Categories
SELANGOR

8 kerusi Ahli Majlis PBT Selangor milik AMANAH

SHAH ALAM, 6 JAN: Lapan kerusi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor dibahagikan kepada wakil Parti Amanah Negara (AMANAH) hasil persetujuan KEADILAN, PAS dan DAP.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu, Ean Yong Hian Wah berkata, keputusan itu dimuktamadkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dipengerusikan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, hari ini.

Katanya, buat masa ini lima kerusi sah milik AMANAH iaitu Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

EAN YONG“Tidak penting untuk tahu parti mana yang serahkan kerusi untuk AMANAH, tetapi perkara ini sudah diputuskan Kerajaan Negeri,” katanya dipetik Sinar Harian.

Pada masa sama, Hian Wah berkata, sebanyak 288 kerusi akan diisi bagi penggal 2016-2017 bermula 15 Januari ini.

Bagaimanapun, katanya, dua lagi kerusi milik KEADILAN dan DAP bagi Ahli Majlis Petaling Jaya dan Kuala Langat belum diputuskan nama.

“Untuk ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), kita (MMKN) masih belum muktamad nama.

“286 kerusi sudah dimuktamadkan, bagaimanapun sebelum 15 Januari ini semua senarai nama akan dipenuhkan,” katanya.

Sebelum ini, AMANAH memohon 34 kerusi dengan dua ahli majlis untuk setiap PBT, namun hanya lapan kerusi sahaja diluluskan.

Semalam, Mohamed Azmin berkata, pengumuman perkhidmatan ahli majlis PBT tetap diputuskan sebelum 16 Januari depan.

-AA-

Categories
NASIONAL

AMANAH: Kerajaan memang patut halang dua peserta luncur angin Israel

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 27 DIS: Pemuda AMANAH menyambut baik tindakan kerajaan mengenakan sekatan terhadap dua peserta luncur angin dari Israel yang dijadualkan mengambil bahagian dalam satu kejohanan di Langkawi.

Naib Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, berkata sekatan itu perlu sebagai tanda protes terhadap Israel dan ia perlu dilakukan pada setiap perkara dan bukan hanya sukan semata-mata.

BOIKOT ISRAEL“Tindakan itu juga menunjukkan tanda sokongan dan solidariti Malaysia terhadap rakyat Palestin yang dizalimi oleh kerajaan haram Israel secara berterusan dengan cara tidak bertamadun

“Pemuda AMANAH juga menyokong kerajaan untuk terus konsisten memastikan tidak berlaku sebarang hubungan Malaysia dan Israel termasuk penglibatan firma perunding Israel, APCO Worldwide,” katanya dalam kenyataan.

Dalam masa yang sama, Fakhrulrazi berkata, beliau melahirkan rasa kecewa atas kenyataan Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin yang menyelar tindakan Khairy, kononnya menteri itu menggunakan sentimen politik dan peribadi dalam acara sukan antarabangsa itu.

“Sebagai rakan gabungan Pakatan Harapan, kami berhak untuk menegur DAP dalam hal ini kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam dalam negara ini dan pencinta keamanan sejagat yang sehingga kini sangat peduli terhadap nasib rakyat di negara Palestin.

“Diharap DAP lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan pandangan khususnya melibatkan sensitiviti umat Islam dan hukum hakam agama,” katanya.

Sebelum ini, Khairy Jamaluddin menafikan visa dua peserta luncur angin dari Israel yang dijadual menyertai satu kejohanan di Langkawi, hari ini.

EZY

Merah di Kuala Lumpur, Jingga di Shah Alam PART 1

Ribuan berpakaian jingga hadir di majlis pelancaran Parti Amanah Negara atau AMANAH yang diadakan di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam.

Merah di Kuala Lumpur, Jingga di Shah Alam PART 2

Ribuan berpakaian jingga hadir di majlis pelancaran Parti Amanah Negara atau AMANAH yang diadakan di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam.

Merah di Kuala Lumpur, Jingga di Shah Alam PART 3

Ribuan berpakaian jingga hadir di majlis pelancaran Parti Amanah Negara atau AMANAH yang diadakan di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam.

PKR tidak akan memulaukan PAS

PKR menyedari pembabitan semua pihak berlainan fahaman merupakan cabaran yang perlu ditangani secara matang, dikala kepimpinan DAP dan Parti Amanah Negara dilihat mahu meneruskan permusuhan dengan PAS.