Categories
BERITA UTAMA EXCO SELANGOR

Hampir 300 ahli majlis PBT turun padang beri kesedaran vaksin Covid-19

SEKINCHAN, 24 MAC: Seramai 288 ahli majlis dari 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor digerak dalam usaha memupuk kesedaran awam berhubung kepentingan vaksin Covid-19.

EXCO kerajaan tempatan berkata kumpulan itu akan ke lokasi tumpuan seperti pasar pagi dan pasar malam bagi membantu masyarakat membuat pendaftaran.

“Kami turut mengarahkan ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) melakukan perkara sama. Setakat ini sambutan amat menggalakkan.

“Masyarakat yang tidak tahu mendaftar terutama warga emas akan dibantu sama ada melalui MySejahtera atau pendaftaran di laman sesawang dan talian bebas,” kata Ng Sze Han ketika ditemui selepas program serahan geran semalam.

Sementara itu, beliau menyeru masyarakat membuat pendaftaran suntikan imunisasi tersebut supaya semua pihak dapat menjalani kehidupan seperti dahulu.

“Dua dos suntikan ini bukan hanya untuk lindungi diri sendiri sebaliknya keluarga dan masyarakat.

“Saya minta semua lakukan segera. Tiada kesan sampingan dan hanya kawasan suntikan sahaja yang sakit,” katanya.

Categories
BERITA UTAMA

PeKT tidak diiktiraf, elak bercanggah peranan ahli majlis PBT

SHAH ALAM, 16 DIS: Kerajaan Negeri tidak mengiktiraf pelantikan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) bagi memastikan tiada percanggahan dengan peranan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).

EXCO kerajaan tempatan berkata ahli majlis berperanan mewakili kepentingan komuniti di kawasan mereka seperti diperuntukkan mengikut Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

“Tiada keperluan melantik PeKT untuk bertindak sebagai perantara antara komuniti dan kerajaan memandangkan tugas itu dipertanggungjawabkan kepada setiap ahli majlis,” kata Ng Sze Han dalam kenyataan.

Beliau menambah Kerajaan Negeri difahamkan wujud penggunaan nama PBT Selangor dalam kepala surat rasmi pertubuhan itu.

“Sekiranya perkara ini benar, ia merupakan suatu tindakan yang tidak wajar memandangkan PeKT tidak mempunyai sebarang kaitan dengan PBT Selangor.

“Sebarang penggunaan nama PBT Selangor oleh PeKT dalam apa jua bentuk juga adalah tidak dibenarkan dan tidak sah,” katanya.

Categories
SELANGOR

8 kerusi Ahli Majlis PBT Selangor milik AMANAH

SHAH ALAM, 6 JAN: Lapan kerusi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor dibahagikan kepada wakil Parti Amanah Negara (AMANAH) hasil persetujuan KEADILAN, PAS dan DAP.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu, Ean Yong Hian Wah berkata, keputusan itu dimuktamadkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dipengerusikan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, hari ini.

Katanya, buat masa ini lima kerusi sah milik AMANAH iaitu Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

EAN YONG“Tidak penting untuk tahu parti mana yang serahkan kerusi untuk AMANAH, tetapi perkara ini sudah diputuskan Kerajaan Negeri,” katanya dipetik Sinar Harian.

Pada masa sama, Hian Wah berkata, sebanyak 288 kerusi akan diisi bagi penggal 2016-2017 bermula 15 Januari ini.

Bagaimanapun, katanya, dua lagi kerusi milik KEADILAN dan DAP bagi Ahli Majlis Petaling Jaya dan Kuala Langat belum diputuskan nama.

“Untuk ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), kita (MMKN) masih belum muktamad nama.

“286 kerusi sudah dimuktamadkan, bagaimanapun sebelum 15 Januari ini semua senarai nama akan dipenuhkan,” katanya.

Sebelum ini, AMANAH memohon 34 kerusi dengan dua ahli majlis untuk setiap PBT, namun hanya lapan kerusi sahaja diluluskan.

Semalam, Mohamed Azmin berkata, pengumuman perkhidmatan ahli majlis PBT tetap diputuskan sebelum 16 Januari depan.

-AA-

JURNAL SELANGOR – MB: Kewangan Selangor meningkat kepada RM2.8 bilion

Sinopsis

1. MB: Kedudukan kewangan Selangor kukuh, meningkat kepada RM2.8 bilion

2. MB: Tender jambatan ke-3 Klang dikeluar Mac ini

3. MB: Penjadualan air seluruh Selangor, pastikan bekalan berterusan

4. MB: Isu pemilihan Ahli Majlis PBT selesai Mac ini

5. MB: Fahami terma kontrak kerja sebelum mula tugas

6. MB: Penjadualan pengagihan air kepada pengguna bermula esok

7. Exco: Selangor laksana program kesihatan dari rumah ke rumah

8. Exco: Lukisan mural Kampung Bagan Sungai Lima tarik pelancong

9. Khalid: Tiba PRK, baru BN sedar Hospital Kajang berusia 125 tahun?

10.Himpunan perdana temukan JMB-MC dan Kerajaan Negeri 2 Mac ini

11. Caj Pemajuan, banyak PBT mahu belajar dengan MPK

12. Exco: Ahli Majlis dilantik berdasarkan kelayakan dan keseimbangan

13. Exco: Ambil inisiatif tanam pokok demi pemuliharaan sumber hijau

14. Aktivis PKR berhadapan 16 laporan polis sebab edar SelangorKini