Categories
SELANGOR

Kementerian Pertahanan masih membisu, belum beri jawapan isu pembenihan awan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 MEI: Kerajaan Negeri masih menunggu persetujuan daripada Kementerian Pertahanan untuk membenarkan penggunaan kaedah Royal Rain Maker Technology daripada Thailand yang diakui terbaik di dunia untuk perlaksanaan pembenihan awan.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Yunus Hairi, berkata pihaknya sudah menghantar surat kepada kementerian dan sehingga kini belum menerima maklum balas.

Katanya, kebenaran perlaksanaan kaedah itu penting kerana kaedah Ejectable Flare Rack itu dikatakan membabitkan aspek keselamatan negara.

IMG_0577a“Selain hujan semula jadi diramal berlaku sehingga akhir Mei ini, Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan pembenihan awan menggunakan kaedah itu. Kita sudah bawa juruterbang dari Thailand dan sudah membuat percubaan pada 3 serta 4 Mei lalu.

“Kita mengambil keputusan untuk melakukan kaedah ini pada musim hujan bagi menggalakkan lebih banyak hujan turun untuk mengatasi musim kemarau yang dijangka berlaku Jun atau Julai ini,” katanya pada sidang media, di Bangunan SUK, di sini, hari ini.

Yunus berkata, kaedah itu juga dilakukan bagi mengatasi masalah taburan hujan yang tidak turun di kawasan empangan.

Pada masa sama, beliau memaklumkan sehingga hari ini empangan Sungai Selangor kini meningkat kepada 40.86 peratus berbanding 38.90 peratus pada pertengahan April lalu.

“Tetapi jumlah yang kita lepaskan minimum 1.2 JLH dan adakala lebihan air Sungai Selangor mencapai lebihan 1,000 JLH,” katanya.

syabasSelain itu, Yunus turut menegaskan keputusan untuk menghentikan catuan air bermula 1 Mei lalu yang dimuktamadkan Kerajaan Negeri diputuskan selepas mengambil kira kajian dan perancangan yang dibuat sebelum itu.

Katanya, antara perancangan itu termasuk menggunakan air kolam yang dipamkan ke Sungai Selangor untuk meningkatkan paras air sungai.

“Langkah ini dapat mengurangkan pelepasan air daripada empangan seterusnya menyebabkan keadaan akan lebih terkawal dan tempoh untuk empangan mencapai tahap kritikan dapat dilanjutkan,” katanya.

-NFN-

JURNAL BERITA – MB; 414 CCTV dipasang jadi Selangor bandar selamat

1. MB: Selangor Bandar Selamat, 414 CCTV dipasang di 11 PBT

2. MB: Pemberhentian 22 kakitangan kontrak PKNS adalah polisi CAT

3. MB: Pembenihan awan dilakukan minggu ini, tingkat air empangan

4. MB tolak dakwaan diminta tandatangan surat letak jawatan

5. MB : Tiada usaha pengaruhi Zaid bertanding di PRK Kajang

6. Anwar: Kajang diberi perhatian khusus, perbaiki prasarana

7. Rafizi: Syabas patut naik taraf loji bukan sekadar tunggu hujan

8. PKR: Umno ‘jilat ludah sendiri’ bila mula kempen di Kajang

Categories
SELANGOR

Selangor arah pembenihan awan dilakukan di kawasan tadahan Sungai Langat

SHAH ALAM 13 FEB: Kerajaan Negeri mengarahkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk menjalankan pembenihan awan di kawasan tadahan Sungai Langat dan masih menunggu keadaan yang sesuai berdasarkan kepada pandangan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong, berkata setakat ini, pembenihan awan agak sukar dilaksanakan kerana masih mencari awan yang sesuai.

DSC_1839Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga menyeru orang ramai tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka bagi mengelakkan keadaan berjerebu semasa cuaca panas yang melanda negara ketika ini semakin buruk.

Katanya kerjasama masyarakat diperlukan untuk melaporkan sebarang kejadian pembakaran terbuka kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Jabatan Alam Sekitar bagi mengelakkan keadaan lebih buruk.

“Sesiapa yang tertangkap dan didapati bersalah boleh didenda sehingga RM500,000 dan boleh dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun,” katanya lagi.

Sementara itu beliau berkata, Kerajaan Negeri mengkaji cadangan peningkatan penggunaan ammonial nitrogen daripada 1.5mg/lter kepada 2.5mg/liter atau had yang dipersetujui d Loji Pembersihan Air (LPA) Batu 11 Cheras dan LPA Bukit Tampoi ekoran peningkatan ammonia disebabkan penurunan paras air sungai akibat cuaca panas.

“Anggaran kos RM350,000 sebulan diputuskan dalam mesyuarat khas pada 4 Februari lalu bagi penyelesaian dengan meningkatkan kadar pengudaraan bagi merawat air dan penggunaan bahan kimia yang bersifat sementara,” kata Elizabeth dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco, semalam.

Menurutnya, penyelesaian jangka panjang pula katanya melibatkan kos RM5 juta dengan anggaran tempoh kerja penggantian dan tempoh pemasangan adalah enam hingga lapan bulan.

EZY