BN didesak hentikan politik ugut rakyat biasa

Pakatan Rakyat mendesak pemerintah BN untuk tidak mengugut pengundi dengan dendam menghentikan dana untuk rakyat biasa.

PR lancar video penerangan program pro rakyat Pulau Pinang

Kempen Pakatan Rakyat di P044 Permatang Pauh dijangka mengigit kemas dengan pelancaran dan sebaran video penerangan program-program pro-rakyat Kerajaan Negeri.

Prestasi Pakatan Rakyat menjadi ‘manifesto’ PRK Permatang Pauh

Dato’ Menteri Besar Mohamed Azmin Ali memuji pentadbiran Pakatan Rakyat yang giat memelihara kebajikan rakyat Pulau Pinang.

Ceramah kelompok PR jelas GST segenap Permatang Pauh

Pakatan Rakyat menyesuaikan kempennya melalui ceramah kelompok secara berterusan, bahkan Dato’ Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sendiri turun menarik sokongan penduduk setempat.

Azmin : Sedangkan suami isteri pun bergaduh, PR tetap satu pasukan

Hubungan antara parti dalam Pakatan Rakyat tetap utuh jelas Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. Manakala saranan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib supaya PAS keluar PR jika tidak lagi menerima mereka dalam gabungan pembangkang itu, Mohamed Azmin berkata, ia berada di luar bidang kuasanya

Ada udang sebalik sumbangan kuil?

Pakatan Rakyat mengingatkan jawatankuasa kuil dan penganut Hindu supaya berwaspada dengan sumbangan yang tidak ikhlas dari Barisan Nasional.

PR alu-alukan kehadiran Tun M ke Pulau Pinang

Pakatan Rakyat mengalu-alukan kehadiran mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Pulau Pinang, terutamanya untuk menjawab isu 1MDB.

3,000 pengundi hantu akan dibawa masuk ke PRK Permatang Pauh?

Pakatan Rakyat melahirkan kebimbangan komplot BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menghasilkan 3,000 pengundi yang akan mengundi BN pada PRK P044.

Calon untuk semua, DSWA dirai kaum Tionghua

Lebih 100 keluarga etnik Tionghua meraikan calon PR P044, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di satu majlis makan malam meraih dana untuk kempen Pakatan Rakyat.

Categories
NASIONAL

Azmin: Isu kerjasama Pakatan Sabah & Sarawak dibincang biro politik

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM 31 MAC: Perbezaan pandangan  Pakatan Rakyat (PR) di Sabah dan Sarawak sehingga mengakibatkan kerjasama bersama PAS dibatalkan akan dibincangkan di peringkat biro politik PKR.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menjelaskan, parti itu akan mendengar penjelasan di peringkat negeri sehingga mereka bertindak sedemikian sebelum membuat sebarang keputusan.

PAKATAN RAKYATKatanya, PKR Pusat sebelum ini kekal dengan keputusan mempertahankan dan memperkukuh Pakatan Rakyat.

“Kita mengaku ada beberapa masalah sedikit dalam beberapa isu. Tetapi pengalaman sebelum ini dalam beberapa isu besar yang melanda Pakatan Rakyat dapat diselesaikan secara muafakat.

“Tidak perlu bertelagah di media kerana media juga ada agenda tertentu. Kalau pimpinan PR di semua peringkat dapat duduk berbincang berdasarkan konsensus saya percaya masalah besar dapat diselesaikan,” katanya kepada media di Bangunan Annex.

Jelasnya, PR di semenanjung khususnya Selangor kekal kukuh dan akan terus memberikan tumpuanj kepada pembangunan negeri.

Sebelum ini, DAP dan PKR di dua negeri berkenaan mengambil pendirian memutuskan hubungan kerjasama dengan PAS ekoran pendirian parti berkenaan untuk kekal membawa usul Pindaan Enakmen Syariah II bagi membolehkan mereka melaksanakan hudud di Negeri Kelantan.

EZY

MB gesa PR henti berbalah, selesai secara baik

Dato’ Menteri Besar Mohamed Azmin Ali yakin isu antara komponen boleh diselesaikan secara baik sekiranya pihak berbalah merebut peluang itu. Perbalahan di ruang awam tidak menyelesaikan masalah antara komponen dan memberi persepsi buruk kepada rakyat.

Categories
NASIONAL

Azmin: PR perlu benar Hadi beri penjelasan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 24 MAC : Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) perlu memberi peluang kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan ketegasan parti Islam itu melaksanakan Undang-Undang Hudud.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata PR perlu berlaku adil kepada Abdul Hadi dan membenarkannya memperincikan pendirian PAS untuk tetap melaksanakan hudud meskipun timbul perbezaan pendapat.

PAKATAN RAKYAT“Saya rasa kita boleh selesaikan masalah berbangkit ini melalui perbincangan kerana itulah semangat PR.

“Saya rasa Hadi perlu hadir dalam Mesyuarat Majlis Presiden PR untuk menjelaskan isu yang dibangkitkanJawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP dan PKR sebelum ini bagi mengetahui kenapa keputusan itu diambil bersendirian, bukan secara sepakat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran dan Perasmian Program Hijrah di Selangor di Dewan Jubli Perak, dekat sini hari ini.

Mohamed Azmin yakin tidak akan berlaku perpecahan dalam gabungan PR dan segala masalah berbangkit dapat diselesaikan dengan baik.

“Sebahagian besar ahli PAS pun mahu PR diteruskan, apa-apa pun bincanglah kerana kekuatan PR sentiasa berdasarkan perbincangan dan muafakat,” katanya lagi.

EZY