Categories
NASIONAL SELANGOR

‘Dakwa Geran Tanah Kg Tiram Jaya Diselesai BN, Noh Omar Tipu Orang Kampung’

Geran Tanah Kg Tiram Jaya

SHAH ALAM 2 APRIL : Kenyataan Noh Omar bahawa Umno-BN  yang membantu mendapatkan geran tanah penduduk Kampung Tiram Jaya di Permatang dan menafikan ia usaha Kerajaan Negeri tidak ubah seperti mengangguk di air keruh.

Kenyataan itu juga dilihat sebagai usaha Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu untuk mengelirukan dan memperbodohkan orang-orang kampung, ujar Penyelaras DUN Permatang, Yahya Sahri.

“Sepatutnya beliau bercakaplah sebagai seorang menteri, dan bukannya mengeluarkan kenyataan seperti budak sekolah rendah, bercakap juga biarlah dengan hujah dan fakta serta bukti jelas, bukan sekadar cakap-cakap kosong.

“Kenyataan yang dikeluarkan itu sangat kebudak-budakan, sangat tidak bijak, bodoh dan sombong, tidak setaraf dengan status dirinya sebagai seorang menteri dan Ahli Parlimen yang berpengalaman lima penggal,” tegas Yahya yang dihubungi Selangor Kini.yahya-shari-01

Sebaliknya, Yahya menjelaskan kebijaksanaan, ketelusan dan kecekapan Kerajaan Pakatan hari ini berjaya menyelesaikan pelbagai isu pemilikan tanah di Selangor yang berpuluh tahun tidak berjaya disempurnakan Kerajaan BN.

“Ini kerana, kerajaan dulu pentadbirannya bobrok dan berkepentingan, malah terdapat usaha jahat untuk memiliki tanah yang sepatutnya milik rakyat,” ulasnya lagi.

Pada 12 Mac lalu, seramai 139 penduduk Kampung Seri Tiram Jaya menerima geran tanah daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam pada itu, Yahya mencabar Noh menyelesaikan isu tanah di Kampung Lembah Pantai, Sungai Kajang yang sudah berlarutan lebih 40 tahun.

“Itu dalam kawasan beliau, dalam dua minggu ini, jika benar beliau jaguh rakyat yang hebat seperti di uar-uarkan, selesaikanlah masalah ini,” cabarnya.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang dalam satu ‘posting’ di laman sosial ‘Facebook’ menyatakan Kerajaan Negeri hanya mengeluarkan geran kepada penduduk, tetapi usaha dan pembayaran premium dilakukan sewaktu zaman BN lagi.

Mana Pergi Duit Projek Hospital Baru Kuala Selangor?

hospital tanjong karang demo 01

SHAH ALAM, 19 FEB: Pengumuman MP Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar bahawa kawasannya akan mendapat hospital baru mengundang persoalan tentang projek hospital yang terbengkalai di Kuala Selangor 13 tahun lalu.

Ini kerana projek hospital di Kampung Sungai Terap, Kuala Selangor sepatutnya menjadi hospital kedua untuk penduduk-penduduk kawasan Tanjong Karang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Pada Jan 4, Selangorkini melaporkan bahawa projek hospital Kuala Selangor itu hanya tinggal papan tanda yang bertulis ?Cadangan Tapak Hospital Kuala Selangor? yang terpacak di ladang kelapa sawit.

Penyelaras Dun Permatang, Yahya Saari berkata Noh tidak menjelaskan bagaimana peruntukan untuk projek hospital Kuala Selangor itu dibelanjakan.

Menurutnya, pengumuman Noh itu seumpama janji ulangan kepada penduduk.

?Kemanakah peruntukan sebelum ini disalurkan sehingga mengakibatkan rakyat perlu menunggu bertahun lamanya untuk mendapatkan hospital baru?

?Sedangkan rancangan pembinaannya diumumkan dibawah Rancangan Malaysia Ke-8 pada 1998.

“Kalau sehingga pilihan raya kali ini (PRU-13), ianya sudah menjadi PRU yang keempat atau kelima.

“Ianya bukan janji baru. Yang kita persoalkan kemana perginya bajet dahulu disalurkan,” katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Dalam laporan media sebelum ini Noh menyatakan Kerajaan Persekutuan telah meluluskan ?projek hospital baru? yang akan dibina di sebuah tapak seluas 60 ekar di Kampung Sungai Terap, Kuala Selangor.

Di dalam laporan Selangorkini Jan 4, projek hospital itu diluluskan di dalam Rancangan Malaysia ke-8 pada 1998.