusan PAS mengadakan Muktamar di Selangor. Kita juga bagi bantuan dan kerjasama dan ini menunjukkan PR di Selangor ini ‘solid’ seperti ditegaskan Presiden PAS tadi.

“Ia jelas bahawa kaedah dan prinsip tahaluf siasi ini perlu dipertahankan, disuburkan dan dimajukan. Kita perlu berlaku adil kepada semua pihak,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian kepada Selangor Kini selepas Abdul Hadi selesai menyampaikan ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, hari ini.

Mohamed Azmin turut berharap agar muktamar kali ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

“Kepada semua perwakilan luar Selangor, saya ucapkan selamat datang ke Selangor. Selamat bermuktamar dan saya doakan selamat kembali ke tempat masing-masing nanti,” kata Mohamed Azmin lagi.

EZY

Categories
NASIONAL

Pakatan perlu tempoh bertenang elak percanggahan pendapat

Oleh: HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 25 MEI: PKR yakin isu membabitkan DAP serta PAS mampu diatasi dalam tempoh terdekat dan ia tidak menggugat Pakatan Rakyat (PR).

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, tempoh bertenang diperlukan bagi merungkai isu perbezaan pandangan supaya ia tidak berlarutan.

PAKATAN RAKYAT“Diharap isu membabitkan pemimpin kedua-dua parti mampu diselesaikan dalam dua ke tiga minggu ini dan tidak mendatangkan kesan kepada PR.

“Kita memerlukan tempoh bertenang dalam tempoh tertentu supaya ia kembali ke landasan sebenar seperti mana diharapkan rakyat keseluruhannya,” katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Rafizi berkata demikian mengulas kenyataan dibuat Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengenai masa depan gabungan parti dalam PR berikutan isu kerajaan perpaduan.

Katanya, PKR berharap apa juga keputusan dicapai dalam Muktamar PAS nanti tidak mendatangkan kesan negatif terhadap PR.

“Saya tidak membuat sebarang spekulasi dan memahami akan kebimbangan dilahirkan Kit Siang berhubung perkara itu.

“PR menghadapi pelbagai rintangan dan tempoh ada kalanya sukar sejak enam tujuh tahun lalu namun kita masih kekal di sini, saya yakin PR masih mewakili suara majoriti rakyat,” katanya.

Ketua Whip Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam kenyataan PAS konsisten dengan ketetapan bersama seperti mana diputuskan dalam Muktamar PAS sebelumnya.

“Usahlah terlalu mudah mempercayai khabar fitnah isu kerajaan perpaduan yang tidak berkesudahan ini termasulah apa diucapkan Mantan Timbalan Presiden PAS.

“Bahkan Majlis Syura Ulamak PAS turut membuat penafian kononnya majlis dan ahlinya ada yang berusaha untuk membentuk kerajaan perpaduan PAS dengan Umno-BN,” katanya.

EZY

PKR dakwa tentera muat turun senarai pengundinya

Pakatan Rakyat memfailkan laporan di Balai Polis Bukit Mertajam petang tadi, berhubung kes tentera memuat turun data pengundi PKR tanpa izin.

PR dedah propaganda rasis ke tatapan umum

PR menaikkan kain rentang mendedahkan wajah sebenar parti lawan dan propaganda rasis mereka untuk dihakimi rakyat jelata.

‘Hantu’ dikesan, Rafizi bimbang JPN beri IC palsu

Kerjasama penduduk dan semakan Pakatan Rakyat mendapati kewujudan pengundi ragu ‘menginap’ di kediaman pengundi tulen. Soalnya bagaimana pengundi ragu menghasilkan kad pengenalan sah untuk mendaftar di tempat yang tidak sepatutnya?

PR gesa polis bertindak keatas penyokong ganas

Pakatan Rakyat tidak akan bertolak-ansur dengan penyokongnya yang bersikap ganas sepanjang kempen pilihan raya.

Bidas cubaan tarik Cina sokong GST kerana Melayu bayar lebih

Pakatan Rakyat membidas kempen MCA menarik sokongan orang Cina melalui kesusahan orang Melayu.

Pemuda PR bergerak seiring menangkan Kak Wan

Sayap pemuda ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat turun padang menemui pengundi dan

menyakinkan mereka supaya mengundi menolak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).