Categories
AGENDA NASIONAL

Kes Nora Anne: Pejabat AG putuskan kes NFA

SEREMBAN, 8 JAN: Pejabat Peguam Negara sebelum ini memutuskan bahawa kes remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin, yang ditemui mati selepas dilaporkan hilang dari vila penginapan keluarganya di resort The Dusun Pantai Hill, Pantai, dekat sini, Ogos tahun lepas, sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed memberitahu media bahawa ia berdasarkan laporan yang telah dihantar kepada Pejabat Peguam Negara berkaitan kes berkenaan yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“(Laporan) SDR itu telah kita hantar ke Pejabat Peguam Negara di Putrajaya berdasarkan (kepada) statement patologi yang telah kita rakam dan berdasarkan sijil kematian cause of death Nora Anne, yang menyatakan (kematiannya adalah) kerana disebabkan kebocoran pada usus.

“Pihak Peguam Negara telah memutuskan pada ketika itu kes ini telah di NFA. (Pasukan) patologi saya percaya dalam preparation untuk menghantar secara rasmi laporan (lengkap) post mortem,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop.

Pada 17 Disember lepas, ibu bapa Nora Anne, Meabh Jaseprine Quoirin, 45, dan Sebastian Marie Philipe, 47, dilapor sebagai berkata kehilangan anak mereka pada Ogos lepas didakwa mempunyai unsur jenayah.

Mengenai tindakan saman sivil yang diambil keluarga berkenaan ke atas resort itu, Huzir menegaskan bahawa ia perkara melibatkan keluarga terbabit dengan resort berkenaan.

“Saya ingin menegaskan di sini, pihak Urusetia Ketua Polis Negara (KPN) Bahagian Antarabangsa juga ada berhubung dengan keluarga mangsa dan peguam keluarga di UK (United Kingdom),” katanya.

Nora Anne berusia 15 tahun bersama keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian selama dua minggu dan mendaftar masuk di resort The Dusun Pantai Hill, Pantai, dekat sini pada 3 Ogos, sehari sebelum remaja itu dilaporkan hilang pada awal pagi keesokannya.

Mayat remaja itu ditemukan pada 13 Ogos tahun lepas, iaitu 10 hari selepas kehilangannya oleh pasukan sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat dalam keadaan tidak berpakaian berhampiran anak sungai di kawasan berlurah, sekitar 2.5 km dari eko-resort itu.

Laporan awal bedah siasat mendapati kematian Nora Anne, yang mengalami masalah pembelajaran, tidak mempunyai unsur jenayah dan remaja perempuan itu disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca kerana tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan yang berpanjangan.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

Pasport hilang bakal didenda RM300 hingga RM1,200

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 5 JAN: Pejabat Peguam Negara mengenakan denda antara RM300 hingga RM1,200 terhadap individu kehilangan pasport, berkuatkuasa Rabu lalu.

Perintah dikeluarkan Setiausaha Jemaah Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Bakar dimaklumkan menerusi lawang sesawangnya, http://www.agc.gov.my

Dalam kenyataan itu, perintah terbabit juga mengenai kerosakan pada dokumen seperti terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan berhubung Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2019 bertarikh 20 Disember tahun lalu.

Berdasarkan perintah itu, individu kehilangan dokumen berkaitan buat pertama kali, dikenakan denda RM400 manakala kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan pelajar 21 tahun menuntut di luar negara didenda RM300.

Sementara bagi penggantian pasport kali kedua, individu terbabit didenda RM700 manakala RM1,200 (penggantian kali ketiga).

Kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan pelajar 21 tahun menuntut di luar negara pula dikenakan denda RM600 untuk penggantian kali kedua serta RM1,100 (penggantian kali ketiga).

Categories
NASIONAL

Perkasa kuasa SPRM dakwa salahlaku dalam LKAN

samsul-sprmSHAH ALAM 6 OKT : Kerajaan Pusat digesa memperkasakan kuasa pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendakwa pihak yang membuat penyelewengan dan pemborosan seperti dalam Laporan Audit Ketua Negara 2012.

Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata kerajaan tidak perlu menubuhkan jawatankuasa khas bagi meneliti dan mengkaji laporan Audit Ketua Negara kerana ia hanya akan menambah karenah birokrasi dan keberkesanannya.

Katanya, dengan kuasa pendakwaan SPRM yang dimantapkan maka ia akan memberikan ruang lebih besar kepada SPRM melakukan siasatan dan dakwaan serta tidak terhalang kesnya di Pejabat Peguam Negara.

“Hanya dengan kuasa pendakwaan SPRM yang mantap maka kes-kes penyelewengan dalam laporan audit boleh diambil tindakan tegas,” kata Shamsul ketika dihubungi Tv Selangor.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata kerajaan pusat seharusnya menerima pelawaan Pakatan Rakyat (PR) yang mencadangkan satu jawatan kuasa disertai Timbalan Perdana Menteri sebagai Pengerusi, disusuli dengan Ketua Pembangkang dan Ketua Audit Negara bertujuan  menghalang penyalah gunaan dan menghukum yang terlibat dalam penyelewangan.

“Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menyatakan kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyelidik dan mengkaji Laporan Audit Negara 2012.

“Bagaimanapun agak melucukan apabila kajian sebegini hanyalah pendedahan tanpa tindakan. Saya pasti rakyat Malaysia tidak akan menerima taktik kerajaan yang cuba melengah-lengahkan dan memutar belitkan kenyataan dan akhirnya ia seperti pendedahan yang dibuat tahun-tahun lepas dan mati begitu saja,” katanya dalam satu kenyataan.

Guan Eng berkata, Laporan Ketua Audit Negara mengenai pembaziran kerajaan ke atas wang rakyat tidak akan mempunyai sebarang makna sekiranya tiada tindakan diambil.

“Pendedahan itu jelas menunjukkan terdapat penyelewangan dan ketidak telusan dalam sistem urus tadbir kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini , Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata,  kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyelidik dan mengkaji Laporan Audit Negara 2012.

Jawatankuasa itu yang dipengerusikan beliau, dianggotai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Peguam Negara, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kementerian Kewangan dan Polis Diraja Malaysia.

 

Categories
NASIONAL SELANGOR

Najib Didakwa Peralat Pejabat Peguam Negara Cabar Hak Rakyat Berhimpun – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 24072013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang akan kebebasan mahkamah pilihanraya kerana dengan mudah menolak petisyen atas alasan-alasan teknikal yang tidak munasabah.

2. Pendakwaan 33 peserta Black505 berat-sebelah dan salahgunaan kuasa. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak didakwa peralat Pejabat Peguam Negara untuk mencabar Perkara 10 Perlembagaan Malaysia.

3. Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli tampil di satu sidang akhbar hari ini dan mendakwa aktivis pemantau jenayah R Sri Sanjeevan yang cuba dibunuh pihak tertentu mahu mendedahkan satu memo dalaman polis.

4. Isteri kepada suspek keempat kes kematian N Dharmendran mendakwa suaminya tidak pernah melarikan diri dari siasatan, sebaliknya digantung tugas.